wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bengkel pemulihan geografi spm

Total questions: 62

Worksheet time: 49mins

Name
Class
Date
1.

Petunjuk arah angin boleh diletakkan di

a)

Atas bumbung bangunan

b)

Sebelah bangunan tinggi

c)

Antara rumah pangsa

d)

Bawah pokok

2.

Jadual di atas menunjukkan suhu bulanan dari bulan Januari hingga Jun di Stesen Y. Berapakah julat suhu bagi bulan Januari hingga Jun di Stesen Y?

a)

3 darjah celcius

b)

4 darjah celcius

c)

5 darjah celcius

d)

6 darjah celcius

3.

*Tekanan udara yang sangat rendah berpunca daripada kepanasan di laut.


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah fenomena yang berlaku?

a)

Banjir

b)

Taufan

c)

El Nino

d)

Banjir kilat

4.

Berdasarkan simbol di atas, apakah keterangan yang BENAR tentang kelajuan angin?

a)

Tenang

b)

Taufan

c)

Angin kuat

d)

Bayu kencang

5.

Foto di atas menunjukkan fenomena cuaca. Apakah langkah yang perlu diambil oleh pihak berkuasa tempatan dalam menangani masalah yang berpunca dari fenomena cuaca tersebut?

a)

Menyelenggara sistem perparitan

b)

Menguatkuasa undang-undang

c)

Menjaga keselamatan mangsa

d)

Menyediakan peralatan menyelamat

6.

*Menyediakan sistem amaran

*Pemantauan satelit


Maklumat di atas berkaitan dengan langkah menghadapi fenomena cuaca

a)

Taufan

b)

Kemarau

c)

Hujan asid

d)

Pulau haba

7.

*Suhu sekitar 32 darjah celcius

*Hujan dijangka turun lewat petang


Maklumat di atas adalah berkait dengan

a)

Cuaca

b)

Iklim

c)

Suhu

d)

Hujan

8.

Apakah aktiviti ekonomi yang berkait rapat dengan maklumat cuaca semasa?

a)

Perikanan

b)

Perbankan

c)

Perindustrian

d)

Ekopelancongan

9.

Apakah nama alat yang digunakan untuk merekod data hujan?

a)

Anemometer

b)

Barometer

c)

Tolok hujan

d)

Rajah mawar

10.

Apakah faktor semula jadi yang menyebabkan kejadian banjir berlaku di kawasan pantai timur khususnya pada setiap akhir tahun?

a)

Aktiviti pembalakan

b)

Masalah sistem perparitan

c)

Hujan lebat yang berterusan

d)

Permukaan jalan yang berturap

11.

Bagaimanakah kejadian banjir boleh mempengaruhi stok bekalan makanan di sesuatu kawasan?

a)

Tanaman akan musnah

b)

Sumber air akan tercemar

c)

Tanah menjadi kurang subur

d)

Jumlah pengeluaran makanan meningkat

12.

Maklumat di bawah menunjukkan kesan fenomena cuaca yang berlaku di India.


*Kira-kira 500 juta penduduk terjejas

*Kawasan terlibat seperti Tamil Nadu dan Rajasthan


Apakah fenomena cuaca yang dapat dikaitkan dengan maklumat di atas?

a)

Banjir

b)

Taufan

c)

Kemarau

d)

Pulau haba

13.

Apakah langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan kemarau di sesetengah kawasan di dunia?

a)

Menanam tanaman di dalam rumah hijau

b)

Menyediakan sistem amaran awal

c)

Membina lebih banyak empangan

d)

Meneroka air bawah tanah

14.

Mengapakah penubuhan pusat rehabilitasi penting kepada pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar?

a)

Tempat simpanan hidupan liar

b)

Kawasan larangan sebarangan aktiviti pembalakan

c)

Pusat pengumpulan sampel-sampel tumbuhan dan haiwan

d)

Kawasan pembiakan semula jadi untuk haiwan yang hampir pupus

15.

Bagaimana aktiviti penyahutanan memberi kesan kepada kepelbagaian biologi di dunia?

a)

Kejadian tanah runtuh

b)

Peningkatan suhu setempat

c)

Peningkatan kelembapan udara

d)

Kepupusan spesis hidupan liar

16.

