wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

tatabahasa tahun 4

Total questions: 50

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Penduduk-penduduk Kampung Biru terpaksa dipindahkan ke balai raya kerana kampung __________ dilanda banjir.

a)

kami

b)

kita

c)

dia

d)

mereka

2.

Doktor Eunice sudah 20 tahun bertugas di Hospital Sungai Buloh. __________ merupakan doktor pakar kanak-kanak.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Anda

d)

Beliau

3.

Jack ditegur oleh guru kerana __________ sering lewat ke sekolah

a)

beliau

b)

kami

c)

dia

d)

engkau

4.

Sampah-sarap itu sudah lama tidak __________ oleh pihak majlis perbandaran.

a)

dibeli

b)

diangkut

c)

dimakan

d)

dipotong

5.

Keluarga kami __________ dari Kampung Baru ke Taman Maluri.

a)

berpindah

b)

bersedia

c)

berlapak

d)

berkunjung

6.

"__________ suka bersenam kerana badan akan sentiasa sihat," kata Mimi dan Ai Ling.

a)

Saya

b)

Kita

c)

Kami

d)

Aku

7.

Murid-murid bekerjasama __________ kelas mereka pada hujung minggu.

a)

dihias

b)

menghias

c)

berhias

d)

perhiasan

8.

Daniel menutup __________ itu dengan ketatnya agar minuman tidak tumpah.

a)

bekas makanan

b)

cawan kaca

c)

berus gigi

d)

botol air

9.

Longkang yang __________ perlu dibersihkan agar tempat pembiakan serangga perosak dapat dihapuskan.

a)

disumbat

b)

tersumbat

c)

penyumbat

d)

menyumbatkan

10.

Salmi mengelap tangannya sehingga kering ___________ menutup suis bilik air.

a)

dan

b)

lalu

c)

atau

d)

semasa

11.

Puan Rini __________ pinggan mangkuk itu sebelum disimpan ke dalam laci.

a)

mengecap

b)

mengelap

c)

menyapu

d)

memain

12.

Maggie memotong timun itu dengan __________ agar tangannya tidak terluka.

a)

gopoh

b)

pantas

c)

cermat

d)

segera

13.

Pasu bunga itu ____________ dengan kemas dan teratur di tepi pagar rumahnya.

a)

dilihat

b)

dibawa

c)

disusun

d)

dikemas

14.

Pilih Penjodoh Bilangan yang paling sesuai.

Encik Kamarul mengambil se___________ kain pengelap untuk membersihkan cermin tingkap.

a)

biji

b)

cubit

c)

helai

d)

keping

15.

Pilih Peribahasa yang paling sesuai.

Ibu menashiati kami sekeluarga agar __________ akan kebersihan dan kesihatan diri.

a)

susah hati

b)

ambil berat

c)

ambil angin

d)

lepas tangan

16.

Buben berjalan dengan pantas apabila menyedari sebuah van mengekorinya.

Pilih perkataan antonim bagi pantas.

a)

perlahan

b)

segera

c)

cepat

d)

laju

17.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Pihak bomba menangkap ular yang berada di bawah alamari itu.

a)

Siapakah yang menangkap ular di bawah almari itu?

b)

Bagaimanakah ular boleh berada di bawah almari itu?

c)

Bilakah pihak bomba menangkap ular di bawah almari itu?

d)

Mengapakah pihak bomba menangkap ular di bawah almari itu?

18.

Pilih ayat uang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Tumpahan air minuman itu telah dilap oleh kakak.

a)

Telah dilap tumpahan air minuman kakak.

b)

Tumpahan air minuman kakak telah dilap.

c)

Kakak telah mengelap tumbahan air minuman.

d)

Kakak mengelap dan menumpahkan air minuman.

19.

Pilih ayat yang betul.

a)

Yoke Ling berdiri hampir dengan ibunya.

b)

Johan berasa gopoh apabila rumahnya terbakar.

c)

Ruby membawa air kopi yang panas itu dengan jauh.

d)

Rodi berjalan dengan cermat ketika melalui lorong yang sunyi.

20.

Pilih ayat yang betul. (Jawapan lebih daripada satu)

a)

Ayah memandu dengan cermat kerana malang tidak berbau.

b)

Aiman sentiasa ambil berat tentang keselamatan dirinya.

c)

Kita mestilah lepas tangan terhadap perkara yang dilalukan.

d)

Kok Ming menunggang basikal dengan terburu-buru kerana baginya, biar lambat asalkan selamat.

21.

Pengerusi PIBG akan merasmikan Minggu Kebudayaan. __________ diiringi oleh guru besar sekolah.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Beliau

d)

Baginda

22.

Persembahan muzik trdisional perlu __________ kepada murid-murid.

a)

terdedah

b)

didedahkan

c)

pendedahan

d)

mendedahkan

23.

Alunan bunyi ____________ tradisional yang dimainkan oleh Jimmy amat merdu.

a)

labu sayang

b)

rantai kunci

c)

kraf tangan

d)

alat muzik

24.

Wayang kulit merupakan seni ___________ masyarakat Melayu di Kelantan.

a)

diwarisi

b)

warisan

c)

pewaris

d)

mewariskan

25.

Persembahan tarian itu dibatalkan ___________ hujan lebat.

a)

dan

b)

kerana

c)

atau

d)

supaya

26.

Siew Chin ___________ Ratna yang sedang menyusun botol plastik itu dengan sopan.

a)

menengking

b)

memarahi

c)

menyapa

d)

menyeru

27.

Rasa dodol itu sungguh __________ kerana terlebih gula melaka.

a)

masam

b)

pahit

c)

manis

d)

kelat

28.

