Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

You Edu - BM Penilaian Set 3

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Ramai orang singgah di ___________ Mak Limah untuk membeli nasi lemak dan kuih-muih.

a)

pasar

b)

gerai

c)

pejabat

d)

dewan

2.

Perbicaraan kes pembunuhan itu dijalankan di hadapan seorang _______________ .

a)

guru

b)

doktor

c)

hakim

d)

jurutera

3.

___________ Aedes membawa virus yang boleh menyebabkan demam denggi.

a)

Lalat

b)

Nyamuk

c)

Burung

d)

Ayam

4.

Kak Jati memerhatikan se____________________ burung yang terbang di sekitar Pulau Tioman.

a)

kawan

b)

ekor

c)

buah

d)

batang

5.

Linda dan keluarganya sempat menikmati keenakan beberapa __________________ nangka madu semasa pulang ke kampung pada bulan lepas.

a)

ulas

b)

gugus

c)

tandan

d)

sikat

6.

Posmen __________ motosikal untuk menghantarkan surat.

a)

membonceng

b)

menuntun

c)

menunggang

d)

menaiki

7.

Ibu __________ pakaian yang kotor dengan sabun.

a)

menyidai

b)

menjahit

c)

melipat

d)

membasuh

8.

Keadaan jalan pada malam ini kelihatan __________ kerana kerosakan lampu jalan. 

a)

terang

b)

gelap

c)

nyaman

d)

nyaring

9.

Pak Cik Amad duduk di ______ kuda yang hendak ditunggangnya.

a)

sisi

b)

bawah

c)

atas

d)

antara

10.

Farhan bersembunyi di ___________ langsir ketika kawannya sedang mencarinya.

a)

belakang

b)

hadapan

c)

dalam

d)

penjuru

11.

Ibu menjemput kawan-kawannya yang baru sampai masuk ke __________ rumah.

a)

belakang

b)

hadapan

c)

dalam

d)

sudut

12.

"______ anakku, ingatlah bahawa peperiksaan UPSR sudah dekat !" pesan Puan Zakri kepada Roslan.

a)

Aduhai

b)

Amboi

c)

Wah

d)

Wahai

13.

_________ , saya tidak akan membenarkan kamu masuk ke kedai saya !

a)

Eh

b)

Ah

c)

Oh

d)

Aduh

14.

________, saya enggan bertemu dengannya walaupun dia merayu! 

a)

Ah

b)

Cis

c)

Aduh

d)

Amboi

15.

Murid-murid dikehendaki memakai __________ sewaktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

a)

pakaian sukan

b)

pakaian traditional

c)

pakaian angkatan

d)

pakaian seragam

16.

Marina, Vijaya, Viola dan Shidah hendak ke Bandung. _______ menempah tiket penerbangan Air Asia.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Mereka

d)

Kalian

17.

"_______ amat berbesar hati kerana dapat berkhidmat ke bawah duli," kata Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mahmud.

a)

Patik

b)

Beta

c)

Hamba

d)

Baginda

18.

"_______ mahu rakyat Malaysia bersatu hati membina sebuah negara yang maju dan makmur," ucap Perdana Menteri.

a)

Beliau

b)

Beta

c)

Saya

d)

Mereka

19.

Kita perlu rajin belajar _______ mencapai keputusan yang cemerlang dalam ujian itu.

a)

kerana

b)

agar

c)

tetapi

d)

kalau

20.

Michael gemar berenang _______ John gemar bermain ping pong.

a)

dan

b)

malahan

c)

sambil

d)

manakala

21.

Aiman membaca buku cerita di perhentian bas ________ menunggu ketibaan bas.

a)

supaya

b)

walaupun

c)

apabila

d)

sementara

22.

Ibu menyimpan ikan dan sayur-sayuran yang dibelinya _______ pasar ________ dalam peti sejuk.

a)

dari…di

b)

dari…pada

c)

daripada...pada

d)

daripada...di

23.

Pegawai itu sedang menyampaikan ceramah _______ cara-cara memanfaatkan masa lapang.

a)

untuk

b)

tentang

c)

pada

d)

terhadap

24.

Saya akan menyertai lawatan itu jika mendapat kebenaran ________ ibu bapa saya.

a)

dari

b)

untuk

c)

oleh

d)

daripada

25.

Budak perempuan yang nakal itu __________ disukai oleh guru kelasnya. 

a)

tidak

b)

adalah

c)

ialah

d)

bukan

26.

