NEW
Font size
WorksheetsKUIZ SAINS TAHUN 6
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Menggunakan perkataan, grafik atau model untuk menerangkan peristiwa ialah kemahiran.....
Mengelas
Membuat Inferens
Berkomunikasi
Meramal
Antara permukaan berikut, yang manakah akan menghasilkan daya geseran paling rendah?
Permukaan kayu
Jalan raya bertar
Lantai berminyak
Permukaan kaca
Mengapakah bola yang sedang bergerak menjadi pegun selepas beberapa minit?
Daya graviti dapat melengkapkan daya tolakan
Daya geseran yang bertindak berlawan dengan arah gerakan telah memberhentikannya
Daya tolakan tidak cukup kuat untuk mengekalkan gerakan bola
Bola terdedah kepada daya tarikan
Apakah yang dimaksudkan dengan kelajuan?
Ukuran cepat sesuatu objek bergerak
Ukuran masa kelajuan yang diambil
Ukuran lambat sesuatu objek bergerak
Ukuran cepat atau lambat sesuatu objek bergerak
Semua unit kelajuan di bawah adalah betul KECUALI
kilometer per jam
sentimeter per saat
meter per saat
satu per kilogram
Sistem saraf pusat terdiri daripada
Otak sahaja
Saraf tunjang sahaja
Otak dan saraf tunjang
Saraf tunjang dan saraf
Mengapakah Airil mendapati lebih sukar untuk menolak kotaknya berbanding Daniel?
Kerana kotak yang ringan tidak mempunyai daya geseran
Kerana kotak yang ringan menghasilkan daya geseran yang besar
Kerana kotak yang berat menghasilkan daya geseran yang besar
Kerana kotak yang berat menghasilkan daya geseran yang kecil
Apakah maksud haiwan yang hidup bersendirian?
Haiwan yang tidak hidup secara berkumpulan
Haiwan yang dapat mencari makanan sendiri
Haiwan yang makan haiwan lain sahaja
Haiwan yang tidak membiak dengan haiwan lain
Rajah menunjukkan sejenis mikroorganisma. Apakah nama mikroorganisma tersebut?
bakteria
protozoa
virus
fungi
Apakah maksud INTERSPESIES?
Perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain
Interaksi spesies yang berlainan
Interaksi spesies yang sama
Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
Antara berikut, yang manakah bukan merupakan faktor persaingan antara haiwan interspesis?
Pasangan yang terhad.
Makanan yang terhad
Tempat tinggal yang terhad.
Air yang terhad.
Manakah antara yang berikut bukan faktor interaksi antara tumbuhan?
Cahaya matahari
Air
Ruang
Udara
Kenal pasti nama-nama binatang di bawah:
1. Cheetah
2. Kura-kura
3. Siput
4. Kuda
Susunkan haiwan-haiwan ini berdasarkan kelajuan yang semakin meningkat.
3, 2, 4, 1
3, 2, 1, 4
1, 4, 2, 3
4, 1, 3, 2
Antara berikut, yang manakah disebabkan oleh bakteria?
selsema
cacar air
kerosakan gigi
Rubella
Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan diri daripada mengalami keracunan makanan?
Balut luka jika ada.
Basuh tangan sebelum makan.
Kuarantinkan pesakit yang mengalami keracunan makanan.
Tutup mulut kita apabila batuk.
Adam ingin melihat kulat yang terdapat pada roti. Apakah alat yang sesuai digunakan untuk melihat kulat roti tersebut dengan jelas?
Teleskop
Stetoskop
Mikroskop
Periskop
Antara berikut, pernyataan manakah benar mengenai persaingan?
Persaingan hanya berlaku dikalangan haiwan
Persaingan hanya berlaku pada spesies yang berlainan
Persaingan hanya berlaku dalam spesies yang sama
Persaingan di kalangan benda hidup berlaku kerana sumber yang terhad
Reflesia merupakan sejenis tumbuhan yang diancam kepupusan. Apakah yang terbaik boleh diambil bagi memastikan tumbuhan ini tidak diancam kepupusan?
Mewartakan habitat tumbuhan tersebut sebagai kawasan larangan
Tanam semula
Memastikan kawasan pembiakan tidak diceroboh
Menjual bunga tersebut kepada pihak zoo
Berikut adalah faktor pertumbuhan mikroorganisma KECUALI
suhu yang sejuk
Nutrien
Air
suhu yang sesuai
Urutan aliran impuls dalam tindakan luar kawal (tindakan refleks) ialah
Rangsangan -> Organ deria -> Saraf tunjang -> Gerak balas
Organ deria -> Rangsangan -> Saraf tunjang -> Gerak balas
Gerak balas -> Saraf tunjang -> Organ deria -> Rangsangan
Rangsangan -> Organ deria -> Otak -> Gerak balas
