WorksheetsKATA Adjektif
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Pak Borhan mengasah pisau pemotong daging itu kerana sudah
Tajam
Tumpul
Pendek
Panjang
Danial Irfan terpaksa menuntun basikal ke kedai kerana tayarnya _____________ akibat terkena benda tajam.
Kempis
Leper
Nipis
Kendur
Kanak-kanak yang hilang di hutan sejak lima hari lalu itu kelihatan sungguh _____________ ketika ditemui oleh pasukan penyelamat.
gagah
lemah
cergas
sihat
Puan Qistina menggunakan tiga biji limau kasturi untuk menghilangkan bau _____________ ikan keli.
hamis
hapak
harum
hanyir
Elham baru sahaja terjaga daripada tidur kerana dia tidur _____________ malam tadi.
awal
lewat
lama
tenang
"Rasa pisang yang belum masak itu agak _____________ sedikit," kata Syawal Fitri kepada ibunya.
Masam
tawar
kelat
payau
Nor Azali mengambil galah yang _____________ untuk menurunkan layang-layangnya yang tersangkut pada dahan pokok rambutan yang _____________ itu.
rendah.....besar
pendek........rendang
besar.....tinggi
panjang......rimbun
Syazana dan kakaknya pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang _____________ dengan barangan dapur.
sarat
sempit
lengang
kecil
Para pelancong dapat melihat pelbagai spesis ikan di dalam kolam itu kerana airnya sangat _____________.
keruh
jernih
putih
biru
Aqielah Auni menghadiahkan sepasang kebaya yang _____________ kepada kakaknya.
lusuh
kusam
cantik
mewah
