NEW
Font size
WorksheetsPA STPM 2020
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Mengapakah Malaysia memerlukan sempadan sendiri?
I Mengawal pergerakan manusia dan barangan
II Memperluas sumber kekayaan negara
III Menguruskan pilihan raya umum
IV Menjamin keselamatan negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Seorang pakar perubatan dari Britain yang telah bekerja di Malaysia selama 11 tahun boleh menjadi warganegara Malaysia setelah memenuhi beberapa syarat secara
pendaftaran
naturalisasi
percantuman wilayah
kuat kuasa undang-undang
Yang manakah bidang kuasa badan perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
I Kabinet meluluskan undang-undang.
II Mahkamah membatalkan undang-undang.
Ill parlimen membuat undang-undang dalam Senarai Persekutuan.
IV Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang dalam Senarai Bersama
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Kebebasan badan kehakiman dipelihara untuk
membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
membina keyakinan terhadap sistem keadilan negara
mempercepat perbicaraan kes-kes jenayah
mengawal kualiti badan guaman negara
* Setiap ahli Parlimen dilindungi oleh hak keistimewaan Parlimen dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasa.
Yang manakah yang benar tentang pernyataan di atas?
Ahli Parlimen bebas menyuarakan apa sahaja pendapat dalam Parlimen
Ahli Parlimen boleh mendedahkan rahsia kerajaan dalam Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen tidak boleh didakwa terhadap perkara yang diperkatakan dalam Parlimen
Ahli Parlimen boleh berbahas tentang kedaulatan raja-raja Melayu dalam sidang Parlimen
Yang manakah yang benar mengenai sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?
I Pilihan raya boleh diawalkan dari tempoh yang ditetapkan, iaitu lima tahun.
II Pilihan raya peringkat persekutuan dilaksanakan apabila Pariimen dibubarkan.
III pilihan raya perlu diadakan selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen.
IV Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 30 hari selepas Parlimen dibubarkan.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kekosongan kerusi Dewan Rakyat berlaku apabila Ahli Parlimen kawasan tersebut
diisytiharkan muflis dan belum dilepaskan
didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh
dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
didapati gagal mengisytiharkan jumlah harta yang dimilikinya kepada Speaker Dewan
Budaya berteraskan perkhidmatan pelanggan dalam sektor awam dapat diterapkan melalui
I Latihan kemahiran secara berterusan
II perkongsian maklumat dan pengetahuan
III pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang
IV pelantikan penjawat awam yang berkelulusan tinggi
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Dasar tiada pemberian hadiah (no gift policy) yang diamalkan oleh syarikat kepentingan kerajaan ialah satu amalan tadbir urus baik yang berkaitan dengan prinsip
Mengutamakan pelanggan
berkesan (efektif)
integriti
telus
Teguran: Pemeriksaan rekod penyata kewangan tahunan agensi X didapati tidak mematuhi prosedur pembayaran dan terdapat amalan ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan
Yang manakah agensi yang mengeluarkan teguran di atas?
Jabatan Audit Negara
Jabatan Akauntan Negara
Jawatankuasa Akaun Awam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dilakukan setelah mendapat kelulusan
Sultan
Ketua Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pihak berkuasa yang manakah yang bertanggungjawab dalam menangani isu pemerdagangan manusia?
Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Agensi Keselamatan Sempadan
Majlis Keselamatan Negara
* Menyelaras tanggungjawab pentadbiran negeri mengikut portfolio
* Meluluskan peruntukan geran pelancaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan
Pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan perkara di atas ialah
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Unit Perancangan Ekonomi Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pejabat Kewangan Negeri
Yang manakah kesan pengamalan tadbir urus baik sektor awam?
Menarik kedatangan pelabur-pelabur dari luar
Meningkatkan imej perkhidmatan awam
Mencapai misi nasional yang ditetapkan
Merancakkan pembangunan negara
Bidang pekerjaan yang manakah yang menghadapi cabaran besar dalam meningkatkan keyakinan awam terhadap tadbir urus baik?
Kesihatan
Pendidikan
Penguatkuasaan
Pemungutan cukai dan hasil
