NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 3
Total questions: 73
Worksheet time: 53mins
Name
Class
Date
1.
dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan
a)
air dicencang tiada putus
b)
seperti anjing dengan kucing
c)
seperti kacang melupakan kulit
d)
bagai isi dengan kuku
2.
Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.
a)
tengik amat
b)
busuk sekali
c)
hapak sungguh
d)
hanyir sekali
3.
"Bilik tidur abang kamu ________," kata Raj kepada Thanush.
a)
sungguh selerak
b)
sungguh teramat selerak
c)
paling selerak
d)
paling sungguh selerak
4.
Alat-alat sukan yang dijual di kedai itu _______.
a)
agak murah
b)
paling murah sekali
c)
murah teramat
d)
murah-murah sekali
5.
Ammar merupakan murid yang ______ tiba di sekolah.
a)
paling amat lewat
b)
paling-paling lewat
c)
paling lewat
d)
paling teramat lewat sekali
6.
Adif _______ apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat pertama.
a)
terlalu gembira
b)
terlalu amat gembira
c)
terlalu paling gembira
d)
paling gembira sekali
7.
________ anyaman bakul rotan yang dihasilkan oleh gadis itu.
a)
Lembut sekali
b)
Halus sekali
c)
Mesra sekali
d)
Rapat sekali
8.
Mak Munah __________ apabila melihat anaknya pulang dari Kuala Lumpur.
a)
sedih benar
b)
rindu benar
c)
gembira benar
d)
risau benar
9.
Pekan kecil itu _________ menjelang waktu malam.
a)
sungguh lengang
b)
sungguh diam
c)
sungguh keras
d)
sungguh seram
10.
"__________ masakan ibu malam ini," puji Irene kepada ibunya.
a)
Sedap benar
b)
Sungguh sedap sekali
c)
Paling sedap sekali
d)
Benar-benar sedap
11.
Izzamie _______ dengan cucunya itu.
a)
sungguh amat sayang
b)
paling amat sayang
c)
sungguh sayang
d)
teramat sayang sekali
12.
Azzimey mendapat markah yang _______ dalam mata pelajaran Matematik.
a)
paling tertinggi
b)
paling tinggi
c)
sungguh tinggi
d)
tinggi nian
13.
"__________ masakan ibu malam ini," puji Irene kepada ibunya.
a)
Sedap benar
b)
Sungguh sedap sekali
c)
Paling sedap sekali
d)
Benar-benar sedap
14.
Banglo yang baru siap dibina di puncak bukit itu ________.
a)
nian cantik
b)
paling tercantik
c)
sungguh cantik
d)
tercantik sekali
15.
Yang manakah kata nama am hidup bukan manusia?
a)
Jibrail
b)
Malaikat
c)
Proton Saga
d)
Buku
16.
Yang manakah kata nama khas hidup bukan manusia?
a)
Kucing
b)
Si Tompok
c)
Ayam
d)
Bunga raya
17.
Yang manakah kata nama khas bukan manusia?
a)
Hospital Nur Zahirah
b)
Bunga ros
c)
Kereta sorong
d)
Malaikat
18.
Yang manakah kata nama khas manusia?
a)
Jin
b)
Sang Bedal
c)
Sang Singa
d)
Hang Tuah
19.
Yang manakah kata nama am hidup bukan manusia?
a)
Buku
b)
Bulu
c)
Burung
d)
Batu
20.
Ahmad_____Abu mandi di sungai di belakang rumah.
a)
serta
b)
tetapi
c)
dan
d)
dengan
21.
Abang menonton televisyen ______ membaca buku.
a)
sambil
b)
tetapi
c)
kerana
d)
lalu
22.
Yang manakah perkataan berikut merupakan kata tanya?
a)
nyatakan......
b)
tuliskan....
c)
padankan....
d)
siapa
23.
Yang manakah bukan kata perintah?
a)
minta
b)
tolong
c)
jemput
d)
bila
24.
