wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peperiksaan Sains Tingkatan 3

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Tandakan pada tindakan luar kawal.

a)

Menaikkan tangan

b)

Bersin

c)

Menari

d)

Denyutan jantung

2.

Rajah menunjukkan pucuk tumbuhan tumbuh menghala ke arah cahaya pada tingkap. Apakah jenis gerak balas yang terlibat?

a)

Fototropisme

b)

Geotropisme

c)

Hidrotropisme

d)

Fotonasti

3.

Gerak balas pucuk pokok yang tumbuh ke arah cahaya disebut sebagai_________?

a)

Hidrotropisme positif

b)

Fototropisme negatif

c)

Fototropisme positif

d)

Geotropisme positif

4.

Di antara rajah berikut, yang manakah menunjukkan geotropisme positif?

a)
b)
c)
d)
5.

Struktur yang manakah yang mengesan ransangan dari persekitaran?

a)

Otak

b)

Efektor

c)

Reseptor

d)

Saraf

6.

Rajah menunjukkan sebuah stetoskop. Apakah fungsi peralatan tersebut?

a)

Untuk membetulkan masalah pendengaran

b)

Untuk mendengar bunyi yang perlahan

c)

Untuk menghaasilkan bunyi dengan getaran

d)

Untuk menguatkan pantulan bunyi

7.

Antara berikut yang manakah benar mengenai proses menarik nafas?

a)

Isi padu rongga toraks berkurang

b)

Diafragma mengendur dan melengkung ke atas

c)

Tekanan udara diluar badan lebih besar daripada dalam peparu

d)

Sangkar rusuk ke atas dan ke luar

8.

Darah yang manakah bertanggungjawab mengangkut oksigen?

a)

Plasma

b)

Plateles

c)

Sel darah merah

d)

Sel darah putih

9.

Antara berikut gas yang manakah meningkat semasa menghembus nafas?

a)

Oksigen

b)

Nitrogen

c)

Karbon dioksida

d)

Karbon monoksida

10.

________ menyebabkan ketagihan rokok dan kanser peparu.

a)

Nikotin

b)

Tar

c)

Arsenik

11.

_________ mengurangkan bekalan oksigen ke sel-sel badan.

a)

Oksigen

b)

Nitrogen

c)

Sulfur dioksida

d)

Karbon monoksida

12.

Pilih keperluan sistem pengangkutan dalam organisma yang betul.

a)

Untuk membekalkan benda hidup dengan oksigen dan nutrien.

b)

Untuk menjalankan proses pertukaran gas dalam peparu

c)

Untuk menyingkirkan bahan buangan daripada metabolisme sel seperti karbon dioksida dan urea

13.

Yang manakah antara berikut merupakan sistem peredaran darah bagi ikan?

a)
b)
14.

Bahagian kanan jantung menerima darah beroksigen.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Injap di jantung mencegah darah daripada patah balik.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Rajah menunjukkan struktur pada batang tumbuhan yang terdiri daripada xilem dan floem. Bahagian manakah yang mengangkut air pada batang tumbuhan?

a)

Xilem

b)

Floem

c)

Korteks

d)

Epidermis

17.

Jika 1 gegelang kulit kayu dibuang, tumbuhan akan mati selepas beberapa bulan kerana___________

a)

bahagian gegelang akan mereput disebabkan jangkitan

b)

akar tidak menerima makanan daripada daun

c)

air daripada akar tidak sampai ke daun

d)

lebihan air tersejat daripada kawasan gegelang

18.

Antara berikut yang manakah unsur semula jadi?

a)

Bauksit

b)

Hermatit

c)

Galena

d)

Berlian

19.

Antara berikut yang manakah tidak boleh bertindak balas dengan oksigen?

a)

Kalium

b)

Zink

c)

Aluminium

d)

Emas

20.

Tindak balas yang membebaskan tenaga haba ke persekitaran.

a)

Eksotermik

b)

Endotermik

21.

Tindak balas yang menyerap tenaga haba ke persekitaran.

a)

Eksotermik

b)

Endotermik

22.

Tindak balas endotermik menyebabkan suhu persekitaran menurun.

a)

Betul

b)

Salah

23.

Menggoreng telur di dalam kuali.


Aktiviti di atas merupakan aktiviti __________

a)

Membebaskan haba

b)

Menyerap haba

24.

Menggoreng telur di dalam kuali.


Aktiviti di atas merupakan aktiviti __________

a)

Eksotermik

b)

Endotermik

25.

Lilin yang membakar dengan terang.


Aktiviti di atas merupakan aktiviti __________

a)

Membebaskan haba (eksotermik)

b)

Menyerap haba (endotermik)

26.

Stesen jana kuasa menghasilkan arus ulang-alik dengan voltan 11 kV atau 25kV, ke manakah arus ini di alirkan seterusnya?

a)

Rangkaian Grid Nasional

b)

Stesen transformer injak naik

c)

Stesen transformer injak turun

d)

Lapangan Suis

27.

Kawasan kediaman biasanya menggunakan voltan arus ulang-alik yang bernilai

a)

240 V

b)

240 kV

c)

415 kV

d)

415 V

28.

Sistem pendawaian elektrik di kawasan perumahan di Malasyia biasanya menggunakan

a)

Sistem pendawaian satu fasa

b)

Sistem pendaiwaian dua fasa

c)

Sistem pendawaian tiga fasa

d)

Sistem pendawaian empat fasa

29.

Bahan radioaktif mempunyai nukleus atom yang tidak stabil.

a)

betul

b)

salah

30.