Aktiviti utama manusia yang mengancam hidupan liar ialah

a)

Penyahutanan

b)

Penghutanan semula

c)

Mewartakan hutan simpan

d)

Penyelidikan dan pembangunan

17.

Apakah kesan utama aktiviti pembalakan kepada alam sekitar?

a)

Pembakaran terbuka

b)

Pembukaan kawasan baru

c)

Peningkatan pendapatan negara

d)

Kehilangan habitat flora dan fauna

18.

Mengapakah aktiviti pemburuan haram semakin meningkat di Malaysia?

a)

Liputan hutan yang luas

b)

Tiada penguatkuasaan undang-undang

c)

Digunakan untuk perubatan tradisional

d)

Pembinaan jalan raya berhampiran kawasan hutan

19.

Apakah kesan pembinaan Empangan Tiga Gaung di negara China kepada alam sekitar?

a)

Menjanakan elektrik

b)

Hidupan akuatik terjejas

c)

Kawasan hutan bertambah

d)

Meningkatkan pendapatan negara

20.

Apakah kepentingan hidupan liar kepada ekosistem Hutan Hujan Tropika?

a)

Pengeluar makanan

b)

Sebagai habitat flora

c)

Pengurai sisa kumbahan

d)

Keseimbangan ekosistem

21.

Apakah langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan kelestarian hutan berkekalan?

a)

Menjalankan penyelidikan

b)

Memberi pendidikan alam sekitar di sekolah

c)

Membuka lebuh raya di kawasan pendalaman

d)

Mempromosikan kawasan pelancongan tanah tinggi

22.

Apakah tujuan penggubalan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010?

a)

Hukuman denda dan penjara kepada pesalah yang mencemarkan sumber alam

b)

Mewujudkan hutan simpan kekal

c)

Mengeluarkan lesen untuk pemohonan memburu hidupan liar

d)

Mewartakan kawasan yang kaya dengan sumber sebagai kawasan pemeliharaan

23.

*Meliputi 60% tanah negara

*5 juta hektar kawasan perlindungan hidupan liar


Maklumat di atas dapat dikaitkan dengan negara

a)

Botswana

b)

Kanada

c)

Bhutan

d)

China

24.

*Kayu keras

*Dirian tulen


Maklumat di atas adalah ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di sesuatu kawasan hutan.


Apakah kawasan hutan tersebut?

a)

Hutan konifer

b)

Hutan hujan tropika

c)

Hutan monsun tropika

d)

Hutan mediterranean

25.

Mengapakah hutan di kawasan Monsun Tropika menggugurkan daun pada bulan Mac hingga Mei?

a)

Tekanan udara tinggi

b)

Proses fotosintesis aktif

c)

Kadar kelembapan tinggi

d)

Mengurangkan kehilangan air

26.

*Rubah

*Beruang kutub


Bagaimanakah haiwan di atas dapat menyesuaikan diri dengan persekitarannya.

a)

Berbulu tebal

b)

Berwarna cerah

c)

Berdarah sejuk

d)

Berubah warna

27.

Mengapakah tumbuh-tumbuhan lantai Hutan Monsun Tropika lebih padat daripada Hutan Hujan tropika?

a)

Spesies hidupan liar berkurang

b)

Bekalan karbon dioksida banyak

c)

Hujan sampai terus ke permukaan bumi

d)

Tumbuhan bahagian lantai hutan menerima pancaran matahari

28.

*Dirian tulen

*Tiga lapisan

*Lantai hutan padat


Maklumat di atas menerangkan keadaan hutan di kawasan

a)

Siberia dan Mongolia

b)

Thailand dan Myanmar

c)

Kanada dan Amerika Syarikat

d)

Lembangan Amazon dan Lembangan Congo

29.

Apakah kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi dalam ekosistem?

a)

Melindungi kawasan terumbu karang

b)

Melindungi haiwan daripada pengurai

c)

Membentuk habitat kepada hidupan liar

d)

Membekalkan makanan kepada pengguna primer

30.

