WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Pilih ejaan perkataan yang betul.
eksport
esport
ekspot
ekseport
Pilih ejaan perkataan yang betul.
ejensi
agensi
egensi
ajensi
”___________ mahu bersiar-siar di taman bunga,” titah Tuan Puteri Gunung Keriang kepada dayang-dayangnya.
Beta
Patik
Saya
Hamba
Air mukanya ____________ kerana dijangkiti penyakit COVID-19.
seperti isi dengan kuku
bagai dakwat dengan kertas
bagai tikus membaiki labu
seperti ayam berak kapur
Seperti anjing berebut tulang bermaksud seseorang yang tidak tahu bersyukur.
Betul
Tidak
Seperti ular kena palu membawa maksud jalan yang sangat licin.
Betul
Salah
Hati Rita __________ apabila melihat ibunya bersusah payah bekerja untuk menyara keluarga mereka.
bagai denai gajah lalu
bagai hempedu lekat di hati
bagi dihiris dengan sembilu
bagai duri dalam daging
Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mail ______________ ketika makan di ruang tamu.
beratur
bertinggah
bersimpuh
berlunjur
Pelbagai pertandingan yang berunsurkan permainan tradisional ______________ kekayaan budaya kita.
memanipulasikan
menzahirkan
memantapkan
menyifatkan
Pilih peribahasa yang sesuai.
'Membahagikan sesuatu barang dengan adil dan saksama.'
Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah
Harta orang hendak digalas
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Pilih peribahasa yang sesuai.
'Pihak pemaju yang baru dilantik itu telah mengambil kesempatan dengan mengenakan caj baik pulih rumah yang mahal terhadap pembeli yang mengalami masalah rumah terbengkalai.'
Mahal dibeli sukar dicari
Macam ular kekenyangan
Makin banyak orang, makin banyak niat
Menangguk di air keruh
Pegawai itu _________ di mahkamah kerana dituduh ___________ wang syarikat.
dibicarakan ……….. mensonglap
dihadapkan ……….. menyelewengkan
didakwa ………… menggelapkan
dihadapkan ………... menggelapkan
______________ merupakan kewangan segera yang ditawarkan oleh kerajaan kepada majikan yang mengalami pengurangan pendapatan akibat PKP, supaya dapat mengekalkan pekerja yang bergaji RM 4000 ke bawah.
Program Rangsangan Ekonomi
Pakej Rangsangan Syarikat
Program Subsidi Upah
_______________ bagi semua institusi pendidikan tinggi awam dan juga swasta dan juga telah ditangguhkan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara kita.
Sesi pengajian
Proses pengajian
Tempoh pembelajaran
Sesi pembelajaran
______________ awal di tanah rancangan FELDA pada dekad 1970-an dahulu menghadapi pelbagai cabaran untuk menukarkan kawasan hutan menjadi tanah pertanian.
Penduduk
Peneroka
Penghuni
Petani
Pelabur-pelabur asing mendapat berbagai-bagai ___________ untuk menggalakkan mereka menanam modal di Malaysia bagi meningkatkan ekonomi negara.
Insentif
Bonus
Ganjaran
Pilih simpulan bahasa yang sesuai.
Pekerja-pekerja di hotel itu menyiapkan pentas khas untuk majlis.
Bermandi peluh
Bertegang urat
Berpatah arang
Kerana sering kali ___________ dirinya sebagai anak orang berada, dia kini dipulaukan oleh beberapa orang rakan sekelasnya.
memperbesarkan
membesar
membesar-besarkan
memperbesar
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak. Pilih jawapan yang betul.
Pasukan sukarelawan dan kerajaan boleh menggembleng tenaga untuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih kawasan cerun yang digondolkan.
gembleng tenaga untuk jalankan
menggembleng tenaga untuk menjalankan
gembleng tenaga demi menjalankan
bergembleng tenaga agar menjalankan
Penduduk di negara ini sama ada di bandar atau desa perlu bersatu padu.
sama ada di bandar atau desa
sama ada di bandar atau di desa
Sama ada penduduk-penduduk bandar atau desa
sama ada bandar atau desa
Pilih ayat yang betul.
I. Pemakanan sihat ialah memakan makanan yang mengandungi semua nutrisi mengikut kadar yang ditetapkan.
II. Pelbagai sisa buangan sering dilempar ke dalam sungai termasuk beg plastik sampah, perabot rosak dan peralatan dapur.
III. Amalan rumah terbuka sangat penting demi untuk memupuk semangat perpaduan kaum.
IV. Di antara kelebihan membuat jadual belajar ialah kita mampu menyusun aktiviti harian dengan baik.
I dan II sahaja
II dan III sahaja
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
Buku “A Doctor In The House” yang ditulis sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dianggap sebagai ___________ kerana mengisahkan pengalaman kehidupannya sejak remaja sehinggalah beliau Berjaya menjadi seorang doktor seterusnya menceburi bidang politik.
autobiografi
biografi
dokumentasi
dokumentari
Pusat sumber yang lengkap dengan pendingin hawa dan kemudahan melayari Internet menyediakan ___________ untuk murid-murid mengulang kaji pelajaran.
prasarana kondusif
suasana kondusif
tempat selesa
suasana konklusif
Apakah maksud 'Antologi'?
Koleksi lukisan
Koleksi tulisan
Koleksi cerita
Koleksi karya kesusasteraan
Perbuatan jahat Bidin terhadap kawan-kawannya selama ini
seperti _____________ dan hanya diketahui apabila dia ditangkap oleh Cikgu Laila.
seperti anjing dengan kucing
seperti anak ayam kehilangan ibu
seperti api dalam sekam
seperti anjing dengan bayang-bayangnya
