Font size
WorksheetsB.Malaysia
Total questions: 128
Worksheet time: 1hrs 14mins
Amir _____mengunjungi Kota A Famosa di Melaka ketika dia berumur enam tahun. ( Kata Bantu)
akan
pernah
sedang
Kakak Dahlan _____ melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan.
pernah
akan
telah
Setiap murid ____ menghargai jasa guru-guru yang telah mendidik mereka.
dapat
mahu
mesti
Shamimi ______melintas jalan ketika dirempuh oleh sebuah motosikal.
sedang
boleh
harus
Balasundram _____pergi ke rumah Cikgu Haslinda pada petang nanti.
hendak
masih
dapat
Setiap pengusaha bas sekolah _____mengutamakan keselamtan semua murid yang menggunakan bas sekolah.
pernah
harus
belum
Aliza berasa gembira kerana ______menenuhi permintaan ibu dan ayahnya.
dapat
harus
mesti
Mazlan ____berjumpa dengan ibu bapanya sejak mereka terpisah lima tahun yang lalu.
masih sedang
sedang hendak
belum pernah
Peserta perkhemahan itu _____sampai di tapak perkhemahan pada waktu ini.
mesti sudah
masih boleh
sudah pernah
Ellina _____tekun bekerja walaupun jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang.
pernah
masih
akan
Hanifah ____ mengagak tindakan yang akan diambil oleh rakan karibnya.
sudah
mahu
pernah
Kami pergi ____ kebun untuk menyiram sayur-sayuran.
pada
ke
di
Pemuda itu duduk termenung ____atas batu itu sejak dua jam yang lalu.
di
pada
ke
Jiran baru kami yang berasal ______Ipoh itu sangat peramah.
pada
dari
daripada
Tikar yang diperbuat _____mengkuang itu sangat cantik.
pada
bagi
daripada
Cecilia menceritakan kejadian yang berlaku ____emak dan bapanya.
di
kepada
pada
Kanak-kanak perempuan yang hilang itu telah ditemui____petang semalam.
di
pada
ke
Kuih bingka yang dibuat ____Kak Ji sangat enak walaupun agak manis.
untuk
oleh
akan
Mak Cik Rosnah sangat marah ____pemuda yang mengganggu anaknya.
pada
akan
ke
Pak Johar ____membetulkan perahunya di jeti ketika taufan melanda.
pernah
sedang
dapat
Abang Fadzil ____ dinaikkan pangkat pada bulan hadapan.
akan
masih
sedang
Zainuddin____ melawat datuknya di hospital pada petang nanti.
sedang
masih
hendak
Suhana _____ menyatakan keputusan sama ada hendak menyertai lawatan itu atau tidak.
masih
dapat
belum
Baha ____ pulang kerana dia masih belum menyiapkan kerja sekolahnya.
belum dapat
belum boleh
masih sedang
Semua pekerja ____mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
masih
boleh
mesti
Cikgu Darwiyah (a) menyemak buku latihan murid-muridnya di bilik guru ketika kejadian itu berlaku.
Rashinah (a) menyimpan wang simpanannya di dalam bank pada minggu hadapan.
Shamri berasa gembira kerana (a) menjawab semua soalan dalam pertandingan kuiz sebentar tadi.
Hanif (a) mengotakan janji demi menyakinkan rakan-rakan akan kebolehannya.
Hamidah (a) menyelesaikan masalah itu dengan secepat yang mungkin.
Pak Cik Alim dan anak-anaknya berjalan ke masjid. ____, mereka bermaaf-maafan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Lagipun
Sebelum itu
Keputusan peperiksaan Amira semakin meningkat. ___, dia sentiasa mengulang kaji pelajaran dengan tekun.
Selain itu
Lebih-lebih lagi
Perniagaan yang diusahakan oleh Abang Wari semkain maju. ____, dia tidak pernah lupa akan ibu bapa yang banyak berkorban untuk dirinya.
Namun demikian
Kalau begitu
Penduduk Kampung Tuk Ali tidak bersikap individualistik. ____, mereka sentiasa bersatu padu dan bertoleransi demi mengekalkan perpaduan.
