wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu 1

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

"Segala titah dan perintah daripada tuanku akan .......... junjung," kata hang Tuah kepada Sultan Mansur Syah.

a)

baginda

b)

tuan hamba

c)

hamba

d)

patik

2.

Saya seronok ......... di kawasan pedalaman ini walaupun banyak kekurangan dari segi infrastruktur.

a)

meninggal

b)

tinggal

3.

Keadaan menjadi bertambah .... apabila siasatan menunjukkan bahawa banyak pihak yang terlibat dalam kes itu.

a)

dalam

b)

senget

c)

rumit

d)

gamat

4.

Orang kampung biasanya menyimpan air di dalam .......... untuk menghadapi masalah bekalan air yang terputus pada zaman dahulu.

a)

tempayan

b)

tempurung

c)

gayung

5.

Kami akan .......... perniagaan kami hingga negara China.

a)

membesar

b)

besarkan

c)

memperbesar

d)

diperbesar

6.

Orang ramai yang berada di sekelilingnya berasa tidak selesa kerana badannya berbau ....... selepas bekerja di bengkelnya sehari-harian.

a)

hanyir

b)

harum

c)

hapak

7.

Pegawai yang ditemuinya sebentar tadi ......... pengarah syarikat itu, sebaliknya beliau ialah pegawai bahagian pemasaran.

a)

bukan

b)

tidak

8.

Masalah yang kita hadapi ........ kekurangan pakar dalam bidang pendidikan.

a)

adalah

b)

ialah

9.

Saya tendang bola itu ke tengah padang

a)

Subjek : Saya

b)

Subjek : Saya tendang bola itu

10.

Syarikat yang menawari beliau jawatan itu di Johor Baharu.

a)

FN t FK

b)

FN t FN

c)

FN t FS

11.

Murid itu akan menduduki peperiksaan SPM.

a)

FN t FK

b)

FN t FA

c)

FN t FN

12.

....... bisanya patukan ular tedung ini!

a)

Wah

b)

Eh

c)

Aduh

d)

Amboi

13.

Pilih ayat yang betul dan gramatis.

a)

Cerpen itu ditulis oleh saya.

b)

Cerpen itu saya tulis.

14.

PIlih ayat yang betul dan gramatis.

a)

Rencana itu ditulis oleh beliau.

b)

Rencana itu beliau tulis.

15.

Masyarakat kita telah menyedari ........ Internet dapat dijadikan sumber pendidikan dalam kehidupan.

a)

yang

b)

bahawa

16.

Dia akan memilih Jun ...... Nadia sebagai isterinya.

a)

dan

b)

atau

17.

Dia pandai ....... sombong.

a)

dan

b)

atau

c)

tetapi

18.

Kerajaan ......... tindakan klinik swasta yang mengenakan cas yang tinggi kepada pesakit.

a)

menyesali

b)

mengesali

19.

Haji Sabran bukan sahaja hartawan di kampung itui, malahan beliau juga seorang ........... yang disegani di kampung tersebut.

a)

penderma

b)

dermawan

20.

Jumlah kerugian akibat kebakaran itu masih belum dapat ditentukan oleh mereka kerana masih belum .......... oleh pihak bomba.

a)

ditaksir

b)

ditafsir

21.

Tayangan video tersebut diadakan bagi menjelaskan peraturan mengundi yang betul dan penerangan dapat dibuat dengan lebih ........

a)

afektif

b)

efektif

22.

Gugusan ........ di sekitar Filipina menjadi tempat tumpuan pelancong dari luar.

a)

pulau

b)

pulau-pulau

23.

Anak -anak Pak Mail tidak berani mengganggu Pak Mail kerana mereka tahu bahawa bapa mereka .......

a)

ada angin

b)

ada api

c)

ada air

24.

Nasihat beliau itu ................... kerana dia sedikit pun tidak mempedulikannya.

a)

seperti bulan jatuh ke riba

b)

seperti pungguk rindukan bulan

c)

seperti hujan jatuh ke pasir

25.

Kedudukan beliau sebagai pemimpin parti itu tiba-tiba goyah setelah mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya itu.

a)

seperti katak dalam tempurung

b)

seperti cincin dengan permata

c)

seperti telur di hujung tanduk

26.

Pilih yang betul

a)

lain-lain hal

b)

hal-hal lain

27.

pilih yang betul

a)

warung pisang goreng

b)

warung goreng pisang

28.

Pilih yang betul

a)

tomato sos

b)

sos tomato

29.

Pilih yang betul

a)

serbuk pencuci

b)

pencuci serbuk

30.

Pilih yang betul

a)

Ganesan Klinik Gigi

b)

Klinik Gigi Ganesan