wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEO T1 PETEMPATAN DI MALAYSIA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah jenis petempatan yang terdapat di Malaysia?

a)

Petempatan pinggir laut

b)

Petempatan bandar

c)

Petempatan tanah tinggi

d)

Petempatan luar bandar

2.

Apakah jenis petempatan dalam gambar di atas?

a)

Petempatan berkelompok

b)

Petempatan berpusat

c)

Petempatan bandar

d)

Petempatan berjajar

3.

Antara ciri petempatan bandar di Malaysia ialah...

a)

Jumlah penduduk > 10 000 orang

b)

Jumlah penduduk < 10 000 orang

c)

Mempunyai kemudahan asas yang pelbagai

d)

Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian

4.

Pilih ciri petempatan luar bandar di Malaysia.

a)

Jumlah penduduk > 10 000 orang

b)

Jumlah penduduk < 10 000 orang

c)

Mempunyai kemudahan asas yang pelbagai

d)

Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian

5.

Kegiatan ekonomi utama melibatkan kawasan petempatan bandar merangkumi sektor...

a)

perkhidmatan

b)

perindustrian

c)

pertanian

d)

perladangan

6.

Kegiatan ekonomi utama melibatkan kawasan petempatan luar bandar merangkumi sektor...

a)

perkhidmatan

b)

perindustrian

c)

pertanian

d)

perladangan

7.

Apakah maksud pola petempatan?

a)

Kepadatan penduduk di sesuatu kawasan

b)

Reka bentuk kediaman yang moden ataupun tradisional

c)

Kedudukan sesebuah petempatan itu di dalam peta topografi

d)

Corak atau reka bentuk susunan kawasan kediaman manusia di sesuatu kawasan

8.

Rajah di atas adalah pola petempatan...

a)

Berpusat

b)

Berjajar

c)

Berselerak

d)

Berkelompok

9.

Apakah jenis pola petempatan dalam gambar di atas?

a)

Petempatan berkelompok

b)

Petempatan berpusat

c)

Petempatan bandar

d)

Petempatan berjajar

10.

Antara berikut pernyataan manakah yang benar tentang pola petempatan berjajar?

a)

Rumah dibina secara terancang di pinggir jalanraya

b)

Rumah berjauhan antara satu sama lain di pinggir pantai

c)

Rumah kelihatan tersusun secara deretan dan seragam di sepanjang sungai

d)

Susun atur kediaman bertaburan dan tidak seragam

11.

1.Rumah atau bangunan dibina secara rapat di sesuatu kawasan yang menjadi tumpuan penduduk

2.Terdapat kemudahan yang melibatkan pusat perniagaan, pelabuhan dan rumah ibadat


Maklumat di atas adalah ciri pola petempatan...

a)

Berpusat

b)

Berjajar

c)

Berselerak

d)

Berkelompok

12.

Berikut adalah Fungsi Petempatan Bandar kecuali...

a)

Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dalam sektor peniagaan dan sektor pelancongan

b)

Bandar yang melibatkan urusan import dan eksport

c)

Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kegiatan perlombongan dan cari gali

d)

Bandar yang menjalankan kegiatan penternakan lembu, kambing serta penternakan ikan air tawar

13.

Fungsi Petempatan Bandar ialah...(pilih 2)

a)

Bandar yang menjalankan kegiatan perlombongan melibatkan penerokaan sumber mineral

b)

Bandar yang melibatkan urusan import dan eksport

c)

Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kegiatan perlombongan dan cari gali

d)

Bandar yang menjalankan kegiatan penternakan lembu, kambing serta penternakan ikan air tawar

14.

Bandaraya Miri, Sarawak merupakan bandar raya pertama di Malaysia yang bukan berstatus ibu negeri. Pada 20 Mei 2005, bandar raya ini telah diberi gelaran sebagai....

a)

Bandaraya Peranginan

b)

Bandaraya Perlombongan

c)

Bandaraya Perdagangan

d)

Bandaraya Pelancongan

15.

Pilih bandar pentadbiran yang betul...(pilih 2)

a)

Johor Bahru

b)

Petaling Jaya

c)

Kuantan

d)

Nilai

16.

1.Balai Raya

2.Pejabat Penghulu


Berikut adalah fungsi petempatan luar bandar dari segi...

a)

Ekonomi

b)

Politik

c)

Sosial

d)

Governan

17.

Antara berikut, bandar manakah yang mendapat jolokan sebagai bandar teknologi Malaysia

a)

Putrajaya

b)

Cyberjaya

c)

Metrojaya

d)

Bandar Sierra

18.

Apakah fungsi bandar Lumut Perak?

a)

bandar pentadbiran

b)

bandar kewangan

c)

bandar perindustrian

d)

bandar pertahanan

19.

Antara yang berikut, kegiatan ekonomi yang manakah berkaitan dengan petempatan luar bandar?

I Pertanian

II Pentadbiran

III Perindustrian

IV Perlombongan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Antara yang berikut, bandar yang manakah pembukaannya dipengaruhi oleh dasar kerajaan?

a)

Bandar perindustrian

b)

Bandar pertahanan

c)

Bandar teknologi maklumat

d)

Bandar satelit