Nasi di dalam periuk kami __________ habiskan kerana terlalu banyak ditanak oleh ibu. 

a)

ialah

b)

adalah

c)

bukan

d)

tidak

27.

Nasi lemak __________ makanan tradisi orang Melayu. 

a)

ialah

b)

adalah

c)

bukan

d)

tidak

28.

Pembuangan sampah merata - rata tempat __________ perbuatan yang buruk.

a)

ialah

b)

adalah

c)

bukan

d)

tidak

29.

Mangsa kemalangan jalan raya itu terlantar di hospital ________________ lamanya.

a)

semua

b)

pertama

c)

setiap

d)

berbulan-bulan

30.

Apabila loceng berbunyi, murid-murid beratur lalu masuk ke kelas _______________________.

a)

berjam-jam

b)

bertahun-tahun

c)

Berjenis-jenis

d)

masing-masing

31.

Pakaian Zara menjadi _______ setelah dia terjatuh ke dalam lopak yang berlumpur itu.

a)

calar-balar

b)

kusut-masai

c)

comot-momot

d)

compang-camping

32.

Rambut Rosli  _______ kerana baru bangun daripada tidur.

a)

calar-balar

b)

kusut-masai

c)

comot-momot

d)

compang-camping

33.

Kaki Kak Azri _______ kerana dicalar oleh kucing liar itu.

a)

calar-balar

b)

kusut-masai

c)

comot-momot

d)

compang-camping

34.

_________ jari adik berdarah?

a)

Bagaimanakah

b)

Siapakah

c)

Di manakah

d)

Mengapakah

35.

"________ kamu letakkan buku-buku latihan tadi?" tanya Cikgu Wong kepada Asiah.

a)

Di manakah

b)

Siapakah

c)

Bilakah

d)

Apakah

36.

"Pak cik, boleh saya tahu __________ harga sebungkus nasi lemak ini?" tanya Jun Han.

a)

bagaimanakah

b)

apakah

c)

bilakah

d)

berapakah

37.

Puan Nadia _________ meja itu dengan sehelai kain.

a)

alaskan

b)

beralas

c)

beralaskan

d)

mengalas

38.

Kita mesti mengulang kaji _________ agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

a)

ajaran

b)

diajar

c)

pelajaran

d)

pengajaran

39.

Oleh sebab terlalu letih, Ah Meng _______ di atas sofa.

a)

penidur

b)

tertidur

c)

menidurkan

d)

menidur

40.

Buah epal yang masak di pokok itu telah ________ oleh abang saya.

a)

dipetik

b)

petikan

c)

memetik

d)

dipetikkan

41.

Berkat kerajinan Encik Samivelu, beliau kini menjadi seorang ______ yang berjaya dan memiliki beberapa buah syarikat perniagaan yang besar.

a)

bangsawan

b)

usahawan

c)

angkasawan

d)

wartawan

42.

Fatimah telah dipilih sebagai _________ sukan tahunan sekolahnya.

a)

seniwati

b)

peragawati

c)

mahasiswi

d)

olahragawati

43.

Keenam-enam orang ________ itu memperagakan pakaian moden.

a)

seniwati

b)

peragawati

c)

biduanita

d)

olahragawati

44.

“__________semua calon UPSR membaca soalan dengan teliti,” kata Ketua Pengawas itu.

a)

Jemput

b)

Sila

c)

Tolong

d)

Minta

45.

_______beratur semasa hendak membeli barang di kedai koperasi sekolah.

a)

Sila

b)

Usah

c)

Jemput

d)

Tolong

46.

___________biarkan makanan terdedah, nanti akan dihinggapi lalat.

a)

Tolong

b)

Jangan

c)

Harap

d)

Minta

47.

____________lah menangis lagi, Ani. Saya pasti adik awak akan selamat.

a)

Tolong

b)

Minta

c)

Harap

d)

Usah

48.

Hani seorang yang pendiam dan dia tidak mempunyai ramai kawan. Dia digelar ___________.

a)

panjang tangan

b)

bekas tangan

c)

kera sumbang

d)

buta huruf

49.

Kejayaan Dato' Sheikh Muzaffar sebagai angkasawan menjadi ___ rakyat di Malaysia.

a)

buah mulut

b)

beri muka

c)

banyak mulut

d)

bulat hati

50.

Setelah mempunyai kereta dan rumah besar, dia mula menjadi ________.

a)

hilang akal

b)

bongkok sabut

c)

hidung tinggi

d)

keras kepala