wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ HARI KEBANGSAAN 2022

Total questions: 50

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Gambar berikut adalah bendera Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan bangsa dan Negara Malaysia. Warna biru pada Jalur Gemilang melambangkan

a)

Perpaduan

b)

Kedaulatan

c)

Kesucian

d)

Keberanian

2.

Siapakah yang mencipta Bendera Malaysia yang kemudiannya dikenali sebagai 'Jalur Gemilang'

a)

Hamzah Mohamed

b)

Mohamed Hamzah

c)

Arshad Abdullah

d)

Shuib Hamzah

3.

Siapakah pemimpin yang mengistiharkan nama bendera kebangsaan kita pada tahun 1977?

a)

Dato' Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak

b)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

c)

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

d)

Dato' Onn bin Jaaffar

4.

Bendera persekutuan mula dikibarkan dengan rasminya di 

a)

Stadium Merdeka

b)

Padang Bandar Hilir

c)

Padang Kelab Selangor

d)

Istana Sultan Selangor

5.

 

Apakah Logo Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini?

a)
b)
c)
d)
6.

 Rukun negara mempunyai lima prinsip. Nyatakan prinsip yang kedua

a)

Kesetiaan kepada Raja dan negara

b)

Keluhuran perlembagaan

c)

Kesopanan dan kesusilaan

d)

Kedaulatan undang-undang

7.

Gambar rajah menujukkan pengisitiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957. Dimakah pengisytiharan kemerdekaan ini berlaku

a)

Dataran Merdeka

b)

Stadium Merdeka

c)

Dewan Merdeka

d)

Dataran Hilir

8.

Tunku Abdul Rahman merupakan perdana menteri Malaysia pertama. Beliau digelar sebagai 

a)

Bapa Pemodenan

b)

Bapa Pembangunan

c)

Bapa Kemerdekaan

d)

Bapa Transformasi

9.

Jata Negara Malaysia merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952.

Lima bilah keris yang terdapat pada Jata Negara melambangkan

a)

Pesekutuan Tanah Melayu

b)

Negeri-negeri Selat

c)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

d)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

10.

Apakah motto negara Malaysia?

a)

Bersekutu Bertambah Jaya

b)

Bersekutu Bertambah Mutu

c)

Bersekutu Bertambah Ilmu

d)

Bersekutu Bertambah Jasa

11.

Berikut merupakan lagu Negaraku. Siapakah penulis lirik lagu negaraku yang menjadi lagu kebangsaan negara kita?

a)

Saiful Bahari

b)

Mohamed Hamzah

c)

Yaacob Abdul Latif

d)

Ali Ahmad

12.

Lagu Negaraku dicipta sebagai lagu kebangsaan negara. Lagu ini berasal daripada lagu Terang Bulan iaitu dari negeri

a)

Johor

b)

Kelantan

c)

Perak

d)

Selangor

13.

Apakah peristiwa penting yang berlaku pada 16 September 1963

a)

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Kerajaan mengisytiharkan darurat

c)

Penubuhan Malaysia

d)

Kemerdekaan Malaysia

14.

Siapakah yang telah mencadangkan nama Malaysia semasa peristiwa pembentukan Malaysia?

a)

Dato Onn Jaafar

b)

Tun Abdul Razak

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Tengku Ghazali Shafie

15.

Berapakah jumlah laungan kemerdekaan yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman semasa Majlis Pemasyhuran Kemerdekaan tahun 1957?

a)

4

b)

6

c)

9

d)

7

16.

 

Gambar di atas merupakan lokasi Pengisytiharan Kemerdekaan dilakukan pada 31 Ogos 1957. Apakah peristiwa penting yang berlaku pada 30 Ogos 1957 sebelum Majlis Pemasyhuran Kemerdekaan berlangsung?

a)

Pembukaan rasmi Stadium Merdeka

b)

Penurunan bendera Union Jack

c)

Penyerahan dokumen perlembagaan

d)

Kepulangan rombongan kemerdekaan

17.

Tepat 12.00 tengah malam, bendera Union Jack mula diturunkan dengan diiringi lagu "God Save The Queen". Bendera Union Jack diturunkan oleh

a)

Ali Ahmad

b)

Tahir Abdul Majid

c)

Mohamed Hamzah

d)

Saadon bin Jubir

18.