___________ murid diminta membawa barangan terpakai ke sekolah.

a)

Dua

b)

Semua

c)

Seluruh

d)

Setengah

29.

Pilih Penjodoh Bilangan yang paling sesuai.

Puan Dewi membeli dua __________ pattu pavadai untuk anaknya sempena sambutan perayaan Deepavali.

a)

pasang

b)

bidang

c)

keping

d)

utas

30.

Azmi duduk ___________ ketika menjamu selera di rumah neneknya.

a)

bersila

b)

berlipat

c)

berlunjur

d)

bersimpuh

31.

Liam menghasilkan topeng muka yang menggambarkan perasaan sedih.

Pilih perkataan antonim bagi sedih.

a)

marah

b)

muram

c)

terkejut

d)

gembira

32.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Encik Tan menyiapkan kraf tangan itu dengan kaedah ukiran.

a)

Siapakah yang menyiapkan kraf tangan itu?

b)

Apakah alatan yang digunakan oleh Encik Tan?

c)

Mengapakah Encik Tan menyiapkan kraf tangan itu?

d)

Bagaimanakah Encik Tan menyiapkan kraf tangan itu?

33.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan,

Puan Sally sedang membuat kek lapis Sarawak di dapur.

a)

Kek lapis Sarawak sedang dibuat oleh Puan Sally di dapur.

b)

Puan Sally pergi ke Sarawak untuk membuat kek lapis.

c)

Kek lapis Puan Sally sedang dibuat di dapur Sarawak.

d)

Di Sarawak, Puan Sally sedang membuat kek lapis.

34.

Pilih ayat yang betul.

a)

Anyaman bakul itu itu kukuh atau tahan lama.

b)

Aina dan Yuki memakai busana Sabah.

c)

Mary suka bau bunga malai itu supaya wangi.

d)

Saya akan ke pameran kraf tangan itu kerana diizinkan ibu.

35.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kuih idli dan capati itu dibuat pada ibu.

b)

Kertas itu dibuang ke dalam tong kitar semula.

c)

Pihak sekolah akan mengadakan Hari Kitar Semula.

d)

Encik Kamal menghadiahkan sepasang terompah daripada isterinya.

36.

"Ayah ___________ memasang panel solar pada bumbung rumah." kata Guan kepada John.

a)

kamu

b)

saya

c)

kami

d)

kita

37.

Para atlet __________ Jalur Gemilang semasa perarakan di temasya sukan.

a)

dikibarkan

b)

berkibaran

c)

pengibaran

d)

mengibarkan

38.

Menara Berkembar Petronas merupakan ___________ yang terkenal di negara kita.

a)

jati diri

b)

cogan kata

c)

tanda mata

d)

mercu tanda

39.

__________ kami untuk pergi ke pameran itu terpaksa dibatalkan.

a)

Dirancang

b)

Terancang

c)

Merancang

d)

Rancangan

40.

Siva ___________ rancangan kegemarannya di televisyen.

a)

melihat

b)

menatap

c)

menonton

d)

merenung

41.

Selina selesa memulis dengan pen daripada kayu itu kerana __________.

a)

ringan

b)

tebal

c)

berat

d)

kasar

42.

Jenny mencari maklumat ___________ tenaga solar dengan melayari Internet.

a)

terhadap

b)

tentang

c)

kepada

d)

untuk

43.

Puan Rina menghiris daun ____________ lalu memasukkan ke dalam sup ayam.

a)

dedalu

b)

rerama

c)

lelabu

d)

bebawang

44.

Pilih Penjodoh Bilangan yang paling sesuai.

___________ murid sedang membuat persembahan nyanyian lagu-lagu patrotik.

a)

Sekelompok

b)

Sekumpulan

c)

Serumpun

d)

Sekawan

45.

Pilih Peribahasa yang paling sesuai.

Sarah __________ untuk memenangi acara 100 meter dalam temasya sukan itu.

a)

iri hati

b)

bulat hati

c)

murah hati

d)

sampai hati

46.

Besi itu mudah berkarat jika terdedah pada air dalam tempoh yang lama.

Pilih perkataan antonim bagi lama.

a)

sebentar

b)

hampir

c)

selalu

d)

dekat

47.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Ayah memasang panel solar kerana dapat menjimatkan penggunaan elektrik.

a)

Adakah panel solar yang dipasang oleh ayah menjimatkan elektrik?

b)

Bagaimanakah panel solar berfungsi untuk menjimatkan elecktrik?

c)

Mengapakah ayah memasang panel solar?

d)

Apakah kegunaan panel solar?

48.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Kami membeli krayon yang diperbuat daripada lilin sarang lebah.

a)

Lilin dan krayon yang diperbuat daripada sarang lebah kami beli.

b)

Krayon kami yang diperbuat daripada lilin sarang lebah dibeli.

c)

Krayon yang diperbuat daripada lilin sarang lebah kami beli.

d)

Kami membuat dan membeli krayon lilin sarang lebah.

49.

Pilih ayat yang betul.

a)

Mereka berehat sambil berbual-bual tentang kelestarian alam.

b)

Ayah berhati-hati memandu sejak kawasan berbukit.

c)

Sarah atau sedang mewawancara Tokoh Sukan.

d)

Rantai basikalnya terputus agar berkarat.

50.

Pilih ayat yang betul.

a)

Oh, canggihnya kereta mesra alam ini!

b)

Eh, akhirnya kamu pulang jua ke tanah air!

c)

Wah, indahnya taman rekreasi kampung kamu!

d)

Amboi, itulah atlet kebanggaan negara kita!