wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Biologi Tingkatan 4 (Bab 7 Respirasi Sel)

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Persamaan manakah yang mewakili respirasi aerobik?

a)

Glukosa --> asid laktik + tenaga

b)

Glukosa + oksigen --> karbon dioksida + tenaga

c)

Glukosa --> etanol + karbon dioksida + tenaga

d)

Glukosa + oksigen --> karbon dioksida + air + tenaga

2.

Berikut menunjukkan gerak balas seorang atlet dalam acara lari pecut 100m. Susunan manakah yang betul?

a)

K, L, M, N

b)

L, N, M, K

c)

N, K, L, M

d)

N, M, L, K

3.

Rajah menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk menyiasat proses respirasi oleh Yis. Apakah yang perlu dilakukan dalam aktiviti ini untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat?

a)

Menutup tabung didih W dengan menggunakan gabus

b)

Titiskan minyak parafin pada permukaan larutan pada tabung didih V

c)

Memanjangkan salur penghantar daripada tabung didih V ke W

d)

Menggunakan larutan sukrosa yang tidak didihkan

4.

Berikut ialah persamaan perkataan bagi penghasilan tenaga melalui proses X. Apakah X?

a)

Glikolisis

b)

Fermentasi Alkohol

c)

Fermentasi Asid Laktik

d)

Respirasi Aerob

5.

Rajah menunjukkan produk yang dihasilkan melalui proses respirasi anaerob. Antara berikut yang manakah merupakan peranan UTAMA Lactobacillus sp dalam penghasilan yogurt?

a)

Lactobacillus sp. membantu mengentalkan Kasein (protein susu)

b)

Lactobacillus sp. menjadikan yogurt berasa masam

c)

Lactobacillus sp. menjalankan fermentasi dan menukarkan laktosa kepada Asid Laktik

6.

Maklumat berikut adalah tentang dua keadaan penanaman tumbuhan R dan tumbuhan S. Antara berikut yang manakah adalah hasil respirasi akar bagi tumbuhan R dan S?

a)

Tumbuhan R (Karbon dioksida dan air) Tumbuhan S (Etanol dan karbon dioksida)

b)

Tumbuhan R (Asid Laktik dan karbon dioksida) Tumbuhan S (Etanol dan karbon dioksida)

c)

Tumbuhan R (Etanol dan karbon dioksida) Tumbuhan S (Asid Laktik dan karbon dioksida)

d)

Tumbuhan R (Etanol dan karbon dioksida) Tumbuhan S (Etanol dan karbon dioksida)

7.

Persamaan berikut menunjukkan respirasi anaerobik dalam sel otot. Apakah S?

a)

Air

b)

Etanol

c)

Asid Laktik

d)

Karbon Dioksida

8.

Semasa aktiviti cergas, pengumpulan asid laktik yang tinggi berlaku dan individu tersebut akan menyedut lebih banyak oksigen untuk mengoksidakan asid laktik. Apakah yang menyebabkan situasi ini berlaku?

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

9.

"Proses Glikolisis melibatkan pemecahan molekul 6 Karbon kepada dua molekul 3 Karbon". Dimanakah berlakunya proses glikolisis?

a)

Mitokondria

b)

Sitoplasma

c)

Mitokondria dan Sitoplasma

d)

Kloroplas

10.

Antara berikut, yang manakah adalah perbezaan antara respirasi aerob dan anaerob di sel-sel otot?

a)

Respirasi Aerob (Berlaku di Sitoplasma) Respirasi Anaerob (Berlaku di Sitoplasma dan Mitokondria)

b)

Respirasi Aerob (Berlaku Hutang oksigen) Respirasi Anaerob (Berlaku dalam kehadiran oksigen)

c)

Respirasi Aerob (Melibatkan glikolisis dan pengoksidaan asid piruvik) Respirasi Anaerob (Melibatkan glikolisis sahaja)

d)

Respirasi Aerob (Menghasilkan Asid Laktik dan tenaga) Respirasi Anaerob (Menghasilkan Karbon Dioksida, Air dan Tenaga)

11.

Apakah fungsi repsirasi sel?

a)

Untuk menghasilkan asid laktik bagi sel

b)

Untuk menghasilkan karbon dioksida kepad sel

c)

Untuk meningkatkan kepekatan glukosa dalam sel

d)

Untuk menghasilkan tenaga kepada sel

12.

