Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KERTAS MODEL SEJARAH SPM SET 3

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu diwarisi oleh Kesultanan Johor-Riau.

Apakah yang membezakan kerajaan tersebut dengan kerajaan Alam Melayu yang sebelumnya?

a)

Penerimaan pengaruh Barat

b)

Peluasan wilayah pengaruh

c)

Penekanan kepentingan Islam

d)

Penggubalan undang-undang bertulis

2.

Wilayah X diperoleh melalui perkahwinan dan persahabatan.

Apakah wilayah X tersebut?

a)

Wilayah naungan

b)

Wilayah taklukan

c)

Wilayah pengaruh

d)

Wilayah pegangan

3.

Apakah prinsip moral yang ditekankan oleh semangat bushido dalam kalangan rakyat Jepun?

a)

Sanggup menanggung risiko

b)

Tabah menghadapi cabaran

c)

Teguh mempertahankan tradisi

d)

Sedia berkorban untuk ketua dan negara

4.

Gambar berikut merujuk kepada Maktab Melayu Kuala Kangsar semasa era perkembangan nasionalisme di negara kita pada abad ke-20. Apakah peranan institusi tersebut?

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Menyebarkan idea kemajuan

c)

Menentang imperialisme Barat

d)

Melahirkan golongan pemimpin

5.

Apakah kesan Perang Dunia Pertama kepada negara di Eropah?

a)

Membentuk negara baharu

b)

Mewujudkan Kesatuan Eropah

c)

Membangunkan sektor ekonomi

d)

Meruntuhkan pemerintahan beraja

6.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah dibubarkan oleh Jepun pada bulan Jun 1942.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh pemimpin KMM sehingga menyebabkan KMM dibubarkan?

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Melaksanakan perang gerila

c)

Menimbulkan ketegangan kaum

d)

Mendalangi kegiatan sabotaj

7.

Mengapakah British menggantikan British Military Administration (BMA) dengan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946?

a)

Mempercepat kemerdekaan

b)

Melicinkan sistem pentadbiran

c)

Membendung ancaman komunis

d)

Mengatasi masalah kewangan

8.

Mengapakah Vyner Brooke menghantar Gerard T. MacBryan ke Sarawak?

a)

Menerima memorandum

b)

Merampas tanah adat

c)

Memberi pampasan kepada peribumi

d)

Mendapatkan persetujuan pemimpin tempatan

9.

Apakah bukti British melaksanakan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh PBB melalui Piagam Atlantik?

a)

Membentuk Jawatankuasa Antara Kerajaan

b)

Menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Mengadakan rundingan dengan AMCJA-PUTERA

d)

Mengekalkan kedudukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

10.

Apakah ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Memperketat syarat kerakyatan

b)

Majlis Raja-Raja dibentuk

c)

Menyelaras pentadbiran peringkat pusat

d)

Majlis Melayu ditubuhkan di setiap negeri

11.

Apakah peranan Cawangan Khas (Special Branch) dalam membanteras kegiatan komunis?

a)

Mengawal ladang dan lombong

b)

Membuat rondaan di pinggir hutan

c)

Mengawal keselamatan Kampung Baru

d)

Mendapatkan maklumat PKM melalui risikan

12.

Pada bulan Jun 1951, kawasan Labis di negeri Johor telah dikenakan perintah berkurung. Mengapakah British mengambil tindakan tersebut?

a)

Menjalankan bancian penduduk

b)

Menyekat pengeluaran makanan

c)

Mengawal penularan wabak penyakit

d)

Memudahkan operasi memburu komunis

13.

Apakah kepentingan Sistem Ahli ke arah kemerdekaan negara?

a)

Memulakan proses perpaduan kaum

b)

Mencadangkan sistem pendidikan yang seragam

c)

Melaksanakan Pilihan Raya Persekutuan 1955

d)

Melatih orang tempatan berkerajaan sendiri

14.