Apakah kuasa luar yang mula-mula bertapak di di Tanah Melayu

a)

Belanda

b)

British

c)

Portugis 

d)

Komunis

19.

Kemerdekaan negara diperoleh tanpa melibatkan pertumpahan darah. Kejayaan ini adalah hasil

a)

Kebijaksanaan pemimpin dan kesanggupan semua kaum bekerjasama

b)

Perjanjian dengan pihak Inggeris untuk memberi kemerdekaan

c)

Campur tangan negara lain

d)

Bantuan daripada pertubuhan antarabangsa

20.

Apakah faktor yang paling penting dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara?

a)

Nasionalisme

b)

Integriti

c)

Kesetiaan

d)

Perpaduan

21.

Berapakah jumlah bendera persekutuan Tanah Melayu ditempah khas dari kilang kain di Jepun untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan 

a)

20 Ribu

b)

50 Ribu

c)

75 Ribu

d)

15 Ribu

22.

Berapakah jumlah bendera yang diterima semasa pemilihan reka bentuk bendera persekutuan Tanah Melayu?

a)

373

b)

273

c)

173

d)

73

23.

Berapakah jumlah bendera yang dipilih oleh Jawatankuasa Khas ke pusingan terakhir?

a)

3

b)

2

c)

1

d)

4

24.

Bendera Kebangsaan mengandungi 14 Jalur, 13 Jalur mewakili  negeri-negeri, satu jalur bagi mewakili 

a)

Perdana Menteri

b)

Kepulauan Borneo

c)

Kerajaan Persekutuan

d)

Yang dI-Pertuan Agong

25.

Mengapakah jata negara penting kepada negara dan bangsa Malaysia?

a)

Simbol perpaduan rakyat

b)

Merupakan identiti bangsa

c)

Mempertahan semangat kenegerian

d)

Melambangkan kemajuan ekonomi

26.

Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan bermaksud

a)

Kerajaan ditadbir oleh pemerintah yang dilantik samada melalui Majlis Raja-raja atau pilihan raya

b)

Ketua negara dan kerajaan mentadbir negara selepas persetujuan rakyat

c)

YDPA menjalankan pemerintahan mengikut nasihat Perdana Menteri dan budi bicara baginda

d)

Perdana Menteri berkuasa penuh dalam hal ehwal negara

27.

Perlembagaan Malaysia 1963 telah digubal berdasarkan

a)

Perlembagaan Malayan Union

b)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

c)

Perlembagaan Tanah Melayu 1957

d)

Perlembagaan Suruhanjaya Reid

28.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan bidang pendidikan adalah berada di bawah tanggungjawab

a)

Agensi pusat

b)

Kerajaan Negeri

c)

Kerajaan Tempatan

d)

Kerajaan Persekutuan

29.

Kenapa British memberi syarat supaya kerjasama semua kaum diwujudkan jika Tanah Melayu ingin mendapatkan kemerdekaan?

a)

Untuk menjamin kepentingan politik

b)

Untuk menjaga kepentingan ekonomi

c)

Untuk kepentingan sosial dan keselamatan

d)

Untuk menjamin keharmonian kaum

30.

Pelantikan YDPA adalah dilakukan oleh

a)

Majlis Raja-raja

b)

Majlis Perundangan

c)

Perdana Menteri

d)

Mahkamah Agung

31.

 Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-17 dan 18 adalah kerana

a)

Revolusi perindustrian

b)

Kemunduran di negara mereka

c)

Mendapatkan pelabuhan persinggahan

d)

Penyebaran agama kristrian

32.

Mengapakah Tanah Melayu sesuai dijadikan pelabuhan persinggahan kuasa barat

a)

Banyak hasil bumi

b)

Menyebarkan agama

c)

Terhindar daripada angin monsun

d)

Mencari pasangan hidup

33.

Berikut ialah iktibar daripada penjajahan dan campur tangan kuasa asing di Negara kita kecuali

a)

Pemimpin haruslah mengikut telunjuk kuasa asing

b)

Rakyat haruslah mempertahankan kedaulatan negara

c)

Kerajaan harus bijak mentadbir negara

d)

Institusi kesultanan menjamin keharmonian rakyat

34.

