wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sains tahun 6

Total questions: 45

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Antara haiwan yang berikut, yang manakah hidup bersendirian?

a)

A. Monyet

b)

B. Gajah

c)

C. Panda

d)

D. Rusa

2.

Buruj manakah yang digunakan untuk petunjuk musim menuai?

a)

A. Buruj Biduk

b)

B. Buruj Skorpio

c)

C. Buruj Pari

d)

D. Buruj Belantik

3.

Apakah maksud pemuliharaan?

a)

A. Kaedah untuk mendapatkan keperluan asas haiwan dan tumbuhan yang terhad

b)

B. Keadaan di mana spesies pupus dari Bumi

c)

C. Mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah

d)

D. Mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

4.

Antara penyataan berikut, yang manakah BENAR?

a)

A. Litar Q lebih terang

b)

B. Litar P lebih terang

c)

C. Litar Q ialah litar selari

d)

D. Litar P ialah litar sesiri

5.

Segumpal tanah liat boleh dibentuk menjadi sebuah pasu.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang kesan daya?

a)

A. Daya mengubah gerakan

b)

B. Daya mengubah bentuk

c)

C. Daya menentang gerakan

d)

D. Daya mengubah jisim

6.

Tenaga kimia -> tenaga cahaya +

tenaga haba

Perubahan tenaga ini berlaku pada...

a)

A. Lampu suluh

b)

B. Lilin

c)

C. Panel solar

d)

D. Telefon bimbit

7.

Apakah kaedah pengawetan yang sesuai untuk rajah di atas?

a)

A. Penyejukbekuan

b)

B. Pengeringan

c)

C. Pempasteuran

d)

D. Pendidihan

8.

Sebuah bot bergerak sejauh 260 km dalam masa 2 jam. Apakah kelajuan bot itu?

a)

A.100 km/j

b)

B. 120 km/j

c)

C. 130 km/j

d)

D. 140 km/j

9.

Dalam pembuatan roti, yis ditambah ke dalam adunan. Selepas 10 minit adunan roti kelihatan mengembang. Mengapa?

a)

A. Yis bernafas dan mengeluarkan gas oksigen

b)

B. Yis bernafas dan mengeluarkan gas karbon dioksida

c)

C. Yis bertumbuh dan menyerap gas karbon dioksida

d)

D. Yis bergerak dan membiak dengan cepat

10.

Rajah di bawah menunjukkan sebuah mesin kompleks. Apakah mesin ringkas yang terdapat dalam rajah di bawah?

a)

A. Gear, baji

b)

B. Tuas , baji

c)

C. Skru, gear

d)

D. Roda dan gandar, tuas

11.

Rajah di atas menunjukkan kacang bendi .Apakah kaedah pencaran yang sesuai untuk tumbuhan tersebut?

a)

A. Melalui angin

b)

B. Melalui air

c)

C. Mekanisme letupan

d)

D. Melalui manusia dan haiwan

12.

Dalam satu penyiasatan, dua objek iaitu silinder dan kuboid masing-masing mempunyai tinggi dan lebar yang sama. Didapati objek berbentuk silinder lebih stabil berbanding kuboid. Mengapa ?

a)

A. Bentuk silinder lebih berat

b)

B. Bentuk silinder mempunyai tapak yang lebih besar

c)

C. Bentuk silinder mengurangkan kesan tolakan angin

d)

D. Bentuk silinder lebih menarik dan ringan

13.

Sisa-sisa makanan yang tidak dicerna akan disingkirkan melalui dubur.Apakah proses penyingkiran sisa-sisa makanan ini?

a)

A. Penyahtinjaan

b)

B. Perkumuhan

c)

C. Pernafasan

d)

D. Pembiakan

14.

Rajah di bawah menunjukkan penyangkut baju besi . Apakah kaedah yang sesuai untuk mencegah objek tersebut daripada berkarat?

a)

A. Menyapu minyak dan gris

b)

B. Menyadur timah

c)

C. Mengecat

d)

D. Menyalut

15.

Apakah keperluan tumbuhan untuk melakukan fotosintesis?

a)

A. Air, cahaya matahari dan udara dan tanah

b)

B. Air, cahaya matahari dan karbon dioksida dan klorofil

c)

C. Air, cahaya matahari dan oksigen dan klorofil

d)

D. Air, cahaya matahari dan tanah

16.

Haiwan manakah yang bernafas melalui struktur pernafasan yang sama seperti rama-rama?

a)

A. Berudu dan beluncas

b)

B. Belalang dan ketam

c)

C. Belalang dan lipas

d)

D. Nyamuk dan burung

17.

Apakah masa yang ditunjukkan oleh jam randik di bawah?

a)

A. 5 minit 15 saat

b)

B. 6 minit 35 saat

c)

C. 7 minit 35 saat

d)

D. 5 minit 35 saat

18.

Planet apakah yang paling panas di sistem suria?

a)

A. Utarid

b)

B. Zuhrah

c)

C. Zuhal

d)

D. Marikh

19.

Satu eksperimen dilakukan untuk membuktikan sifat gas. Apakah sifat gas tersebut?

a)

A Mempunyai bentuk

b)

B Memenuhi ruang

c)

C Mempunyai jisim

d)

D Mempunyai isi padu yang tetap

20.

Rajah 5 menunjukkan satu siratan makanan dalam suatu habitat. Antara berikut, yang manakah karnivor?

a)

Q dan R

b)

S dan U

c)

T dan V

d)

R dan S

21.

Rajah menunjukkan sebatang pensil yang ditegakkan di bawah Matahari. Pukul berapakah bayang-bayang di atas terbentuk?


a)

A. 8 pagi

b)

B. 3 petang

c)

C. 10 pagi

d)

D. 12 tengah hari

22.

Rajah menunujukkan keputusan ujikaji. Apakah sifat kimia bagi bahan Z?

a)

Asid

b)

Alkali

c)

Asid dan alkali

d)

Neutral

23.

Di kawasan manakah berlakunya gerhana bulan penuh?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

24.

Rajah menunjukkan fasa - fasa bulan .Bulan separa baru dapat dilihat bila bulan berada di kedudukan …………

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

25.

Rajah menunjukkan gelas air yang sejuk. Didapati titisan air terbentuk pada permukaan luar gelas. Apakah proses yang berlaku?

a)

Peleburan

b)

Penyejatan

c)

Kondensasi

d)

Pembekuan

26.

Di manakah biasanya protozoa boleh dijumpai ?

a)

Di dalam udara

b)

Di dalam air

c)

Di dalam makanan

d)

Di dalam badan manusia

27.

Apakah yang menyebabkan roti naik apabila yis ditambahkan ke dalam doh roti ?

a)

Yis bernafas

b)

Yis bergerak

c)

Yis membiak

d)

Yis bertumbuh

28.

Persaingan yang manakah berlaku antara spesies haiwan yang sama sahaja ?

a)

Persaingan untuk mendpatkan makanan

b)

Persaingan untuk mendapatkan ruang

c)

Persaingan untuk mendapatkan pasangan

d)

Persaingan untuk mendapatkanair

29.

Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan persaingan antara rusa di suatu habitat menjadi bertambah sengit ?

a)

Bilangan rusa berkurang

b)

Bilangan harimau bertambah

c)

Bilangan tumbuhan berkurang

d)

Bilangan pemburu haram berkurang

30.

Rajah menunjukkan satu spesies haiwan yang telah pupus.Mengapakah haiwan tersebut pupus ?

a)

Diburu oleh manusia untuk mendapatkan kulit dan dagingnya.

b)

Diburu haiwan lain untuk dijadikan makanan

c)

Bergaduh sesama sendiri sehingga pupus

d)

Dimusnahkan oleh bencana banjir besar

31.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan langkah pemuliharaan ?

a)

Mengharamkan pemburuan haiwan liar

b)

Menghukum pemburu yang memburu haiwan liar

c)

Memungut telur penyu untuk ditetaskan

d)

Menubuhkan lebih banyak zoo

32.