Justeru
Sebaliknya
Abang Minhad bekerja keras untuk memastikan kajayaan projek yang diusahakannya. ____, dia perlu membuktikan kemampuannya kepada penduduk kampung.
Lantaran itu
Tambahan pula
Anak-anak Mak Nab jarang pulang ke kampung. _____ mereka sentiasa bertanyakan khabar dan mengirimkan wang belanja.
Walau bagaimanapun
Oleh sebab itu
Kak Lysa memang seorang yang kuat semangat. ____, dia tidak pernah mengeluh walaupun menderita akibat penyakit yang dihidapinya.
Mungkin
Lantaran itu
Cikgu Zahar ialah seorang guru disiplin yang tegas. ____ beliau tetap dihormati oleh murid-murid.
Selepas itu
Sungguhpun begitu
Murid-murid tahun enam akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. ____, mereka perlu belajar sejak awal tahun lagi.
Namun begitu
Oleh sebab itu
Mak Jah berkebun sayur untuk menyara kehidupan keluarganya. ____, dia menjual nasi lemak untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Selain itu
Tambahan pula
Cikgu Rahman tidak datamg pada hari ini. ____, murid-murid Tahun Lima Cempaka dikehendaki membuat kerja masing-masing.
Lantaran itu
Mungkin
Mak Cik Ina dan suaminya memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih cita-cita. ________, mereka tetap diingatkan agar bijak menjaga diri.
Walaupun begitu
Tambahan pula
Rahimi akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato. _____, dia mencari bahan-bahan di pusat sumber untuk mendapatkan maklumat tentang tajuk pidatonya.
Oleh itu
Lebih-lebih lagi
Puan Alina menyikat rambut anaknya. ____, dia membubuh minyak rambut agar rambut anak lelakinya sentiasa kemas.
Walau bagaimanapun
Sebelum itu
Pelbagai masalah dihadapi oleh guru-guru ketika mendidik murid-murid. ____mereka tetap dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
Selain itu
Namun demikian
Sampah sarap yang dilonggokkan di tepi jalan itu semakin membukti. _____, penduduk Taman Harmoni mengambil keputusan untuk bergotong-royang membersihkannya.
Oleh sebab itu
Tambahan pula
Puan Siah merendam pakaian itu di dalam besen. _____, dia memberus pakaian itu.
Lantaran itu
Sebelum itu
kemudian
"Nampaknya hari hendak hujan. ____, baik kita dirikan khemah," kata Cikgu Zaidi.
Tambahan pula
Namun begitu
Selepas itu
Kalau begitu
Kagagalan pertama tidak seharusnya menghalang kita untuk berjaya dalam pelajaran.____, jadikan kegagalan itu sebagai pendorong untuk berjaya.
Sebaliknya
Kalau begitu
Lebih-lebih lagi
kemudian
Penduduk Kampung Sentosa bekerja sebagai nelayan. _____, mereka turut berkebun untuk menambahkan pendapatan.
Tambahan pula
Selain itu
Sehubungan itu
Nana mempunyai ramai kawan. ____, dia bersikap peramah.
Sebelum itu
Lebih-lebih lagi
Namun begitu
Kemudian
Hujan turun dengan agak lebat. ____, pengadil tetap meneruskan perlawanan.
Walau bagaimanapun
Oleh sebab itu
Kemudian
Pak Amin sangat baik hati. _____, penduduk kampung sentiasa menghormatinya.
Namun demikian
Tambahan pula
Walau bagaimanapun
Lantaran itu
Dahi murid lelaki itu berbalut. ____, dia tetap bermain bola dengan kawan-kawannya.
Sungguhpun begitu
Lantaran itu
Tambahan pula
Justeru
Budak lelaki itu membalut kakinyadengan kain. _____, dia terpijak paku.
Mungkin
Justeru
Selain itu
Kemudian
Gigi Adik Nani cepat rosak. ____, sukan makan aiskirim dan gula-gula.
