Font size
WorksheetsBahasa melayu upsr
Total questions: 77
Worksheet time: 44mins
"Apakah modal telefon pintar yang _______________ mahu?"tanya jurujual itu kepada Ahmad.
cik
beliau
saudara
dia
"______________ , makanlah kek yang saya bawa ini!" kata Suzi kepada Suriati.
Nah
Oh
Wah
Hai
Abu menggunakan ____________ untuk memasang palang untuk membina pondok.
bebiri
kekuda
kekabu
tetupai
"__________________kah tujuan kamu datang ke sini?"tanya Pak Ismail kepada Tamrin.
Ada
Apa
Siapa
Bagaimana
Darren bingkas bangun daripada kerusi ____________ namanya dipanggil oleh Cikgu Amir.
jika
hingga
apabila
sejak
Sekumpulan budak nakal segera ____________ apabila mereka melihat dua orang anggota polis sedang membuat rondaan.
lapik perut
angkat kaki
buah mulut
angkat tangan
"Encik cakera padat yang encik beli ini bukan tulen,"kata Cik Latifah kepada Encik Zaid.
Pilih perkataan sinonim bagi tulen.
unik
benar
asli
istimewa
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kishan memakai seluar pendek dengan baju singlet.
II Pendek kata, semua perbelanjaan rumah ditanggung olehnya.
III Semakin pendek umur,semakin uzur.
IV Penyanyi baharu itu pendek nafas, tidak dapat menyampaikan lagu dengan baik.
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Senaman boleh menenang dan melapangkan minda seseorang.
Bagaimanakah pendapat kamu tentang minda seseorang?
Apakah minda dapat menenangkan fikiran seseorang?
Bilakah manusia dapat menenang dan melapangkan fikiran?
Apakah yang dapat menenang dan melapangkan minda seseorang?
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Puan Aini meminta Adam menjemur kasut sekolahnya yang basah.
"Ibu, tolong jemurkan kasut sekolah yang basah ini," kata Adam kepada ibunya.
"Adam, mari kita jemur kasut sekolah ini yang basah," kata ibu kepada Adam.
"Kasut sekolah Adam yang basah ini akan ibu jemurkan nanti,"kata Puan Aini.
"Adam, sila jemur kasut sekolah kamu yang basah itu," kata Puan Aini kepada Adam.
Pilih ayat yang betul.
I Akar yang sihat akan dapat melahirkan idea-idea yang bernas.
II Biarpun Jasmin berada di luar negara, namun dia tidak lupa akan akar dirinya.
III Hisyam hampir tersungkur kerana kakinya tersadung akar pokok rambai.
IV "Janganlah kamu bertindak seperti orang tiada akar," kata nenek kepada Hanim.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun ini,” ikrar murid-murid Tingkatan 5 SMK Kuala Kurau.
Saya
Kami
Kamu
Kalian
“Sultan sedang beristirehat ………… tidak mahu diganggu,” kata dayang istana kepada laksamana Hang Tuah.
Baginda
Tuanku
Patik
Beta
Salina lebih suka mengulangkaji pelajaran di dalam bilik yang …………… kerana lebih mudah mengingati pelajaran yang dibaca.
Nyaring
Tegang
Sunyi
Kasar
Mekanik itu sedang ……………. Tayar kereta yang telah bocor akibat terlanggar paku.
Menukar-
menukar
mengalih
mengubah
memindah
Lelaki yang berbadan ………………. itu telah berjaya dalam temu duga menjadi anggota tentera.
kurus
tegap
buncit
gempal
Teksi itu berhenti di …………… jalan untuk menurunkan penumpang
tepi
atas
sudut
tengah
Saiful …………. membuat keputusan sama ada mahu melanjutkan pelajaran atau bekerja di firma guaman.
pernah
belum
masih
baru
Melisa menghidangkan sedulang jus oren di atas meja …………….. menjemput tetamunya minum.
jika
lalu
agar
serta
Para guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga …………. kejayaan murid-murid dalam pelajaran.
terhadap
antara
sejak
demi
Feri yang membawa penumpang itu ................... dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor .
berpindah randah
berlekak lekuk
bercalar balar
berulang alik
Orang asli itu ................ sumpitnya ke arah seekor rusa tanpa disedari oleh binatang tersebut.
peniup
bertiup
meniup
meniupkan
Mereka lari .................. apabila dikejar oleh seekor lembu yang mengamuk akibat dari kehilangan anaknya.
hiruk pikuk
kelam kabut
lintang pukang
compang camping
______________ kencang Azri dalam perlawanan bola sepak itu gagal ditepis oleh penjaga gol.
Tendangan
Pukulan
Rejaman
Tamparan
Sebagai penjaga gol, Kamil cuba ________ bola itu, tetapi gagal
merampas
mengelak
menepis
merembat
Haziq tidak dapat memberikan _______________ pada pengajaran guru kerana dia berkhayal.
