wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KERTAS MODEL SEJARAH SPM SET 5

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah raja di Kerajaan Alam Melayu mendapat penghormatan yang tinggi daripada rakyat?

a)

Merupakan tonggak utama kerajaan

b)

Membina kompleks alam semesta

c)

Menangkis ancaman kuasa luar

d)

Memelihara kebajikan kawasan pegangan

2.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat.

Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Menggambarkan kemewahan raja

d)

Melambangkan kewibawaan raja

3.

"Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri."

Siapakah yang mengemukakan tafsiran tersebut?

a)

Dato' Onn Jaafar

b)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

c)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

d)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

4.

Apakah seruan Gerakan Islah terhadap umat Islam di seluruh dunia?

a)

Berwaspada terhadap anasir luar

b)

Bersatu untuk mempertahankan negara

c)

Berpegang kepada ajaran Islam sebenar

d)

Bergabung membentuk kesatuan

umat Islam

5.

British berusaha untuk mengawal gerakan Islah Islamiah sejak awal abad ke-20. Apakah tindakan yang diambil oleh British?

a)

Menubuhkan Biro Siasatan Politik

b)

Menutup kelas pengajian al-Quran

c)

Menahan pelajar dari Timur Tengah

d)

Menyekat kemasukan pendakwah Arab

6.

Apakah kepentingan pengenalan dasar Orde Baharu Asia kepada Jepun?

a)

Menguasai seluruh Asia

b)

Menamatkan konflik dunia

c)

Menamatkan sistem beraja

d)

Mewujudkan kebebasan ekonomi

7.

• L. D. Gammans

• David Rees Williams

Mengapakah ahli Parlimen British tersebut dihantar ke Tanah Melayu semasa gagasan Malayan Union?

a)

Mendapatkan tandatangan raja

b)

Merangka perjanjian Malayan Union

c)

Meninjau penentangan orang Melayu

d)

Meraih sokongan pemimpin tempatan

8.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh Cikgu Lily Eberwein sebagai reaksi terhadap bantahan penyerahan Sarawak?

a)

Mengadakan kempen kesedaran di rumah panjang

b)

Mengetuai kaum wanita dalam gerakan antipenyerahan

c)

Menyampaikan kritikan tajam dalam Utusan Sarawak

d)

Menghantar referendum memansuhkan penyerahan Sarawak

9.

Bagaimanakah hartal dilaksanakan oleh PUTERA-AMCJA?

a)

Menghantar surat bantahan kepada British

b)

Memberhentikan semua kegiatan ekonomi

c)

Menutup semua premis dan operasi perniagaan

d)

Mengadakan rundingan sulit dengan PKM

10.

Apakah kesan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) terhadap negara?

a)

Menyusun semula masyarakat pelbagai kaum

b)

Membantu perkembangan sosioekonomi negara

c)

Memastikan agihan ekonomi yang seimbang

d)

Memupuk persefahaman pemimpin pelbagai kaum

11.

Trade Union Ordinance No.9 Of 1948 telah diluluskan oleh British di Tanah Melayu?

Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

a)

Menangkap golongan radikal

b)

Menyekat pengaruh komunis

c)

Mengehadkan kebebasan bersuara

d)

Memantau gerakan kesatuan sekerja

12.

Apakah tugas pasukan Special Constables yang ditubuhkan pada tahun 1948?

a)

Mempertahankan bandar dan kampung

b)

Mengawal ladang dan kawasan lombong

c)

Mengesan tempat persembunyian komunis

d)

Mendapatkan maklumat PKM melalui perisikan

13.

Bagaimanakah anggota Kesatuan Melayu Muda memperjuangkan kemerdekaan tanah air?

a)

Menekankan pemerintahan demokrasi

b)

Memperkenalkan konsep Melayu Raya

c)

Memulihkan kedudukan Negeri Melayu

d)

Mengembalikan kredibiliti raja Melayu

14.

