NEW
Font size
WorksheetsKuiz Hari Inovasi 2022
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
__________ ialah suatu pembaharuan atau perubahan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik dan menyampaikan nilai baharu kepada pelanggan.
Kualiti
Reka cipta
Kreativiti
Inovasi
_________ ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baharu serta unik dalam menyelesaikan masalah dan menambah baik keperluan semasa.
Kualiti
Reka cipta
Kreativiti
Inovasi
Pelaksanaan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) melibatkan 3 fasa. Apakah fasa-fasa tersebut?
Fasa 1:Penghasilan Projek , Fasa 2: Pengiktirafan, Fasa 3: Pengembangan Projek
Fasa 1: Pengembangan Projek,
Fasa 2: Penghasilan Projek,
Fasa 3: Pengiktirafan
Fasa 1: Penghasilan Projek, Fasa 2: Pengembangan Projek,
Fasa 3: Pengiktirafan
Fasa 1: Pembentukan Projek,
Fasa 2: Penghasilan Projek,
Fasa 3: Pengiktirafan
Fasa Penghasilan Projek ini terdiri daripada lima (5) elemen. Antara yang berikut manakah yang TIDAK termasuk dalam lima elemen tersebut.
Bidang inovasi dalam KIK dan kategori inovasi
Kriteria projek yang berpotensi untuk dikembangkan
Perkembangan Projek Inovasi
Pemboleh daya pembangunan inovasi yang berkesan
_____________ adalah agensi pembangun inovasi akar umbi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertindak sebagai sebuah platform mencari, membangun dan memadankan dana pembangunan inovasi dengan rangkaian lebih 4,000 inovator di seluruh negara bagi menggalakkan dan membudayakan inovasi akar umbi yang berpotensi untuk dikomersialkan sekaligus meningkatkan kesejahteraan masyarakat terutamanya kualiti kehidupan golongan B40.
Cradle Fund Sdn Bhd
Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)
Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MAGIC)
Akademi Sains Malaysia (ASM)
________merupakan program untuk melonjakkan hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R,D&I) daripada universiti,institusi,agensi penyelidikan tempatan sebagai penjana kekayaan melalui proses pengkomersialan.
Program Inovasi dan Kreativiti Malaysia
Program Pengkomersialan R&D Negara
Program Penyelidikan Sains Malaysia
Program Young Researcher Malaysia
Platform ini merupakan satu inisiatif dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai direktori syarikat pemula, pelabur, penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi ekosistem lain di Malaysia. Selain itu, platform ini juga menyediakan senarai program ekosistem pemula, platform pencarian bakat dan akses kepada kandungan komuniti. Apakah nama platform ini?
RISE
RADARS
MYStartup
Krste.my
Revolusi Perindustrian Keempat (41R) merujuk kepada transformasi disruptif dalam industri melalui penggunaan teknologi baru muncul. Berikut merupakan antara 5 teknologi asas 41R yang berupaya menyokong peluasan dan pengoptimuman teknologi 41R yang lain KECUALI:
Kecerdasan Buatan
Internet benda
Blockchain
Sosioekonomi
Peluasan teknologi 41R akan ditumpukan kepada 10 sektor utama. Antaranya adalah seperti di bawah KECUALI:
Pembuatan
Pendidikan
Harta tanah
Pertanian
Design Thinking merujuk kepada cara pemikiran dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Terdapat 5 fasa di dalam proses design thinking yang perlu diambil kira dalam menyelesaikan sesuatu masalah: Fasa 1: Empati (Empathy), Fasa 2: Kenali masalah (Define), Fasa 3: Pembentukan idea (Ideate), Fasa 4: Prototaip (Prototype), Fasa 5: Percubaaan (Test). Antara fasa-fasa tersebut, terdapat fasa yang bakal membantu anda mendapatkan penyelesaian yang betul melalui kaedah BRAINSTORM. Ini menjadikan fasa ini sungguh istimewa. Apakah fasa tersebut?
Fasa 1
Fasa 3
Fasa 4
Fasa 5
Fasa ini membolehkan anda menjalankan idea yang dihasilkan dengan kos yang lebih rendah serta kuantiti yang sedikit. Ia juga merupakan salah satu cara terbaik untuk mendapatkan gambaran mengenai idea yang dihasilkan. Apakah nama fasa ini dalam Design Thinking .
Fasa 1: Empati
Fasa 2: Kenali masalah
Fasa 3: Pembentukan idea
Fasa 4: Prototaip
Di antara berikut yang manakan BUKAN Evolusi Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ?
Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK), 1991
Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2016
Kumpulan Inovatif dan Kreatif(KIK), 2009
Konvesyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif(KIK), 2009
Apakah pekeliling yang berkaitan dengan Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)?
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.7/1991
Pekeliling Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)
Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil.1/2016
Garis Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
Berapakah BIDANG inovasi yang terdapat di dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ?
2
3
4
5
Apakah bidang inovasi yang terdapat di dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)?
Inovasi Sosial dan Inovasi Penciptaan
Inovasi Sosial dan Inovasi Penyampaian Perkhidmatan
Inovasi Penciptaan dan Inovasi Penyampaian Perkhidmatan
Inovasi Penciptaan dan Inovasi Penambahbaikan
Di antara berikut yang manakah BUKAN ciri – ciri bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan?
Meningkatkan kecekapan dan mengoptima kos dalam menangani kekangan sumber kewangan dan sumber manusia
Memberi impak ketara dan negatif kepada pelanggan
Memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu atau memantapkan
kaedah semasa yang kurang berkesan
Memanfaatkan keupayaan teknologi terkini
Apakah yang dimaksudkan dengan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Primer?
Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada 2 atau lebih agensi yang bersilang fungsi yang bekerjasama untuk melaksanakan projek.
Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 1 orang tetapi tidak melebihi 10 orang daripada agensi sama yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK.
Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada 1 atau lebih agensi yang bersilang fungsi yang bekerjasama untuk melaksanakan projek.
Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 orang tetapi tidak melebihi 10 orang daripada agensi sama yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK
Di antara agensi-agensi yang berkaitan pengkomersialan berikut, agensi manakah yang tidak terlibat dalam peranan khidmat rundingan?
SIRIM
KEMENTERIAN SAINS,TEKNOLOGI DAN INOVASI
AGENSI INOVASI MALAYSIA
YAYASAN INOVASI MALAYSIA
Penciptaan suatu produk, perkhidmatan atau proses yang baharu dan belum pernah dilaksanakan merujuk kepada ______________.
Inovasi Penambahbaikan
Inovasi Sosial
Inovasi Penciptaan
Inovasi Penyampaian Perkhidmatan
Komponen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) terdiri daripada berikut kecuali ______________.
Ketua Kumpulan
Ahli Kumpulan
Fasilitator
Juri
