NEW
Font size
WorksheetsKUIZ INTEGRITI MINDEF 2022
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Siapakah yang memperkenalkan inisiatif Ikrar Bebas Rasuah (IBR)?
Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki
Tan Sri Dzulkifli Ahmad
Latheefa Beebi Koya
Tan Sri Abu Kassim Mohamed
… merupakan satu proses pengurusan yang membantu organisasi untuk mengenalpasti risiko-risiko rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan serta menyediakan pelan pengurusan risiko yang sistematik sehingga mewujudkan tadbir urus terbaik yang boleh menutup ruang peluang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
OACP
JAR
CRM
ABMS
Apakah punca kuasa yang mewajibkan sektor awam, Badan Berkanun, Syarikat Milik Kerajaan, Syarikat Terhad Dengan Jaminan dan sektor swasta yang dikawal selia oleh badan kawal selia untuk membangunkan OACP?
Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023
Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018
Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 tahun 2009 Siri 1 No. 1 Tahun 2011
Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2014
Siapakah Urus Setia Jawatankuasa Anti- Rasuah (JAR) Peringkat Kebangsaan?
GIACC
SPRM
Unit Integriti Kementerian/ Jabatan
Berikut merupakan syarat-syarat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) kecuali...
Pemberi maklumat bersedia untuk dikenali oleh SPRM
Pemberi maklumat hadir sendiri dan berjumpa dengan pegawai SPRM sama ada di pejabat atau di mana-mana tempat
Pemberi maklumat mengemukakan maklumat kepada pihak ketiga
Sekiranya pendedahan Kelakuan Tidak Wajar dibuat melalui surat/emel/panggilan telefon/khidmat pesanan ringkas, pemberi maklumat perlu menyatakan identiti dan alamat atau cara bagaimana beliau boleh dihubungi
Penjawat awam dibenarkan untuk meninggalkan tempat bertugas dalam waktu bekerja dengan kebenaran penyelia tidak melebihi ... jam sehari atau separuh daripada waktu bertugas sehari
Dua (2)
Tiga (3)
Empat (4)
Lima (5)
Ketua Jabatan hendaklah mengeluarkan surat arahan segera melaporkan diri untuk bertugas kepada pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama ... hari bekerja berturut-turut.
Sembilan (9)
Tujuh (7)
Lima (5)
Tiga (3)
Namakan polisi yang menggalakkan supaya Warga Kementerian Pertahanan untuk menyalurkan aduan dan mendedahkan maklumat mengenai kelakukan tidak wajar berkaitan salah laku gejala rasuah, jenayah dan tatatertib yang berlaku di Kementerian Pertahanan.
Polisi Pemberian Aduan
Polisi Pemberian Maklumat
Polisi Penyaluran Maklumat
Polisi Penyaluran Aduan
Apakah tema Bulan Integriti Nasional 2022?
Integriti Pemangkin Keluarga Malaysia
Integriti Teras Keluarga Malaysia
Integriti Penentu Kejayaan Budaya Kerja Norma Baharu
Integriti Putuskan Rantaian Rasuah
Bilakah Hari Integriti Nasional disambut setiap tahun?
3 November
4 November
5 November
6 November
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang pengarah projek syarikat kerana disyaki terlibat membuat tuntutan palsu kira-kira RM2.4 juta berhubung pembayaran projek kabel dasar laut di utara tanah air."
Di bawah seksyen manakah pegawai tersebut akan disiasat?
Seksyen 16 Akta SPRM 2009
Seksyen 17 Akta SPRM 2009
Seksyen 18 Akta SPRM 2009
Seksyen 24 Akta SPRM 2009
Berapakah bidang keutamaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP)?
3
4
5
6
Urutan proses pengurusan risiko rasuah yang betul ialah...
Kenalpasti risiko > Kawalan Dalaman > Penilaian risiko > Pelan Tindakan > Pemantauan
Kenalpasti risiko > Penilaian risiko > Kawalan Dalaman > Pelan Tindakan > Pemantauan
Kenalpasti risiko > Penilaian risiko > Kawalan Dalaman > Pemantauan > Pelan tindakan
Kawalan Dalaman> Kenalpasti risiko > Penilaian risiko > Pelan Tindakan > Pemantauan
Nyatakan tahun Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) dilancarkan di Malaysia?
2018
2019
2020
2021
Berikut merupakan perkara-perkara larangan selaku penjawat awam tetapi boleh dilaksanakan dengan KEBENARAN JABATAN kecuali...
Melakukan perniagaan online
Menerbitkan buku yang tidak berkaitan dengan maklumat terperingkat
Mengambil dadah
Mengambil bahagian dalam politik (Kumpulan Sokongan)
Berikut adalah kesalahan berkaitan rasuah kecuali...
Mengemukakan tuntutan palsu
Menawar/memberi suapan
Meminta /menerima rasuah
Memberi hadiah hari lahir kepada rakan sekerja
Berikut merupakan tindakan yang perlu diambil seorang penjawat awam dalam menguruskan surat sokongan kecuali..
Sokongan yang diterima dalam bentuk bertulis hendaklah difailkan dalam fail berkaitan
Sokongan yang diterima dalam bentuk lisan hendaklah dicatatkan secara bertulis dalam helaian minit fail yang berkaitan berserta butir-butir pihak yang memberi sokongan, tarikh dan bentuk sokongan yang diterima
Menerima bulat-bulat surat sokongan dan dijadikan sebagai merit dalam membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan
Penjawat awam hendaklah segera melaporkan secara bertulis sokongan yang diterima kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk mendapatkan arahan selanjutnya
Berapa kali seseorang penjawat awam perlu menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)?
Sekali setiap tahun
Dua kali dalam setahun
Sekali dalam tempoh perkhidmatan
Sekali dalam tempoh 5 tahun
Unit Integriti berada di Aras.... Wisma Pertahanan
8
9
10
11
Berapakah fungsi teras Unit Integriti?
3
4
5
6
