wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

IMBUHAN, KATA GANDA DAN KATA ADJEKTIF

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga _____ diri, pakaian dan tempat tinggal.

a)

kebersihan

b)

dibersihkan

c)

pembersihan

d)

membersihkan

2.

Tingkap itu _____ sendiri apabila ditiup angin kencang.

a)

ditutup

b)

tertutup

c)

penutup

d)

menutup

3.

Sang Semut ____ terima kasih kepada Si Merpati yang telah menyelamatkannya daripada menjadi mangsa pemburu.

a)

ucapkan

b)

pengucapan

c)

mengucapkan

d)

diucapkan

4.

Perjumpaan itu diadakan untuk _____ dua pihak yang sedang bertelagah.

a)

kedamaian

b)

mendamaikan

c)

perdamaian

d)

pendamaian

5.

Abang memberitahu ayah dan ibu tentang hasratnya untuk _____ Maisarah.

a)

beristeri

b)

diperisteri

c)

memperisterikan

d)

memperisteri

6.

Encik Khair menggunakan alat kawalan jauh untuk _____ dron bagi melakukan semburan baja.

a)

penerbang

b)

menerbangkan

c)

penerbangan

d)

beterbangan

7.

Pembacaan ikrar sempena Hari Sukan sekolah _____ oleh Firdaus.

a)

ketua

b)

tertua

c)

diketuai

d)

ketuaan

8.

Bola sepak ialah permainan yang sangat _____ oleh kebanyakan murid lelaki.

a)

digemari

b)

gemarkan

c)

kegemaran

d)

menggemari

9.

Penebangan hutan secara berleluasa telah memusnahkan kawasan _____ hujan.

a)

tadahan

b)

tadahkan

c)

penadahan

d)

menadahkan

10.

Hasil _____ kuih pada minggu ini akan saya simpan untuk membeli buku rujukan.

a)

menjualkan

b)

dijualkan

c)

jualkan

d)

jualan

11.

Tahap _____ penduduk di negara ini terhadap amalan menjaga kebersihan masih rendah.

a)

menyedarkan

b)

menyedari

c)

kesedaran

d)

sedarkan

12.

Kami berasa amat gembira kerana mendapat kemenangan yang _____.

a)

seruling

b)

gemuruh

c)

gemilang

d)

semerbak

13.

Beberapa utas rantai emas kepunyaan Puan Harlina hilang apabila rumahnya _____ pencuri.

a)

termasuk

b)

memasuki

c)

kemasukan

d)

memasukkan

14.

Sejak peristiwa itu berlaku, Farhana mula _____ dirinya daripada Julia.

a)

dijauhi

b)

menjauhi

c)

berjauhan

d)

menjauhkan

15.

Para _____ haruslah merancang perbelanjaan dengan telitinya supaya tidak membazir.

a)

gunakan

b)

berguna

c)

pengguna

d)

penggunaan

16.

Puan Shuhada sering _____ anaknya itu supaya rajin belajar.

a)

penasihat

b)

menasihati

c)

dinasihati

d)

dinasihakan

17.

Adik menjerit kegelian apabila seekor _____ merayap-rayap di kakinya.

a)

tetikus

b)

rerama

c)

lelabah

d)

pepatung

18.

Puan Afiqah berasa gembira kerana telah selamat melahirkan anak _____ sulungnya.

a)

lelaki

b)

jejari

c)

bebola

d)

tetamu

19.

Pak Mat memasang _____ pada tingkap rumahnya kerana anakanya akan melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan ini.

a)

kekuda

b)

dedaun

c)

tetupai

d)

kekisi

20.

Ayah membeli papan _____ yang baharu untuk komputer saya.

a)

tetikus

b)

kekunci

c)

sesungut

d)

merumput

21.

_____ tingkap rumah Mak Cik Shima telah reput kerana dimakan oleh anai-anai.

a)

Kekisi

b)

Kekuda

c)

Kekura

d)

Lelabu

22.

Festival Makanan Tradisional tersebut mempamerkan dan menjual _____ tradisional dari pelbagai negeri.

a)

rempah-ratus

b)

sayur-mayur

c)

kuih-muih

d)

kayu-kayan

23.

Apakah alat yang digunakan untuk mengukur atau melukis sesuatu sudut tepat?

a)

kekisi

b)

sesiku

c)

bebuli

d)

bebenang

24.

"_____nya Cikgu Junaidah ada di perpustakaan tadi, "kata Zarina kpeada Nani.

a)

Bila-bila

b)

Lama-lama

c)

Awal-awal

d)

Rasa-rasa

25.

Buruh binaan itu menyusun _____ dawai yang berselerak supaya tidak membahayakan orang ramai.

a)

jejari

b)

bebola

c)

gegelung

d)

bebenang

26.