Yang manakah antara berikut ialah bahan radioaktif. ( 3 jawapan)

a)

Radon-222

b)

Karbon-14

c)

Polonium-209

d)

Natrium-23

31.

Keradioaktifan merujuk kepada proses pereputan secara rawak dan spontan nukleus bahan radioaktif yang tidak stabil menjadi atom yang lebih stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif.

a)

betul

b)

salah

32.

3 sinaran radioaktif berbahaya dipancarkan semasa pereputan radioaktif , iaitu______________, __________________ dan ___________________.

a)

sinar X

b)

Zarah alfa

c)

Zarah beta

d)

Zarah gamma

33.

Matahari terdiri daripada 2 jenis gas iaitu

a)

Helium dan hidrogen

b)

Helium dan oksigen

34.

Strutur matahari terdiri dari semua berikut kecuali

a)

Kromaasfera

b)

Kromosfera

c)

Korona

d)

Fotosfera

35.

Fenomena matahari tersebut ialah

a)

Semarak suria

b)

Lentingan jisim korona

36.

apakah jenis transformer bagi rajah di atas

a)

transformer injak naik

b)

transformer injak turun

37.

apakah jenis transformer yang terdapat dalam peralatan di atas

a)

transformer injak naik

b)

transformer injak turun

38.

Apakah itu Astronomy?

a)

kajian tentang semua objek di alam semesta

b)

kajian tentang objek-objek semula jadi di angkasa lepas

c)

kajian tentang pergerakan objek di angkasa lepas

39.

Rajah menunjukkan satu model yang dibina oleh seorang Ahli astronomi. Apakah nama model ini dan apakah pusatnya?

a)

Model Geosentrik - matahari sebagai pusat alam semesta

b)

Model Heliosentrik - bumi sebagai pusat alam semesta

c)

Model Geosentrik - bumi sebagai pusat alam semesta

d)

Model Heliosentrik - matahari sebagai pusat alam semesta

40.

Pada tahun 2004, alat dalam rajah diatas dihantar ke angkasa lepas. Apakah fungsi alat ini?

a)

mengumpul maklumat dan menghantar ke bumi

b)

memancarkan maklumat untuk sistem telekomunikasi di Bumi

c)

mengesan lokasi sumber mineral di bumi

41.

Berikut merupakan kegunaan Satelit kecuali

a)

Pertanian

b)

Geologi

c)

Pertahanan

d)

Pengangkutan

42.

Penjanaan tenaga elektrik menggunakan pelbagai sumber tenaga. Apakah yang dimaksudkan dengan sumber tenaga boleh baharu?

a)

Sumber tenaga yang boleh digunakan selama 10 tahun sahaja

b)

Sumber tenaga yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak boleh diganti

c)

Sumber tenaga yang tidak akan habis digunakan

d)

Sumber tenaga yang dihasilkan oleh mineral daripada kerak Bumi

43.

Antara yang berikut, yang manakah tidak mempunyai tenaga keupayaan graviti?

a)
b)
c)
d)
44.

PERNYATAAN YANG BERIKUT ADALAH BENAR...

a)

KERJA IALAH TENAGA

b)

UNIT BAGI KUASA IALAH JOULE

c)

TENAGA KEUPAYAAN GRAVITI DIPENGARUHI OLEH KETINGGIAN

d)

TENAGA KINETIK LINEAR IALAH TENAGA YANG DIPUNYAI OLEH OBJEK YANG BERGERAK DALAM KEADAAN PUTARAN

45.

SEBUAH KREN SEDANG MENGANGKAT SUATU OBJEK. JIKA KETINGGIAN SEMAKIN BERTAMBAH...

a)

KUASA KREN BERTAMBAH

b)

KUASA KREN BERKURANG

c)

KUASA KREN TIDAK BERUBAH

d)

TIADA KUASA

46.

SEORANG PEMANAH SEDANG MENARIK TALI BUSUR.APAKAH JENIS TENAGA YANG TERSIMPAN DALAM BUSUR ?

a)

TENAGA HABA

b)

TENAGA KINETIK

c)

TENAGA KEUPAYAAN KENYAL

d)

TENAGA KEUPAYAAN GRAVITI

47.

SITUASI MANAKAH YANG MELIBATKAN KERJA

a)

KAPAL BERLABUH DI PELABUHAN

b)

LORI BERHENTI DI LAMPU ISYARAT

c)

KERETA YANG DI TUNDA OLEH TRAK PENUNDA

d)

BAS BERHENTI MENGAMBIL PENUMPANG

48.

Which one of the following is used for making electrical insulator?

Manakah yang berikut digunakan untuk membuat penebat elektrik?

a)

Mica

Mika

b)

Quartz

Kuarza

c)

Pyrate

Pirit

d)

Kaolin

Tanah Liat Putih

49.

Where is the position of carbon in the reactivity series of metal?

Di manakah kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam?

a)

Between Aluminium and Zinc

Di antara Aluminium dan Zink

b)

Between Magnesium and Aluminium

Di antara Magnesium dan Aluminium

c)

Between Zinc and Ferum

Di antara Zink dan Besi

d)

Between Ferum and Tin

Di antara Besi dan TImah

50.

Antara berikut, yang manakah merupakan contoh mineral dalam bentuk UNSUR semula jadi?


(Which of the following is an example of mineral in form of natural ELEMENT?)

a)

Galena


(Galena)

b)

Kasiterit


(Cassiterite)

c)

Berlian


(Diamond)

d)

Hematit


(Haematite)