Font size
WorksheetsKuiz Sejarah Akhir Tahun 4
Total questions: 72
Worksheet time: 41mins
Apakah maksud biodata diri?
Maklumat diri
Kejayaan akademik
Keturunan keluarga
Pendapatan isi rumah
Apakah maksud keluarga asas?
Keluarga yang terdiri daripada bapa,ibu dan jiran.
Keluarga yang terdiri daripada anak dan nenek.
Keluarga yang terdiri daripada datuk, nenek dan ibu bapa
Keluarga yang terdiri daripada bapa,ibu dan anak.
Apakah maksud keluarga kembangan?
Keluarga yang terdiri daripada keluarga asas, datuk dan nenek.
Keluarga yang terdiri daripada datuk dan nenek.
Keluarga yang terdiri daripada keluarga jiran.
Keluarga yang terdiri daripada keluarga asas sahaja.
Gambar diatas adalah merujuk kepada
Keluarga kembangan
Keluarga campuran
Keluarga asas
Keluarga tambahan
Hubungan dalam keluarga __________ jika setiap anggota keluarga menjalankan tanggungjawab dengan baik.
bermusuhan
bertambah erat
membenci
berhasad dengki
Objek yang ditunjukkan di dalam gambar ialah _________.
Sijil penghargaan
Kad matrik
Mykid
Sijil kelahiran
Saya mempunyai dua orang datuk. Saya merupakan _______mereka.
cicit
cucu
anak
saudara jauh
1. Kepanasan akibat peningkatan suhu dunia menyebabkan ______________
kecairan air batu
kecairan air laut
kecairan air tasik
air batu beku
Peningkatan suhu telah menyebabkan iklim berubah daripada terlalu sejuk kepada_____________
panas
terlalu panas
sederhana sejuk
sederhana panas
Mengapakah berlakunya kepupusan haiwan seperti Mamot?
kecairan air batu
penurunan suhu
perubahan suhu
peningkatan air laut
* manusia mula bergerak keluar ke kawasan yang lebih
panas
* manusia mula mencari tempat untuk membina petempatan baharu
Pernyataan di atas berkaitan dengan kesan kepada_____________
bentuk muka bumi
petempatan manusia
kepupusan haiwan
perubahan iklim
Apakah kesan bentuk fizikal bumi yang baharu akibat suhu yang meningkat?
terbentuknya sungai
terbentuknya tasik air tawar
terbentuknya laut cetek
terbentuknya kawasan paya
apakah langkah yang menunjukkan anda cintai alam sekitar?
pembalakan terancang
pembakaran terbuka
penanaman moden
kitar semula
Pada pendapat anda, mengapakah manusia bergerak mencari petempatan baharu setelah berlakunya peningkatan suhu dunia?
kecairan air batu menyebabkan kawasan daratan rendah yang didiami ditenggelami air.
kecairan air batu menyebabkan kawasan daratan menjadi semakin luas
mencari tempat tinggal yang mempunyai pandangan menarik
mencari sumber makanan yang lebih banyak dan enak
Sejarah merujuk peristiwa yang pernah atau sudah berlaku.
Siapakah sejarawan yang menyatakan pengertian di atas?
Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Herodotus
E.H. Carr
Sumber sekunder dikenali juga sebagai __________
Sumber Pertama
Sumber kedua
Sumber ketiga
Kaedah lisan merupakan proses mendapatkan maklumat melalui ________
Kaedah tinggalan sejarah
Sumber primer
Temubual
Abad ialah tempoh selama __________
Sepuluh tahun
Seratus tahun
Seribu tahun
Urutan masa dikenali sebagai _____________
Zaman Masihi
Kronologi
Cari gali
Kajian tentang sebab dan akibat akan membolehkan kita
Mencari sumber sejarah yang tepat
Menulis peristiwa sejarah yang tepat
Mendapat ikhtibar dan pengajaran daripada peristiwa sejarah
Biodata diri mengandungi maklumat seperti nama, jantina, tempat kelahiran, tarikh kelahiran dan ___________
Nama sekolah
Nama ibu bapa
Nama hospital
Keluarga asas terdiri dari bapa ibu dan ____________
Datuk
Nenek
Anak-anak
Setiap anggota __________ perlu memainkan peranan untuk mewujudkan keluarga Bahagia dan harmoni.
Rumahtangga
Masyarakat
Keluarga
Berikut adalah peranan seorang anak kecuali
Menjaga nama baik keluarga
Membantu ahli keluarga
Menyediakan keperluan asas
Nama sekolah lazimnya diambil sempena dengan nama tempat, jalan atau __________
Nama Ketua Menteri
Nama tokoh yang terkenal
Nama Raja atau Sultan
Lokasi sekolah boleh dikenal pasti melalui _________
Sungai yang berhampiran
Nama jalanraya
Mercu tanda yang berhampiran
Sejarah sekolah merujuk kepada
Tarikh pembukaan dan perasmian sekolah
Penubuhan dan peristiwa-peristiwa penting sekolah
Bilangan murid di sekolah
Organisasi sekolah diwujudkan bertujuan untuk memastikan _________
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) disediakan
Yuran sekolah dibayar
Pengurusan dan pentadbiran sekolah teratur.
Prasejarah: "sumbangan teknologi" merujuk kepada.....
perubahan dari tinggal dalam gua kepada cpta rumah untuk tempat tinggal yang lebih moden.
pembaharuan sistem sosial dimana manusia mulai mencipta kapal terbang.
perkembangan daya maju manusia terutamanya pencapaian mencipta kereta dan pakaian.
pembaharuan dalam bidang pertanian, komunikasi, pengangkutan dan peralatan memudahkan kehidupan manusia
Apakah perkembangan kemajuan teknologi dalam bidang pertanian kini yang bermula dari Zaman Prasejarah?