"___________ makan" kata ibu kepada tetamunya.
a)
jemputlah
b)
janganlah
c)
minta
d)
harap
25.
Apakah jenis ayat di bawah?
"Jangan pijak rumput itu" itu jerit kakak.
"Jangan pijak rumput itu" itu jerit kakak.
a)
ayat penyata
b)
ayat tanya
c)
ayat larangan
d)
ayat seruan
26.
Yang manakah perkataan berikut mempunyai digraf?
a)
buku
b)
syarikat
c)
sungai
d)
palau
27.
Ayah menebang _________pokok kelapa yang condong di belakang rumah.
a)
sehelai
b)
serumpun
c)
sekaki
d)
sebatang
28.
Farah dan Puspa berjalan kaki. _______ hendak pergi ke perpustakaan desa.
a)
Saya
b)
Kami
c)
Mereka
d)
Dia
29.
Jasmin muntah-muntah setelah termakan nasi lemak ______.
a)
basi
b)
gelojoh
c)
tajam
d)
garang
30.
Puan Faizah menegur anaknya kerana makan dengan ________.
a)
tajam
b)
basi
c)
cermat
d)
gelojoh
31.
Faruk _____ adiknya bermain gasing di halaman rumah.
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
32.
Ayah Fara membawa joran untuk ______ di tepi tasik.
a)
memasak
b)
memanggil
c)
menonton
d)
memancing
33.
Bahagian hadapan kereta itu remuk kerana _______ tiang lampu.
a)
terikat
b)
terlanggar
c)
terpasang
d)
tertendang
34.
"Boleh _____ keluar berjumpa dengan Cikgu Razak?" kata Amir dan Danial.
a)
saya
b)
kami
c)
mereka
d)
dia
35.
Pengawas itu menaikkan ____________ ketika murid-murid menyanyi lagu kebangsaan.
a)
Jalur Gemilang
b)
Jalur Cemerlang
c)
Jalur Harapan
d)
Jalur Wawasan
36.
"Tolong sampaikan surat ini ______ ayah kamu," kata Encik Rusdi kepada Arif.
a)
pada
b)
dari
c)
kepada
d)
daripada
37.
Azzimey mendapat markah yang _______ dalam mata pelajaran Matematik.
a)
paling tertinggi
b)
paling tinggi
c)
sungguh tinggi
d)
tinggi nian
38.
Banglo yang baru siap dibina di puncak bukit itu ________.
a)
nian cantik
b)
paling tercantik
c)
sungguh cantik
d)
tercantik sekali
39.
Air kopi itu _____________ oleh Puan Salmah untuk dihidangkan kepada tetamu
a)
dibancuh
b)
dijerang
c)
dimasak
d)
ditanak
40.
Ahmad ____________ gerak-geri kakaknya yang berada di di dalam bilik.
a)
memerhati
b)
melihat
c)
mengintip
d)
menyiasat
41.
Luka di kaki adik __________ dengan secebis kain.
a)
dibungkus
b)
ditutup
c)
dibalut
d)
ditampal
42.
______ kematian ibubapanya, kehidupan dia tidak teratur
a)
Sementara
b)
Sungguhnya
c)
Semenjak
d)
Sekiranya
43.
______ melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri dan ke kanan dahulu
a)
Sejak
b)
Selepas
c)
Kerana
d)
Sebelum
44.
____________, kawan - kawan, selamat sejahtera!
a)
Eh
b)
Oh
c)
Hai
d)
Nah
45.
_______________, sibuk sungguh kamu hari ini!
a)
Amboi
b)
Hai
c)
Aduh
d)
Syabas
46.
Kami menginap di sebuah ____________ semasa melawat ke Sarawak baru - baru ini.
a)
rumah sakit
b)
rumah tertutup
c)
rumah tumpangan
d)
rumah
47.
____________ simpan peralatan perkhemahan ini di dalam stor.
a)
Aduh
b)
Amboi
c)
Jangan
d)
Tolong
48.
