Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIMBINGAN & KAUNSELING ISLAM

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Suasana kemesraan dan kepercayaan bersama sepatutnya diwujudkan pada peringkat:

a)

Perkembangan dan Kesepaduan

b)

Penamatan

c)

Konflik dan Pertentangan

d)

Permulaan

e)

Pertengahan

2.

Asas kemahiran mendengar yang patut dikuasai oleh seseorang kaunselor ialah?

i. mendengar isi

ii. mendengar idea

iii. mendengar dengan empati

iv. mendengar dengan simpati

a)

i, ii, iii

b)

ii, iii, iv

c)

i, ii, iv

d)

i, ii, iii, iv

3.

Matlamat Kaunseling Islam ialah :

a)

mencari keredaan Allah s.w.t

b)

membantu klien menjadi seorang yang bertanggungjawab

c)

mengembangkan suatu perasaan untuk memajukan diri

d)

Menumpukan kepada tingkah laku klien

4.

Berikut merupakan prinsip-prinsip Kaunseling KECUALI

a)

PENOLONG / PEMBANTU KLIEN MEMBUAT KEPUTUSAN

b)

KAUNSELING SECARA BERSEMUKA ANTARA KAUNSELOR DAN CLIEN

c)

INTERAKSI KAUNSELOR

& CLIEN

d)

KAEDAH / TEORI KAUNSELING

5.

Apakah definisi kaunseling yang tepat mengikut Majlis Kaunselor Malaysia?

a)

mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk  menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang  dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam  persekitarannya.

b)

Proses hubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip  psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional   

c)

proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada  proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya,  membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

d)

menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi  peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang  menimbulkan masalah pada dirinya.

6.

Seorang klien telah memberitahu anda tentang satu rancangan yang anda fikirkan menyalahi undang-undang. Sekiranya rahsia itu bocor, pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap klien itu, tetapi jika anda merahsiakan sesuatu kejadian jenayah mungkin berlaku. Sebagai seorang kaunselor apakah tindakan anda ?

a)

Membantu pihak berkuasa secara rahsia semoga tindakan selanjutnya akan diambil oleh pihak berkenaan.

b)

Membantu klien memahami sebab-sebab dia hendak mengambil tindakan tersebut seterusnya menilai akibat perancangan tersebut.

c)

Berunding dengan Pengarah dan penjaga klien itu semoga mereka dapat mengambil tindakan selanjutnya

d)

Memberi nasihat kepadanya supaya jangan mengambil tindakan yang dirancangkan

7.

Pernyataan dibawah adalah benar mengenai konsep kaunseling dari perspektif Islam, kecuali:

a)

Nasihat-menasihati adalah tanggungjawab setiap insan

b)

Usaha atas dasar tolong-menolong ke arah kebaikan

c)

Salah satu cara dakwah yang dimaksudkan dengan hikmah

d)

Kaunseling yang dijalankan tidak boleh menyentuh tentang kesensitivitian agama

8.

Klien: Saya ingin mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu saya..saya mahu dia lebih memahami perasaan saya. Tapi ...susahlah ...saya tak tahu bagaimana hendak minta ...

Kaunselor: Apakah perasaan anda yang anda mahu ibu anda lebih memahami itu?

Respon kaunselor di atas adalah...

a)

Konfrontasi

b)

Rumusan

c)

Empati

d)

Refleksi

9.

Dasar bagi kaunseling dalam Islam adalah berbeza dari yang dikemukan oleh pakar-pakar dari Barat. Hal ini disebabkan oleh kerana falsafah pendekatan terapi dalam Islam adalah berasaskan:

a)

Keyakinan kepada bimbingan seseorang guru atau imam

b)

Penyisihan diri dari segala hubungan dengan hal keduniaan dan kebendaan

c)

Pemulihan hubungan rohani klien dengan Pencipta diriNya (ALLAH)

d)

Perhubungan yang saling mesra dan percaya antara klien dengan kaunselor

10.

Pilih kenyataan yang tepat proses kaunseling model Al-Ghazali

i) muraqabah

ii) mujadalah

iii) muhasabah

iv) mujahadah

v) munasabah

a)

i,ii,iv

b)

i,iii,v

c)

i,iii,iv

d)

ii,iii,iv,v

e)

i,ii,iii,iv,v