Respirasi sel merupakan proses penghasilan tenaga yang diperlukan oleh

semua sel hidup. Apakah substrat utama untuk respirasi sel?

a)

Lipid

b)

Glukosa

c)

Protein

d)

Galaktosa

13.

Persamaan berikut menunjukkan respirasi aerobik dalam sel. Apakah W?

a)

Nitrogen

b)

Alkohol

c)

Etanol

d)

Oksigen

14.

Rajah di bawah menunjukkan respirometer yang disediakan untuk mengkaji respirasi aerobik. Apakah keputusan eksperimen tersebut?

a)

Aras larutan air berwarna dalam tiub kapilari A meningkat selepas 1 jam

b)

Aras larutan air berwarna dalam tiub kapilari B kekal sama selepas 1 jam

c)

Aras larutan air berwarna dalam tiub kapilari A kekal sama selepas 1 jam

d)

Aras larutan air berwarna dalam tiub kapilari B meningkat selepas 1 jam

15.

Rajah dibawah menunjukkan satu persamaan bagi respirasi aerob. Apakah P dan R?

a)

P (Glukosa) R (Karbon Dioksida)

b)

P (Tenaga) R (Glukosa)

c)

P (Karbon Dioksida) R (Air)

d)

P (Glukosa) R (Oksigen)

16.

Dalam glikolisis, molekul glukosa dipecahkan menjadi molekul X. Apakah X?

a)

Fosfat

b)

Piruvat

c)

ATP

d)

Karbon Dioksida

17.

Antara penyataan berikut, yang manakah benar mengenai fermentasi? (pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

Berlaku dalam mitokondria

b)

Berlaku apabila terdapat oksigen

c)

Menghasilkan alkohol

d)

Menghasilkan asid laktik

18.

Apakah nisbah karbon dioksida kepada air yang dihasilkan semasa respirasi aerob?

a)

6:1

b)

1:6

c)

1:1

d)

6:5

19.

Persamaan berikut menunjukkan proses fermentasi di dalam sel tumbuhan.Apakah X dan Y?

a)

X (Oksigen) Y (Karbon dioksida)

b)

X (Etanol) Y (Karbon dioksida)

c)

X (Asid Laktik) Y (Oksigen)

d)

X (Air) Y (Oksigen)

20.

Antara yang berikut, yang manakah membandingkan respirasi aerob dan fermentasi dalam otot manusia dengan betul?

a)

Respirasi asrob (Tiada oksigen digunakan) Fermentasi (Oksigen digunakan)

b)

Respirasi Aerob (Jumlah ATP yang banyak dihasilkan) Fermentasi (Jumlah ATP yang sedikit dihasilkan)

c)

Respirasi Aerob (Asid Laktik dihasilkan) Fermentasi (Etanol dihasilkan)

d)

Respirasi Aerob (Glukosa dioksidakan) Fermentasi (Tiada glukosa dioksidakan)

21.

Antara yang berikut, manakah memerlukan tenaga bagi prosesnya?

a)

Satu persekitaran dalaman yang optimum bagi enzim untuk berfungsi

b)

Membekalkan darah kepada jaringan kapilari

c)

Membina molekul kompleks molekul ringkas

d)

Resapan karbon dioksida dari udara ke dalam daun

22.

Antara tabung uji yang berikut, manakah menunjukkan penghasilan Etanol dan Karbon Dioksida?

a)
b)
c)
d)
23.

Rajah menunjukkan graf kadar pengambilan oksigen otot dan kadar keperluan oksigen seseorang yang membuat senaman fizikal yang cergas. Bagaimanakah seseorang itu menggantikan kawasan yang berlorek?

a)

Minum lebih banyak air

b)

Meneruskan senaman lagi

c)

Menarik nafas yang dalam dan cepat

d)

Terus mandi

24.

Apakah proses yang ditunjukkan oleh persamaan di atas?

a)

Respirasi Aerob

b)

Respirasi Anaerob

c)

Kondensasi glukosa

d)

Hidrolisis glukosa

25.

Berikut menunjukkan persamaan dalam satu keadaan tertentu. Antara yang berikut, manakah TIDAK berkaitan dengan persamaan itu?

a)

Hanya sejumlah tenaga yang kecil dibebaskan

b)

Ia berlaku dalam sel haiwan

c)

Digunakan dalam pembuatan roti, bir dan arak

d)

2 molekul ATP telah dihasilkan