Mereka pergi ke pantai untuk _______________________.
a)
angin masuk
b)
ambil angin
c)
makan angin
d)
buang angin
49.
Pasukan bomba bertungkus-lumus _________________ api dalam kebakaran itu.
a)
padam
b)
pemadam
c)
dipadam
d)
memadamkan
50.
Perjalanan dari Jerteh ke Pasir Puteh _________________ masa selama setengah jam.
a)
mengambil
b)
mengumpul
c)
dikumpul
d)
diambil
51.
Murid itu mencuci tangan ______________ makan nasi lemak.
a)
ketika
b)
semasa
c)
sebelum
d)
semenjak
52.
_____________ di dalam kelas itu pandai-pandai belaka.
a)
Anak-anak
b)
Murid-murid
c)
Kanak-kanak
d)
Budak-budak
53.
Di dalam gua itu terdapat sarang ___________________.
a)
kekacang
b)
lelabah
c)
kekuda
d)
kekapis
54.
Para pemandu dinasihatkan agar memandu dengan ________________ di jalan raya.
a)
bersungguh-sungguh
b)
berbaik-baik
c)
berkawan-kawan
d)
berhati-hati
55.
Tolong tutup pintu ___________ tingkap itu.
a)
dan
b)
lalu
c)
sambil
d)
atau
56.
Kamu mahu naik kereta _____________ kereta api?
a)
lalu
b)
sambil
c)
dan
d)
atau
57.
Adik saya bertubuh kurus ________________ kuat makan.
a)
atau
b)
tetapi
c)
sambil
d)
kerana
58.
Adik saya bertubuh kurus ________________ kuat makan.
a)
atau
b)
tetapi
c)
sambil
d)
kerana
59.
Pak Samad memukul ular itu _______________ mati.
a)
tetapi
b)
hingga
c)
dan
d)
sambil
60.
"Baju baru itu warna _________?" tanya Kamilah kepada Wahida.
a)
siapa
b)
kenapa
c)
bila
d)
apa
61.
__________ yang kehilangan pensel warna, diminta berjumpa dengan guru bertugas pada minggu ini.
a)
Mana-mana
b)
Apa-apa
c)
Sesiapa
d)
Bila-bila
62.
Kaki kiri Sami ____________ apabila memakai kasut yang baru dibeli ibunya.
a)
melecet
b)
melecit
c)
melecur
d)
melekit
63.
Encik Ali ________________ kawanan burung itu dengan peluru penabur.
a)
memanah
b)
melontar
c)
membaling
d)
menembak
64.
Tukang masak sedang ________________ bawang.
a)
mengoyak
b)
mengupas
c)
menyusun
d)
membaling
65.
Kak Ida tidak dapat mendengar dengan baik kerana ____________ telinganya rosak.
a)
dedaun
b)
rerambut
c)
gegendang
d)
peparu
66.
Kebun itu dipagari kawat duri _______________ tidak dimasuki lembu.
a)
tetapi
b)
kerana
c)
supaya
d)
setelah
67.
Cahaya _____________ yang beraneka warna menambahkan kecantikan pada waktu malam.
a)
kuda-kuda
b)
kunang-kunang
c)
anai-anai
d)
kupu-kupu
68.
“ Kamu tinggal di _______________ ?” tanya Mei Lin kepada budak itu.
a)
mana
b)
apa
c)
siapa
69.
Perbuatan _________________ dinding sekolah adalah perbuatan yang dilarang.
a)
menconteng
b)
melakar
c)
melukis
d)
mengect
70.
Buku itu kecil ______________ mahal harganya.
a)
tetapi
b)
sambil
c)
kerana
d)
dan
71.
Awak suka makan durian _______________ rambutan?
a)
dan
b)
atau
c)
sambil
d)
lalu
72.
_______________, sakitnya kakiku ini!
a)
Eh
b)
Oh
c)
Aduh
d)
Amboi
73.
Murid-murid di dalam kelas 2 Cerdik_________membaca buku.
a)
malas
b)
cerdik
c)
rajin
d)
bijak
Reset
