NEW
Font size
WorksheetsZILA 2013
Total questions: 23
Worksheet time: 12mins
Raja Iskandar bermusafir untuk mencari ilmu apabila baginda turun daripada ________________ dan mengisytiharkan diri baginda sebagai rakyat biasa.
mahligai
istana
balairung
takhta
"Nooraihan tolong siapkan kerja ______________ dengan segera kerana _______________ perlu menghantarnya kepada cikgu hari ini juga," kata Borhan.
kamu ... kita
kita ... kami
kami ... saya
kalian ... kamu
Batang joran yang digunakannya _______________ akibat tali pancing ditarik dengan kuat oleh ikan.
meliuk
melentok
melentur
menegang
Pemain pertahanan pasukan hoki sekolah kami telah berjaya _______________ serangan pihak lawan daripada menjaringkan gol.
mematahkan
membanteras
menghentikan
melengahkan
Pasangan penganti itu kelihatan sungguh _______________ dengan pakaian perkahwinan tradisional Melayu.
ayu
tampan
hebat
anggun
Gubahan bunga itu dapat disiapkan walaupun masa yang diberikan ________________.
larut
lewat
suntuk
lampau
Suara kumpulan koir yang ________________ dan harmoni itu telah berjaya menamba hati penonton.
lunak
nyaring
lembut
sedap
Sikap Liza yang _________________ itu sesuai dengan jawatannya sebagai juruwang di sebuah restoran.
cermat
amanah
ikhlas
prihatin
Murid-murid perlu tahu bahawa keupayaan ________________ mengatasi masalah dalam pelajaran banyak dipengaruhi _________________ keyakinan diri sendiri.
untuk ... oleh
supaya ... dengan
bagi ... kerana
agar ... demi
Kasih sayangnya ________________ keluarga tidak luntur walaupun dia menetap di luar negara.
dalam
terhadap
tentang
dengan
Dia menebang pokok kelapa itu _________________ tidak menimpa rumah sekiranya tumbang.
jika
supaya
hingga
kerana
Herni masih tersenyum __________________ kakinya terseliuh semasa bermain-main di padang.
sambil
walaupun
sementara
manakala
Pemain bola itu berjaya membuat tendangan yang _________________ gawang gol.
membolosi
menepati
melepasi
melewati
Cikgu Mohamad gembira apabila murid-murid ________________ beliau telah menjuarai pertandingan bola baling peringkat daerah.
asuhkan
asuhan
mengasuh
diasuh
Aktiviti pasukan unit beruniform amat menekankan aspek disiplin dan ________________ dalam pasukan.
daya saing
tunjuk ajar
setia kawan
janji temu
Penduduk Taman Cempaka Sari ___________________ dan bermuafakat untuk menyelesaikan masalah mereka.
bahu-membahu
kuasa-menguasai
lindung-melindungi
sambut-menyambut
Selepas mengambil beg dalam keadaan _______________, Farok berlari ke arah bas kerana takut ketinggalan.
lintang-pukang
serta-merta
tunggang-langgang
gopoh-gapah
Beberapa _______________ tombak peninggalan datuk telah dijadikan hiasan dinding di rumah pak cik saya.
laras
puntung
bilah
pucuk
Baju adik yang sudah ketat itu disimpan oleh ibu di dalam almari.
Pilih perkataan seerti bagi "ketat".
sendat
erat
padat
rapat
Ayah berasa sangsi apabila mendengat khabar yang disampaikan oleh adiknya.
Pilih perkataan berlawan bagi "sangsi".
lega
tenang
yakin
tenteram
Pilih ayat yang betul.
Markah yang diberi oleh pengadil itu terlalu tinggi.
Lori yang membawa berguni beras itu terbabas.
Siti membaca majalah untuk mendengar radio.
Nasi yang ditanak oleh kakak itu bukan hangit.
Rosman sangat disenangi oleh saudara-mara kerana _________________nya yang sopan.
air muka
ramah mesra
tutur kata
budi bicara
Jika tekun dan sabar dalam membuat sesuatu, kita akan mendapat hasilnya kerana ___________________.
genggam bara api, biar sampai jadi arang
sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan
