Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL SPM SET 3

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah Kesultanan Johor-Riau meneruskan ciri-ciri negara bangsa  dari Kesultanan Melayu Melaka? 

a)

Menjaga hubungan dengan Kerajaan Melayu Kedah

b)

Menjalinkan hubungan baik dengan kuasa Barat

c)

Meluaskan wilayah pengaruh di Srivijaya 

d)

Menekankan kepentingan Islam    

2.

Rajah 1 berikut menggambarkan hierarki social Kesulatan Melayu Melaka. Dalam hierarki ini, sultan akan menjamin kesejahteraan rakyat Melaka. Sebagai timbal baliknya, apakah peranan rakyat?

               I.        Menumpahkan taat setia

              II.        Mematuhi undang-undang

            III.        Mengesahkan arahan Sultan

            IV.        Meluaskan wilayah pengaruh

 

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV 

3.

Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar “Sumpah  Pemuda” berikut dan menjadi tonggak nasionalisme Indonesia. Apakah asas yang terkandung dalam sumpah tersebut? 

a)

Satu rumpum 

b)

Satu suara 

c)

Satu agama 

d)

Satu tanah air  

4.

Perkembangan nasionalisme dalam dan luar negara telah menyemarakkan pergerakkan nasionalisme di negara kita 

Apakah kesan perkembangan tersebut kepada perjuangan intelektual negara kita? 

a)

Penentangan secara sulit 

b)

Penubuhan persatuan-persatuan

c)

Kemunculan persaudaraan sejagat 

d)

Kewujudan perlembagaan setiap negeri 

5.

Apakah kesan peperangan berikut terhadap Eropah?                     

a)

Pakatan tentera dibentuk 

b)

Pemerintahan beraja tamat

c)

Kerjasama antara etnik diperkukuh 

d)

Keperluan bahan mentah meningkat 

6.

Jerman telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919. Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat- syarat Perjanjian Versailles? 

a)

Memperkuat angkatan tentera  

b)

Menjalinkan kerjasama dengan Rusia 

c)

Mengeksport senjata ke luar negara 

d)

Menyertai Pakatan Bertiga

7.

Mengapakah Raja-raja Melayu menentang pengenalan Malayan Union? 

a)

Membantah pelaksanaan cukai 

b)

Mengelak kemasukan imigran 

c)

Menolak kemasukan budaya luar 

d)

Menentang penjajahan secara mutlak 

8.

Apakah faktor yang mempengaruhi penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada British? 

a)

Selaras dengan Perlembagaan 1941 

b)

Vyner Brooke memungkiri janji 

c)

Desakan kerajaan British 

d)

British melantik Gabenor Sarawak 

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada tahun 1946. Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut? 

a)

Membincangkan bidang kuasa raja 

b)

Merangka asas Perjanjian Persekutuan

c)

Mengawal kemasukan golongan radikal 

d)

Membentuk perlembagaan Malayan Union 

10.

Mengapakah British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948? 

a)

Penentangan  golongan radikal 

b)

Pengaruh daripada orang dagang 

c)

Pembubaran Majlis Mesyuarat Negeri 

d)

Perpaduan dalam kalangan orang Melayu  

11.

Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan kesan darurat di atas? 

a)

Tindakan konfrontasi dari Indonesia 

b)

Memperkenalkan rancangan ekonomi 

c)

Usaha ke arah rundingan kemerdekaan dipercepatkan

d)

Parti Komunis Malaya menerima syarat rundingan Baling 

12.

Rajah berikut merupakan pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh British untuk membanteras kegiatan komunis.  Apakah X? 

a)

Senoi Praaq 

b)

Polis Hutan 

c)

Auxiliary Police

d)

Special Constable 

13.

Jadual 1 merupakan usaha orang Melayu menentang Malayn Union.  Apakah kesan peristiwa tersebut? 

a)

Penubuhan UMNO 

b)

Pengiktirafan gologan radikal 

c)

Pemalauan tehadap Malayan Union 

d)

Persatuan melayu semakin berkembang 

14.

Mengapakah Jawatankuasa Pelajaran 1956 dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat  di Tanah Melayu. 

a)

Persekolahan mengikut aliran 

b)

Kurikulum bercorak kebangsaan 

c)

Memperkasa sekolah vernakular

d)

Sistem pendidikan percuma kepada semua pelajar 

15.

