WorksheetsKuiz Kata Berimbuhan
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Ketika dalam perjalanan ke sekolah, Halim .................. sebuah lori terlibat dalam kemalangan.
terdiri
terdiam
terhalang
ternampak
Encik Wong pernah menerima .................. palsu daripada pihak yang mengaku sebagai anggota polis.
selamatkan
panggilan
terangkan
lakukan
Chan Ho .................. bapanya pulang dari tempat kerja di depan pintu.
menunggu
merawat
membuat
mendail
Kawasan bekas lombong itu hendaklah kita .................. kerana pernah berlaku kejadian lemas.
jelaskan
laluan
jalani
jauhi
Pasukan .................. bertindak segera untuk mengeluarkan mangsa tanah runtuh.
penyelamat
pemantau
pelaksana
peronda
Puan Hanim .................. bahawa anaknya yang terlibat dalam kemalangan itu sudah beransur pulih.
merawat
membuat
menunggu
memberitahu
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya .................. memandu ketika hujan.
berlumba-lumba
berpusu-pusu
berhati-hati
beria-ia
Kemalangan itu .................. dengan pantas sehingga kami yang melihatnya tergamam.
berlalu
berlaku
tersebut
ternampak
Puan Devi .................. nombor talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan.
mendail
merawat
menunggu
memberitahu
"Jalan yang berlubang, kita patut .................." kata ayah.
elakkan
lakukan
rawatkan
terangkan
"Saya akan .................. cara-cara menunggang basikal dengan selamat," kata jurujual itu.
selamatkan
terangkan
lakukan
ceritakan
Lori itu telah menyebabkan pandangan mata saya .................. untuk melihat pelangi.
terhalang
ternampak
terhantar
tersentuh
Pihak bomba .................. pantas untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.
bertindak
tindakan
tertindak
menindak
Sikap cuai pemandu yang tidak .................. kenderaan boleh menyebabkan kes kecurian.
berkunci
mengunci
terkunci
pekunci
Pasukan .................. sedang menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
penyelamat
pelapor
pemain
pelukis
Pak Lee segera membuat .................. telefon apabila melihat asap tebal daripada rumah jirannya.
hantaran
panggilan
deringan
ucapan
Murid-murid mesti .................. guru apabila berlaku kemalangan di dalam makmal sains.
mengikut
mengganggu
memberitahu
memandu
Kamera litar tertutup berfungsi untuk .................. penceroboh.
menghalang
terhalang
halangan
berhalang
Peserta gotong-royong .................. di luar dewan orang ramai untuk mendengar taklimat ringkas dan pengagihan tugasan.
berkumpul
berlari
bercadang
berlaku
Kanak-kanak lebih .................. untuk mendapat kesan toksik dan kesan sampingan ubat-ubatan jika berlaku kesilapan pemberian dos ubat.
bersyarat
berhasrat
berisiko
berharap