Mengapakah orang Melayu bersetuju memberikan kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu?

a)

Memelihara kestabilan politik

b)

Mempertahankan hak peribumi

c)

Memupuk taat setia dan kerjasama

d)

Memastikan perkembangan ekonomi

15.

Mengapakah Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 1952 diadakan?

a)

Memilih ahli Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

b)

Menambah jumlah pihak berkuasa tempatan

c)

Melantik ahli Dewan Undangan Negeri

d)

Memilih Ketua Menteri Kuala Lumpur

16.

Mengapakah pilihan raya tempatan pertama diadakan pada tahun 1956 di Sarawak?

a)

Penolakan penjajahan mutlak British

b)

Pengundian untuk menyertai Malaysia

c)

Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

d)

Penyelesaian penyatuan pelbagai kaum

17.

Apakah perkara yang dirundingkan dalam misi rundingan di London?

a)

Pentadbiran

b)

Keselamatan

c)

Perlembagaan

d)

Kewarganegaraan

18.

Apakah perkara yang ditolak oleh Dato' Onn Jaafar dari Parti Negara berhubung dengan Draf Perlembagaan Persekutuan?

a)

Kepentingan sah kaum lain

b)

Kelonggaran syarat kewarganegaraan

c)

Bahasa Inggeris dalam urusan pentadbiran

d)

Bahasa Mandarin di sekolah kebangsaan

19.

Bagaimanakah pemimpin kerajaan menyeru semua rakyat meraikan Hari Kemerdekaan yang pertama?

a)

Menggunakan saluran media cetak

b)

Membuat lawatan ke seluruh negeri

c)

Mengedarkan risalah kepada rakyat

d)

Mengadakan ucapan di Radio Malaya

20.

Keunikan kemerdekaan negara ialah tanpa pertumpahan darah. Bagaimanakah Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan?

a)

Penggabungan semua parti politik

b)

Pendekatan rundingan diutamakan

c)

Penekanan terhadap amalan realpolitik

d)

Penglibatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

21.

Malaysia berjiran dengan Singapura dan Thailand.

Bagaimanakah kerajaan mewujudkan pemisahan antara negara tersebut?

a)

Pendaftaran kerakyatan

b)

Penguatkuasaan undang-undang

c)

Pengukuhan kawalan ketenteraan

d)

Penetapan sempadan antarabangsa

22.

Apakah kesan pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

a)

Mengelakkan krisis politik

b)

Mengekalkan warisan tradisi

c)

Mengukuhkan sistem percukaian

d)

Melancarkan pentadbiran negara

23.

Apakah peranan Gabenor dalam Majlis Undangan Sabah?

a)

Menetapkan dasar negeri

b)

Menggubal undang-undang

c)

Memajukan ekonomi negeri

d)

Menubuhkan jabatan-jabatan

24.

Antara yang berikut, perkara manakah berkaitan Singapura yang dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia (pindaaan 1965)?

a)

Imigresen

b)

Kewangan

c)

Pendidikan

d)

Persempadanan

25.

Bagaimanakah kedudukan Raja-Raja Melayu semasa pengenalan Sistem Residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?

a)

Raja digantikan oleh Residen

b)

Raja diberikan pencen bulanan

c)

Raja kekal sebagai pemerintah berdaulat

d)

Raja mesti menerima nasihat daripada Residen

26.

Mengapakah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) ditubuhkan?

a)

Melindungi hak asasi manusia

b)

Memelihara keharmonian kaum

c)

Menegakkan prinsip keadilan

d)

Mengukuhkan demokrasi negara

27.

Majalah Al-Imam telah menggesa penyatuan raja dan orang Melayu dalam beberapa bidang sejak tahun 1906. Apakah bidang tersebut?

a)

Ekonomi

b)

Kesenian

c)

Kehakiman

d)

Pendidikan

28.