Ordinan Pelajaran Koloni 1956 diperkenalkan untuk meneruskan rancangan Woodhead. Apakah matlamat pendidikan kebangsaan tersebut?

a)

Memupuk integrasi dan perpaduan kaum

b)

Menyeragamkan kurikulum dan peperiksaan

c)

Menggunakan bahasa pengantar yang sama

d)

Memperkenalkan sekolah aneka jurusan

15.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman berangkat ke London bersama-sama dengan Tan Cheng Lock pada 21 April 1954?

a)

Mendapat mandat daripada British

b)

Menentukan bilangan anggota MPP

c)

Melibatkan rakyat dalam pentadbiran

d)

Menetapkan tarikh kemerdekaan negara

16.

Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas Pilihan Raya Umum 1955 dibarisi oleh 10 orang Menteri. Apakah tanggungjawab yang digalas oleh Leong Yew Koh?

a)

Memperkasakan pendidikan kebangsaan

b)

Mengadakan kursus perkhidmatan awam

c)

Meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan

d)

Menentukan pengagihan belanjawan negara

17.

Tunku Abdul Rahman merancang perjalanan rombongan ke Karachi dengan menaiki kapal laut. Mengapakah Tunku bertindak demikian?

a)

Menjimatkan kos perjalanan

b)

Menyusun strategi bersama-sama

c)

Mengeratkan hubungan dengan Raja-raja Melayu

d)

Merangka cadangan dalam perlembagaan

18.

Apakah tuntutan Parti Perikatan dalam memorandum yang dihantar kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

b)

Menolak syarat kewarganegaraan yang longgar

c)

Meneruskan sekolah aliran Inggeris dan vernakular

d)

Memastikan pentadbiran negara bercorak tempatan

19.

Mengapakah Nelson Rolihlahla Mandela dianggap sebagai tokoh pejuang kemanusiaan?

a)

Menentang penindasan dasar aparteid

b)

Memperjuangkan kemerdekaan negara

c)

Mencetuskan kongres kebangsaan

d)

Mengasaskan pemodenan pentadbiran

20.

Mengapakah Jabatan Penerangan dianggap sebagai lidah rasmi kerajaan selepas negara mencapai kemerdekaan?

a)

Menyediakan persekitaran yang kondusif

b)

Menyampaikan dasar dan wawasan negara

c)

Mengetengahkan isu sosial dan pembangunan

d)

Membangkitkan kesedaran semangat nasionalisme

21.

Parlimen merupakan elemen yang penting dalam Badan Perundangan negara.

Apakah peranan Parlimen?

a)

Menggubal sistem perundangan

b)

Menguatkuasakan perjanjian persefahaman

c)

Menentukan dasar-dasar kerajaan

d)

Menentukan bidang kuasa mahkamah

22.

Jalur Gemilang merupakan salah satu lambang negara. Mengapakah rakyat Malaysia perlu menghormati lambang tersebut?

a)

Meningkatkan imej negara

b)

Membina sahsiah diri yang mulia

c)

Membuktikan amalan demokrasi

d)

Memupuk semangat patriotisme

23.

Apakah sumbangan mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf pada tahun 1877?

a)

Menjaga kebajikan rakyat

b)

Mengurus perbendaharaan

c)

Menggubal undang-undang

d)

Menentukan bidang kuasa raja

24.

Apakah ciri moden yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan?

a)

Agama Islam

b)

Bahasa Melayu

c)

Pemerintahan beraja

d)

Kerajaan Persekutuan

25.

Majlis Raja-Raja boleh bertindak menggunakan budi bicara bagi melaksanakan fungsinya dalam sistem Raja Berperlembagaan. Apakah fungsi tersebut?

a)

Membubarkan parlimen

b)

Melantik Perdana Menteri

c)

Menjadi Lembaga Pengampunan

d)

Memilih Yang di-Pertuan Agong

26.

Dewan Rakyat merupakan salah satu komponen Parlimen.

Bagaimanakah seseorang boleh menjadi ahli Dewan Rakyat?

a)

Dicadangkan oleh Perdana Menteri

b)

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong

c)

Dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya

d)

Disokong oleh Kerajaan Persekutuan

27.

Senarai Bersama ialah perkara yang membolehkan Parlimen dan DUN menggubal undang-undang untuk perkara yang sama.

