WorksheetsUlangkaji Sejarah Ting 4 dan 5
Total questions: 60
Worksheet time: 45mins
- Bagaimanakah rakyat keraaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada raja Srivijaya?
menjadi tenaga kerah
membayar cukai
mematuhi undang-undang
meminum air sumpah
Apakah yang dimaksudkan dengan Kedaulatan?
taat setia rakyat kepada raja
hak mutlak yang ada pada seseorang sultan
lambang kekuasaan tertinggi pada sultan
keistimewaan yang ada pada seseorang sultan
MEWUJUDKAN PERPADUAN RAKYAT.
siapakah yang berperanan dalam mewujudkan perpaduan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Bendahari
Laksamana
Sultan
Bendahara
Apakah yang dimaksudkan dengan Waadat?
Perjanjian
Pemerintahan
Penaklukan
Peperangan
Gambar berikut berkaitan dengan inskripsi Telaga Batu.
Mengapakah inskripsi Telaga Batu tersebut dianggap penting dalam Kerajaan Srivijaya?
Persetiaan pemerintah dengan golongan diperintah
Pusat penyebaran agama Hindu-Buddha
Penaklukan seluruh Alam Melayu
Pengaruh Amalan Hindu-Buddha
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat.
Apakah kepentingan alatan tersebut sebagai lambang kebesaran Diraja?
Membuktikan keturunan raja
Menunjukkan kedaulatan raja
Menggambarkan kemewahan raja
Menandakan kawasan pemerintahan
Berdasarkan rajah berikut, mengapakah undang - undang tersebut diperkenalkan?
Untuk memastikan supaya sesebuah kerajaan berfungsi
Untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat
Untuk memudahkan rakyat memerintah
Untuk memastikan supaya setiap tanah jajahan taat setia kepada pusat
Gambar di atas merupakan salah seorang tokoh yang mempelopori Gerakan Islam di Mesir.
Apakah saranan gerakan tersebut?
Mengubah budaya tempatan
Memperjuangkan kebajikan sosial
Menggiatkan rasa cinta kepada agama
Berpegang kepada ajaran Islam sebenar
Senarai dibawah merujuk tokoh pejuang awal abad ke-20 menentang penjajah.
Zainal Abidin Ahmad (Za’aba)
Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain)
Apakah wadah perjuangan mereka?
Penulisan kreatif & akhbar
Penulisan novel & majalah
Penulisan puisi & sajak
Penulisan cerpen
Maklumat berikut merupakan tujuan pentadbiran British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
Pelaburan ekonomi
Melicinkan sistem pentadbiran
Bagaimanakah tindakan British untuk mencapai hasrat tersebut? (BT M/S 96)
Melaksanakan Malayan Union
Membubarkan Negeri-negeri Selat
2. Mengapakah orang Melayu membantah Malayan Union?
A Kedudukan orang Melayu tergugat
B Raja kehilangan kuasa
C Pembesar menguasai satu pertiga ekonomi
D British menguasai ekonomi di kawasan bandar
Apakah yang dilakukan oleh pengganas komunis untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu semasa darurat? (pilih dua jawapan)
Membakar ladang getah
Mengugut orang ramai
Memusnahkan rumah penduduk
Menyerang kawasan lombong
Apakah maksud Sistem Ahli?
(Buku teks m/s 178)
Sistem yang mengkaji semula pendidikan di Tanah Melayu
Sistem yang menetapkan syarat-syarat kewarganegaraan PersekutuanTanah Melayu
Sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu
Sistem yang menjalankan pilihan raya pada peringkat majlis bandaran
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 menyatakan dua elemen penting dalam pendidikan untuk membentuk perpaduan kaum. Apakah kedua-dua elemen penting tersebut?
Kemahiran teknikal
Kandungan kurikulum seragam
Sistem persekolahan sama
Kenaikan darjah secara automatik
Bilakah Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk ?
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Pilihan Raya Umum 1955
Pilihan Raya Majlis Perbandaran
Pilihan Raya Negeri
Apakah kepentingan pembentukan kabinet tersebut kepada penduduk Tanah Melayu?
Selaras dengan dekolonisasi British
Pemilihan pemimpin oleh rakyat
Kejayaan pelaksanaan Sistem Ahli
Pilihan raya bebas
Apakah peranan Suruhanjaya Reid ?
membincangkan garis panduan pilihan raya
merangka perlembagaan negara yang merdeka
mengkaji kelemahan sistem perkhidamatan awam
merancang strategi menghadapi ancaman Jepun
Nyatakan ciri negara berdaulat yang diamalkan oleh negara kita. [ BT MS 8]
Raja Berperlembagaan
Sistem pemerintahan beraja
Sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara.
Maklumat berikut merujuk kepada
Kedaulatan Moden
Kedaulatan Undang-undang
Kedaulatan Tradisional
Kedaulatan Antarabangsa
Mengapakah rakyat perlu menghormati jata negara, bendera malaysia dan lagu kebangsaan?
