wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ AMAR 2022

Total questions: 20

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

Pada pandangan anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi menyelesaikan jenayah rasuah?

a)

Menghindarkan dan menjauhkan diri daripada amalan rasuah yang berlaku

b)

Segera melaporkan amalan rasuah yang berlaku kepada pihak bertanggungjawab

c)

Mengambil rasuah tersebut kemudian diberikan kepada pihak bertanggungjawab

2.

Pilih dua jenis organisasi yang boleh didakwa kerana kesalahan rasuah

a)

Organisasi yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2011

b)

Perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961

c)

Syarikat atau perniagaan luar negara yang menjalankan perniagaan di Malaysia

3.

Rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu

a)

Ya

b)

Tidak

4.

Adakah suapan rasuah hanya berbentuk wang sahaja?

a)

Ya

b)

Tidak

5.

Nyatakan Visi Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah?

a)

Mewujudkan generasi muda yang membenci rasuah dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah

b)

Mewujudkan generasi muda yang mendenda orang yang melakukan xrasuah dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah

6.

Tandakan dua objektif AMAR yang paling tepat

a)

Melatih pelajar IPT kepada pengurusan pelaksanaan program pencegahan rasuah

b)

Melahirkan pelajar IPT yang mengetahui tentang rasuah yang berlaku di negara Malaysia

c)

Menerapkan nilai antirasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pelajar IPT

7.

Yang mana satukah merupakan Motto AMAR?

a)

Jauhi Rasuah Membentuk Mahasiswa Bertamadun

b)

Ayuh Bersama Perangi Rasuah

c)

Suara Mahasiswa Memerangi Rasuah

d)

Katakan Tidak Pada Rasuah

8.

Apakah hukuman bagi kesalahan rasuah?

a)

Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi

b)

Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM50,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi

9.

Yang manakah antara jenis kesalahan rasuah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang utama? Pilih dua daripadanya.

a)

Menyamar identiti

b)

Memberi wang

c)

Mengemukakan tuntutan palsu

d)

Memberi suapan

10.

Tahap integriti yang rendah dalam kalangan pegawai terbabit merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam. Betul atau tidak?

a)

Ya

b)

Tidak

11.

Berikut merupakan bukan cara untuk membanteras isu jenayah rasuah dalam kalangan masyarakat?

a)

Menghukum orang yang melakukan rasuah

b)

Mengadakan kempen anti rasuah

c)

Menguatkuasakan undang-undang dan hukuman

12.

Bilakah Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) ditubuhkan?

a)

2005

b)

2006

c)

2007

d)

2008

13.

Adakah benar kesan rasuah kepada negara dapat menjejaskan kualiti infrastruktur atau program?

a)

Ya

b)

Betul

14.

Hadiah menjadi rasuah apabila:

a)

Pemberi dan penerima tidak mempunyai hubungan rasmi

b)

Pemberian hadiah mempengaruhi kepuasan penerima

c)

Nilai hadiah setimpal dengan maksud hadiah

d)

Tiada urusan rasmi dengan pemberi

15.

Berikut ialah contoh-contoh rasuah kecuali:

a)

Along memberi sejumlah wang kepada polis untuk mengelak daripada disaman

b)

Azman telah mengeluarkan sejumlah wang kepada majikannya supaya beliau dinaikkan pangkat dengan segera

c)

Abu menerima hadiah daripada syarikatnya kerana prestasi kerjanya yang baik

16.

Apakah maksud rasuah?

a)

Hadiah dan saguhati

b)

Suatu pemberian yang diberikan kepada sesorang untuk membenarkan sesuatu yang betul dan membatalkan sesuatu yang salah

c)

Sesuatu pemberian yang diberikan kepada seseorang untuk membenarkan sesuatu yang salah dan membatalkan sesuatu yang benar

17.

Berikut ialah sebab-sebab berlakunya rasuah kecuali:

a)

Kelemahan diri sendiri

b)

Sentiasa Bersyukur

c)

Iman yang lemah

18.

Hukuman bagi kesalahan rasuah menurut seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menetapkan hukuman...

a)

penjara tidak lebih 20 tahun

b)

penjara melebihi 20 tahun

c)

penjara seumur hidup

19.

Berikut merupakan bidang kuasa SPRM KECUALI

a)

Menyiasat kes rasuah

b)

Mendakwa kes rasuah di mahkamah

c)

Menasihat agensi untuk memperbaiki sistem dan prosedur yang boleh membuka ruang kepada rasuah

d)

Menerima maklumat berkaitan rasuah

20.

Tujuan akta perlindungan saksi 2009 ( Akta 696) adalah sebagai perlindungan kepada saksi dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya

a)

Betul

b)

Salah