wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI TING 5

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Kedaulatan ialah supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi.

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

2.

Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Kedaulatan merujuk kerajaan yang terikat oleh undang-undang

a)

Aristotle

b)

Jean Bodin

c)

Ibn Khaldun

d)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

3.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat

a)

KEDAULATAN ANTARABANGSA

b)

KEDAULATAN TRADISIONAL

c)

KEDAULATAN MODEN

d)

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

4.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Badan kehakiman diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang

a)

KEDAULATAN ANTARABANGSA

b)

KEDAULATAN TRADISIONAL

c)

KEDAULATAN MODEN

d)

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

5.

Kedaulatan Antarabangsa merujuk kepada pengiktirafan ________ terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain

a)

PBB

b)

Komanwel

c)

NGO

d)

LGBT

6.

Apakah kesan kepada negara kita setelah menjadi anggota PBB?

a)

Diiktiraf sebagai negara yang bebas dan berdaulat

b)

Disahkan sebagai negara yang maju dan makmur

c)

Diperlukan ketika berlaku krisis antarabangsa

d)

Dikehendaki memberikan ufti kepada negara lain

7.

Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dengan perbezaan latar belakang, budaya, agama dan bahasa. Bagaimanakah penduduk pelbagai kaum ini disatukan?

a)

Melalui pengamalan Rukun Negara

b)

Melalui Kempen di televisyen

c)

Melalui identiti antarabangsa

d)

Melalui pembelajaran bahasa lain

8.

Salah satu kepentingan mewujudkan negara berdaulat ialah keberkesanan pentadbiran tanpa campur tangan kuasa luar. Siapakah yang menjalankan dasar pentadbiran di negara kita?

a)

Yang Dipertuan Agong

b)

Ketua Menteri

c)

Raja-raja Melayu

d)

Jemaah Menteri

9.

Bagaimanakah hubungan dengan negara lain dibentuk di negara kita?

a)

Melalui persamaan budaya dan sejarah

b)

Melalui hubungan diplomatik dan perjanjian

c)

Melalui peningkatan sistem pendidikan

d)

Melalui penggubalan dasar luar negara

10.

Apakah tujuan pengenalan dan pelaksanaan dasar pembangunan ekonomi negara kita?

a)

meningkatkan taraf hidup rakyat

b)

memajukan negara demi keuntungan

c)

menambahkan infrastruktur demi kemajuan

d)

menjadikan negara masyhur di dunia

11.

Pindaan Perlembagaan negara pada tahun 1965 berikutan _______________ keluar dari Persekutuan Malaysia.

a)

Singapura

b)

Thailand

c)

Brunei

d)

Semua di atas

12.

Pada tahun 1963,pindaan Perlembagaan persekutuan dilakukan bertujuan untuk

a)

permisahan Singapura dari Malaysia

b)

menyesuaikan peruntukan negeri baharu ke dalam perlembagaan

13.

Terdapat 3 perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963. Berikut yang manakah bukan perkara utama yang berkenaan?

a)

Struktur Mahkamah Atasan

b)

pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo

c)

kedudukan pribumi Singapura

d)

jawatan Yang di-Pertuan Negeri

14.

Apakah peranan utama Mahkamah Tinggi Borneo ?

a)

menguruskan soal keagamaan penduduk pribumi

b)

menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah

c)

menguruskan soal kebangsaan di Sarawak dan Sabah

15.

Semua perkara berkaitan dengan Singapura dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia. Berikut yang manakah bukan perkaraa-perkara berkenaan?

a)

Agama

b)

imigresen

c)

kewangan

d)

pertahanan

16.

Perlembagaan merupakan________________________sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.

a)

peraturan tertinggi

b)

undang-undang tertinggi

c)

undang-undang

d)

peraturan

17.

a) Namakan dua asas dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

a)

Undang-undang Negeri Melayu

b)

Undang Undang Tubuh Johor

c)

Undang-undang Inggeris

d)

Hukum Kanun Melaka

18.

Nyatakan matlamat undang-undang Inggeris yang diperkenalkan di NNS

a)

Memperkukuh kuasa British

b)

Mengurangkan kuasa raja Melayu

c)

Melindungi penduduk asal daripada penindasan

19.

Undang-undang Inggeris yang diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat

a)

The Application of Laws Ordinance 1949

b)

The Application of Laws Ordinance 1951

c)

Charter of Justice

20.

Pada zaman pemerintahan British, raja diterima sebagai pemerintah __________________

a)

teragung

b)

berdaulat

c)

tertinggi

21.

1. Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita pada hari ini dan telah mengiktiraf X. (BT ms 38)

Apakah X?

a)

A. Gabenor

b)

B. Residen

c)

C. Raja Berpelembagaan

d)

D. Raja berkuasa mutlak

22.

Gambar menunjukkan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mempelihatkan pemerintahan beraja yang berwibawa. Pada masa itu raja berkuasa mutlak di mana (BT ms 38)


I. Berkuasa terhadap pentadbiran

II. Berkuasa terhadap kehakiman

III. Berkuasa menasihati negara luar

IV. Berkuasa merampas kerajaan lain

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

3. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka diperkukuhkan dengan konsep Islam . Hal ini menjadikan raja sebagai (BT ms 38)

a)

Ketua pedagang

b)

Ketua agama Islam

c)

Ketua penghulu

d)

Ketua perbendaharaan

24.

Secara tradisinya Raja-raja Melayu dianggap sebagai (BT ms 38)

I. Sumber undang-undang

II. Penulis undang-undang

III. Ketua bendahari

IV. Ketua kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Semasa Malayan Union Majlis Sultan-sultan hanya berkuasa ke atas (BT ms 43)

a)

Perbendaharaan

b)

Undangan-undang berkaitan agama Islam

c)

Pentadbiran

d)

Peperangan

26.

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan persekutuan, Majlis Raja-raja mempunyai kuasa dan fungsi dalam sistem Raja Berpelembagaan. (BT ms 44-45)

Antara fungsi tersebut adalah

I. Bersetuju atau tidak setuju sebarang undang-undang

II. Memperkenankan perubahan persempadanan

III. Menentukan sistem kewangan

IV. Mentakbir negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Apakah kedudukan baginda seperti termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan persekutuan. (BT ms 47 )

a)

Ketua Hakim

b)

Ketua SPRM

c)

Ketua anak negeri

d)

Ketua Utama Negara

28.

3. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam pemerintahan dan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri.

Antara Kuasa Eksekutif baginda adalah (BT ms48)

a)

Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri

b)

Melantik Menteri Besar

c)

Melantik Adun

d)

Melantik Ketua SPRM

29.

Sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi, kita sewajarnaya memahami kepentingan pilihanraya. Apakah kepentingan pilihanraya (BT ms 50)?

a)

Untuk memilih pemimpin yang berwibawa

b)

Untuk kebaikan pemimpin

c)

Untuk memuaskan hati raja

d)

Untuk kehebatan negara

30.

Sistem Raja Berpelembagaan dan Dewan Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara ini. Hal ini kerana__________ dalam hal ekonomi, politik dan dasar negara. ( BT ms 56)

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Raja bertanggungjawab

c)

Raja berkecuali

d)

Raja berwibawa

31.

Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan. Apakah maksud Persekutuan?

a)

Pemerintahan secara demokrasi

b)

Penyatuan beberapa buah negeri

c)

Pembentukan sistem Jemaah Menteri

d)

Pentadbiran oleh YDPA

32.

Apakah unsur penting dalam sebuah negara Persekutuan?

a)

Pilihan raya

b)

Kerajaan Pusat

c)

Kerajaan Negeri

d)

Majlis Raja-raja

33.

Apakah agensi kerajaan yang memainkan peranan sebagai penyelarasan pentadbiran taman laut

a)

Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut

b)

Jabatan Taman Laut Malaysia

c)

Jabatan Perikanan Malaysia

d)

Rizab Laut

34.

Pilih usaha kerajaan yang telah dilakukan dalam pengurusan taman laut

a)

Program restorasi karang di Taman Laut Malaysia

b)

Membangunkan eco-pelancongan di Taman Laut Malaysia

c)

Aktiviti pembersihan dasar laut di Taman Laut Malaysia

d)

Menjalankan rondaan dan pengawalseliaan di perairan Taman Laut

35.

Apakah peristiwa yang mendorong Malaysia mengisytiharkan RASCOM (Rajang Area Security Command/ Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang) pada 26 Mac 1972

a)

Konfrontasi Indonesia

b)

Ancaman Komunis

c)

Pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu

d)

Pendaratan tentera Jepun

36.

Ops Daulat dilancarkan di _____________

a)

Zon Keselamtan Timur Sabah (ESSZON)

b)

Bahagian Ketiga Sarawak

c)

Tebedu, Sarawak

d)

Kalabakan, Sabah

37.

