wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Muamalat Islam

Total questions: 35

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Muamalat Islam ialah...

a)

hukum syarak yang berkaitan dengan urusan jual beli dan sewaan sahaja.

b)

hukum syarak yang berkaitan dengan kewangan seperti jual beli, sewaan, simpanan dan sebagainya.

c)

suatu tuntutan wajib bagi setiap mukallaf untuk melaksanakan muamalat Islam dalam kehidupan seharian.

d)

suatu perintah Allah mengenai kewajipan bermuamalat seperti berjual beli, sewaan hutang dan sebagainya.

2.

Antara matlamat pensyariatan muamalat dalam Islam ialah..

a)

menunjukkan keadilan Allah SWT dalam mengatur urusan kehidupan manusia.

b)

mengiktiraf pemilikan harta melalui akad yang sah.

c)

untuk menjaga kepentingan pembeli.

d)

seimbang antara konvensional dan muamalat Islam

3.

Ayat tersebut adalah mengenai

a)

dalil keharusan dalam urusan muamalat Islam

b)

dalil tuntutan beramal dengan muamalat Islam

c)

Dalil naqli ancaman tidak beramal dengan muamalat Islam

d)

contoh keperihatinan nabi dan sahabat dalam menjaga muamalat Islam

4.

berikut ialah ciri-ciri muamalat Islam kecuali

a)

bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah

b)

Mengharamkan riba

c)

berteraskan keuntungan dan kekayaan

d)

bebas dari unsur judi dan gharar

5.

berikut pula ciri-ciri konvensional kecuali

a)

tidak mengamalkan riba

b)

bersumberkan teori dan pemikiran manusia

c)

berteraskan keuntungan semata-mata

d)

ada unsur judi dan gharar

6.

riba bermaksud

a)

pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang

b)

setiap perkara yang membawa kerosakan

c)

kesamaran dalam urusan muamalat yang tidak dibenarkan oleh syarak

d)

perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu berharga

7.

dhorar pula bermaksud...

a)

pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang

b)

perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu berharga

c)

setiap perkara yang membawa kerosakan

d)

kesamaran dalam urusan muamalat yang tidak dibenarkan oleh syarak

8.

Gharar pula ialah....

a)

perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu berharga

b)

kesamaran dalam urusan muamalat yang tidak dibenarkan oleh syarak

c)

setiap perkara yang membawa kerosakan

d)

pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang

9.

Judi pula berkaitan mengenai ....

a)

 

setiap perkara yang membawa kerosakan

b)

pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang

c)

kesamaran dalam urusan muamalat yang tidak dibenarkan oleh syarak

d)

perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu berharga

10.

akad dalam muamalat Islam bermaksud ...

a)

Ijab dan Qabul dalam urusan perniagaan sahaja

b)

Ijab dan Qabul dalam urusan perniagaan dan kewangan

c)

Ijab dan Qabul dalam mualamat Islam

d)

Ijab dan Qabul dalam urusan munakahat

11.

Jawapan yang paling tepat bagi salah saty Rukun akad muamalat Islam ialah

a)

pihak yang berakad iaitu harga dan barang

b)

sesuatu yang di akad iaitu penjual dan pembeli

c)

Sighah iaitu Ijab dan Qabul

12.

berikut ialah syarat bagi pihak yang berakad kecuali

a)

baligh

b)

berakal

c)

bebas membuat pilihan

d)

barang atau perkhidmatan yang diakadkan ialah halal.

13.

berikut ialah jenis akad dalam muamalat islam bagi aspek kebajikan kecuali....

a)

hibah

b)

qard

c)

kafalah

d)

wakaf

14.

berikut ialah jenis akad dalam muamalat islam bagi aspek pertukaran kecuali....

a)

jual beli

b)

rahnu

c)

wakalah

d)

sewaan

15.

jenis akad dalam muamalat islam bagi aspek agen ialah..

a)

musyarakah

b)

mudhorabah

c)

sewaan

d)

wakalah

16.

berikut ialah jenis akad dalam muamalat islam bagi aspek jaminan kecuali....

a)

mudhorabah

b)

wakalah

c)

kafalah

d)

rahnu

17.

berikut ialah jenis akad dalam muamalat islam bagi aspek perkongsian kecuali....

a)

jualbeli

b)

qard

c)

wakaf

d)

mudhorabah

18.

contoh akad: Cik Sara Nuraisha membeli barang-barang dapur di kedai Everwin Batu Niah dengan menggunakan kad kredit miliknya.

