wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PPT2022(F4:1,3,9,10/F5:1-5)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Kenderaan yang digunakan oleh Rombongan Tunku Abdul Rahman ketika di Karachi menuju ke London?

a)

Kapal Terbang

b)

Kapal Laut

c)

Kapal Selam

d)

Belon Terbang

2.

Sambutan pemimpin pelbagai kaum terhadap rombongan Kemerdekaan di Bandar Hilir,Melaka.Apakah simbolik daripada sambutan tersebut?

a)

Semangat Kerjasama

b)

Sokongan terhadap kemerdekaan

c)

Keyakinan penduduk terhadap rombongan

d)

Kebanggaan terhadap Tunku Abdul Rahman

3.

Apakah memorandum yang dikemukakan daripada pihak Raja - raja Melayu?

a)

Menolak pemberian kewarganegaraan secara "Jus Soli"

b)

Meneruskan sistem kerajaan Persekutuan dengan negeri mempunyai kuasa tertentu

c)

Mencadangkan seorang ketua negara yang dikenali sebagai Yang Dipertuan Agong

d)

Menuntut semua sekolah vernakular perlu diteruskan

4.

Kedaulatan ialah sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

5.

Apakah tujuan pengenalan Rukun Negara?

a)

menjalinkan hubungan diplomatik

b)

memahami budaya kaum lain

c)

meningkatkan semangat perpaduan

d)

menjadikan negara maju

6.

Bagaimanakah negara kita mampu melahirkan generasi yang mahir dan mempunyai ilmu pengetahuan?

a)

Melalui perpaduan kaum

b)

Melalui sistem pendidikan

c)

Melalui kemakmuran ekonomi

d)

Melalui kewibawaan pemimpin

7.

Ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu terdiri daripada raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan ______________

(Buku teks m/s 4)

a)

kedaulatan

b)

rakyat

c)

kerajaan

d)

agama

8.

Rakyat Melaka terdiri daripada

(Buku teks m/s 6)

I. orang kaya

II. orang Melayu

III. Orang Laut

IV. orang dagang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman merancang perjalanan rombongan ke Karachi dengan menaiki kapal laut? (Buku teks m/s 217)

a)

Menjimatkan kos perjalanan

b)

Peluang untuk melawat Pakistan

c)

Menggunakan masa perjalanan untuk berbincang

d)

Tiada kemudahan kapal terbang

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan Jus soli?

a)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan jantina

b)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir

c)

Syarat perkhawinanberdasarkan tempat lahir

d)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat tinggal

11.

Mengapakah orang Melayu membantah Malayan Union

yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1946?

a)

memberikan modal yang besar kepada petani tempatan

b)

Telah mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada negeri Tanah Jajahan.

c)

Mengubah sistem adat-adat Melayu

d)

Mengubah sistem perkahwinan Melayu

12.

Berikan takrif perkataan " Merdeka "?

a)

Kebebasan dan usaha mendaulatkan nusa dan bangsa

b)

Kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri

c)

Hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran

d)

Sejenis Pentadbiran jajahan Empayar British

13.

Berdasarkan gambar berikut,berikan pandangan Kemerdekaan berdasarkan tokoh Rashid Rida?

a)

Kemerdekaan perlu merangkumi politik,ekonomi, dan moral

b)

Kemerdekaan beerti bebas selama-lamanya

c)

Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat

d)

Merdeka bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati

14.

Lagu Kebangsaan pada asalnya daripada lagu yang bertajuk?

a)

Terang neon

b)

Terang Bulan

c)

Getaran Jiwa

d)

Malaya tetap Merdeka

15.

Apakah peranan British Military Administartion (BMA) di Tanah Melayu selain mengembalikan kestabilan dan keamanan

a)

melaksanakan Malayan union

b)

Menghapuskan saki -baki komunis

c)

memulihkan kepercayaan rakyat terhadap British

d)

menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan

16.

Dalam tempoh dua bulan, Sir Harold Mac MIchael berjaya mendapatkan tandatangan persetujuan Raja-Raja Melayu untuk meneruskan Malayan Union.Bagaimana Mac MIchael berjaya berbuat demikan?

a)

Mengugut raja

b)

Memelihara kedudukan raja

c)

Menentang kerakyatan jus soli

d)

Mempertahankan keistimewaan orang Melayu

17.

Raja-Raja Melayu mengadakan perjumpaan dengan Dato'Onn Jaafar.Orang ramai melaungkan "Daulat Tuanku" dan "Hidup Melayu".Apakah peristiwa tersebut

a)

pembentukan UMNO

b)

Mengaktifkan semula persatuan Melayu

c)

Memulau upacara perlantikan Gabenor Malayan Union

d)

Rapat umum untuk membantah Malayan Union

18.

Apakah antara kesan Perang Dunia Pertama?

I Keruntuhan Pemerintahan Beraja

II Kemunculan Negara Baharu

III Kesedaran Nasionalisme bermula

IV Amerika Syarikat merdeka

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Apakah faktor utama berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah?

I Pakatan Ketenteraan

II Persaingan kuasa imperialis

III Kemunculan Ideologi baharu

IV Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

a)

I dan IV

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Apakah reaksi pihak Bersekutu setelah Jepun berjaya menguasai Korea,Manchuria, China, Pulau Hainan dan Indochina?

a)

Menyerang pangkalan tentera Jepun

b)

Mengenakan sekatan ekonomi

c)

Memberikan sokongan ketenteraan

d)

Menyertai Jepun dalam perluasan kuasa

21.