Berdasarkan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan suatu undang-undang Persekutuan,____________

a)

Perlembagaan Persekutuan harus mengatasi undang-undang Negeri

b)

Mengikut budi bicara Ketua Hakim Negara

c)

Undang-undang Persekutuan hendaklah mengatasi undang-undang Negeri

d)

Undang-undang Negeri hendaklah mengatasi undang-undang Persekutuan

38.

Manakah kegiatan penggunaan tanah di bawah Majlis Tanah Negara ?

a)

Pertanian

b)

Penternakan

c)

Perlombongan

d)

Perhutanan

39.

Apakah asas kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?

a)

Penubuhan PTM 1948

b)

Perjanjian PTM 1957

c)

Permeteraian pengisytiharan kemerdekaan

d)

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan

40.

Struktur organisasi yang berikut berkaitan dengan pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas di Sabah.

Mengapakah pentadbiran tersebut diperkenalkan?

a)

Mewujudkan Majlis Keselamatan Negara

b)

Menghapuskan ancaman pengganas komunis

c)

Melaksanakan Pembangunan Koridor Wilayah

d)

Meningkatkan kerjasama bagi menjamin keselamatan

41.

Cadangan TERAWAL Pembentukan Malaysia telah dikemukakan oleh tokoh tersebut pada tahun 1887.

Siapakah beliau ?

a)

Lord Brassey

b)

Sir Malcom Macdonald

42.

PESURUHJAYA TINGGI ialah jawatan yang disandang oleh ketua perwakilan negara dalam kalangan negara KOMANWEL.

Apakah JAWATAN yang setara dengan Pesuruhjaya Tinggi kini?

a)

Duta

b)

Presiden

c)

Perdana Menteri

d)

Ketua Menteri

43.

Mengapakah Sir Gerald Templer (PTB) meminta penggabungan wilayah di Tanah Melayu disegerakan?

a)

Tujuan keselamatan

b)

Tujuan membesarkan saiz negara

c)

Tujuan Memaksimumkan hasil negara

44.

Konsep MELAYU-RAYA telah diperjuangkan para nasionalis Melayu seperti Ahmad Boestamam.

Mengapakah idea ini gagal?

a)

Indonesia telah merdeka dahulu

b)

Tanah Melayu telah merdeka dahulu tanpa Indonesia

45.

Kemasukan Singapura ke dalam gagasan Malaysia akan menyebabkan ketidakseimbangan kaum.

Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman mengatasi cabaran tersebut?

a)

Memasukan negeri Sarawak, Sabah dan Brunei

b)

Mengeluarkan Singapura dari gagasan Malaysia

46.

Namakan parti Sarawak berikut yang menentang pembentukan Malaysia dan kemudiannya menyokong.

a)

SNAP

b)

SUPP

c)

PESAKA

d)

PANAS

47.

Mengapakah Presiden Macapagal (Filipina) menentang pembentukan Malaysia?

a)

Menuntut wilayah Sabah

b)

Menuntut negeri Sabah

c)

Anggap penjajahan bentuk baru British

48.

Apakah maksud REFERENDUM ?

a)

Pungutan suara

b)

Cadangan

c)

Janji politik

d)

Rujukan

49.

Pilih ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold dari Kerajaan PTM.

a)

LORD COBBOLD

b)

SIR ANTHONY ABELL

c)

SIR DAVID WATHERSON

d)

MUHAMMAD GHAZALI SHAFIE

e)

WONG POW NEE

50.

DR. subandrio (Menteri Luar Indonesia) telah mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia dengan SLOGAN

a)

GANYANG MALAYSIA

b)

HAPUSKAN PENAJAJAH

c)

HALAU PENJAJAHAN BENTUK BARU

51.

Apakah faktor utama yang membawa kepada cabaran dalaman seperti yang dihadapi oleh Malaysia sejurus selepas pembentukannya? [BT MS-116]

a)

Latar belakang penduduk

b)

Idea penggabungan

52.

Apakah isu yang diperjuangkan dalam Malaysian Malaysia? [BT MS-119]

a)

Hak sama rata untuk semua kaum

b)

Kemerdekaan Malaysia

53.

Menurut Tunku Abdul Rahman, pemisahan Singapura merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Mengapakah Tunku berpendapat sedemikian? [BT MS-120 ]

a)

Mengelakkan rusuhan kaum

b)

Memerdekakan Singapura

54.

Mengapakah kerajaan melancarkan Perang Saraf di Sarawak? [BT MS-121]

a)

Memajukan ekonomi Sarawak

b)

Menghadapi ancaman komunis

55.