a)

Sewaan

b)

Qard

c)

Jualbeli

d)

Wadiah

19.

contoh akad: Akmal telah memberi rumah milik nya di Taman Tunku Miri kepada isterinya yang kedua.

a)

Mudhorabah

b)

Wakaf

c)

Hibah

d)

Qard

20.

contoh akad: Tan Sri Haziq Syarifuddin telah memberikan RM100,000.00 kepada penternak kambing biri-biri di Batu Niah dan kadar keuntungan yang dipersetujui 70% untuk pengusaha dan 30% untuk Tan Sri Haziq.

a)

Musyarakah

b)

Kafalah

c)

Ar-rahnu

d)

Mudhorabah

21.

Sara mewakilkan Ayuni untuk menjual sebuah bangunan miliknya dan Ayuni akan dibayar imbuhan yang dipersetujui.

a)

Kafalah

b)

Wakalah

c)

Ar-Rahnu

d)

Musyarakah

22.

contoh akad: Olivia ingin memulakan perniagaan Burger BURGERMBIRA. Beliau telah menggadaikan sekilo gelang emasnya kepada bank bagi mendapatkan pinjaman daripada bank.

a)

ar-Rahnu

b)

Wakalah

c)

Qard

d)

Hibah

23.

Nadia telah melanjutkan pelajaran beliau di IPG Miri. Namun beliau perlukan sebuah rumah sewa. Beliau telah menyewa sebuah rumah berdekatan di IPG Miri.

a)

Hibah

b)

Qard

c)

Wakaf

d)

Sewaan

24.

Datin Rafidah telah mewakafkan sebuah tanah untuk tanah perkuburan di kawasan Bekenu.

a)

Wakalah

b)

Wakaf

c)

Hibah

d)

Wadiah

25.

Puan Ain Solehah telah memberikan anak-anaknya sejumlah duit untuk disimpan di Bank Muamalat.

a)

Wadi'ah

b)

Qard

c)

Hibah

d)

Wakalah

26.

Datin Lyon telah bersepakat dengan Datin Rafidah untuk menubuhkan sebuah pusat urutan dan spa di Miri.

a)

Mudhorabah

b)

Musyarakah

c)

Hibah

d)

Sewaan

27.

Haziq(bukan 4 bestari) telah meminjam sejumlah wang daripada jirannya untuk membeli tayar motorsikal yang terbaru di kedai Ngee Fatt di Batu Niah.

a)

Mudhorabah

b)

Musyarakah

c)

Qard

d)

Wadi'ah

28.

memberikan sesuatu secara percuma dengan rela hati kepada orang lain ketika pemberi masih hidup.

a)

Wadi'ah

b)

Qard

c)

Hibah

d)

Wakalah

29.

memberikan sesuatu barang kepada orang lain agar dapat disimpan dan dipelihara seperti yang sepatutnya.

a)

Qard

b)

Wadi'ah

c)

Mudhorabah

d)

Musyarakah

30.

akad yang dilakukan oleh pemodal dengan menyerahkan modalnya kepada pengusaha agar dapat diniagakan dan keuntungan dibahagikan antara mereka.

a)

Wakalah

b)

Mudhorabah

c)

Musyarakah

d)

Wadi'ah

31.

menggadaikan sesuatu barang sebagai jaminan terhadap hutang.

a)

Hibah

b)

Kafalah

c)

Rahnu

d)

Wakalah

32.

melakukan transaksi barang terlarang seperti senjata api kepada kanak-kanak.

a)

Gharar

b)

Dhorar

c)

Judi

d)

Riba

33.

Rafidah berhutang daripada Nadia sebanyak RM2000.00 dengan syarat Rafidah mesti membayarnya RM3000.00.

a)

Judi

b)

Gharar

c)

Dhorar

d)

Riba

34.

Akmal bertaruh dengan Haziq dengan sejumlah wang sekiranya dapat mengalahkan Putra Senjaya dalam acara 3000m terbuka.

a)

Gharar

b)

Judi

c)

Dhorar

d)

Riba

35.

Olivia membuat iklan di Whatapps Jual Beli Batu Niah : sesiapa yang ingin membeli ikan keli import dari Thailand, sekilo RM40.00. Ikan keli sungai original belum tangkap lagi. Fresshh gitewww.

a)

Dhorar

b)

Gharar

c)

Judi

d)

Riba