Membina sahsiah diri yang berdisiplin
Menanam perasaan cinta akan negara
Mempertahankan kemakmuran negara
Mengekalkan sistem demokrasi berparlimen
1. Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Ini merupakan ciri negara berdaulat yang mempunyai
A. Sempadan
B. Pemerintahan
C. Perundangan
D. Rakyat
4. Demokrasi berparlimen bermaksud demokrasi yang dijalankan secara perwakilan melalui proses …………………………
A. Pemilihan
B. Pilihan raya
C. Undian
D. Penetapan
Apakah ciri utama sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di Malaysia? [BT MS 29]
Rakyat memilih wakil pemimpin dan menubuhkan kerajaan
Dewan Parlimen bersidang setiap lima tahun
Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada tahun1963 dan 1965. Mengapakah berlaku pindaan kali ke-2 pada 7 Ogos 1965? [BT MS 31]
Pemakluman pembentukan Malaysia
Pemisahan Singapura dan Malaysia
Di negeri-negeri Melayu Bersekutu British telah melantik X untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri. (BT ms 39)
Apakah X?
Menteri Besar
Bendahara
Pegawai
Residen
British juga berminat untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Justeru itu, British telah meletakkan________ di negeri tersebut. (BT ms 39)
Penasihat British
Askar British
Gabenor British
Residen
3. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam pemerintahan dan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri.
Antara Kuasa Eksekutif baginda adalah (BT ms48)
Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
Melantik Menteri Besar
Melantik Adun
Melantik Ketua SPRM
Apakah kepentingan peranan Kerajaan Tempatan dalam sistem kerajaan pada hari ini? [BT-MS71]
Menjayakan program Kerajaan Persekutuan
Menjadi perantara Kerajaan Negeri dengan rakyat
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1964.
Apakah peranan kementerian tersebut dalam program pembangunan sosioekonomi negara ? [BT-MS 76 ]
Menggiatkan pembinaan rumah kos rendah
Membangunkan kawasan luar bandar
Agensi berikut memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi negera. [BT-MS 72]
Apakah bidang pembangunan agensi ini?
Perdagangan dan perindustrian
Pembangunan tanah
Apakah manfaat yang diperoleh oleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan pada tahun 1948?
Melindungi kedudukan istimewa
Melantik pemimpin tempatan
Menetapkan hak kerakyatan
Mendapat kebebasan politik
Apakah kebaikan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu?
Pelaksanaan penasihat
Penubuhan Majlis Raja-Raja
Penyelarasan sistem pewarisan harta
Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan
Pada peringkat awal kemerdekaan. Kerajaan melancarkan program In-situ.
Apakah penekanan program tersebut?
Pembangunan fizikal desa
Penyediaan peluang pekerjaan
Pembukaan petempatan baharu
Penyusunan semua masyarakat
Rajah berikut berkaitan dengan peruntukan dalam Perlembangaan Persekutuan.
mengapakah pembahagian kuasa tersebut dilakukan?
menjaga hak asasi rakyat
mengukuhkan insititusi beraja
memudahkan perlantikan ahli parlimen
melicinkan perjalanan sistem persekutuan
SPMU 2016
Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951. T5 B5 ms 119 [ P1 B4-B5 ]
Bagaimanakah sistem tersebut dapat memperkukuh perpaduan rakyat?
Ahli dipantau oleh suruhanjaya bebas
Undang-undang antiperkauman digubal
Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum
Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan
Apakah rasional idea pembentukan Malaysia?
(Anda boleh pilih lebih dari satu jawapan)
Mengukuhkan kuasa British
Mempercepatkan kemerdekaan
Mengatasi ancaman komunis
menghalang peluasan kuasa luar
Menurut Tunku Abdul Rahman, pemisahan Singapura merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan.
Mengapakah Tunku berpendapat demikian?
Perbezaan ideologi
Pengaruh fahaman komunis
Mengelakkan rusuhan kaum
Kemajuan Singapura mendahului negeri lain
Maklumat berikut berkaitan dengan operasi yang dijalankan oleh angkatan keselamatan di Sarawak.
Operasi Hammer - Bahagian Pertama
Mengapakah operasi tersebut dilancarkan?
Latihan ketenteraan
Membuka tanah hutan
Membanteras komunis
Pengawalan sempadan
Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan dua tahun sekali.
Apakah kepentingan sukan tersebut kepada kita?
mengukuhkan hubungan negeri
merupakan suntikan ekonomi
memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional
menyemarakkan semangat patriotik
Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan pada tahun 1970 menggunakan strategi bersifat serampang dua mata. Apakah 'serampang dua mata' tersebut?
Meningatkan pendapatan kerajaan
Membasmi kemiskinan
Menyusun semula masyarakat
Memperkenalkan teknologi baharu dalam perindustrian
Melalui Dasar Pertanian Negara, kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ.
Apakah kesan program pembangunan tersebut?
Memulihkan wawasan berproduktiviti rendah
Menggalakkan kemasukan pelabur asing
Mengawal kemasukan buruh luar
Menyusun semula masyarakat
Apakah matlamat penubuhan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)?
