Font size
WorksheetsSAINS TAHUN 6 DAYA DAN TEKANAN UDARA
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Tandakan dalam kotak,
(terdapat lebih daripada 1 jawapan)
pilih penyataan yang benar tentang daya geseran.
Daya geseran berlaku apabila 2 permukaan bersentuhan.
Daya geseran bertindak selari dengan arah pergerakan objek.
Daya geseran sentiasa melawan arah pergerakan objek.
Daya geseran menyebabkan objek yang bergerak semakin perlahan dan akhirnya berhenti.
Apakah jenis daya yang menyebabkan bola itu tidak bergerak?
Daya tarikan
Daya tolakan
Daya geseran
Daya hentaman
Tandakan dalam kotak.
(terdapat lebih daripada 1 jawapan)
Antara yang berikut, yang manakah yang akan meningkatkan daya geseran?
Objek yang berat
Permukaan yang kasar
Harga yang mahal
Suhu yang tinggi
Antara yang berikut, yang manakah menghasilkan daya geseran yang paling tinggi?
P
Q
R
S
"Semakin kasar jenis permukaan, semakin bertambah daya geseran"
Berdasarkan pernyataan diatas, troli yang manakah akan berhenti paling awal?
Apakah fungsi pengguling itu?
Supaya objek yang ditolak tidak rosak
Untuk mengurangkan daya geseran
Menetapkan kedudukan objek
Semua jawapan di atas
Tandakan dalam kotak.
(terdapat lebih daripada 1 jawapan)
Antara yang berikut, yang manakah dapat mengurangkan daya geseran?
penggunaan minyak pelincir
penggunaan minyak gris
menggunakan permukaan kasar
menggunakan serbuk kapur magnesium karbonat
Bagaimanakah kamu dapat membantu sekiranya kamu berada dalam situasi di atas?
menggunakan pelapik antigelincir
menggunakan permukaan mozek
menggunakan serbuk kapur magnesium karbonat
Rajah menunjukkan bebola yang terdapat pada roda basikal. Apakah fungsi alas bebola itu?
Menambahkan geseran
Mengurangkan geseran
-Tidak dapat dilihat
-Objek semakin menjauhi
Apakah yang merujuk kepada maklumat di atas?
daya geseran
daya tolakan
daya tarikan
kesan daya
Antara aktiviti berikut, yang manakah menunjukkan daya dapat mengubah bentuk objek?
Budak lelaki menendang bola
penjaga gol menangkap bola
Budak lelaki menekan tin aluminium
Bola tenis dipukul ke arah lawan
Berikut merupakan kesan Daya terhadap objek KECUALI
Daya mengubah bentuk objek
Daya mengubah arah pergerakan objek
Daya mengubah jisim objek
Daya memberhentikan objek yang bergerak
Farah ingin memindahkan sebuah kotak yang berat. Apakah cara yang PALING SESUAI untuk memudahkan Fatin?
membasahkan permukaan kelasnya dengan air
menarik menggunakan tali
memasang tikar getah
menyapu pelincir di bawah kotak itu
Maklumat berikut menunjukkan dua aktiviti.
-memberus gigi
-menggergaji papan
Apakah daya yang terlibat dalam kedua-dua aktiviti ini?
tarikan
tarikan dan tolakan
tolakan
tolakan atau tarikan
Daya tidak boleh........... namun kesannya ke atas objek dapat dilihat dan .............
dilihat.....dirasai
pegang.....dirasai
dirasai....dipegang
disentuh...dipegang
Jawapan di bawah menyatakan KEBAIKAN Daya Geseran, KECUALI
Melajukan pergerakan objek
Memegang objek
Menghasilkan haba
Memperlahankan objek bergerak dan akhirnya berhenti
Nyatakan dua jenis daya.
Daya Tolakan & himpitan
Daya Tarikan & Ggseran
Daya Tarikan & tolakan
Daya Tolakan & geseran
Sebuah cawan plastik yang diisi dengan air ditelangkupkan di atas sekeping kadbod dan kemudian diterbalikkan seperti dalam rajah di bawah. Didapati air tidak tumpah dan kadbod tidak jatuh. Mengapah hal ini berlaku?
kerana tekanan atmosfera yang tinggi di dalam cawan plastik menarik kadbod
kerana tekanan atmosfera yang tinggi di keliling kadbord menarik cawan agar melekat pada kadbod.
kerana tekanan atmosfera yang tinggi di bawah kadbod menolak kadbord agar melekat pada cawan.