tumpu
tumpuan
bertumpu
ditumpu
Afiqah berkongsi ________________dengan keluarganya apabila dia berjaya menjuarai pertandingan bercerita bahasa Melayu.
kehebatan
kealpaan
kegembiraan
kedurjanaan
Dia _______ kesakitan kerana terjatuh semasa bermain di padang sekolah.
aduhai
mengaduh
beraduh
aduhlah
Dia _______ kesakitan kerana terjatuh semasa bermain di padang sekolah.
aduhai
mengaduh
beraduh
aduhlah
Haidah membantu ________________ seorang wanita buta melintas jalan.
menonton
menuntun
menolak
menarik
Ayah Lim menyambungkan ___________ pada paip air untuk memudahkan mereka membasuh.
gelang getah
tali air
baldi plastik
getah paip
“Andainya kalian malas belajar, ______________ kalian akan menyesal nanti,” kata Tok Senik kepada cucu-cucunya.
dan
nescaya
lalu
umpama
Dia bergelar_____________ sejak memenangi hadiah wang tunai RM1 juta, ________ dia tidak kedekut.
jutawan ....... namun
hartawan ....... lalu
dermawan ...... jika
ilmuan ...... tetapi
Jurujual kedai komputer itu memberikan penerangan _________________cara-cara memasang meja komputer itu kepada Puan Hamidah.
bahawa
tentang
sedang
untuk
Sultan Nazrin sangat disenangi oleh sekalian rakyat jelata, _________ juga seorang raja yang adil.
tuanku
patik
beta
baginda
Sudah 20 tahun Tuan Salleh menetap di Kuching, Sarawak. Kini, beliau ingin ___________ ke kampung kelahirannya pula.
masuk angin
beralih angin
ambil angin
ada angin
Salmah ____________________ apabila rakan-rakannya menyindir adiknya.
berkecil hati
ada hati
besar hati
baik hati
Pemuda yang _______________ itu telah ditahan oleh pengawal keselamatan pasar raya.
lipas kudung
buang tebiat
panjang tangan
buruk siku
___________ ke Korea, ke Singapura pun di belum pernah pergi.
Bukan
Asalkan
Jangankan
Benarkan
Ketua Kampung Temasik berusaha untuk ______ masalah kecurian yang berlaku di kampungnya semenjak akhir-akhir ini.
penyelesaian
diselesaikan
menyelesaikan
keselesaian
Suraya cuba menyelesaikan masalah Matematik itu_____ soalan itu agak sukar baginya.
walaupun
justeru
apabila
agar
Ayuni memegang tangan adiknya dengan ___ semasa melintas Jalan raya yang agak sibuk itu.
ketat
erat
kedap
mantap
Kakak menghiris ___ sup itu lalu memasukkanya ke dalam sup daging yang telah masak.
dedaun
pepohon
reranting
rerambut
Hanya terdapat seulas daripada se___ buah durian yang telah dibelah oleh ayah.
longgok
tandan
pangsa
gugus
_____ lelaki itu menunjukkan dia seorang yang jujur dan bersopan santun.
Beri muka
Ada muka
Ambil muka
Air muka
Sampah sarap itu terapung di ____ air menyebabkan air sungai semakin tercemar.
dasar
dalam
permukaaan
celah
"Suria, tolong ambilkan buku ___ di rak sana." Pinta Johan kepada sahabatnya.
kamu
saya
anda
patik
Pilih ayat yang betul.
Abang menanam sampah sarap itu di dalam lubang.
Hakim berucap terima kasih kepada sahabatnya.
Joseph menerima sekeping poskad kepada kawannya.
Wei Jun memain badminton di halaman rumahnya.
Ketaatan yang ditunjukkan oleh Laksamana Hang Tuah patut diteladani oleh ------------------------ .
dia
beliau
kita
mereka
Penjenayah itu telah lama ---------------------- polis kerana dia mengganggu ketenteraman awam.
buru
diburu
memburu
pemburuan
"------------- hendak beradu," titah raja kepada hulubalangnya.
Aku
Beta
Saya
Engkau
----------------------cara untuk menyelesaikan soalan matematik ini?
Dimanakah
Siapakah
Mengapakah
Bagaimanakah
Semua ibu bapa -------- tentu -------- yang terbaik buat anak-anak mereka.
sudah......mahu
perlu.... hendak
harus.... boleh
belum..... mahu
Puteri bongsu Raja Muda tidur untuk jangka waktu yang panjang.
Puteri itu dikatakan sedang --------------- .
gering
beradu
bertitah
bersantap
Ikan lumba-lumba lebih pintar daripada cimpanzi.
Pilih perkataan sinonim bagi pintar.
elok
cerdik
tangkas
pantas
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Ketika ibunya meninggal dunia, dia berada di Mumbai.
Semoga kamu berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Perangainya yang berada amat memualkan kami.