Apakah antara propaganda yang digunakan oleh Jepun untuk menambat hati orang di Asia Tenggara?

a)

Semangat Asia

b)

Asia untuk Orang Barat

c)

Bersama Jepun Bangkit

d)

Jepun negara matahari terbit

22.

Kedaulatan antarabangsa merujuk kepada

a)

sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya urusan negara

b)

hak rakyat dan kerajaan dalam perlembagaan

c)

kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi

d)

pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain

23.

Gambar di atas menunjukkan pertemuan Tun Husseion Onn dan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri SIngapura bagi mengukuhkan hubungan diplomatik Malaysia dengan Singapura. Tujuannya adalah untuk

a)

kesejahteraan sosial

b)

keberkesanan pentadbiran

c)

kecemerlangan hubungan luar negara

d)

kemakmuran ekonomi

24.

Pasukan bola sepak kebangsaan berjaya melayakkan diri ke Sukan Olipik 1972 terdiri dari pelbagai kaum. Perkara berkaitan bahasa, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan untuk memastikan

a)

kesejahteraan sosial

b)

kecemerlangan hubungan luar negara

c)

keberkesanan pentadbiran

d)

kemakmuran ekonomi

25.

- menggubal dasar dan undang-undang untuk melindungi keselematan negara

- mengadakan perjanjian pertahanan

-memodenkan aset ketenteraan

-memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga


Berikut merupakan peranan pemerintah dalam

a)

mengekalkan perpaduan kaum

b)

memupuk patriotisme

c)

mengukuhkan pertahanan negara

d)

mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi

26.

Perlembagaan merupakan________________________sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.

a)

peraturan tertinggi

b)

undang-undang tertinggi

c)

undang-undang

d)

peraturan

27.

seorang pegawai tertinggi angkatan tentera telah dijatuhi hukuman. siapakah yang berkuasa memberi pengampunan kepada pegawai tersebut?

a)

perdana menteri

b)

menteri pertahanan

c)

mahkamah persekutuan

d)

Yang Dipertuan Agong

28.

apakah faedah kepada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei apabila menyertai Persekutuan Malaysia?

a)

bebas dari cengkaman kuasa asing

b)

bebas daripada ancaman politik

c)

mempercepatkan proses kemerdekaan

d)

memudahkan perpindahan penduduk

29.

apakah syarat rakyat Brunei sebelum bersetuju menyertai Malaysia?

a)

menerima bantuan ketenteraan

b)

mencapai kemerdekaan terlebih dahulu

c)

menjamin peuang pentadbiran

d)

memperoleh kuasa imigresen

30.

mengapakah Filipina menentang cadangan penubuhan Malaysia?

a)

menghalang pembentukan kalimantan Utara

b)

Menganggapnya satu penjajahan baharu

c)

menuntut hak terhadap Sabah

d)

mempunyai agenda politik tersendiri

31.

Pembentukan Malaysia dapat menyatukan pembangunan wilayah antara negeri-negeri yang terlibat. Apakah kesan terhadap pembangunan wilayah tersebut?

a)

Menghalang kemasukan imigran

b)

Memecahbelahkan perpaduan kaum

c)

Menjimatkan perbelanjaan pengurusan

d)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

32.

Apakah kesan penubuhan Konfederensi Negeri Sembilan 1895

a)

Pelantikan Residen British

b)

Pentadbiran beraja dihapuskan

c)

Pengenalan jawatan Yamtuan Besar

d)

Penggabungan Seri Menanti

33.

Apakah yang terkandung dalam Senarai Bersama?

I Pertahanan

II. Perumahan

III. Kebajikan awam

IV. Undang-undang Islam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Tempatan?

a)

Menggubal undang-undang tempatan

b)

Melaksanakan arahan Kerajaan Negeri

c)

Menjayakan program Kerajaan Persekutuan

d)

Menjadi perantara Kerajaan Negeri dengan rakyat

35.

Jabatan Mergastua diganti dengan

a)

Warisan Negara

b)

PERHILITAN

c)

Geopark

d)

Taman Negara

36.

Kerajaan Negeri juga memperkenalkan program X melalui peruntukan kewangan yang diterima dari Kerajaan Persekutuan.


Apakah X ?

a)

Rumah mampu milik

b)

Rumah kos sederhana

c)

Perumahan Awam Kos

d)

Perumahan semua kaum

37.

Pembangunan Koridor Wilayah adalah perancangan strategik jangka panjang terhadap

a)

pembangunan jalan raya

b)

pembangunan sekolah

c)

pembangunan taman permainan

d)

pembangunan di negeri dan wilayah yang kurang pesat

38.

Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan. Apakah maksud Persekutuan?

a)

Pemerintahan secara demokrasi

b)

Penyatuan beberapa buah negeri

c)

Pembentukan sistem Jemaah Menteri

d)

Pentadbiran oleh YDPA

39.

"Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas."

Siapakah tokoh yang memberikan takrif kemerdekaan tersebut?

a)

Soekarno

b)

Nelson Mandela

c)

Mahatma Gandhi

d)

Dr. Mahathir Mohamad

40.

Gambar diatas adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Apakah kedudukan baginda seperti termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan persekutuan

a)

Ketua Hakim

b)

Ketua SPRM

c)

Ketua anak negeri

d)

Ketua Utama Negara