wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu - Tatabahasa (Ujian 2)

Total questions: 80

Worksheet time: 42mins

Name
Class
Date
1.

Daniel dan Danish ialah adik-beradik. ___ selalu belajar bersama-sama.

a)

Kalian

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

2.

Kilang itu menggunakan mesin yang ___ untuk memproses makanan segera.

a)

bagus

b)

canggih

c)

elok

d)

pintar

3.

Liza sangat rindu ___ neneknya yang berada di kampung.

a)

dengan

b)

kepada

c)

pada

d)

akan

4.

Rosli membaca majalah ___ menunggu ketibaan ayahnya.

a)

sementara

b)

manakala

c)

padahal

d)

sekiranya

5.

___ perkara yang kamu katakan itu benar?

a)

Apakah

b)

Adakah

c)

Bagaimanakah

d)

Bilakah

6.

Abang tidak terangkat kotak yang ___ berat itu.

a)

benar

b)

terlalu

c)

betul

d)

sekali

7.

___, sakitnya kakiku yang cedera ini!

a)

Aduhai

b)

Amboi

c)

Aduh

d)

Wahai

8.

___ kamu ingat nota-nota penting yang telah dipelajari.

a)

Tolong

b)

Sila

c)

Minta

d)

Harap

9.

"Sekiranya ___ ada sebarang masalah, sila jumpa saya di bilik guru," kata Cikgu Sarah kepada Yusri.

a)

engkau

b)

kamu

c)

awak

d)

anda

10.

"Mengapakah Cikgu Stephanie hendak berjumpa dengan ___ di pejabat?" tanya Johnny kepada Kok Seng yang berjalan bersama-samanya ke arah pejabat guru.

a)

kami

b)

kalian

c)

mereka

d)

kita

11.

Kebanyakan binatang liar bersifat ___

a)

lunak

b)

buas

c)

mesra

d)

sombong

12.

Nasi lemak yang terbiar dan terdedah sejak semalam itu sudah menjadi ___

a)

hanyir

b)

hanyit

c)

basi

d)

hancing

13.

Sandra murid tahun lima. ___ berazam untuk menjadi seorang pelukis yang terkenal.

a)

Dia

b)

Saya

c)

Baginda

d)

Beliau

14.

"___ akan melaksanakan segala perintah ___," kata Pak Karim kepada Sultan Muzafar Syah.

a)

Patik......kamu

b)

Beta......baginda

c)

Patik......tuanku

d)

Beta......tuanku

15.

"___ mesti menghadiri latihan bola keranjang pada petang esok," kata jurulatih kepada pemain-pemain bola keranjang sekolah.

a)

Kami

b)

Kita

c)

Kamu

d)

Kalian

16.

___ dikejarkan ke hospital dengan serta-merta kerana mengalami masalah kesesakan nafas.

a)

Dia

b)

Engkau

c)

Kita

d)

Patik

17.

"Terima kasih kepada ___ kerana menonton rancangan persembahan NTV7," ucap juruacara itu kepada para penonton.

a)

patik

b)

awak

c)

anda

d)

kamu

18.

Jun Lung kawan karib saya. ___ selalu mengayuh basikal bersama-sama di taman.

a)

Dia

b)

Mereka

c)

Kami

d)

Kita

19.

Hubungan Merry dan Kelly semakin ___ sejak mereka bertengkar.

a)

erat

b)

renggang

c)

longgar

d)

dekat

20.

Kawasan yang rendah itu mengalami banjir kerana hujan ___ turun tidak berhenti.

a)

lebar

b)

renyai

c)

lebat

d)

besar

21.

Wajah anak lelaki Encik Koo itu terlalu ___ sehingga menawan hati ramai gadis.

a)

cantik

b)

jelita

c)

hodoh

d)

tampan

22.

Joreen berasa takut apabila melalui lorong di belakang kedai yang ___ itu

a)

diam

b)

muram

c)

murka

d)

sunyi

23.

Pada zaman ___, orang-orang asli berumahkan gua.

a)

kini

b)

lepas

c)

silam

d)

sekarang

24.

Penyanyi terkenal yang mempunyai suara ___ itu mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

a)

lunak

b)

garau

c)

merdu

d)

serak

e)

nyaring

25.

Pilih ayat yang betul.

I Mereka berbincang dari awal pagi hingga ke lewat petang.

II Meja antik ini diperbuat daripada kayu jati.

III Murid-murid itu telah dibahagikan kepada lima kumpulan.

IV Hubungan erat antara Jason dan Ivan terjalin sejak mereka kecil lagi.

a)

II & III

b)

I, II & III

c)

I, II & IV

d)

I, II, III & IV

26.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kunci kereta Mazni ada pada kakaknya.

b)

Kejayaan Joe merupakan hasil dari usahanya sendiri.

c)

Ketua pengawas menampalkan notis di papan kenyataan.

d)

Dewan itu dibina untuk kemudahan umum.

e)

Su Ching sama pandai dengan kakaknya.

27.

