wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI TINGKATAN 4: WANG, BANK DAN PENDAPATAN INDIVIDU - SET 2

Total questions: 10

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

1. Antara berikut, yang manakah menunjukkan persamaan antara fungsi bank perdagangan dengan bank pusat?

a)

A. Mengurus hutang negara

b)

B. Mengeluarkan mata wang

c)

C. Menjalankan perniagaan pertukaran asing

d)

D. Mengawal kestabilan ekonomi

2.

2. Maklumat yang diberikan menunjukkan kadar faedah akaun simpanan tetap di sebuah bank tempatan.

Seorang individu menyimpan sebanyak RM50 000 dalam tempoh setahun. Berapakah faedah yang diterimanya?

a)

A. RM350

b)

B. RM1 500

c)

C. RM3 500

d)

D. RM53 500

3.

3. Maklumat di bawah berkaitan dengan akaun X.

- Boleh simpan atau keluar wang pada bila-bila masa.

- Dibayar faedah

- Tiada kemudahan overdraf

Akaun X ialah

a)

A. akaun semasa

b)

B. akaun berkala

c)

C. akaun simpanan

d)

D. akaun simpanan tetap

4.

4. Antara berikut, akaun yang manakah dibayar faedah?

a)

A. Akaun simpanan dan akaun semasa

b)

B. Akaun simpanan tetap dan akaun semasa

c)

C. Akaun simpanan dan akaun simpanan tetap

d)

D. Akaun semasa, akaun simpanan tetap dan akaun simpanan

5.

5. Mengapakah seseorang peniaga menggunakan overdraf dalam perniagaannya?

a)

A. Tidak perlu bayar balik

b)

B. Dapat mengatasi masalah aliran tunai dalam perniagaannya

c)

C. Semua pendeposit bank perdagangan layak menggunakan kemudahan ini

d)

D. Faedah hanya dikenakan untuk baki kemudahan overdraf yang tidak digunakan

6.

6. Apakah persamaan antara deposit semasa dengan deposit tabungan di bank perdagangan?

I. Dibayar faedah yang tinggi

II. Boleh menggunakan kad ATM

III. Pengeluaran wang simpanan pada bila-bila masa

IV. Boleh menggunakan kemudahan overdraf

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

7.

7. Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu kemudahan bayaran.

"Encik Seth membayar sewa bulanan melalui kemudahan pembayaran yang disediakan oleh CIMB Berhad. CIMB Berhad memindahkan wang daripada akaun Encik Seth kepada akaun pemilik rumah pada tarikh yang ditetapkan setiap bulan."

Kemudahan pembayaran dalam situasi di atas ialah

a)

A. perintah sedia ada

b)

B. pindahan kredit

c)

C. draf bank

d)

D. overdraf

8.

8. Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu prinsip perbankan Islam.

- Pelaburan wang oleh bank bagi pihak pelanggan

- Untung rugi dibahagi mengikut nisbah yang dipersetujui

Prinsip perbankan Islam yang berkaitan dengan pernyataan di atas ialah

a)

A. Takjiri

b)

B. Wadiah

c)

C. Mudharabah

d)

D. Bai Bithaman Ajil

9.

9. Jadual di bawah menunjukkan guna tenaga dalam sektor terpilih sesebuah negara untuk tahun 2007 dan tahun 2017.

Berdasarkan jadual di atas, sektor yang manakah mengalami peningkatan guna tenaga?

a)

A. Utama

b)

B. Kedua

c)

C. Ketiga

d)

D. Utama dan ketiga

10.

10. Maklumat di bawah berkaitan dengan perubahan ekonomi di Malaysia

"Pelancaran Koridor Raya Multimedia merupakan langkah utama dalam pembangunan asas ekonomi berlandaskan pengetahuan."

Pernyataan di atas berkaitan dengan perubahan ekonomi pada tahun

a)

A. 1960-an

b)

B. 1970-an

c)

C. 1980-an

d)

D. 1990-an