NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BINA INSAN GURU
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Langkah yang awal yang diambil apabila merancang pelaksanaan Program Bina Insan Guru ialah.......
a) Mendirikan khemah
b) Menulis surat permohonan
c) Membentuk Jawatankuasa Pelaksana
d)Menyediakan peraturan perkhemahan.
Bina Insan Guru adalah suatu program yang disediakan khusus kepada
A) Siswa-siswa Pendidikan IPTA
B) Siswa-siswa IPGM
C) Siswa-siswa Pasca Siswazah sahaja
D) Guru Sandaran Terlatih
3. Surat Pemberitahuan berkaitan pelaksanaan BIG kepada agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, Bomba dan Klinik Kesihatan adalah bertujuan seperti di bawah, kecuali.....
A) Pemantauan pihak-pihak tertentu di kawasan perkhemahan.
B) Memberikan khidmat bantuan sekiranya berlaku kecemasan.
C) Memberikan khidmat nasihat sekiranya diperlukan.
D) Membantu mendapatkan bahan-bahan keperluan semasa perkhemahan.
Daya ketahanan dan kekuatan jasmani boleh dipertingkatkan dalam kalangan pelajar menerusi aktiviti
A) Amalan Pemakanan Sihat
B) Malaysia Cergas
C) Etiket Protokol
D) Mendirikan khemah
5. Keutamaan gajet perkhemahan yang dihasilkan semasa aktiviti perkhemahan Bina Insan Guru bertujuan untuk
A) Menyusun atur tapak perkhemahan supaya selamat dan selesa.
B) Memberikan suasana yang cantik.
C) Menggambarkan kreativiti pelajar menghasilkan gajet.
D) Memastikan semua aktiviti dapat dilakukan dalam kawasan perkhemahan.
6. Perancangan pelbagai aktiviti semasa program Bina Insan Guru akan dapat menghasilkan
A) Kemenjadian siswa pendidik dalam aspek jasmani, emosi, kerohanian, intelektual dan sosial.
B) Siswa pendidik yang mampu membuat keputusan sendiri semasa menghadapi masalah.
C) Siswa pendidik yang mempunyai kemantapan dalam aspek pedagogi.
D) Siswa pendidik yang boleh melatih aktiviti luar kepada murid-murid apabila mengajar di sekolah.
7. Teknik-teknik yang diberikan penerangan kepada peserta semasa hendak menentukan arah kiblat KECUALI
A) Teknik melihat kedudukan bayang-bayang dua batang kayu.
B) Teknik mengunakan jarum jahit.
C) Teknik melihat taburan lumut pada batang pokok.
D) Teknik melihat arah pucuk pokok.
8. Sekiranya seseorang yang sedang melakukan aktiviti kembara tersesat, maka pendekatan yang boleh diambil ialah:
A) STEP
B) STOP
C) STILL
D) STYLE
9. Ikhtiar hidup merujuk kepada
A) Keadaan seseorang atau kumpulan yang kehabisan makanan
B) Keadaan untuk memastikan penyediaan tempat tinggal sementara.
C) Keupayaan atau keadaan seseorang atau kumpulan untuk terus hidup.
D) Keadaan seseorang untuk meneruskan perjalanan mencari makanan.
10. Saranan untuk meminum air kosong sebanyak __________ gelas sehari bagi memastikan badan kita sentiasa terhidrat bagi penjagaan kesihatan terutama semasa Covid 19 ini.
A) 5 hingga 7.
B) 6 hingga 8.
C) 6 hingga 9.
D) 7 hingga 9.