Perhatikan jadual berikut!
Berdasarkan jadual tersebut pernyataan yang benar mengenai hubungan tekanan udara dengan ketinggian adalah ....
ketingian tempat menurunkan tekanan udara
semakin bertambah ketinggian semakin bertambah tekanan udara
semakin bertambah ketinggian semakin rendah tekanan udara
tekanan udara tidak dipegaruhui oleh ketinggian
Antara berikut, yang manakah disebabkan oleh bakteria?
selsema
cacar air
kerosakan gigi
Rubella
Mikroorganisma yang dilihat di bawah mikroskop membuktikan bahawa
Mikroorganisma bergerak.
Mikroorganisma bernafas.
Mikroorganisma bertumbuh.
Mikroorganisma berkumuh.
Apakah kepentingan suntikan vaksin?
Untuk mempercepatkan penyembuhan sesuatu penyakit.
Untuk menguatkan sistem imunisasi badan.
Untuk mengelakkan badan manusia mengalami alahan.
Untuk meningkatkan pertumbuhan mikroorganisma dalam badan manusia.
Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan diri daripada mengalami keracunan makanan?
Balut luka jika ada.
Tutup mulut kita apabila batuk.
Kuarantinkan pesakit yang mengalami keracunan makanan.
Basuh tangan sebelum makan.
Rhiyadh mendapati sebahagian roti yang dibelinya telah berkulat sebelum tiba tarikh luputnya. Antara berikut, yang manakah mungkin menyebabkan hal itu berlaku?
Roti itu disimpan di dalam peti sejuk.
Roti itu lembap kerana terkena air.
Bungkusan plastik roti itu tidak diikat.
Habuk terkena pada permukaan roti itu.
Seramai 900 orang penduduk Malaysia telah dijangkiti Covid 19. Mereka dikuarantin di dalam sesebuah hospital khas untuk
membolehkannya berehat.
memberikannya penjagaan rapi.
membolehkannya sembuh dengan cepat.
mengelakkannya daripada merebakkan penyakit itu kepada orang lain.
Apakah ciri yang membezakan virus dengan mikroorganisma lain?
Virus boleh membuat makanannya sendiri.
Virus ialah mikroorganisma separa hidup yang boleh membiak dengan cara menguasai sel lain.
Virus hidup di dalam badan manusia, haiwan dan tumbuhan.
Mikroorganisma yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Apakah mikroorganisma yang diperlukan dalam pembuatan yogurt?
kulat
paramesium
bakteria Laktobasilus
yis
Adam ingin melihat kulat yang terdapat pada roti. Apakah alat yang sesuai digunakan untuk melihat kulat roti tersebut dengan jelas?
Teleskop
Periskop
Mikroskop
Stetoskop
Antara berikut, yang manakah mempercepatkan pertumbuhan kulat pada roti?
Keadaan roti yang lembap.
Saiz roti yang lebih besar.
Roti dibakar beberapa minit.
Roti disimpan di dalam peti sejuk.
Antara makanan berikut, yang manakah disediakan dengan mencampurkan ragi dan ubi kayu?
Dadih
Keju
Tempe
Tapai
Bagaimanakah penyediaan makanan yang kotor boleh menyebabkan manusia mendapat penyakit berjangkit seperti taun?
Bakteria seperti Salmonella membiak dengan cepat apabila makanan tidak dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak.
Yis bernafas dan menghasilkan gas karbon dioksida yang berbahaya kepada makanan.
Virus yang ada di udara menghasilkan vaksin yang menyedapkan rasa makanan itu.
Bakteria menghasilkan bau yang merosakkan nutrien pada makanan.
Mikroorganisma yang paling kecil ialah
bakteria
kulat
virus
alga
Mikroorganisma yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah
virus
alga
kulat
paramesium
Berikut adalah faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma KECUALI
Suhu
Udara
Cahaya matahari
Keasidan