Apakah kepentingan komponen abiotik dalam ekosistem?

a)

Membekalkan sumber makanan

b)

Menyediakan habitat fauna

c)

Mengurangkan hakisan

d)

Menghasilkan nutrien

31.

*Jenis xerofit

*Bijih benih tebal dan keras


Maklumat di atas mungkin sekali dapat dikaitkan dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan

a)

Hutan monsun tropika

b)

Padang rumput steppe

c)

Hutan konifer

d)

Gurun panas

32.

*Ash

*Mapple

*Sakura


Contoh tumbuh-tumbuhan semula jadi di atas boleh ditemui di kawasan

a)

Hutan konifer

b)

Hutan monsun tropika

c)

Padang rumput savana

d)

Hutan daun luruh sederhana

33.

Jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dalam foto di atas mungkin sekali boleh dikaitkan dengan

a)

Hutan mediterranean

b)

Padang rumput steppe

c)

Hutan konifer

d)

Monsun tropika

34.

Apakah lapisan yang mewakili lapisan renjong?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

35.

Apakah keistimewaan Hutan Hujan Tropika berbanding tumbuh-tumbuhan semula jadi yang lain di dunia?

a)

Berkayu lembut

b)

Menyerap gas oksigen

c)

Mampu menahan hakisan pantai

d)

Habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna

36.

Apakah kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi kepada persekitarannya dalam ekosistem Hutan Hujan Tropika?

a)

Sumber bahan mentah

b)

Meningkatkan eksport

c)

Peluang pekerjaan

d)

Siratan makanan

37.

*Epifit

*Liana


Apakah jenis tumbuhan dalam pernyataan di atas?

a)

Pokok berkayu keras

b)

Pokok renek yang menumpang

c)

Tumbuhan menjalar di lantai hutan

d)

Pokok beracun dalam hutan monsun tropika

38.

Apakah dua ciri lapisan kerak bumi ?

a)

Membentuk daratan

b)

Kawasan berlakunya gegaran

c)

Suhu tinggi kira-kira 5 000o Celcius

d)

Kedudukan paling atas di bumi

39.

Antara berikut, apakah tiga ciri lapisan mantel ?

a)

Terdapat lapisan atnosfera

b)

Kawasan paling panas

c)

Mengalami arus perolakan

d)

Dikenali barisfera

e)

Lapisan ini membolehkan letusan gunung berapi berlaku

40.

Pilih 3 jawapan yang menunjukkan kombinasi jenis batuan dan kegunaannya yang betul.

a)

Batu pasir - Membuat kaca

b)

Batu kapur - Membina jalan raya

c)

Batu granit - Membuat tembikar

d)

Marmar - Membuat lantai bangunan

e)

Batu permata - Perhiasan wanita

41.

Pilih dua batuan yang merupakan batuan igneus rejahan ?

a)

Gabro

b)

Obsidian

c)

Basalt

d)

Granit

42.

Pilih dua batuan yang menunjukkan batuan igneus terobosan ?

a)

Obsidian

b)

Diorit

c)

Pumis

d)

Granit

43.

Apakah proses pembentukan batuan igneus ?

a)

Pembentukan akibat proses penyejukan dan pemejalan magma dan lava

b)

Proses pemendapan dan mampatan serpihan batuan dan sedimen

c)

Proses metamorfosis suhu dan tekanan tinggi pada batuan

44.

Apakah proses pembentukan batuan metamorfosis ?

a)

Proses penyejukan dan pemejalan magma dan lava

b)

Proses mendapan dan mampatan serpihan batuan dan sedimen

c)

Proses tekanan suhu yang tinggi pada batuan

45.

Apakah maksud batuan igneus rejahan ?

a)

Magma yang membeku di dalam kerak bumi membentuk batuan

b)

Magma yang keluar dari permukaan bumi akan membentuk batuan

46.

Apakah dua kegunaan batu kapur ?

a)

Komponen utama membina jalan raya

b)

Bahan utama simen

c)

Bahan utama membuat kaca

d)

Digunakan untuk meneutralkan asid tanih

e)

Komponen utama membina jalan kereta api

47.

