wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

asas ekonomi: bab 1(pengenalan ekonomi)

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

ANTARA YANG BERIKUT YANG MANAKAH MERUJUK KEPADA DEFINISI EKONOMI

a)

ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang tidak terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

b)

ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang terhad.

c)

ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

2.

ANTARA YANG BERIKUT YANG MANAKAH BUKAN MERUPAKAN SUMBER EKONOMI

a)
b)
c)
d)
3.

Gambar tersebut merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi kemudahan rakyat.Barang tersebut merujuk kepada barang ___________

a)

BARANG EKONOMI

b)

BARANG KEPERLUAN

c)

BARANG PERCUMA

d)

BARANG AWAM

4.

Hong kong merupakan negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis .Antara berikut yang manakah BUKAN merupakan ciri kepada sistem ekonomi kapitalis

a)

Firma bebas bersaing dan mempunyai daya usaha yang tinggi

b)

Sumber dimiliki oleh individu dan swasta

c)

Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta & kerajaan

d)

Harga ditentukan oleh mekanisme harga

5.

Sesetengah negara memerlukan campur tangan daripada pihak kerajaan bagi membolehkan pengagihan barangan dan perkhidmatan yang setara kepada rakyat. Antara yang berikut yang manakah merujuk kepada cara kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut

a)

Mengawal harga barang dan perkhidmatan

b)

Mengenakan cukai

c)

Memberi subsidi

d)

Mengawal mekanisme penawaran

6.

Negara China mengalami krisis wabak penyakit influenza yang semakin meningkat . Kerajaan China terpaksa memilih dua projek pembangunan iaitu sama ada untuk membina hospital atau stadium.Pada pendapat kamu yang manakah merupakan kos lepas yang akan dilepaskan oleh kerajaan China

a)
b)
7.

Gambar merujuk kepada salah satu sumber ekonomi iaitu buruh. Antara yang berikut yang manakah merujuk kepada kategori buruh tersebut

a)

Buruh tidak mahir

b)

Buruh mahir

c)

Buruh separa mahir

8.

" Suatu unit organisasi yang merancang cara bagaimana menggunakan input pengeluaran yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan."

Penyataan tersebut merujuk kepada unit ekonomi _______

a)

FIRMA

b)

ISI RUMAH

c)

KERAJAAN

9.

"Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan"

Penyataan berikut merujuk kepada ciri sistem ekonomi.Antara berikut negara mana yang mengamalkan sistem ekonomi tersebut

a)

hong kong

b)

pakistan

c)

cuba

d)

singapura

10.

Apakah kelemahan sistem ekonomi kapitalis

a)

Ekonomi berkembang maju

b)

Wujudnya kuasa monopoli

c)

Daya usaha individu yang tinggi

d)

Agihan pendapatan yang tidak seimbang

11.

gambar tersebut merujuk kepada sumber ekonomi . Apakah faedah/ ganjaran yang akan diperolehi

a)

sewa

b)

untung

c)

upah

d)

faedah

12.

Antara yang berikut yang manakah merupakan kategori masalah ekonomi

a)

pilihan

b)

kos lepas

c)

kekurangan

d)

modal

13.

" merupakan barang pengganti terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan sesuatu barang dan perkhidmatan."

Penyataan merujuk kepada ______

a)

kekurangan

b)

pilihan

c)

kos lepas

14.

"Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta dan kerajaan Islam mengikut hukum syarak"

Antara sistem ekonomi dibawah yang manakah merujuk kepada ciri sistem ekonomi berikut

a)

sistem ekonomi perancangan pusat

b)

sistem ekonomi campuran

c)

sistem ekonomi islam

d)

sistem ekonomi kapitalis

15.

Apakah sebab -sebab berlakunya campur tangan daripada pihak kerajaan

a)

Untuk mencapai kestabilan ekonomi

b)

Untuk mengawal monopoli

c)

Untuk agihan pendapatan lebih setara

d)

Untuk mengeluarkan barang awam

16.

Negara Korea merupakan negara yang mengamalkan sistem ekonomi perancangan pusat. Antara berikut yang manakah BUKAN merupakan kebaikan bagi sistem ekonomi perancangan pusat

a)

Agihan pendapatan dan kekayaan yang lebih seimbang

b)

Pembaziran sumber daripada persaingan yang tidak sihat dapat dikurangkan

c)

Barangan awam dapat disediakan

d)

Ekonomi berkembang maju

17.

"Berdasarkan kepada kos pengeluaran yang minimum dan boleh mendatangkan keuntungan yang maksimum"

Berdasarkan kepada penyataan di atas apakah jenis masalah yang sistem ekonomi kapitalis ingin selesaikan ____

a)

Apa yang hendak dikeluarkan

b)

Berapa yang hendak dikeluarkan

c)

Bagaimana hendak dikeluarkan

d)

Untuk siapa dikeluarkan

18.

Antara berikut yang manakah merujuk kepada ciri-ciri barang percuma

a)

Penawaran tidak terhad

b)

Tiada kos lepas

c)

Anugerah alam semula jadi

d)

Tiada pengecualian untuk menggunakannya

19.

Gambar tersebut merupakan barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi dan sumber ekonomi yang terhad. Bagaimanakah pihak kerajaan mengawal harga petrol hingga membolehkan rakyat mudah untuk mendapatkannya

a)

Mengenakan cukai

b)

Menurunkan harga petrol

c)

Memberikan subsidi pada harga petrol

20.

Apakah contoh barangan yang dikenaan cukai _____

a)
b)
c)
d)