Selain itu
Tambahan pula
Kalau begitu
Kami pergi ____kebun untuk menyiram sayur-syauran.
pada
ke
di
Pemuda itu duduk termenung ___atas batu itu sejak dua jam yang lalu.
di
pada
ke
Jiran baru kami yang berasal ____Ipoh itu sangat peramah.
pada
dari
daripada
Tikar yang diperbuat ____mengkuang itu sangat cantik.
pada
bagi
daripada
Cecilia menceritakan kejadian yang berlaku ____emak dan bapanya.
di
kepada
pada
Kanak-kanak perempuan yang hilang itu telah ditemui ____petang semalam.
di
pada
ke
Kuih bingka yang dibuat ____Kak Ji sangat enak walaupun agak manis.
untuk
oleh
akan
Mak Cik Rosnah sangat marah ___pemuda yang mengganggu anaknya.
pada
akan
ke
Rumah ____anak-anak yatim itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar.
oleh
kepada
untuk
Zakuan menghulurkan segugus anggur _____adiknya yang sedang menanggis.
ke
pada
kepada
di
Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman kami akan dimulakan ____pukul 8.00 pagi.
dari
daripada
pada
kepada
Kebakaran yang memusnahkan rumah banglo itu dipercayai berpunca____litar pintas.
daripada
dari
oleh
Pak Mat memakai topi mengkuang ketika bekerja ____sawah padinya.
pada
ke
di
untuk
Acara sukaneka untuk kumpulan kanak-kanak prasekolah itu akan diadakan ____pagi hingga ___petang.
di ...... kepada
daripada .... di
dari ......ke
pada .... dari
Majlis kesyukuran itu diadakan _____meraikan kepulangan abang dari luar negara.
untuk
dari
pada
oleh
Allysa sangat sayang ____arnab-arnab yang dipeliharanya sejak kecil.
oleh
kepada
pada
akan
_____pandangan saya, murid-murid perlu menghadiri kelas tuisyen jika mereka menghadapi masalah dalam pelajaran.
Oleh
Dari
Pada
Sazali menyerahkan dompet yang ditemui di tepi jalan _____ pegawai polis itu.
ke
kepada
pada
daripada
Hari Usahawan yang diadakan pada sekolah itu telah mendapat sambutan yang menggalakan dari orang ramai.
(a)
Beberapa orang ibu bapa membuat aduan ke pihak sekolah ekoran penjualan makanan ringan ke kawasan sekolah.
(a)
Hajar pergi kepada padang untuk memberi taklimat ke para pemain bola jaring.
(a)
Zizi amat hormat oleh rakan sekelasnya yang berasal daripada Kuantan.
(a)
Hadiah bagi ibu sempena Hari Ibu telah diserahkan pada ayah di pagi tadi.
(a)
Puan Nadia memberi arahan ke anaknya agar meminta maaf dari rakannya itu.
(a)
Nini tidak suka oleh perbuatan Dewi yang suka berpura-pura pada hadapan rakan-rakan mereka.
(a)
Mereka pulang ke rumah _____setelah selesai menjalani latihan bola sepak.
masing-masing
setiap
sekalian
Pak Saif mengupah_____orang pekerja untuk menguruskan kilang kerepeknya.
tujuh
ketujuh
ketujuh-tujuh
Fadzil mendapat tempat yang ____dalam pertandingan lompat tinggi.
dua
kedua
kedua-dua
Pihak syarikat perlu memberi bonus kepada _____ pekerja yang bertungkus lumus mempertingkat prestasi syarikat.
setiap
segala
masing-masing
Ibu bapa seharusnya memberi kerjasama kepada ____ guru dalam mendidik anak-anak mereka.
banyak
segala
para
Abang Zahid telah menebang _____ daripada pokok pisang di kebunnya.
masing-masing
tiap-tiap
separuh
Kak Zila menghadapi _____dugaan dalam hidupnya dengan tabah.
para
segala
masing-masing
Ahli jawantankuasa Persatuan Penduduk membincangkan ____perkara dalam mesyuarat pada malam tadi.
tiap-tiap
pelbagai
masing-masing
Cikgu Hussin mengarahkan ____ orang murid itu agar berjumpa dengannya di bilik guru.
lima
kelima
kelima-lima
Murid -murid duduk di tempat tiap-tiap setelah Cikgu Hassan masuk ke dalam kelas.
(a)
Ribu-ribu orang rakyat Malaysia menunaikan haji di Mekah pada setiap tahun.