Apakah ancaman keselamatan yang dihadapi di Semenanjung Malaysia? [BT MS-124 ]

I. Penyusupan komunis

II. Peningkatan gejala sosial

III. Pengeboman Tugu Negara

IV. Pembunuhan Anggota keselamatan

a)

I dan IV

b)

III dan IV

56.

Apakah faktor yang dapat menjamin kejayaan program pembangunan dan ekonomi kerajaan?

[BT MS-128 ]


I Kekayaan hasil bumi

II Bantuan kuasa asing

III Kerjasama ahli masyarakat

IV Keamanan dan kestabilan negara

a)

I dan IV

b)

III dan IV

57.

Malaysia menghadapi cabaran dalam persaingan politik

Apakah kesan jika kerajaan gagal mengatasinya? [ BT MS 116 ]

a)

Mengugat perpaduan kaum kaum

b)

Menjejaskan pendapatan rakyat

58.

Apakah faktor ekonomi sebagai pemisahan Singapura daripada Malaysia? [ BT MS 119 ]

I Penambahan kadar cukai

II Pengecualian kadar faedah

III Pembinaan pelabuhan bebas

IV Pembukaan pasaran bersama

a)

I dan IV

b)

III dan IV

59.

Mengapakah Malaysia bersetuju dengan pemisahan Singapura?

I Kemajuan ekonomi

II Kepentingan negara

III Kemakmuran rakyat

IV Kekuatan pertahanan

a)

II dan III

b)

III dan IV

60.

Apakah perkembangan yang dapat dikaitkan dengan Peristiwa 13 Mei 1969?

[BT MS-129/TP1-Pengetahuan]


Kegawatan ekonomi

Keputusan pilihan raya umum

a)

Kegawatan ekonomi

b)

Keputusan pilihan raya umum

61.

" Satu proses dinamik yang merapatkan hubungan masyarakat antara negeri dengan wilayah bagi membentuk satu bangsa"

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Bangsa

b)

Masyarakat

c)

Perpaduan kaum

d)

Integrasi nasional

62.

"Majlis Perundingan Negara "

Apakah tujuan penubuhan majlis tersebut?

a)

Memperksa perpaduan

b)

Memajukan ekonomi negara

c)

Memupuk identiti kebangsaan

d)

Menggalakkan pertumbuhan ekonomi

63.

Pihak yang bertanggungjawab mendraf Rukun Negara

a)

Majlis Gerakan Negara

b)

Majlis Muhibbah Negara

c)

Jabatan Perpaduan Negara

d)

Jabatan Perundingan Negara

64.

- Dasar Ekonomi Baru (DEB)

-Dasar Pembangunan Nasional ( DPN)

Mengapa dasar di atas diperkenalkan?

a)

Mewujudkan kestabilan politik

b)

Mempercepat kemerdekaan

c)

Memakmurkan negara

d)

Meluaskan pasaran

65.

Apakah kesan pendidikan vernakular dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara kita?

a)

Wujud perbezaan bahasa

b)

Wujud perbezaan ekonomi

c)

Wujud perbezaan cara hidup

d)

Wujud Wujud perbezaan pemikiran

66.

Apakah kesan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996

a)

Melahirkan tenaga mahir

b)

Memperkasakan Bahasa Melayu

c)

Menghapuskan sekolah swasta

d)

Menggalakkan belajar ke luar negara

67.

Berdasrkan kajian Aminuddin Baki, sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada 1965. Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan ?

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

Memartabatkan bahasa kebangsaan

c)

Menempatkan murid kelainan upaya

d)

meningkatkan tempoh pembelajaran

68.

"Penekanan kepada pendidikan kerohanian melalui mata pelajaran Pend Islam dan Pend Moral"

Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Akta Pendidikan 1961

b)

Laporan Rahman Talib

c)

Kajian Aminuddin Baki

d)

Laporan Jawatankuasa Kabinet

69.

Apakah MATLAMAT Dasar Pendidikan Kebangsaan ?

a)

MENYATUPADUKAN RAKYAT

b)

MEMPERKENALKAN TEKNOLOGI

70.

-Majlis Muhibbah Negara

-Majlis Perundangan Negara

Apakah sumbangan penubuhan majlis di atas?

a)

Merapatkan hubungan antara kaum

b)

Menjamin kemakmuran negara

c)

Melicinkan pentadbiran kerajaan

d)

Menyeragamkan sistem kewangan

71.

Maklumat berikut berkaitan dengan strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB).

