Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KERTAS MODEL SEJARAH SPM SET 6

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peranan inskripsi Telaga Batu yang dijumpai di Palembang, Sumatera?

a)

Lambang kesetiaan

b)

Lambang kedaulatan

c)

Lambang keagungan

d)

Lambang keagamaan

2.

Apakah fungsi cap mohor dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menjadi identiti sultan

b)

Mengakui kedaulatan sultan

c)

Mengesahkan arahan sultan

d)

Mengukuhkan kekuasaan sultan

3.

Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di England. Apakah kuasa parlimen melalui perundangan tersebut?

a)

Mengutip cukai

b)

Melantik penasihat

c)

Mengawal kerajaan

d)

Menggubal undang-undang

4.

Kebangkitan nasionalisme di Burma pada tahun 1920 turut dipengaruhi oleh Revolusi Pelajar. Apakah faktor tercetusnya revolusi ini?

a)

Menentang pengaruh Barat

b)

Mendesak kebebasan bersuara

c)

Memperjuangkan kebajikan pelajar

d)

Menuntut penubuhan sebuah universiti

5.

Bagaimanakah Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914 - 1918?

a)

Konflik politik

b)

Krisis rantau Balkan

c)

Pakatan ketenteraan

d)

Pengeboman Pearl Habour

6.

Apakah muslihat tentera Jepun membantu orang India menubuhkan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu dan Borneo Utara?

a)

Menguasai negara India

b)

Memecahbelahkan kaum

c)

Mendominasi buruh asing

d)

Memperoleh sokongan orang India

7.

Apakah kandungan Kertas Putih 6724?

a)

Konsep kesatuan

b)

Sistem pendidikan

c)

Bahasa kebangsaan

d)

Syarat kewarganegaraan

8.

Apakah tujuan PASPAS dan BARIP ditubuhkan di Sabah pada era 1940-an?

a)

Memperbaik ekonomi kaum bumiputera

b)

Memberikan kesedaran pendidikan agama

c)

Menjaga kebajikan penduduk tempatan

d)

Melibatkan diri dalam pentadbiran British

9.

Dasar Dekolonisasi disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui Piagam Atlantik. Apakah yang dimaksudkan dengan dasar tersebut?

a)

Perluasan kuasa dan wilayah

b)

Perasaan cinta akan tanah air

c)

Pembinaan negara dan bangsa

d)

Proses ke arah berkerajaan sendiri

10.

Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian PTM 1948?

a)

Kebebasan berpolitik

b)

Kemerdekaan mutlak

c)

Kepimpinan tempatan diiktiraf

d)

Kedudukan istimewa dilindungi

11.

Mengapakah tokoh-tokoh berikut ditangkap semasa Zaman Darurat?

• Khatijah Sidek

• Ahmad Boestaman

• Ishak Haji Muhammad

a)

Memimpin gerakan radikal

b)

Menyertai gerakan menentang Jepun

c)

Melindungi tokoh nasionalis tempatan

d)

Mensabotaj kempen menyokong British

12.

Apakah iktibar yang paling tepat daripada peristiwa darurat di Tanah Melayu?

a)

Memajukan ekonomi negara

b)

Menjaga kedudukan sultan

c)

Menghargai jasa pemimpin negara

d)

Mempertahankan negara daripada musuh

13.

Slogan "Merdeka dengan Darah" digunakan oleh sebuah parti bagi menggerakkan perjuangan kemerdekaan. Apakah parti tersebut?

a)

Kesatuan Melayu Muda

b)

Angkatan Pemuda Insaf

c)

Pergerakan Pemuda Melayu

d)

Parti Kebangsaan Melayu Malaya

14.

Apakah tanggungjawab anggota Majlis Perundangan Persekutuan dalam Sistem Ahli?

a)

Memimpin kabinet pertama

b)

Mengetuai pelbagai bidang

c)

Mentadbir beberapa jabatan

d)

Melindungi penduduk tempatan

15.

Apakah tujuan utama pilihan raya dilaksanakan di sesebuah negara?

a)

Proses memilih wakil rakyat

b)

Pembentukan perpaduan kaum

c)

Penggubalan sistem perundangan

d)

Pembinaan negara bangsa diperkukuh

16.

Pada 1 Februari, Jawatankuasa Pilihan Raya telah dibentuk dengan 46 orang ahli. Antara berikut, yang manakah bentuk penyata susunan MPP Bentuk A?

a)

Seorang Speaker

b)

11 orang wakil negeri

c)

Tidak menetapkan tarikh pilihan raya

d)

44 orang dipilih melalui pilihan raya

17.

Siapakah yang telah memberikan pandangan terhadap penetapan tarikh kemerdekaan PTM?

a)

Syed Sheikh al-Hadi

b)

Sheikh Abdullah Fahim

c)

Sheikh Tahir Jalaluddin

d)

Syed Mokhtar al-Bukhari

18.

Apakah peranan yang dimainkan oleh anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Membentuk Kabinet Persekutuan Tanah Melayu

b)

Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Merundingkan hal ehwal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Menetapkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

19.

"Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem khalifah dan menghapuskan ikatan perkauman."

Siapakah yang mengungkapkan kata-kata tersebut?

a)

Rashid Rida

b)

Nelson Mandela

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

20.

Pihak manakah yang ditugaskan untuk meninjau pendapat rakyat berkenaan bunga yang sesuai sebagai bunga kebangsaan?

a)

Jabatan Penerangan

b)

Jabatan Perpaduan

c)

Kementerian Pertanian

d)

Kementerian Pelancongan

21.

Pernyataan manakah merujuk kepada istilah daulah?

a)

Kuasa kewibawaan seseorang pemimpin

b)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

Kuasa raja sebagai ketua pemerintah negara

d)

Kuasa tertinggi berlandaskan perlembagaan

22.

Gambar berikut merujuk sampul surat hari pertama pos Malaysia.

Apakah mesej yang diperoleh daripada sampul surat tersebut?

a)

Menunjukkan keunikan negara

b)

Mematuhi undang-undang negara

c)

Mengadakan kunjung-mengunjung

d)

Mengekalkan semangat kerukunan

23.

Apakah terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957?

a)

Kedudukan Bahasa Melayu

b)

Kedaulatan undang-undang

c)

Kedudukan istimewa orang Melayu

d)

Kewarganegaraan yang sama

24.

Apakah bukti Malaysia mengamalkan sistem demokrasi?

a)

Mendengar suara rakyat

b)

Mengadakan pilihan raya umum

c)

Menubuhkan pelbagai kementerian

d)

Menggubal Perlembagaan Persekutuan

25.

Apakah tindakan British yang telah menyebabkan Raja-Raja Melayu kehilangan kuasa pemerintahan negeri?

a)

Pengenalan Malayan Union

b)

Pembubaran Majlis Raja-Raja

c)

Pelantikan Pesuruhjaya Tinggi British

d)

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

26.

Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dipilih?

a)

Secara bergilir-gilir

b)

Melalui pilihan raya

c)

Sistem perwarisan

d)

Peruntukan Perlembagaan Malaysia

27.

Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan In-Situ?

a)

Membangunkan fizikal desa

b)

Memajukan kawasan bandar

c)

Meningkatkan ekonomi negara

d)

Menyusun semula masyarakat

28.

Bagaimanakah ketidakselarasan antara undang-undang Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diatasi?

a)

Menggubal perlembagaan baharu

b)

Merujuk Perlembagaan Persekutuan

c)

Melalui proses pindaan perlembagaan

d)

Mendapatkan tafsiran pihak mahkamah

29.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman menggalakkan penyatuan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura?

a)

Menjamin kepentingan ekonomi

b)

Membendung ancaman komunis

c)

Meningkatkan tahap ekonomi serantau

d)

Memperkukuh penguasaan politik negara

30.

Mengapakah Barisan Sosialis di Singapura menentang cadangan pembentukan Malaysia?

a)

Penjajahan baharu

b)

Perkongsian kuasa antara negeri

c)

Pakatan meluaskan pengaruh politik

d)

Percubaan eksploitasi sumber ekonomi

31.

Tun Abdul Razak meminta semua rakyat Malaysia agar lebih berdedikasi dalam usaha membangunkan negara menjadi tanah air yang gembira dan makmur bagi diri sendiri dan anak-anak (masa depan).

Apakah buku yang memuatkan ucapan tersebut?

a)

Buku Merah

b)

Strategy For Action

c)

Rancangan Buku Hijau

d)

District Rural Development Plan

32.

Isu pembangunan ekonomi negara ditangani dalam Rancangan Malaysia Pertama. Apakah isu tersebut?

a)

Kenaikan harga barangan

b)

Kekurangan kemudahan asas

c)

Kadar pengangguran bertambah

d)

Kedudukan sosioekonomi rendah

33.

Mengapakah perkhidmatan Feri Malaysia iaitu Cruise Muhibah ditamatkan pada tahun 1989?

a)

Kos penyelenggaraan yang tinggi

b)

Persaingan syarikat feri antara bangsa

c)

Kurang sambutan masyarakat pertengahan

d)

Perubahan perjanjian persempadanan

34.

Mengapakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) digubal pada tahun 1996?

a)

Memupuk semangat patriotisme

b)

Membentuk generasi yang berilmu

c)

Membentuk pelajar yang seimbang

d)

Melahirkan belia yang berkemahiran

35.

Bagaimanakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak dapat membasmi kemiskinan?

a)

Menambah pendapatan rakyat

b)

Memperbanyak peluang pekerjaan

c)

Menyediakan perumahan mampu milik

d)

Meningkatkan daya pengeluaran negara

36.

Apakah faedah yang diperoleh golongan belia melalui Pusat Latihan Kemahiran Giatmara?

a)

Mempercepat pembangunan ekonomi negara

b)

Mendapat pekerjaan berkaitan dengan kemahiran

c)

Meningkatkan tenaga kerja golongan bumiputera

d)

Membaiki tahap kualiti dan mutu pengeluaran

37.

Bagaimanakah hubungan luar dilaksanakan antara Kesultanan Melayu Melaka dengan Pasai dan Ryukyu?

a)

Perkahwinan siasah

b)

Hubungan diplomatik

c)

Pertembungan budaya

d)

Hubungan perdagangan

38.

Mengapakah Rancangan Colombo penting kepada negara anggota Komanwel?

a)

Memajukan sektor pertanian

b)

Menangani masalah kemiskinan

c)

Menggalakkan aktiviti pelancongan

d)

Menyediakan kemudahan perubatan

39.

Malaysia menggunakan pendekatan berhemah untuk menyelesaikan masalah kempen antiminyak sawit. Mengapakah pendekatan tersebut digunapakai?

a)

Mendapat sokongan dunia

b)

Menghalang sekatan ekonomi

c)

Mengelakkan sebarang konflik

d)

Mengukuhkan hubungan diplomatik

40.

Mengapakah program Freedom Flotilla digerakkan ke Palestin?

a)

Menjaga kebajikan pelarian

b)

Membina kemudahan asas

c)

Menubuhkan pusat pengajian

d)

Menghantar bantuan makanan