NEW
Font size
WorksheetsEKONOMI TINGKATAN 5: EKONOMI DAN KERAJAAN - SET 5
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
1. Bagaimanakah kerajaan boleh mengatasi masalah pengangguran kitaran?
I. Melaksanakan dasar fiskal
II. Melaksanakan dasar kewangan
III. Melaksanakan pengecualian cukai
IV. Melaksanakan ekonomi terancang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
2. Apakah kesan yang akan berlaku jika terdapat pembaziran faktor buruh dalam ekonomi?
I. Pengangguran menurun
II. Hasil kerajaan berkurang
III. Ketidakcekapan dalam pengeluaran
IV. Pendapatan negara sebenar meningkat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
3. Antara yang berikut, manakah kesan masalah pengangguran?
I. Lambakan pekerja asing
II. Peningkatan kes rompakan
III. Ekonomi negara menurun
IV. Kadar pertukaran asing jatuh
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
4. Pengangguran berstruktur bermaksud
A. pekerja suka memilih pekerjaan tertentu
B. pengangguran yang berlaku untuk tempoh sementara
C. firma mengurangkan aktiviti pengeluaran apabila tiada permintaan
D. ekonomi negara tertumpu kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan sahaja
5. Maklumat di bawah menunjukkan seorang usahawan di Malaysia.
------
Dato' Tan Chin Nam membina Mid Valley Megamall, projek mega yang terdiri daripada 8.78 juta kaki persegi.
------
Apakah sumbangan beliau kepada ekonomi negara?
A. Politik negara lebih stabil
B. Mencipta banyak peluang pekerjaan
C. Pertumbuhan ekonomi diperlahankan
D. Pelaburan daripada negara asing berkurang
6. Jika nilai Ringgit Malaysia berubah daripada RM3.80 = US$1 kepada RM4.20 = US$1, apakah kesan kepada perniagaan yang mengimport barang perantara?
A. Kos pengeluaran menurun
B. Keuntungan perniagaan meningkat
C. Kecekapan pengeluaran meningkat
D. Mengalami kenaikan harga faktor pengeluaran
7. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dihitung untuk
A. mengukur kadar pertumbuhan ekonomi
B. mengukur kadar guna tenaga
C. mengukur kadar pertukaran asing
D. mengukur kadar ketidakseimbangan ekonomi
8. Antara yang berikut, faktor manakah yang menyebabkan kadar pertumbuhan Malaysia meningkat daripada 4.68% kepada 6.01% pada tahun 2014?
A. Penggunaan teknologi yang canggih dalam pengeluaran
B. Pengurangan kegunaan buruh tempatan dalam pengeluaran
C. Taraf pendidikan penduduk menurun
D. Tidak mengamalkan sikap keterbukaan masyarakat
9. Apakah kesan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kepada ekonomi negara Malaysia?
I. Memajukan sektor pelancongan
II. Kadar pengangguran meningkat
III. Nilai mata wang Malaysia menurun
IV. Menggalakkan perdagangan eksport dan import
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
10. Antara yang berikut, kaedah pendekatan manakah yang digunakan oleh Malaysia dalam mengukur pertumbuhan ekonomi?
I. Perbelanjaan
II. Pendapatan
III. Pembangunan
IV. Keluaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