Apakah X?    

a)

Pilihan Raya Negeri 

b)

Pilihan Raya Negeri-negeri Selat 

c)

Pilihanraya kerajaan tempatan

d)

Pilihanraya kecil 

16.

Mengapakah Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955 penting kepada negara kita?        

a)

Menunjukkan kompromi antara kaum  

b)

Pertambahan kuasa pesuruhjaya Tinggi 

c)

Mengukuhkan kuasa Raja-raja Melayu 

d)

Penyatuan parti politik 

17.

Maklumat berikut berkaitan rundingan antara wakil Tanah Melayu dengan British.  Apakah hasil rundingan tersebut? 

a)

Penubuhan Parti Perikatan 

b)

Perlaksanaan pilihan raya umum 

c)

Pengekalan hak istimewa orang Melayu  

d)

Pemberian taraf berkerajaan sendiri 

18.

Mengapakah keahlian Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada tokoh-tokoh luar negara? 

a)

Pelaksanaan proses demokrasi 

b)

Tuntutan rakyat tempatan 

c)

Menjamin keadilan

d)

Menjaga keamanan 

19.

Gambar 2 merujuk laungan “MERDEKA” oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak tujuh kali dan diakhiri dengan 101 das tembakan dilepaskan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.  Apakah simbolik 101 das tembakan dilepaskan pada sambutan tersebut? 

a)

Melambangkan sambutan yang gilang gemilang 

b)

Menandakan Persekutuan Tanah Melayu berdaulat 

c)

Menggambarkan kekuatan pasukan keselamatan 

d)

Mengiktiraf Queen Elizabeth II sebagai payung negara 

20.

Apakah kepentingan penubuhan institusi kewangan tempatan tersebut? 

a)

Mewujudkan persaingan sihat dalam industri 

b)

Menimba pengalaman dalam perbankan 

c)

Menggalakkan kestabilan kewangan 

d)

Menjana kekayaan melalui pelaburan 

21.

Perlembagaan  Persekutuan  merupakan  sistem perundangan  tertinggi  yang  menjadikan Malaysia sebuah negara berdaulat.  Apakah kepentingan perlembagaan tersebut terhadap wargenegara Malaysia? 

I                      Menjamin keselamatan rakyat 

II                    Melicinkan pentadbiran kerajaan 

III                  Mengawal pertambahan penduduk 

IV                  Memberi kebebasan memilih kerakyatan 

a)

I dan II 

b)

I dan IV 

c)

II dan III 

d)

III dan IV

22.

Pemerintah dan rakyat memainkan peranan penting dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Pernyataan manakah yang menerangkan peranan tersebut? 

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

23.

Apakah tujuan Brirish memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-negeri Selat? .  

a)

Mengukuhkan perpaduan 

b)

Mengukuhkan kedudukan penjajah 

c)

Melindungi penduduk asal 

d)

Menghapuskan kuasa raja 

24.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963 dan 1965.  Apakah rasional pindaan tersebut? 

a)

Perubahan politik dalam negara 

b)

Atas permintaan Majlis Raja-raja Melayu 

c)

Mengekalkan keluhuran perlembagaan 

d)

Desakan daripada pihak British 

25.

Berikut adalah majlis yang dibentuk selepas penubuhan Neger-Negeri Melayu Bersekutu 1897. Apakah fungsi majlis tersebut? 

a)

Membincang hal agama dan adat 

b)

Membincangkan hal ehwal pentadbiran

c)

Menggubal undang-undang Persekutuan 

d)

Melantik ahli Jemaah Menteri Persekutuan 

26.

Pernyataan berikut berkaitan dengan badan eksekutif pada peringkat Kerajaan Persekutuan.  Apakah peranan badan tersebut?  

a)

Meluluskan sistem cukai baru 

b)

Melaksanakan dasar-dasar negara   

c)

Menggubal undang-undang negara 

d)

Mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat 

27.

Antara berikut, perkara manakah yang terletak di bawah bidang kuasa dalam Senarai Bersama? 

I               Pelajaran 

II              Perumahan 

III            Kebudayaan dan sukan 

IV            Keselamatan dalam negeri 

a)

I dan II 

b)

I dan IV 

c)

II dan III  

d)

III dan IV 

28.

Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama sosioekonomi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri melalui Pembangunan Koridor Wilayah berlandaskan projek pembangunan.  Bagaimanakah peranan Kerajaan Negeri dalam mencapai matlamat tesebut? 

a)

Bantuan kepakaran  

b)

Bantuan kewangan 

c)

Penyediaan buruh

d)

Penyediaan tanah  

29.

Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan pada 23 Julai 1961 semasa Persidangan  Ahli-ahli Parlimen Komanwel di Singapura. 

Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut? 

a)

Mengumpul pandangan tentang pembentukan Malaysia 

b)

Menyedia rangka perlembagaan Persekutuan Malaysia 

c)

Mencadangkan kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak 

d)

Mengekalkan kuasa imigresen kepada Sabah dan Sarawak 

30.

Pada 20 Januari 1963, Dr Subandrio (Menteri Luar Indonesia) mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia. 

Mengapakah Indonesia bertindak demikian.  

a)

Desakan penjajahan barat 

b)

Hasil referemdum rakyat

c)

Penguasaan kekuatan senjata 

d)

Mengancam kedaulatan negara

31.

Dialog berikut menggambarkan situasi ancaman komunis di Sarawak.  Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam mengatasi ancaman tersebut? 

a)

Akta Keselamatan Dalam Negeri 

b)

Perjanjian Kerjasama Sempadan 

c)

Strategi Counterinsurgency 

d)

Operasi Hammer  

32.

Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).  Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan tangggungjawab MAGERAN? 

a)

Menentukan pentadbiran yang licin

b)

Membenar penerbitan akhbar tempatan 

c)

Mengisytiharan darurat 

d)

Memajukan ekonomi 

33.

Logo slogan dibawah telah dilancarkan pada tahun 1960 untuk mengukuh pembinaanmasyarakat yang bersatu padu melalui bahasa.  Bagaimanakah Bahasa Melayu dapat dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu? 

a)

Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 

b)

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka 

c)

Menubuhkan institusi pengajian tinggi swasta 

d)

Mengiktiraf institusi pendidikan antarabangsa 

34.

Maklumat berikut ialah kejayaan Malaysia menganjurkan pelbagai jenis sukan di

peringkat serantau dan antarabangsa.  Apakah kepentingan penganjuran sukan tersebut terhadap Malaysia? 

a)

Memantapkan semangat kenegerian 

b)

Memupuk semangat perpaduan  

c)

Menjamin kebebasan bersuara 

d)

Mempertahan sistem sosial 

35.

Mengapakah Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputera diperkenalkan. 

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir 

b)

Memajukan industri kecil dan sederhana 

c)

Meningkatkan taraf hidup rakyat 

d)

Menambah pemilikan saham 

36.

Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir pada tahun 1990, usaha-usaha yang dilaksanakan melalui DEB diteruskan melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui DPN? 

a)

Kerjasama melalui sistem pendidikan 

b)

Perpaduan melalui pengagihan kekayaan

c)

Memajukan pertanian masyarakat luar bandar 

d)

Memperkenalkan pertanian dan perindustrian moden 

37.

Rajah dibawah berkaitan dengan perkembangan Dasar Luar Malaysia. Mengapakah perubahan tersebut berlaku? 

a)

Mendukung arahan kuasa besar dunia  

b)

Menghapuskan pengaruh komunis  

c)

Melindungi kepentingan nasional 

d)

Membendung kejatuhan harga komoditi 

38.

Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. Apakah faedah yang Malaysia perolehi dalam pertubuhan tersebut?

I Ekonomi maju

II Keselamatan terjamin

III Identiti bangsa mantap

IV Bantuan Kewangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

Bagaimanakah  Malaysia dengan Indonesia menyelesaikan isu tuntutan bertindih  Pulau Sipadandan Ligitan? 

a)

Menyertai mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

b)

Menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL) 

c)

Melalui keputusan Mahkamah Antarabangsa  

d)

Menghadiri forum ASEAN-China 

40.

Gambar 3 menunjukkan logo kerjasama ASEAN Free Trade Area – AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN).  Bagaimanakah kerjasama ini dilaksanakan? 

a)

Monopoli pasaran barangan 

b)

Menjamin keselamatan negara 

c)

Mengurangkan cukai barangan 

d)

Menambat kadar mata wang