 Siapakah Yang-dipertuan Agong Malaysia yang pertama

a)

Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin

b)

Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

c)

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

d)

Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin 

35.

Apakah slogan yang digunakan oleh British dalam usaha meluaskan kuasanya?

a)

Hidup orang putih

b)

Beban orang putih

c)

Kehidupan orang putih

d)

Hidup orang Inggeris

36.

Apakah nama ibu negara Malaysia

a)

Selangor

b)

Labuan

c)

Kuala Lumpur

d)

Putrajaya

37.

Siapakah wakil British Malayan Union yang dilantik untuk mendapatkan tandatangan   daripada Raja-raja Melayu?

a)

George Maxwell

b)

R.O Windstedt

c)

Frank Swettenham

d)

Sir Harold Mac Michael

38.

Pada 20 Januari 1874, satu perjanjian telah ditandatangani dan ia telah menjadi titik tolak kepada peluasan jajahan British ke atas Tanah Melayu.Apakah nama perjanjian tersebut?

a)

Perjanjian Pangkor

b)

Perjanjian Inggeris Belanda

c)

Perjanjian Siam

d)

Perjanjian British Borneo Utara

39.

Sistem yang digunakan di negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor ialah

a)

Sistem kesultanan

b)

Sistem penasihat

c)

Sistem perjanjian

d)

Sistem kerakyatan

40.

 Bapa Pemodenan' merupakan gelaran kepada mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu

a)

Tun Abdul Razak

b)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

c)

Tun Hussein Onn

d)

Dato Seri Najib Tun Abdul Razak

41.

Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan pemisahan Singapura dari Malaysia, kecuali

a)

Masalah perkauman

b)

Persaingan politik antara parti PAP dan MCA

c)

Isu mengenai cukai

d)

Isu tanah

42.

Siapakah yang memaklumkan tentang atur cara sambutan kemerdekaan terutama pada tarikh 31 Ogos 1957 kepada rakyat menerusi Radio Malaya? 

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Tun Saadon bin Jubir

c)

Dato' Abdul Razak Hussien

d)

Tun Dr Ismail Abdul Rahman

43.

Pada sambutan kemerdekaan yang ke berapakah nama Jalur Gemilang  diumumkan

a)

40

b)

45

c)

50

d)

55

44.

Dalam Perjanjian Malaysia 1963, Sabah bersetuju mengiktiraf BAHASA MELAYU sebagai Bahasa Kebangsaan.Sebagai balasan, Sabah dibenarkan menggunakan BAHASA INGGERIS dalam tempoh ___ tahun

a)

5

b)

3

c)

10

d)

15

45.

Ketua Negara Malaysia ialah

a)

Perdana Menteri Malaysia

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Majlis Raja-Raja Melayu

d)

Kabinet Menteri

46.

Siapakah Timbalan Perdana Menteri wanita  yang pertama di Malaysia

a)

Dato’ Seri Dr Wan Azizah

b)

Tun Dr Siti Hasmah

c)

YB Azizah

d)

Datin Sri Rosmah

47.

Sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi, kita sewajarnya memahami kepentingan pilihanraya. Apakah kepentingan pilihanraya

a)

Untuk memilih pemimpin yang berwibawa

b)

Untuk memuaskan hari Raja

c)

Untuk kebaikan pemimpin

d)

Untuk kehebatan negara

48.

Pada tahun 1958, kementerian manakah yang mencadangkan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan

a)

Kementerian Kesihatan

b)

Kementerian Perdagangan

c)

Kementerian Pertanian

d)

Kementerian Pendidikan

49.

Bunga Raya mempunyai lima kelopok.  Apakah yang dimaksudkan oleh kelompok Bunga Raya tersebut?

a)

Prinsip rukun negara

b)

Pemimpin tertinggi

c)

Negeri- negeri di Malaysia

d)

Kaum

50.

Pada tahun 1956, YTM Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk berbincang dengan Kerajaan British bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Selain Tunku Abdul Rahman , tokoh-tokoh di bawah ini juga ikut serta dalam rombongan tersebut.

a)

Panglima Bukit Gantang dan Dato Mohamad Seth

b)

Tan Sri Gazali b Shafie dan Tun DR Ismail

c)

Tun Dr Mahathir b Mohammad dan Tun Sambanthan