Mengapakah duta Amerika Syarikat di PBB iaitu Laurence Michelmore mengetuai rombongan ke Sarawak dan Sabah?

a)

Menerangkan pembentukan Malaysia

b)

Menyiapkan draf cadangan Tuntutan 20

c)

Membuat tinjauan di Sabah dan Sarawak

d)

Mengemukakan laporan Suruhanjaya Cobbold

29.

Akhbar menunjukkan kemusnahan Tugu Negara yang dibom oleh PKM.

Apakah tindakan pihak keselamatan susulan peristiwa tersebut?

a)

Memperkuat perkhidmatan perisikan

b)

Menangkap pemimpin gerakan radikal

c)

Memperkasakan pasukan askar Melayu

d)

Mengisytiharkan undang-undang darurat

30.

Apakah perkara yang diputuskan semasa pengisytiharan perintah darurat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 1969?

a)

Menggantung Perlembagaan

b)

Membatalkan pilihan raya

c)

Menutup semua pintu sempadan

d)

Menguatkuasakan perintah berkurung

31.

Bagaimanakah kerajaan mewujudkan integrasi antara negeri selepas peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Membuka petempatan khas

b)

Memperluas wilayah ekonomi

c)

Mengurangkan penghijrahan penduduk

d)

Menyelaraskan perkhidmatan awam

32.

Apakah kepentingan slogan “Malaysia Boleh”?

a)

Memeriahkan suasana kejohanan

b)

Memupuk semangat setia kawan

c)

Mencungkil bakat baru mewakili negara

d)

Menunjukkan semangat patriotisme rakyat

33.

Bagaimanakah FELDA membantu penduduk luar bandar yang miskin?

a)

Memberi tanah seluas 10 ekar

b)

Menyediakan kemudahan asas

c)

Meningkatkan pemilikan saham

d)

Membuka kawasan perindustrian

34.

Apakah sumbangan Tan Sri Azman Hashim iaitu Tokoh Perbankan terhadap rakyat?

a)

Mengukuh perpaduan antara kaum

b)

Membentuk kelas bumiputera komersial

c)

Menjadi penaja utama program kebajikan

d)

Menawarkan pekerjaan dalam syarikat dan industri

35.

Mengapakah Malaysia menyertai pasukan UNOC, UNPROFOR, UNMEE dan UNIFIL?

a)

Menjaga keselamatan rakyat

b)

Menjayakan misi pengaman

c)

Memerangi jenayah antarabangsa

d)

Mengawal pergolakan politik

36.

Mengapakah Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN diadakan di Bali, Indonesia pada tahun 1976?

a)

Menyelesaikan pencemaran alam sekitar

b)

Membincangkan pergolakan di Indochina

c)

Menamatkan dasar konfrontasi Indonesia

d)

Mengatasi ancaman komunis di Thailand

37.

Mengapakah Malayan Union dilaksanakan dalam tempoh masa yang terhad dan gagal?

a)

Peralihan kuasa berlaku

b)

Pembentukan Majlis Raja-Raja

c)

Penggubalan perlembagaan negeri

d)

Penentangan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu

38.

Fungsi Kerajaan Tempatan digariskan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Apakah tanggungjawab kerajaan tersebut?

a)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar

b)

Memacu pertumbuhan sektor perindustrian baharu

c)

Mengurangkan pergantungan terhadap negara maju

d)

Memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat

39.

Mengapakah Malaysia perlu mendapatkan kerjasama daripada INTERPOL (Polis Antarabangsa) pada era 1980an?

a)

Mengekang kemasukan pelarian

b)

Memerangi penyalahgunaan dadah

c)

Menangani jenayah Macau Scam

d)

Menyelesaikan isu tuntutan sempadan

40.

Apakah pandangan Malaysia terhadap Asia Pacific Economic Cooperation (APEC)?

a)

Semua negara memperkukuh kerjasama

b)

Semua negara bertindak mengawal perairan

c)

Semua negara mendapat layanan saksama

d)

Semua negara memperoleh hak kebebasan