NEW
Font size
WorksheetsEkonomi Bab 1 Tingkatan 4
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Mengapakah masih wujud masalah kekurangan walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa?
Berlakunya bencana alam
Wujudnya ketidakseimbangan pembangunan bandar dan desa
Terdapat ketidakseimbangan antara kehendak masyarakat dengan sumber ekonomi
Terdapat jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin
Antara yang berikut, pilih pernyataan yang tepat menggambarkan masalah kekurangan dalam ekonomi.
Puan Anis membeli baju kesukaan anaknya setelah menerima BSH sebanyak RM300
Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan hasil yang diperoleh
Cik Diyana dapat membeli semua barang dapur dengan pendapatan bulanannya
Syarikat Jentera Hanafi Sdn Bhd mampu mengeluarkan semua keluarannya kerana mempunyai sumber modal yang banyak
Antara yang berikut, yang manakah melibatkan kos lepas?
Menyedut udara segar
Menikmati pemandangan di tepi laut
Mendengar ceramah motivasi selama dua jam
Menggunakan air hujan untuk menyiram pokok bunga
Yang manakah antara di bawah bukan merupakan faktor-faktor pengeluaran?
Jentera
Barang pengguna
Sumber galian
Pengurus cawangan
Sebahagian besar tanah pertanian di kawasan luar bandar negeri Perak kini bertukar menjadi kawasan perumahan.
Apakah kos lepas masyarakat tempatan mengenai pertukaran ini?
Pengurangan pengeluaran barang pertanian
Peningkatan taraf hidup masyarakat
Pengurangan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar
Peningkatan bilangan rumah untuk dijual
Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan
Titik kecekapan
Titik ketidakcekapan
Titik yang tidak akan dicapai
Kombinasi output maksimum
Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan
Tingkat keluaran adalah cekap dan berpotensi dalam ekonomi
Tingkat keluaran maksimum dalam keadaan guna tenaga penuh
Tingkat keluaran sebenar yang dapat dikeluarkan dengan penggunaan sumber ekonomi yang berkualiti
Tingkat keluaran yang dapat dikeluarkan melalui penggunaan sumber ekonomi yang tidak terbatas
Antara yang berikut, yang manakah diandaikan tetap apabila melukis suatu keluk kemungkinan pengeluaran?
Tingkat harga umum dalam negara tersebut
Jumlah import dan eksport
Tingkat upah buruh
Jumlah faktor pengeluaran yang digunakan
Masalah untuk siapa barang dikeluarkan akan diselesaikan melalui
Agihan pendapatan dalam masyarakat
Kuasa permintaan dan penawaran
Permintaan masyarakat
Mekanisme harga
Sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem ekonomi pasaran bebas kerana
Pilihan pengguna bebas
Mengutamakan keuntungan yang maksimum
Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan
Campur tangan kerajaan mengurangkan pembaziran sumber ekonomi
Masalah bagaimanakah barang hendak dikeluarkan akan diselesaikan dalam sistem ekonomi kapitalis melalui?
Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang memenuhi keperluan masyarakat
Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang memenuhi pilihan pengguna
Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang mematuhi peraturan kerajaan
Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos
Manakah yang berkaitan dengan masalah bagaimana hendak dikeluarkan?
Kerajaan mengenakan cukai
Firma menambahkan pengeluaran barang
Kerajaan memberi subsidi terhadap suatu barang
Firma menggantikan pekerja asing dengan mesin
Antara berikut, yang manakah merupakan kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat?
Mengawal permintaan pengguna
Mengutamakan kebajikan masyarakat
Menggalakkan persaingan bebas antara pengeluar
Memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi
Sewa merupakan pulangan kepada sumber ekonomi yang
Sanggup menanggung risiko ketidakpastian
Mempunyai akaun simpanan tetap di bank
Merupakan anugerah alam semula jadi dan penawarannya adalah terhad
Menawarkan tenaga fizikal dan mental dalam proses penghasilan barangan
Seorang penganggur telah menerima tawaran kerja di sebuah syarikat swasta. Kos lepas bagi keputusan tersebut adalah
Latihan yang perlu dihadiri
Masa lapang untuk aktiviti hiburan
Perbelanjaan pengangkutan untuk pergi ke tempat kerja
Pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan tersebut
