wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KEPELBAGAIAN KAUM DAN BUDAYA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan budaya menurut Kamus Dewan?

a)

Budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi

b)

Berasal daripada Bahasa Sanskrit buddhayah, asal kata buddhi (budi dan akal manusia)

c)

Segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak.

d)

Sejarah hidup dan pengalaman

2.

Yang manakah merupakan unsur budaya?

a)

Agama dan upacara keagamaan

b)

Bahasa

c)

Sistem Ekonomi

d)

Semua sekali

3.

Berikut merupakan ciri-ciri budaya KECUALI

a)

Boleh diwarisi

b)

Perlu dipelajari

c)

Boleh ditiru

d)

Boleh dikongsi

4.

Menamakan bayi dengan nama-nama dewa dan tokoh sejarah Hindu merupakan amalan

a)

Kaum India

b)

Kaum Cina

c)

Kaum Iban

d)

Kaum Melayu

5.

Pembentukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu bermula menerusi kegiatan ____________.

a)

Pertanian

b)

Perikanan

c)

Perindustrian

d)

Perdagangan

6.

Perpaduan lazimnya dirujuk atau dikaitkan dengan negera-negara yang mempunyai penduduk-penduduk berikut:

a)

satu keturunan bangsa

b)

pelbagai suku kaum/etnik

c)

Orang Asli

d)

Masyarakat imigran

7.

Perpaduan adalah satu konsep yang bermaksud ________.

a)

satu proses penempatan penduduk secara berasingan

b)

satu proses penggabungan wilayah-wilayah

c)

satu proses menyatuhpadukan pelbagai kumpulan ke dalam satu identiti nasional

d)

satu proses mewujudkan sebuah masyarakat bumiputera

8.

Masyarakat Malaysia moden pada hari ini terdiri daripada dari pelbagai bangsa, suku kaum dan etnik. Masyarakat yang membentuk satu bangsa Malaysia ini dinamakan ________.

a)

Masyarakat imigran

b)

Masyarakat majmuk

c)

Masyarakat asli

d)

Masyarakat pribumi

9.

Kita perlu sentiasa _____ dan _____ mengamalkan tradisi masyarakat majmuk.

a)

marah, kecewa

b)

prihatin, bangga

c)

sedih, terharu

d)

waspada, curiga

10.

Berikut adalah BUKAN kepentingan amalan tradisi masyarakat majmuk.

a)

mengukuhkan perpaduan

b)

mengenali budaya lain

c)

mengakibatkan konflik budaya

d)

merapatkan jurang perbezaan kaum

11.

Apakah kepentingan mengekalkan amalan tradisi masyarakat majmuk?

a)

Mewujudkan masyarakat yang kecelaruan identiti dan budaya

b)

Menyumbang kepada keamanan negara

c)

Melonggarkan perpaduan

d)

Memastikan konflik budaya diamalkan di dalam negara

12.

Apakah nilai yang wujud di dalam mengekalkan amalan tradisi masyarakat majmuk?

a)

Nilai keangkuhan

b)

Nilai putus asa

c)

Nilai toleransi

d)

Nilai pergaduhan

13.

Yang manakah bukan aktiviti kemasyarakatan di kampung?

a)

Bergotong royong di balai raya

b)

Merewang di majlis perkahwinan

c)

Membaiki kawasan tapak permainan di bandar

d)

Menziarahi jiran tetangga

14.

Antara kepentingan mengekalkan tradisi dalam masyarakat majmuk ialah:

a)

berlakunya konflik

b)

negara akan kucar kacir

c)

mengenali kepelbagaian budaya

d)

rakyat tidak akan bersatu padu

15.

______________ bertanggungjawab untuk mengekalkan tradisi dalam masyarakat majmuk.

a)

Masyarakat bandar

b)

Semua pelajar

c)

Masyarakat Malaysia

d)

Masyarakat orang asli

16.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan masyarakat Cina.

Antara pilihan berikut, yang manakah pakaian tradisional bagi masyarakat Cina?

a)

Baju Kebaya

b)

Baju Melayu

c)

Cheongsam

d)

Sari

17.

Cikgu Ravin merupakan guru berbangsa India. Beliau melazimi memakai Baju Melayu pada setiap hari Jumaat. Adakah perbuatan tersebut menunjukkan beliau meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia?

a)

Ya

b)

Tidak

18.

Keistimewaan budaya kepelbagaian kaum di Malaysia merupakan sebahagian daripada

a)

identiti negara.

b)

logo negara.

c)

jata negara.

d)

rukun negara.

19.

Ramalkan kemungkinan yang mungkin berlaku jika kita mengenepikan warisan perayaan ini?

a)

Negara bertambah maju

b)

Masyarakat semakin harmoni

c)

Berlaku perpecahan dalam masyarakat

d)

Hilang identiti negara

20.

Suku kaum ini merupakan golongan pribumi yang terbesar dan membentuk kumpulan etnik utama bagi negeri Sarawak. Suku kaum ini ialah _____.

a)

Melanau

b)

Iban

c)

Penan

d)

Bidayuh