Satu per lima ___ murid-murid tahun Empat Biru ialah murid lelaki.

a)

dari

b)

daripada

c)

dalam

d)

pada

28.

Para cendekiawan sedang berbincang ___ isu semasa negara.

a)

pada

b)

akan

c)

tentang

d)

terhadap

29.

___ sebab Amirul rajin belajar, akhirnya dia berjaya melanjutkan pelajaran ___ luar negara.

a)

Oleh......ke

b)

Tentang......di

c)

Oleh......di

d)

Dengan......ke

30.

Terdapat perbezaan ___ penyu ___ kura-kura.

a)

di antara......dan

b)

di antara......dengan

c)

antara......dan

d)

antara......dengan

31.

Judy suka makan buah oren ___ Jaden pula suka makan buah epal.

a)

apabila

b)

manakala

c)

walaupun

d)

atau

32.

Yumi tidak terangkat kotak itu ___ ringan.

a)

kerana

b)

sementara

c)

manakala

d)

walaupun

33.

Guru besar menyatakan ___ Hari Sukan tahunan akan diadakan pada bulan hadapan.

a)

tentang

b)

terhadap

c)

bahawa

d)

meskipun

34.

Aiden masih lagi mengulang kaji pelajaran ___ sudah lewat malam.

a)

seraya

b)

meskipun

c)

melainkan

d)

mahupun

35.

___ guru-guru ___ para pelajar bekerjasama membersihkan kawasan persekitaran sekolah.

a)

seraya......dan

b)

baik......mahupun

c)

bukan sahaja......malahan

d)

entah......entah

36.

"Kamu boleh menjawab soalan ini ___ dalam bahasa Melayu ___ bahasa Inggeris," kata Cikgu Chia.

a)

sama ada......ataupun

b)

baik......mahupun

c)

sungguhpun......tetapi

d)

entah......entah

37.

___, kasihan sungguh nasib nenek tua itu.

a)

Hai

b)

Aduh

c)

Aduhai

d)

Wahai

38.

___, kamu terpilih untuk menyertai pertandingan kuiz Bahasa Melayu peringkat negeri.

a)

Syabas

b)

Takziah

c)

Syukur

d)

Wahai

39.

___ atas kejayaan awak dalam peperiksaan.

a)

Syabas

b)

Takziah

c)

Tahniah

d)

Wahai

40.

Pukul ___ mesyuarat itu akan dimulakan?

a)

bilakah

b)

apakah

c)

berapakah

d)

manakah

41.

___ sudah sepuluh tahun berkhidmat di Balai Polis Bukit Aman.

a)

Inspektor Lim

b)

Cikgu Lim

c)

Doktor Lim

d)

Profesor Lim

42.

___ yang diperbuat daripada kayu jati semakin mendapat sambutan daripada orang ramai.

a)

Kenderaan

b)

Perabot

c)

Kain batik

d)

Kertas Lukisan

43.

Murid-murid ___ ketika menyanyikan lagu Negaraku.

a)

duduk berehat

b)

bergurau-senda

c)

bertegur sapa

d)

berdiri tegak

44.

Tugas seorang ___ adalah untuk mendapatkan ___ harian untuk disiarkan dalam surat khabar.

a)

usahawan...... perniagaan

b)

rupawan...... peluang

c)

wartawan...... berita-berita

d)

olahragawan...... pingat-pingat

45.

Tapak kasut Wei Han sudah ___ dan menyebabkannya jatuh tertiarap ketika malalui jalan yang licin.

a)

haus

b)

kering

c)

licin

d)

lebat

46.

Ayah menebang pokok pisang itu menggunakan sebilah parang yang ___.

a)

tinggi

b)

leper

c)

tumpul

d)

tajam

47.

Azlan mengepit bola ragbi yang berbentuk ___ itu dengan penuh semangat.

a)

leper

b)

bulat

c)

cekung

d)

bujur

48.

Xavi yang ringan mulut itu sungguh ___ dengan semua orang walaupun terhadap orang yang baru dikenalinya.

a)

sombong

b)

cerewet

c)

ramah

d)

kasar

49.

Lelangit rumah yang sudah ___ itu menyebabkan air menitis ke lantai.

a)

bocor

b)

reput

c)

nipis

d)

retak

50.

Anak perempuan Pak Cik Samad bukan sahaja ___ malah bersopan santun.

a)

hodoh

b)

cantik

c)

segak

d)

tampan

51.

Bangkai tikus yang terapung di atas permukaan air sungai menyebabkan bau yang ___.

a)

hamis

b)

tengik

c)

basi

d)

busuk

52.

Pelbagai makanan yang ___ telah dihidangkan semasa majlis hari jadi Wan Eng.

a)

lazat

b)

tawar

c)

enak

d)

payau

e)

sedap

53.

Pelancong asing berasa ___ melihat pemandangan yang sungguh ___ di tepi pantai itu.

a)

asyik, hijau

b)

kagum, indah

c)

pelik, kotor

d)

hairan, gelap

54.