·         Membasmi kemiskinan

·         X 

 

Apakah X?

a)

Menambah peluang pekerjaan

b)

Menyusun semula masyarakat

c)

Memacu peranan sektor swasta

d)

Memperkukuh perpaduan rakyat

72.

Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974.

Mengapakah Rancangan Buku Hijau diperkenalkan?

a)

Memajukan pelbagai jenis perindustrian

 

 

b)

Mempercepatkan pembangunan wilayah

 

 

c)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

 

d)

 

Menambah pengeluaran bahan makanan

 

 

73.

Jadual 1 berkaitan dengan agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan.

 

Bagaimanakah agensi tersebut membantu petani?

 

a)

Menstabilkan harga padi

b)

Melalui kegiatan koperasi

c)

Memasarkan hasil tanaman

d)

Membantu penanaman getah

74.

Senarai di bawah merujuk kepada dana unit amanah yang dilancarkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

·         Amanah Saham Nasional (ASN)

·         Amanah Saham Bumiputera (ASB)

                                        

Apakah kepentingan program tersebut?

a)

Memberi kemudahan kredit

 

 

 

b)

Menawarkan kursus kemahiran

 

 

 

c)

Menambah pemilikan saham bumiputera

 

d)

 

Menggalakkan orang ramai membuat pelaburan

75.

Pembangunan kemudahan fizikal dan alam sekitar dititikberatkan dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

Bagaimanakah usaha tersebut dilaksanakan?

a)

Pembukaan tanah baharu

 

 

b)

Penggunaan teknologi hijau

 

c)

 

Program Penanaman semula

d)

 

 

Penguatkuasaan undang-undang

 

 

76.

·         Keretapi Tanah Melayu - Keretapi Tanah Melayu Berhad

·         Jabatan Penerbangan Awam - Malaysia Airports Berhad

Agensi berikut telah diswastakan oleh kerajaan melalui Dasar Penswastaan.

 

Apakah faktor yang mempengaruhi tindakan tersebut?

I Meluaskan pasaran

 

II Meningkatkan produktiviti

 

III Menambahkan kualiti perkhidmatan

 

IV Mengimbangi pemilikan harta antara kaum

 

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

77.

Apakah usaha kerajaan untuk memperbaiki ketidakseimbangan pembangunan wilayah dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?

a)

Penyebaran industri terpilih

 

b)

 

Pelaburan asing dipertingkatkan

 

 

c)

Pelaksanaan program pembangunan bandar

 

 

d)

 

Penglibatan bumiputera dalam sektor perusahaan

 

78.

Jadual 2 menunjukkan penurunan kadar kemiskinan yang dicapai di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

Mengapakah berlaku penurunan kadar kemiskinan tersebut?

a)

Kerjasama antara kaum

b)

Kewujudan bandar terancang

c)

Kepelbagaian kegiatan ekonomi

d)

Kecekapan Perkhidmatan awam

79.

Kawasan Estet Perindustrian dibangunkan sebagai bandar terancang yang lengkap hasil kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

Apakah badan yang dipertanggungjawabkan terhadap kawasan perindustrian tersebut?

a)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

 

 

b)

 

 

Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

 

 

c)

Majlis Perundingan Negara (MAPEN)

 

d)

 

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

80.

Jadual 3 menunjukkan perkembangan industri kereta buatan Malaysia. Apakah kesan perkembangan tersebut?

a)

Meningkatkan perdagangan antarabangsa

b)

Membentuk kelas bumiputera komersial

c)

Memajukan sistem perhubungan

d)

Membuka peluang pekerjaan

81.

Bagaimanakah hubungan diplomatik dijalankan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Penghantaran utusan

b)

Bantuan ketenteraan

c)

Mengeksport barangan

d)

Melangsungkan perkahwinan

82.

Apakah dasar luar negara semasa pentadbiran Tun Abdul Razak?

a)

Dasar Pandang ke Timur

b)

enyertai Liga Bangsa

c)

Hubungan Tanpa Berpihak

d)

Mementingkan ekonomi negara

83.

Apakah matlamat penggubalan dasar luar?

i. Memperkenalkan pemimpin negara

ii. Melindungi kepentingan nasional

iii. Mempertahankan kedaulatan negara

iv. Mempertahan perindustrian negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

84.

Dalam proses menjalinkan hubungan antarabangsa, Malaysia berpegang pada prinsip " HIDUP BERSAMA SECARA AMAN". Bagaimanakah Malaysia menzahirkan prinsip tersebut?

a)

Menyokong dasar negara luar

b)

Membangkitkan isu keadilan

c)

Menyokong perjuangan rakyat Palestin

d)

Menyumbang dalam misi pengaman PBB

85.