"Jangan biarkan perkara _____ menganggu fokus kamu dalam pelajaran," pesan Cikgu Rani kepada Lili.

a)

remeh-temeh

b)

kacau-bilau

c)

karut-marut

d)

bolak-balik

27.

"Kita mestilah _____ untuk menyiapkan tugasan itu," kata Lukman kepada rakan-rakannya.

a)

taat-mentaati

b)

tawar-menawar

c)

bantu-membantu

d)

nasihat-menasihati

28.

Ah Meng sedang menyusun raga yang berisi _____ di kedai runcit bapanya.

a)

bebawang

b)

tetamu

c)

cecair

d)

bebiri

29.

Anak Mak Cik Sirah _____ dan pandai melayan tetamu.

a)

gopoh -gapah

b)

ramah-tamah

c)

kusut-masai

d)

segar-bugar

30.

Azim dan adiknya _____ mendapatkan ibu mereka yang baru pulang dari pejabat.

a)

berdakap-dakapan

b)

beriring-iringan

c)

berasak-asakan

d)

berlari-larian

31.

Maksud: kain yang koyak-koyak

Apa kata ganda berentak bagi maksud di atas?

a)

comot-momot

b)

compang-camping

c)

lintang-pukang

d)

kontang-kanting

32.

Suasana di sekitar Kuala Lumpur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri _____ kerana banyak penduduk bandar pulang ke kampung.

a)

sunyi

b)

riuh

c)

bising

d)

nyaring

33.

Mereka memahami ceramah itu kerana penerangan ynag diberikan amat _____.

a)

cermat

b)

sering

c)

jelas

d)

gopoh

34.

Sejak akhir-akhir ini, nenek asyik termenung dan teringat akan peristiwa _____ bersama-sama dengan datuk.

a)

kuno

b)

lewat

c)

purba

d)

lampau

35.

Suara jurulatih itu yang _____ menyebabkan para pemain berasa _____.

a)

serak... sebak

b)

garau... gerun

c)

nyaring... malu

d)

lantang... keliru

36.

Sejak ayah menghidap penyakit darah tinggi, masakan ibu semuanya _____ sahaja.

a)

masam

b)

manis

c)

tawar

d)

pahit

37.

Murid lelaki yang _____ itu terpilih untuk menjadi pemain bola keranjang sekolah.

a)

tinggi

b)

besar

c)

halus

d)

lonjong

38.

Pak Cik Rustam _____ apabila mengetahui bahawa anak bongsunya mandi di lombong itu.

a)

baran

b)

berang

c)

bengis

d)

garang

39.

Gasing yang dipangkah oleh Pak Mail itu berputar dengan _____ sekali.

a)

deras

b)

cepat

c)

pantas

d)

ligat

40.

Murid lelaki yang berketurunan Arab itu _____ berbahasa Melayu dan Inggeris>

a)

cekap

b)

cepat

c)

fasih

d)

pintar

41.

Zara nyaris-nyaris terjatuh akibat terpijak lantai yang _____ itu.

a)

licin

b)

kasar

c)

landai

d)

tenang

42.

Lagu itu telah diberi nafas _____ oleh penggubah lagu yang popular.

a)

subur

b)

mekar

c)

wangi

d)

baharu

43.

Beberapa ulas durian itu tidak boleh dimakan lagi kerana rasanya sudah _____.

a)

tawar

b)

masam

c)

masin

d)

pahit

44.

"Jangan pakai baju yang _____ dan ketat," kata Puan Devi kepada anak gadisnya.

a)

kerdil

b)

sempit

c)

nipis

d)

pendek

45.

Ubi kayu direbus oleh ibu sungguh _____ dan enak dimakan dengan ikan kering.

a)

empuk

b)

lemau

c)

lembik

d)

ranum

46.

Ibu menyuruh adik mencuci kasut sekolahnya sehingga _____.

a)

cantik

b)

jernih

c)

bersih

d)

kemas

47.

Budak perempuan itu _____ membaca walaupun masih belum bersekolah.

a)

baik

b)

ligat

c)

cekap

d)

lancar

48.

Peragawati itu sungguh _____ dan bertubuh langsing.

a)

jelita

b)

segak

c)

kacak

d)

tampan

49.

Hati Yana berasa amat sedih apabila terpaksa _____ dengan keluarganya yang berada di Johor.

a)

menjauhi

b)

dijauhkan

c)

berjauhan

d)

menjauhkan

50.

Tiang pondok itu hampir reput dimakan _____.

a)

kelip-kelip

b)

anai-anai

c)

ubur-ubur

d)

labi-labi