Mengekalkan keamanan dunia
Meningkatkan perhubungan sosiobudaya
Mengekalkan perdamaian antara negara Islam
Mengeratkan hubungan sesama negara dunia
Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan?
Menyelesaikan isu pelarian
Isu pembentukan Malaysia
Isu konflik di Vietnam
Memudahkan operasi tentera
Apakah peranan Malaysia dalam OIC?
Menubuhkan Bank Pembangunan Islam
Memperjuangkan isu rakyat Palestin
Memperkenalkan mata wang dinar
Membentuk tentera negara Islam(OIC)
Deklarasi Kuala Lumpur diisytiharkan dalam Sidang Kemuncak NAM tahun 2003 di Malaysia. Apakah isu yang dibangkitkan dalam deklarasi tersebut?
Isu Palestin dan pencerobohan Amerika
Isu Palestin dan Isu alam sekitar
Isu senjata nuklear dan Isu alam sekitar
Isu nuklear dan isu palestin
Malaysia terlibat dalam Isu Global Kontemporari berikut KECUALI
Penyakit Berjangkit
Pertindihan Sempadan
Pemerdagangan Orang
Penyalahgunaan Teknologi
Apakah tindakan Malaysia dalam mengatasi penyakit berjangkit?
Menghadkan pergerakan
Membuat rawatan berterusan
Mengasingkan pesakit
Membuat suntikan vaksin
Mengapakah isu pemerdagangan orang di pandang serius oleh Malaysia.
Ancaman terhadap hak asasi manusia
Arahan pertubuhan Bangsa Bersatu
Meningkatkan ekonomi negara
Melibatkan rakyat Malaysia
Apakah empat isu-isu global kontemporari yang dihadapi oleh Malaysia?
Penyalahgunaan Dadah
Pertindihan Sempadan
Kempen Minyak Petrol
Penyakit Berjangkit
Pemerdagangan Orang
Gambar merujuk akhbar Utusan Melayu yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua. Apakah isu utama yang ingin disampaikan kepada masyarakat melalui akhbar tersebut?
Kemajuan ekonomi
Kemunduran rakyat
Ketidakstabilan politik
Kesedaran kebangsaan
Tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.
Apakah DUA faktor yang menyebabkan Jepun melakukan serangan tersebut?
Keperluan sumber ekonomi
Kepentingan strategik ketenteraan
Kewajipan membela negara jajahan
Keinginan menyebarkan budaya tradisi
Gambar berikut berkaitan dengan tindakan sabotaj komunis di Tanah Melayu.
Apakah tujuan pihak komunis berbuat demikian?
Melumpuhkan ekonomi British
Menamatkan penjajahan British
Mengancam pasukan keselamatan
Mengambil alih pentadbiran negara
Gambar berikut menunjukkan Jata Negara Malaysia.
Mengapakah jata ini penting kepada negara kita?
Menjadi simbol perpaduan
Memupuk sikap individualisme
Menguatkan semangat kenegerian
Mengukuhkan kedaulatan Raja-Raja Melayu
Perlembagaan Persekutuan mempunyai ciri tradisional dan moden.
Apakah DUA unsur tradisional yang terdapat dalam perlembagaan negara?
Agama Islam
Bahasa Melayu
Kewarganegaraan
Kerajaan Persekutuan
Menurut Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, pemisahan Singapura merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Mengapakah beliau berpendapat sedemikian?
Mempercepat kemerdekaan
Mengimbangi komposisi kaum
Menghapuskan ancaman komunis
Menjaga kepentingan kedua-dua negara
Berikut merupakan usaha kerajaan membanteras ancaman komunis.
Persekutuan Tanah Melayu => Rancangan Briggs
Sarawak => Operasi Hammer
Apakah persamaan kaedah yang digunakan dalam usaha tersebut?
Memenangi hati rakyat
Memperkuat tentera dan polis
Membunuh tali barut komunis
Memperkenalkan pendaftaran kebangsaan
Logo berikut merujuk kepada ASEAN yang ditubuhkan pada tahun 1967.
Apakah matlamat penubuhan ASEAN?
Menyertai misi pengaman
Menghapuskan ancaman komunis
Meningkatkan semangat setia kawan
Menyelesaikan isu pembentukan Malaysia
British berusaha untuk mengembalikan kestabilan dan keamanan di Tanah Melayu selepas tentera Jepun menyerah kalah.
Bagaimanakah tindakan British tersebut?
Memperkenalkan Malayan Union
Menggubal Perlembagaan Persekutuan
Membentuk Persekutuan Tanah Melayu
Membentuk British Military Administration
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada tahun 1948.
Mengapakah orang Melayu menyokong perjanjian tersebut?
Mengetatkan syarat memohon kerakyatan
Melaksanakan sistem pengagihan kuasa
Melindungi kedudukan istimewa mereka
Mengukuhkan kerjasama antara negeri
Suruhanjaya Reid memulakan tugasnya pada akhir nulan Jun 1956. Apakah tugas Suruhanjaya Reid tersebut?
Mencadangkan tarikh pilihan raya
Melantik pegawai pentadbiran yang baru
Merancang pelantikan Raja Berperlembagaan
Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
