wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Falsafah dan Isu Semasa

Total questions: 6

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Setiap tamadun seperti Kristian, Islam, Cina dan India mempunyai konsep insan masing-masing yang tersendiri. Berdasarkan petikan berikut, apakah persamaan yang terdapat daripada semua petikan tamadun tersebut?

Islam : Allah menciptakan manusia sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini dengan  bertujuan untuk mengabdikan diri kepada dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya

 

Kristian : Manusia adalah orang buangan untuk menebus dosa manusia pertama Adam AS kerana gagal mengikut perintah tuhan dan perlu berusaha mendapatkan ‘salvation’ iaitu merupakan satu tindakan menyelamat dan memelihara daripada kebinasaan

 

Cina : Menekankan keharmonian antara alam semula jadi dan alam ghaib. Bermatlamatkan mencapai tahap manusia yang sempurna dan teragung

 

India : Mencapai kebahagiaan rohani dan kesejahteraan hidup dengan berasaskan empat tujuan hidup manusia yakni Dharma, Artha, Kama dan Moksa

a)

Manusia diturunkan ke bumi untuk menjalankan tanggungjawab yang telah ditetapkan

b)

Manusia adalah makhluk yang paling mulia

c)

Mengutamakan kehidupan selepas kematian

d)

Menekankan manusia untuk menjadi insan yang lebih baik

e)

Manusia perlu memperoleh penebusan di bumi

2.

Petikan berikut merupakan ulasan ringkas akan insan daripada falsafah Timur dan Barat.

·         Dedikasikan diri untuk melayani orang lain, hidup yang merupakan perkhidmatan kepada Tuhan dan masyarakat

·         Perpaduan kosmologi adalah titik utama dalam perjalanan sesebuah kehidupan menuju ke arah realiti abadi

Berdasarkan ulasan tersebut, apakah persamaan  yang terdapat antara kedua-dua falsafah tersebut?

a)

Pemikiran untuk mencari makna dalam kehidupan BETUL

b)

Mengutamakan kehidupan selepas kematian

c)

Berasaskan daripada agama dan kewujudan tuhan

d)

Membicarakan mengenai perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar

e)

Berdasarkan pemikiran sebagai sekumpulan orang atau masyarakat

3.

Berikut adalah antara petikan yang disampai oleh tokoh falsafah Greek berkenaan tentang insan.

"The unexamined life is not worth living"

Berdasarkan petikan berikut, tokoh Greek manakah yang menyampaikan petikan tersebut?

a)

Plato

b)

Aristotle

c)

Socrates

d)

Hippocrates

e)

Xenophon

4.

Berikut adalah pandangan Aristotle terhadap konsep insan.

Manusia itu mempunyai satu sifat iaitu Logosentrisme yang mana memberikan satu perbezaan dari segi anugerah akal fikiran berbanding  haiwan dan kewujudan lain dan ciri-ciri serta sifat utama manusia hanya bergantung kepada pemikiran yang rasional.

Pandangan ini ditentang oleh salah seorang lagi tokoh era moden iaitu Friedrich Nietzsche. Pada pendapat mengapakah pandangan ini ditentang beliau?

a)

Konsep ini berteraskan pemikiran indivisualistik

b)

Konsep ini berteraskan pemikiran sekularistik

c)

Konsep insan haruslah memfokuskan terhadap perbandingan antara manusia sahaja

d)

Konsep ini tidak menjelaskan akan konsep insan sepenuhnya

e)

Konsep ini tidak berteraskan logosentrisme dan bersifat tidak rasional

5.

Berikut adalah antara usaha-usaha yang dilakukan yang dan secara tidak langsung melahirkan

aliran falsafah baru yang dipanggil Stoicism

·         Menguruskan campuran budaya yang semakin berkembang pada masa itu, terutamanya antara barat dan timur

·         Mengarahkan tentera berkahwin dengan wanita parsi dan juga menggalakkan membina bandar-bandar gaya Yunani di Asia

·         Mencipta pemahaman yang baru tentang dunia

Berdasarkan tindakan tersebut, siapakah yang bertanggungjawab akan kelahiran falsafah Stoicism?

a)

Aristotle

b)

Socrates

c)

Plato

d)

Alexander The Great

e)

Hades

6.

Berdasarkan pandangan Islam terhadap insan, manusia diturunkan ke bumi manusia  mempunyai tanggungjawab dan amanah yang mesti dipikul iaitu untuk terus melakukan kebaikan di muka bumi ini untuk mendapatkan balasan yang baik di akhirat kelak. Sesetengah golongan manusia diberikan keistimewaan yang besar dan hanya diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Manusia ini juga berperanan untuk memakmurkan bumi, menjaga agama, masyarakat & negara, dan mengamalkan amar makruf nahi mungkar yang bermaksud mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Pada pendapat anda, apakah golongan manusia yang menerima keistimewaan dan peranan yang dinyatakan berikut?

a)

Nabi

b)

Sheikh

c)

Ulama'

d)

Khalifah

e)

Muallim