wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENYELIAAN PEMBINAAN BANGUNAN

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan tiga kategori tenaga kerja di sektor pembinaan kecuali :

a)

Tenaga kerja am

b)

Tenaga kerja luar

c)

Tenaga kerja mahir

d)

Tenaga kerja separa mahir

2.

_____________ merupakan satu dokumen perjanjian di antara pihak klien atau majikan bersama dengan pihak kontraktor untuk perlaksanaan sesuatu projek.

a)

Dokumen harga

b)

Dokumen sebutharga

c)

Dokumen kontrak

d)

Dokumen perjanjian

3.

Kos merupakan salah satu perkara yang terdapat dalam isi kandungan dokumen kontrak. Kos terbahagi kepada 4 jenis kos, kecuali kos :

a)

Kos upah

b)

Kos loji dan alatan

c)

Kos penyeliaan dan pengurusan

d)

Kos bahan

4.

Kerja-kerja awalan (Preliminaries) adalah kerja yang akan dibuat selepas kerja pembersihan tapak. Berikut merupakan antara kerja-kerja awalan iaitu menyediakan :

a)

Insurans kerja, papan tanda projek dan kerja membina asas

b)

Papan tanda projek, pejabat tapak bina dan dinding adang (hoarding)

c)

Pejabat tapak bina, bekalan air dan elektrik serta kerja-kerja cerucuk

d)

Bekalan air dan elektrik, work programme (programme kerja) dan kerja-kerja membina rasuk tanah

5.

______________ merupakan orang perseorangan atau syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan. Mereka bertanggungjawab terhadap kerja-kerja di tapak bina.

a)

Kontraktor utama

b)

Subkontraktor

c)

Kontraktor domestik

d)

Kontraktor

6.

Subkontraktor dinamakan akan dipilih dan dilantik oleh klien melalui ikatan kontrak. Menerusi ikatan ini, klien mengharapkan supaya kerja-kerja tertentu dilaksanakan oleh mereka yang benar-benar berkelayakan dan berkeupayaan melaksanakannya menurut kehendak penentuan. Berikut merupakan kerja-kerja yang biasa diberikan kepada mereka kecuali :

a)

Kerja cerucuk

b)

Kerja membina rasuk

c)

Kerja-kerja pemasangan elektrik

d)

Kerja-kerja pemasangan sistem penghawa dingin

7.

Subkonraktor domestik terbahagi kepada 3 jenis utama, kecuali :

a)

Subkontraktor buruh dimana kontraktor yang membekalkan buruh untuk melaksanakan kerja kontrak bangunan. Ianya membekalkan buruh mahir, separa mahir dan kurang mahir.

b)

Subkontraktor dinamakan dimana kontraktor yang dipilih dan dilantik oleh klien melalui ikatan kontrak. Mereka bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja yang memerlukan kepakaran seperti pemasangan sistem pencegah kebakaran dan kerja-kerja cerucuk.

c)

Subkontraktor kerja dikenali sebagai subkontraktor bahan dan buruh dan membekalkan semua bahan dan buruh yang terlibat untuk sesuatu kerja subkontrak.

d)

Subkontraktor bahan dimana ia membekalkan bahan-bahan binaan untuk tempoh pembinaan dijalankan. Ia biasanya akan dipilih oleh pihak majikan dan ianya dikenali sebagai pembekal dinamakan.

8.

Sub-kontraktor bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja subkontrak yang telah diberikan seperti mana yang telah dijanjikan. Di bawah ini dinyatakan beberapa tanggungjawab yang biasa wujud di dalam subkontrak iaitu seperti berikut kecuali :

a)

Pematuhan nilai kualiti

b)

Menjaga pekerja-pekerja buruh

c)

Menjaga kepentingan awam

d)

Menjaga kebersihan tapak bina

9.

Perkara-perkara tersebut perlu dicatatkan dalam buku harian tapak bina kecuali :

a)

Nama setiap pekerja mahir yang bekerja

b)

Jenis pekerjaan yang dilakukan pada hari tersebut

c)

Loji dan alatan yang digunakan di tapak bina

d)

Kuantiti bahan-bahan yang diterima

10.

Tugas untuk merekod dan mencatat semua aktivti pembinaan di tapak bina setiap hari merupakan tugas seorang ________________.

a)

Juurtera tapak

b)

Penyelia tapak

c)

Pengurus tapak

d)

Pengarah urusan

11.

Berikut merupakan tugas-tugas penyelia tapak kecuali :

a)

Mengawal dan menyemak mutu kerja di tapak bina.

b)

Mengendalikan jentera dan mesin di tapak bina.

c)

Mengatur kerja tukang atau pekerja binaan di tapak bina.

d)

Menerima barang dan bahan binaan yang sampai di tapak bina.

12.

Berikut merupakan kepentingan merekod buku harian tapak bina kecuali :

a)

Membuat perjanjian di antara kontraktor dan sub-kontraktor

b)

Membuat penilaian terhadap perubahan bahan binaan (vop ; variation of price)

c)

Membuatpenilaian terhadap tuntutan yang dibuat oleh kontraktor.

d)

Membuat pertmbangan sama ada lanjutan masa layak diberikan kepada kontraktor ataupun tidak.

13.

Tujuan sebenarnya adalah untuk memastikan bahawa projek adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan selamat sama ada semasa projek berjalan serta untuk didiami.


Kenyataan di atas merujuk kepada :

a)

Jurutera dan arkitek berdaftar

b)

Jabatan Bomba

c)

Jabatan Kerja Raya

d)

Pihak Berkuasa Tempatan