Ibu menerima sebentuk cincin ___ ayah.

a)

dari

b)

daripada

c)

kepada

d)

ke

55.

Bas persiaran itu akan menuju ___ Kuala Lumpur.

a)

dari

b)

di

c)

ke

d)

hingga

56.

Faiz menjadi anak yatim piatu ___ ibu bapanya terkorban dalam suatu kemalangan.

a)

sejak

b)

akan

c)

kepada

d)

dari

57.

Pegawai itu memberikan bantuan kewangan ___ mangsa-mangsa gempa bumi.

a)

pada

b)

kepada

c)

ke

d)

akan

58.

Beberapa orang guru sedang berbincang ___ cara mengatasi masalah disiplin murid.

a)

tentang

b)

akan

c)

dengan

d)

oleh

59.

Pihak berkuasa harus mengambil tindakan yang sewajarnya ___ masalah kerosakan harta benda awam dapat ditangani.

a)

kerana

b)

untuk

c)

supaya

d)

tetapi

60.

Zaiman dimarahi oleh ibu ___ memecahkan pasu bunga kesayangan ibunya.

a)

supaya

b)

sambil

c)

untuk

d)

kerana

61.

Kamu tidak akan menyesal ___ mendengar nasihat ibu dan ayah.

a)

tetapi

b)

jika

c)

kalau

d)

kecuali

e)

walaupun

62.

Joyce meletakkan begnya di atas meja ___ baring di atas sofa.

a)

selepas

b)

lalu

c)

sebelum

d)

sambil

63.

Daun-daun berguguran ___ ditiup angin.

a)

bahawa

b)

lalu

c)

apabila

d)

sambil

64.

___ sudah ditegur berkali-kali ___ sikapnya masih tidak berubah.

a)

baik......mahupun

b)

biarpun......tetapi

c)

semakin......semakin

d)

sama ada......ataupun

65.

Peserta-peserta itu melakukan aktiviti memanaskan badan ___ pertandingan bermula ___ tidak mengalami kekejangan otot.

a)

sebelum......supaya

b)

selepas......kerana

c)

ketika......agar

d)

meskipun......bahkan

66.

___ lelaki yang bermisai tebal itu ayah kamu?" tanya Rosli kepada Azman.

a)

Siapakah

b)

Apakah

c)

Bagaimanakah

d)

Adakah

67.

___ punca utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya ini berlaku?

a)

Bagaimanakah

b)

Manakah

c)

Mengapakah

d)

Apakah

68.

___ cara untuk menyelesaikan soalan Matematik ini?

a)

Apakah

b)

Bagaimanakah

c)

Manakah

d)

Berapakah

69.

___ yang harus dipersalahkan dalam kejadian ini?

a)

Apakah

b)

Mengapakah

c)

Siapakah

d)

Manakah

70.

___ ceramah motivasi itu ditangguhkan?

a)

Mengapakah

b)

Apakah

c)

Bagaimanakah

d)

Berapakah

71.

___ bilangan peserta yang akan menyertai perkhemahan ini?

a)

Adakah

b)

Apakah

c)

Bilakah

d)

Berapakah

72.

Amira ___ gembira apabila namanya diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan nyanyian.

a)

sekali

b)

sungguh

c)

amat

d)

benar

e)

nian

73.

Air sungai itu ___ sehingga menampakkan ikan berenang di dalamnya.

a)

bersih sekali

b)

sangat bersih

c)

jernih betul

d)

jernih terlalu

e)

sungguh jernih

74.

Pilih ayat yang betul.

a)

Rumah Annie agak jauh sekali dari pusat bandar.

b)

Rumah Annie sungguh jauh sekali dari pusat bandar.

c)

Rumah Annie paling jauh sekali dari pusat bandar.

d)

Rumah Annie terlalu jauh sekali dari pusat bandar.

75.

 

Pilih ayat yang betul.

a)

Pemandangan di tepi laut itu sangat indah terutamanya pada waktu senja.

b)

Guru besar berasa kecewa kerana pelajaran murid-murid paling merosot sejak akhir-akhir ini.

c)

Air perigi di belakang rumah nenek Halimah sejuk betul.

d)

Mak Lijah sayang nian akan semua anaknya.

e)

Cuaca betul mendung ketika saya berjalan kaki pulang dari sekolah.

76.

___, engkau kuat beranganlah, Pak Pandir!

a)

Amboi

b)

Wahai

c)

Aduh

d)

Ceh

77.

___, kamu memang terlibat dalam insiden itu!

a)

Nah

b)

Tahniah

c)

Hai

d)

Ah

78.

___, kamu juga hadir ke kursus ini!

a)

Wahai

b)

Eh

c)

Aduhai

d)

Cis

79.

___, ambillah semua barang awak dan pergi jauh-jauh!

a)

Eh

b)

Oh

c)

Nah

d)

Wahai

80.

___ kawanku, janganlah bersedih atas kekalahan itu!

a)

Wahai

b)

Hai

c)

Aduhai

d)

Aduh