(a)
Mahani memberi segala daripada kuih itu kepada adiknya.
(a)
Para masalah yang berlaku perlu diatasi dengan bijak.
(a)
Kakak saya telah selamat melahirkan anaknya yang tiga pada petang semalam.
(a)
Pak Cik Halim ada kelima pintu rumah sewa di kampung.
(a)
Pesanan arwah emaknya akan diingati oleh Yusrina pada segala masa.
(a)
Pelbagai besar daripada penduduk di kampung yang dilanda banjir itu telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara.
(a)
Fadzilah membeli ____ buah buku dan beberapa batang pensel di koperasi.
tiga
ketiga
ketiga-tiga
Pak Mail menyimpan ____bilah pisau yang telah diasah di dalam laci.
empat
keempat
keepat-empat
Penyanyi itu amat menghargai ____ cenderamata yang dihadiahkan oleh peminat-peminatnya.
setiap
para
masing-masing
sekalian
Semua peserta acara lumba lari 100 meter telah bersedia di lorong ____.
segala
para
tiap-tiap
masing-masing
Kita perlu berhati-hati dalam ____ tindakan agar tidak menghadapi masalah.
segala
setengah
berbagai-bagai
Faizah menghabiskan ____ daripada nasi goreng di dalam pinggan itu.
tiap-tiap
beberapa
separuh
masing-masing
Wakil rakyat menyerahkan _____ biskut dan makanan kepada mangsa banjir.
masing-masing
bertin-tin
berpuluh-puluh
berguni-guni
Golongan remaja akan menghadapi ____masalah jika terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat.
tiap-tiap
masing-masing
berbagai-bagai
Kak Eja telah membasuh ___ pinggan mangkuk yang digunakan untuk makan malam.
semua
segala
para
sekalian
Kak Suria memasukkan semua cenderamata itu ke ______ kotak dengan berhati-hati.
dalam
tepi
atas
Murid-murid yang tinggi dikehendaki duduk di barisan paling ___ di dalam kelas.
tengah
atas
belakang
Cikgu Sakura duduk di _____ bulatan sambil dekelilingi oleh murid-muridnya.
hadapan
seberang
tengah
Ibu bapa perlu mengambil berat akan keselamatan anak-anak terutama ketika mereka berada di ____ rumah.
sisi
luar
bawah
Murid-murid bo;eh membaca di sudut bacaan di ____ kelas pada waktu rehat.
pangkal
puncak
penjuru
Matahari akan terbit di sebelah ____dan terbenam di sebelah ____.
timur, barat
timur, utara
utara, barat
barat, timur
Emak meletakkan bakul permainan adik di _____almari.
puncak
pangkal
atas
Abang Ikhmal menyergah adik yang bersembunyi di ____ meja makan.
atas
dalam
bawah
Rumah Fei Mou terletak di _____ rumah Jaja dengan rumah Dewi.
samping
sisi
antara
Emak melintas jalan untuk menjemput adik yang menunggu di ___ jalan.
puncak
seberang
pangkal
Kami sekeluarga akan berehat di taman di ____ rumah kami.
bawah
tepi
puncak
Mereka duduk di ___ pokok rambutan untuk menghilangkan penat.
puncak
pangkal
atas
Ellina terkejut apabila melihat kemalangan yang berlaku di ____matanya.
atas
hadapan
sisi
Fifi duduk di ____ ibunya sepanjang seminar kekeluargaan itu.
samping
atas
pangkal
Para pemain berkumpul di ___padang sebelum pertandingan bermula.
tepi
puncak
sisi
Murid-murid memberi tumpuan apabila Cikgu Salwa mengajar di ____kelas.
sisi
samping
hadapan
Kedai buku itu terletak di ____ pejabat pos dengan klinik gigi.
antara
penjuru
sudut
Adik Ina menangis kerana gagal mengambil botol susu di ___ meja.
puncak
tepi
atas
Zalina memasukkan pakaian sukannya ke ____ beg sekolah.
tepi
atas
dalam
Siti Sara menyimpan diarinya di ____ bantal.
atas
luar
bawah
Mereka beratur di ____kelas sebelum pergi ke pusat sumber.
luar
bawah
samping