Kawasan manakah yang mengalami proses pembandaran yang lebih pesat?

a)

Pusat pendidikan

b)

Kawasan pertanian

c)

Pelabuhan perikanan

d)

Kawasan perindustrian

48.

Bagaimanakah Malaysia dapat menngurangkan kemasukan buruh asing tanpa menjejaskan perkembangan ekonomi negara?

a)

Meluaskan kawasan pertanian

b)

Meningkatkan aktiviti pelancongan

c)

Memperbanyakkan industri perkilangan

d)

Memaksimumkan penggunaan teknologi moden

49.

Di bawah ini merupakan sumber alam yang dapat diperbaharui adalah . . . .

a)
b)
c)
d)
50.

Antara yang berikut, proses manakah terlibat dalam membentuk batuan metamorfosis?

a)

Haba tinggi dan tindak balas kimia

b)

Regangan dan mampatan

c)

Tekanan tinggi dan haba tinggi

d)

Regangan dan tindak balas kimia

51.

Antara berikut pasangan manakah benar?

a)

Pertembungan plat tektonik - Tegangan kerak bumi terhasil

b)

Pencapahan plat tektonik - Mampatan kerak bumi terhasil

c)

Lipatan kerak bumi - Menghasilkan gunung bongkah

d)

Gelinciran kerak bumi - Menghasilkan graben dan horst

52.

Sebahagian besar Batu Caves di Kuala Lumpur terdiri daripada

a)

batu igneus

b)

batu pasir

c)

batu rigolit

d)

batu kapur

53.

Struktur bumi terdapat beberapa lapisan. Di lapisan manakah terletaknya SIMA dan SIAL?

a)

Mantel

b)

Teras luar

c)

Kerak bumi

d)

Teras dalam

54.

Apakah proses luluhawa yang berkesan di kawasan batu kapur?

a)

Larutan

b)

Hidrolisis

c)

Pengoksidaan

d)

Pengkarbonan

55.

Apakah bentuk muka bumi yang terbentuk di dasar laut sekiranya pencapahan plat berlaku?

a)

Arka pulau

b)

Jurang lautan

c)

Banjaran gunung lipat

d)

Permatang tengah lautan

56.

Di kawasan gunung berapi, lapisan tanih lava yang tepu air menyebabkan hujan mengalir dengan pantas menuruni cerun. Jenis gerakan jisim yang dihuraikan di atas ialah

a)

aliran tanih

b)

aliran lumpur

c)

jatuhan batuan

d)

gelongsoran batuan

57.

Apakah pandang darat yang terhasil daripada luluhawa jenis pengkarbonan?

a)

Air terjun

b)

Padang pasir

c)

Gerbang laut

d)

Gua batu kapur

58.

Apakah yang akan terbentuk apabila berlakunya pencapahan plat benua dan plat benua?

a)

Lurah gelinciran

b)

Jurang lautan

c)

Gunung lipat

d)

Arka pulau

59.

Faktor tolakan negara asal migrasi antarabangsa ialah

a)

Politik tidak stabil

b)

Peluang pendidikan luas

c)

Kadar upah tinggi

d)

Banyak peluang pekerjaan

60.

Apakah faktor tolakan yang mempengaruhi migrasi dalaman?

Pilih dua jawapan.

a)

Peluang pekerjaan terhad

b)

Kekurangan peluang pendidikan

c)

Kadar upah tinggi

d)

Kemudahan perkhidmatan yang banyak

61.

Ali berhijrah dari Lundu ke Kuching untuk mencari pekerjaan. Migrasi ini dikenali sebagai migrasi ___________

a)

Luar bandar ke luar bandar

b)

Luar bandar ke bandar

c)

Bandar ke luar bandar

d)

Bandar ke bandar

62.

Stephen seorang pekerja kerajaan yang tinggal di Miri. Beliau sudah berpencen dan kembali ke kampung halamannya di Sri Aman. Apakah jenis migrasi dalaman tersebut?

a)

Luar bandar ke luar bandar

b)

Bandar ke bandar

c)

Bandar ke luar bandar

d)

Luar bandar ke bandar