Bagaimanakah kerjasama ekonomi dilakukan dalam Komanwel?

a)

Pelaburan wajib

b)

Kepelbagaian hasil

c)

Perdagangan bebas

d)

Penurunan kadar cukai

86.

Apakah manfaat penyertaan Malaysia dalam sukan Komanwel 1998?

a)

Mengeratkan hubungan antara negara

b)

Membina prasarana sukan antarabangsa

c)

Meningkatkan industri pelancongan

d)

Kemenamgan pasukan badminton negara

87.

Apakah manfaat yang diperolehi oleh Malaysia melalui Rancangan Colombo?

a)

Mendapat pengecualian cukai

b)

Mendapat khidmat nasihat

c)

Menjamin hak asasi manusia

d)

Memperolehi bantuan ketenteraan

88.

Mengapakah Malaysia menentang Dasar Apartied?

a)

Mengancam keamanan dunia

b)

Menceroboh kedaulatan negara

c)

Membangkitkan eksterisme dunia

d)

Menyalahgunakan hak asasi manusia

89.

Apakah peranan Malaysia dalam OIC?

a)

Menubuhkan Bank Pembangunan Islam

b)

Memperjuangkan isu rakyat Palestin

c)

Memperkenalkan mata wang dinar

d)

Membentuk tentera negara Islam(OIC)

90.

Malaysia sering berhadapan tomahan yang melanda masyarakat Islam kerana dikaitkan dengan 3K. Apakah 3K tersebut?


i. kekayaan

ii. Keganasan

iii. Kemunduran

iv. Kesengsaraan

a)

I dan II

b)

i dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

91.

Malaysia terlibat dalam Isu Global Kontemporari berikut KECUALI

a)

Penyakit Berjangkit

b)

Pertindihan Sempadan

c)

Pemerdagangan Orang

d)

Penyalahgunaan Teknologi

92.

Mengapakah Malaysia menjadi transit pemerdagangan orang ke negara lain?

a)

kedudukan yang strategik

b)

kemudahan pelabuhan banyak

c)

kawalan sempadan yang longgar

d)

kelemahan penguatkuasaan undang-undang

93.

Kebaikan penglibatan Malaysia dalam ASEAN melalui AFTA ialah

a)

kurangkan takrif dan cukai barangan

b)

menaikkan takrif dan cukai barangan

c)

keuntungan bersama Ekonomi Segi Tiga

d)

kurangkan monopoli barangan dari negara maju

94.

Apakah matlamat penubuhan Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam?

a)

Meluaskan pasaran sukuk

b)

Memulihkan kadar pertukaran ringgit

c)

Menggalakkan hubungan perdagangan

d)

Menyokong perkembangan kewangan islam

95.

Mengapakah isu pemerdagangan orang di pandang serius oleh Malaysia.

a)

Ancaman terhadap hak asasi manusia

b)

Arahan pertubuhan Bangsa Bersatu

c)

Meningkatkan ekonomi negara

d)

Melibatkan rakyat Malaysia

96.

"KEMPEN ANTI MINYAK SAWIT"

Apakah anggapan NGO Pencinta Alam di Eropah terhadap penanaman kelapa sawit.

a)

mengekalkan habitat haiwan liar

b)

menjadi punca pencemaran alam

c)

meningkatkan kolestrol dalam badan

d)

menyebabkan berlakunya penyakit kanser

97.

Apakah empat isu-isu global kontemporari yang dihadapi oleh Malaysia?

a)

Penyalahgunaan Dadah

b)

Pertindihan Sempadan

c)

Kempen Minyak Petrol

d)

Penyakit Berjangkit

e)

Pemerdagangan Orang

98.

Mengapakah isu pemerdagangan orang di pandang serius oleh Malaysia.

a)

Ancaman terhadap hak asasi manusia

b)

Arahan pertubuhan Bangsa Bersatu

c)

Meningkatkan ekonomi negara

d)

Melibatkan rakyat Malaysia

99.

Apakah tindakan Malaysia dalam mengatasi penyakit berjangkit?

a)

Menghadkan pergerakan

b)

Membuat rawatan berterusan

c)

Mengasingkan pesakit

d)

Membuat suntikan vaksin

100.

Apakah faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tarikan warga asing?

a)

Kesuburan tanah

b)

Kemajuan infrastuktur

c)

Kemakmuran ekonomi

d)

Kemajuan Teknologi