Penggunaan jentera
Pandai menyabit
Pandai membuat batas
Penyaliran air sungai
Apakah yang digunakan oleh manusia pada zaman dahulu untuk berkomunikasi?
Lukisan, asap dan bunyi
Asap, air dan daun
Telefon pintar
Facebook, email dan fax
Mengapakah jentera digunakan dalam sektor pertanian pada zaman ini?
Meningkatkan perpaduan
Meningkatkan bebanan kerja
Membazirkan wang negara
Meningkatkan hasil pertanian
Apakah peralatan yang digunakan pada masa kini untuk memudahkan pengangkutan di air?
Jentolak
Kereta
Kapal
'Pembuatan perahu' adalah contoh sumbangan teknologi zaman prasejarah kepada ________________ zaman moden.
Penghasilan telefon bimbit
Penghasilan dapur gas dan elektrik
Pembinaan kapal
Pembinaan jentera berat.
Apakah peralatan asas yang digunakan pada zaman dahulu dalam sektor pertanian?
Batu sahaja
Batu dan kayu
Kayu sahaja
Tidak menggunakan sebarang peralatan
Apakah perubahan teknologi dalam pertanian ?
mencipta peralatan batu dan kayu
menggunakan eletrik dengan lebih selamat
menggunakan mesin dan jentera
Sumbangan daripada perubahan teknologi ini...
meningkatkan beban kerja
mempercepatkan urusan
menyukarkan penggunaan
melambatkan urusan
Sumbangan daripada perubahan teknologi ini...
meningkatkan beban kerja
mempercepatkan urusan
menyukarkan penggunaan
melambatkan urusan
Telefon pintar adalah satu contoh alat _____________ zaman moden.
Penanaman padi
Komunikasi
Penebangan pokok
Pengangkutan
1. "Tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya". Makna sejarah tersebut dimaksudkan oleh
Herodotus
Kamus Dewan
Ibn Khaldun
Prof Diraja Ungku Aziz
Temubual merupakan pencarian maklumat sejarah melalui kaedah
arkeologi
lisan
bertulis
carigali
Zaman Sebelum Masihi merupakan
zaman bermulanya sejarah
zaman berakhirnya sejarah
zaman sebelum kelahiran Nabi Isa a.s
zaman selepas kelahiran Nabi Isa a.s
Kita boleh mengetahui maklumat diri dengan tepat melalui
sijil kelahiran
kad kesihatan
kad kemajuan pelajar
buku adab belajar
Berikut merupakan maklumat yang terdapat dalam sijil kelahiran kecuali
nama ibu
tarikh lahir
nombor sijil kelahiran
cita-cita
Jika Aiman tinggal bersama dengan ibu, bapa, datuk dan nenekya, keluarganya digelar
keluarga asas
keluarga besar
keluarga kembangan
keluarga tunggal
Lokasi sekolah lebih mudah ditemui jika kita mengenali _____________ yang berhampiran.
tokoh
tanah
guru
mercu tanda
Alamat tempat tinggal yang lengkap mesti mempunyai maklumat berikut kecuali
nama jalan
poskod
nama ahli keluarga
nama daerah
Apakah maksud Zaman Air Batu?
zaman bumi dilitupi air batu tebal
zaman gelap tiada cahaya
zaman bumi ditimpa hujan
zaman bumi dilanda kemarau
Asia Tenggara turut terkesan akibat proses pencairan air batu. Apakah kesan yang jelas kelihatan di Asia Tenggara?
Pentas Sunda
Pentas Eropah
Pentas China Selatan
Pentas Lakonan
Semasa Epok Pleistosen manusia mula mengetahui cara
menangkap haiwan
membuat api
menanam pokok
membina rumah
Pada Zaman Paleolitik, manusia tinggal di dalam
rumah
khemah
gua
pondok
Apakah sikap manusia prasejarah yang dapat kita contohi?
peramah
malas
cantik
kreatif dan inovatif
Barang dagangan semasa kerajaan melayu awal adalah
rempah ratus, manik dan seramik
barangan elektronik
barang membaiki perkapalan
bahan mentah seperti ayam dan daging
Penasihat sultan dan ketua pembesar ialah
laksamana
rakyat
hulubalang
bendahara
Sebagai murid, apakah perkara yang boleh kamu contohi daripada tokoh terbilang?
selalu memberi alasan
mengabaikan tugasan
menjalankan amanah
memohon banyak jawatan
Pengasas pertama Kesultanan Melayu Melaka ialah
Parameswara
Temagi
Tun Perak
Hang Tuah
Nama Melaka berasal daripada
seekor pelanduk putih
anjing buruan diraja
nama timangan pengasas Melaka
sebatang pohon tempat berehat
Antara berikut yang manakah bukan tempat persinggahan pengasas Melaka sebelum tiba di pohon Melaka?
Muar
Temasik
Majapahit
Pahang
Apakah gelaran bagi Tun Perak?
Bendahara Diraja
Bendahara Paduka Raja
Bendahara Setia Pemangku
Bendahara Setia Diraja
Bendahara Tun Perak terkenal dengan sikap
setia
tangkas bersenjata
bijaksana
mempunyai 5 sahabat
______________ ialah laksamana yang masyhur semasa Kesultanan Melayu Melaka.
Hang Lekir
Hang Kasturi
Hang Tuah
Hang Jebat
Hang Tuah telah ke negara China. Beliau amat ingin melihat wajah Maharaja China. Bagaimanakah beliau dapat melihatnya tanpa Maharaja China murka?
Dengan mendongak semasa makan kangkung
Dengan menyanyikan lagu kesukaan Maharaja China
Dengan menjual sayur kepada Maharaja China
Dengan mengajak Maharaja China berlawan pedang