Bagaimanakah cara untuk mendidik masyarakat supaya melindungi haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang diancam kepupusan ?

a)

Elakkan daripada membeli produk yang diperbuat daripada bahagian haiwan yang terancam

b)

Menggalakkan masyarakat menerokai hutan simpan

c)

Meningkatkan pengeluaran produk daripada bahagian badan haiwan

d)

Kempen menyayangi haiwan peliharaan

33.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemeliharaan

a)

Mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan

b)

Menjaga haiwan dan tumbuhan supaya sentiasa sihat

c)

Menempatkan haiwan dan tumbuhan ke tempat yang lebih baik

d)

Menempatkan haiwan dan tumbuhan di suatu kawasan

34.

Apakah maksud daya ?

a)

Kesan tarikan terhadap sesuatu objek

b)

Kesan tolakan terhadap sesuatu objek

c)

Kesan tarikan dan tolakan terhadap sesuatu objek

d)

Kesan tenaga yang dihasilkan akibat pergerakan sesuatu objek

35.

Antara tidakan daya berikut, yang manakah akan mengakibatkan perubahan bentuk objek ?

a)

Menunggang basikal di padang

b)

Menggolek bola di atas lantai

c)

Mendayung sampan

d)

Meniup belon

36.

Antara yang berikut, yang manakah bukan kesan daya ke atas suatu objek ?

a)

Objek yang pegun bergerak

b)

Objek bergerak semakin laju

c)

Bentuk objek berubah

d)

Jisim objek bertambah

37.

Seorang kanak-kanak selalu tergelincir apabila berjalan. Apakah cara yang paling sesuai bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berulang ?

a)

Melarangnya berjalan

b)

Memakai kasut bertapak licin

c)

Memakai kasut bertapak kasar

d)

Membelikannya kasut beroda

38.

Seorang pemandu sedang memandu pada kelajuan 80 km/j. Apakah yang perlu dilakukannya apabila melihat papan tanda yang ditunjukkan dalam Rajah ?

a)

Mengurangkan kelajuan keretanya

b)

Menambahkan kelajuan keretanya

c)

Mengekalkan kelajuan keretanya

d)

Memberhentikan keretanya di tepi jalan

39.

Antara bot berikut, yang manakah paling laju ?

a)

Bot P yang bergerak sejauh 100 meter dalam masa 20 saat

b)

Bot Q yang bergerak sejauh 90 meter dalam masa 20 saat

c)

Bot R yang bergerak sejauh 80 meter dalam masa 20 saat

d)

Bot S yang bergerak sejauh 70 meter dalam masa 20 saat

40.

Ketika mendaki sebuah gunung, Azli mendapati daging segar yang dibawanya tahan lebih lama ketika berada di kawasan puncak gunung. Hal ini disebabkan .....

a)

suhu di kawasan itu rendah

b)

tidak ada bakteria di kawasan itu

c)

cahaya matahari lebih terang di kawasan itu

d)

udara di kawasan itu sangat kering

41.

Apakah tujuan pengawetan makanan ?

a)

Untuk menjadikan makanan lebih murah

b)

Untuk menyedapkan rasa makanan

c)

Untuk menjadikan makanan tahan lama

d)

Untuk menjadikan makanan lebih berzat

42.

Bahan makanan berikut disimpan di dalam peti sejuk oleh Mak Cik Limah. Jika bekalan elektrik di rumahnya terputus selama dua hari, bahan yang manakah mungkin tidak boleh dimakan lagi ?

a)

Telur

b)

Ikan kering

c)

Susu segar

d)

Kubis

43.

Apakah faedah pengawetan makanan ?

a)

Mengurangkan pembaziran makanan

b)

Menjadikan makanan lebih berzat

c)

Memudahkan makanan dijual

d)

Meningkatkan hasil pertanian

44.

Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasikan ?

a)

Bahan buangan yang dihasilkan daripada kediaman

b)

Bahan buangan yang dihasilkan oleh kilang dan aktiviti pertanian

c)

Bahan buangan yang boleh mereput

d)

Bahan buangan yang mengambil masa yang sangat lama untuk mereput

45.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara yang betul untuk melupuskan bahan buangan domestik ?

a)

Menghantar ke pusat kitar semula

b)

Membakar secara terbuka

c)

Menghantar ke tapak pelupusan sampah

d)

Membuang ke dalam sungai