Walaupun Shukri anak orang berada tetapi dia tidak sombong.
Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai.
Pak Hasan ---------- melihat padinya mula menguning.
besar hati
berat hati
besar kepala
berat kepala
Pilih ayat yang betul.
Siku-siku tangan Amer berdarah.
Abon selalu kena buli-buli oleh rakan-rakannya.
Kerusi rotan itu penuh dengan pijak-pijak.
Emak menyediakan kuih onde-onde untuk berbuka puasa.
Pilih ayat yang betul.
Malam semalam kami makan di Rahmat Bistro.
Puan Bazli Dania membeli seutas tudung yang dihiasi batu pertama.
Encik Farhatullah ke pejabat dengan memandu sebuah motosikal.
Besi-besi buruk yang dijual boleh memberikan pulangan.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Gejala ponteng sekolah menimbulkan banyak kesan negatif.
Banyak kesan buruk jika ponteng sekolah.
Ponteng sekolah ialah amalan tidak sihat.
Kesan buruk ponteng sekolah adalah dimarahi ibu bapa.
Amalan ponteng sekolah perlu diatasi segera.
Usaha gigih Encik Firdaus dalam bidang jualan langsung menjadikan beliau -----------.
jutawan
budayan
negarawan
sukarelawan
Emak memasukkan beberapa ............. cecair perisa vanila ke dalam adunan kek itu.
titis
genggam
tompok
cubit
Semua dokumen di pejabat sekolah itu sedang ............ oleh ketua kerani agar segala urusan pentadbiran berjalan lancar.
dikemas kini
dipindah milik
dicampur aduk
dibaik pulih
Dalam ucapannya, guru besar ............. agar murid-murid tahun enam sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
mengajak
mendesak
mengajarkan
menyarankan
Adik hanya dapat makan ............... daripada kek-kek cawan itu kerana sudah kekenyangan.
sebilangan
segala
seluruh
setiap
Ikan pari yang berjaya dipancing oleh Encik Badrul itu berbentuk .......... dan mempunyai ekor yang berbisa.
tirus
leper
bujur
lonjong
Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi ............... pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.
riuh-rendah
simpang-siur
kelam-kabut
bengkang-bengkok
Ibu masih menyimpan koleksi barangan .................... milik nenek sebagai kenang-kenangan.
lampau
lanjut
lama
lalu
Puan Zaleha .............. apabila melihat baju-baju yang dijual di butik yang baru dibuka itu.
putih mata
gelap mata
mata duitan
rambang mata
Apakah yang akan dilakukan oleh putera raja selepas itu?
beradu
bersiram
bersantap
bersemayam
Kesedaran tentang pentingnya pengurusan masa dapat mendidik murid supaya lebih berdisiplin.
Pilih perkataan sinonim bagi pengurusan.
penyeliaan
pentadbiran
pengawasan
pengendalian
Penglihatan Ridhwan menjadi silau apabila terkena pantulan cahaya matahari.
Pilih perkataan antonim bagi silau.
cerah
kabur
kelam
jelas
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
i. Kenangan pahit itu sering mengganggu fikirannya.
ii. Adik menangis kerana tidak mahu makan ubat yang pahit itu.
iii. Buah mangga itu rasanya pahit kerana belum masak.
iv. Adik tidak lalu makan nasi goreng yang pahit itu.
i dan ii
ii dan iii
iii dan iv
i dan iv
Piilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Pasukan Hijau .......... setelah ditewaskan oleh Pasukan Kuning dalam pertandingan bola keranjang itu.
patah kaki
putih mata
bulat hati
putih tulang
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pesawat itu akan berlepas ke Sarawak sebaik-baik sahaja menerima arahan daripada pengawal trafik udara.
Pengawal trafik udara akan menerima arahan daripada pesawat sebelum berlepas ke Sarawak.
Pengawal trafik udara akan memberikan sebaik-baik arahan kepada pesawat yang akan berlepas ke Sarawak.
Pengawal trafik udara akan berlepas ke Sarawak sebaik-baik sahaja mendapat arahan daripada pesawat itu.
Sebaik-baik sahaja arahan diberikan oleh pengawal trafik udara, pesawat itu akan berlepas ke Sarawak.
Pilih ayat yang betul.
Zailan bergegas pulang ke rumah demi hendak mengikut ayahnya ke bandar.
Shahrul bermain badminton sambil adiknya suka bermain ping pong.
Pertandingan bola sepak itu dibatalkan sementara hujan turun.
Yang berbaju kebaya merah itu tunang abang saya.
Pilih ayat yang betul.
Puan Mastura membeli berbagai barangan di pasar tani kerana harganya berpatutan.
Sebahagian besar produk kilang itu adalah untuk pasaran luar negara.
Tiap pemandu yang menghadapi kesesakan lalu lintas diminta supaya bersabar.
Banyak ikan-ikan yang mati di sungai itu akibat keracunan.