Apakah perkara tersebut?

a)

Pelajaran

b)

Perumahan

c)

Pertahanan

d)

Perhutanan

28.

Selepas tahun 1970, Kerajaan Persekutuan membuka kawasan yang lebih luas di beberapa buah negeri. Mengapakah kerajaan bertindak sedemikian?

a)

Menjaga kawalan sempadan

b)

Memulihara khazanah alam

c)

Membangunkan wilayah baharu

d)

Memajukan sektor perindustrian

29.

Pelbagai negara memberikan reaksi yang berbeza terhadap pembentukan Malaysia. Mengapakah Thailand memberikan sokongan?

a)

Mengukuhkan keamanan Asia Tenggara

b)

Membanteras jenayah pengedaran dadah

c)

Menyekat kemasukan pendatang asing

d)

Menyelesaikan isu pemerdagangan manusia

30.

Apakah kuasa autonomi yang diperoleh Sarawak dan Sabah berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan?

a)

Mengekalkan pelabuhan bebas

b)

Menentukan dasar luar negeri

c)

Mengawal hal ehwal imigresen

d)

Membina institusi pendidikan awam

31.

Apakah tuntutan Lee Kuan Yew dalam kempen Malaysian Malaysia?

a)

Pemansuhan institusi beraja

b)

Pengenalan sistem Republik

c)

Persamaan hak antara kaum

d)

Pembukaan pasaran bersama

32.

Komunis telah melakukan serangan hendap terhadap pasukan keselamatan di Semenanjung Malaysia. Apakah kemuncak ancaman komunis tersebut?

a)

Mengebom kubu pertahanan

b)

Menembak mati askar Melayu

c)

Membunuh pegawai kanan polis

d)

Menyerang Balai Polis Bukit Kepong

33.

Apakah kesan pelaksanaan sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu?

a)

Perbezaan pemikiran rakyat berbilang kaum

b)

Penyatuan masyarakat pelbagai etnik dan agama

c)

Perbezaan kegiatan ekonomi dan petempatan

d)

Pengagihan ekonomi yang tidak adil antara kaum

34.

Apakah kepentingan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)?

a)

Mengurangkan kadar buta huruf

b)

Menggalakkan program kolaboratif

c)

Memperbanyak penerbitan karya sejarah

d)

Memperkasakan kedudukan bahasa kebangsaan

35.

Apakah pendekatan yang dilaksanakan dalam DEB untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu?

a)

Meningkatkan produktiviti negara

b)

Mengadakan perkongsian kepakaran

c)

Menandatangani perjanjian persefahaman

d)

Memastikan agihan ekonomi yang seimbang

36.

Mengapakah kerajaan membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS)?

a)

Memperbaik taraf hidup rakyat

b)

Menambah daya pengeluaran

c)

Memodenkan sektor pertanian

d)

Menyusun semula masyarakat

37.

Apakah bukti yang menunjukkan wujudnya hubungan antara kerajaan awal Alam Melayu dengan negara China?

a)

Menghantar utusan

b)

Menghadiahkan bunga emas

c)

Memberikan bantuan ketenteraan

d)

Memeterai memorandum persefahaman

38.

Apakah kesan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) terhadap Malaysia?

a)

Memperoleh bantuan teknikal dan latihan bersama

b)

Meningkatkan perdagangan antara negara anggota

c)

Mengelakkan kebanjiran pelarian Rohingya

d)

Memperkukuh pertahanan dan keselamatan negara

39.

Bagaimanakah Malaysia mengatasi isu global kontemporari berkaitan pertindihan sempadan?

a)

Meminta campur tangan badan serantau

b)

Mengemukakan tuntutan di Mahkamah Antarabangsa

c)

Melaksanakan kerjasama pembangunan wilayah

d)

Mendapatkan bantuan daripada INTERPOL

40.

Apakah bentuk sumbangan Yayasan Restu terhadap mangsa tsunami di Aceh?

a)

Mendirikan pusat kesihatan

b)

Membina rumah anak yatim

c)

Memberi bantuan pendidikan

d)

Menyediakan rawatan percuma