WorksheetsPERCUBAAN SPM SMK KAI CHUNG
Total questions: 40
Worksheet time: 3600secs
Rakyat akan minum air tadahan Inskripsi Telaga Batu dalam upacara persetiaan rakyat
kepada pemerintah Srivijaya. m/s 4
Apakah tujuan upacara tersebut?
Meluaskan pengaruh
Mengukuhkan waadat
Menunjukkan ketaatan
Melambangkan kekuatan
Pernyataan berikut berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. m/s 10
'Fasal 26 Hukum Kanun Melaka menetapkan bahawa
pernikahan memerlukan empat orang saksi.'
Siapakah yang boleh menjadi saksi dalam pernikahan?
I Wanita
II Hamba
III Adik lelaki
IV Bapa saudara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan kemunculan nasionalisme di Eropah. m/s 24-25
· Revolusi Keagungan, 1688
· Revolusi Perancis, 1789
Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap Eropah?
Pengiktirafan hak asasi rakyat
Pemansuhan institusi parlimen
Penahanan aktiviti politik radikal
Pengukuhan pemerintah autokratik
Mengapakah British memperkenalkan dasar desentralisasi di Tanah Melayu? m/s 42
Mengembalikan kuasa sultan
Mendapatkan sokongan rakyat
Meningkatkan peluang pekerjaan
Memudahkan urusan pentadbiran
Apakah punca tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914? m/s 54
Kegagalan perjanjian Versailles
Kejatuhan Empayar Uthmaniyah
Pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary
Pencerobohan wilayah British oleh Amerika Syarikat
Mengapakah layanan yang lebih kejam diberikan Jepun terhadap orang Cina berbanding
orang Melayu dan India? m/s 73
Menyertai tentera British
Menguasai komunis di Tanah Melayu
Permusuhan daripada Perang China – Jepun
Penguasaan orang Cina dalam bidang ekonomi
Jadual berikut merujuk perkembangan pentadbiran di Tanah Melayu. m/s 94
Tarikh: 12 September 1945
Peristiwa: Pengenalan British Military Administration (BMA)
Apakah tujuan pentadbiran tersebut diperkenalkan?
Menyekat penentangan penduduk
Mengatasi kemerosotan ekonomi
Menghalang gerakan nasionalis
Mengembalikan keamanan
Jadual berikut menunjukkan usaha orang Melayu menentang Malayan Union. m/s 105
Tarikh: 1 – 4 Mac 1946
Peristiwa: Kongres Melayu Pertama
Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Apakah kepentingan peristiwa tersebut?
Penjajahan Brtish berakhir
Peroleh kedaulatan mutlak
Penubuhan UMNO dijayakan
Perasaan perkauman dihapuskan
Mengapakah Bristih menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946? m/s 126
Memeriksa Perlembagaan Rakyat
Menilai pelaksanaan Malayan Union
Memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Apakah kesan pelaksanaan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? m/s 137
Perluasan pasaran antarabangsa
Perjuangan kemerdekaan terjejas
Pendudukan pihak Jepun berakhir
Pembukaan ruang kewarganegaraan
Maklumat berikut berkaitan dengan ancaman komunis di negara kita.
Tahun: 16 Jun 1948
Peristiwa: Pembunuhan tiga orang pengurus ladang di Sungai Siput, Perak
Apakah kesan peristiwa tersebut? m/s 148
Pengenalan Rancangan Briggs
Pemansuhan perjanjian AMDA
Parti Komunis Malaya diharamkan
Pengenalan Undang-undang Darurat
Gambar berikut berkaitan dengan pasukan Special Constabels. m/s 153
Apakah tugas pasukan tersebut?
Mengawal ladang dan kawasan lombong
Melakukan tugas risikan terhadap komunis
Mengesan tempat persembunyian pihak musuh
Membuat rondaan di pinggir hutan
Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan parti politik yang diasaskan oleh Dato’Onn Jaafar pada tahun 1951. m/s 173
Independence of Malayan Party (IMP)
Apakah matlamat penubuhan parti politik tersebut?
Melindungi warisan budaya
Memupuk perpaduan rakyat
Memelihara kesucian agama
Memerangi ideologi komunis
Bagaimanakah matlamat memupuk perpaduan kaum dapat dicapai melalui pelaksanaan Sistem Ahli? m/s 179
Kesaksamaan ekonomi
Kesepakatan parti politik
Kewarganegaraan sama rata
Keanggotaan pelbagai kaum
Pada tahun 1954, Perikatan UMNO-MCA telah berjaya memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi dalam pilihan raya peringkat negeri.
Apakah faktor kejayaan tersebut? Ms197
Pengenalan manifesto yang mantap
Pencalonan individu yang berpendidikan tinggi
Pelaksanaan kempen pilihan raya yang meyakinkan
Penerimaan masyarakat terhadap kerjasama antara kaum
Bilangan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) telah ditetapkan oleh British adalah sebanyak 52 orang.
Bagaimanakah anggota MPP dilantik? M/s 199
Melalui pilihanraya umum
Menggunakan pungutan suara
Persetujuan Majlis Raja-raja Melayu
Pelantikan Pesuruhjaya Tinggi British
Apakah perkara yang dipersetujui antara rombongan dari Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dengan pihak British dalam Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari
1956? m/s 218
Membentuk sebuah Suruhanjaya Perlembagaan PTM
Memberi kuasa perundangan kepada PTM
Mengekalkan pegawai British yang berkhidmat di PTM
Melantik ahli Majlis Eksekutif dalan kalangan rakyat PTM
Bagaimanakah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu melaksanakan tugas merangka perlembagaan negara yang merdeka? m/s 221
Meneliti memorandum daripada pelbagai pihak
Menerima arahan Ratu England
Mematuhi nasihat Majlis Raja-Raja
Mengkaji perlembagaan negara jiran
Bunga raya telah dipilih sebagai bunga kebangsaan oleh Tunku Abdul Rahman.
Bagaimanakah pemilihan tersebut ditentukan? m/ 236
Pemilihan oleh Kementerian Pertanian
Disyorkan oleh kabinet
Pemilihan oleh Raja-raja Melayu
Dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong IV
Gambar berikut menunjukkan Buku Merah yang dilancarkan pada tahun 1961 dalam
Rancangan Malaya Kedua. m/s 244
Apakah tujuan buku tersebut diperkenalkan?
Mengawal kemasukan buruh luar
Mengurangkan beban kewangan kerajaan
Memantau kecekapan pengurusan syarikat
Menilai pelaksanaan rancangan pembangunan
Berikut adalah perkataan Bahasa Yunani berkaitan kedaulatan·
Supernuus
· Superanus
Perkataan tersebut merujuk negara yang Ms 4
beraja
merdeka
autokrasi
demokrasi
Mengapakah rakyat Malaysia perlu menghargai tokoh nasionalis negara?
Memupuk semangat patriotisme
Menyusun semula masyarakat
Mendapat pengiktirafan
Memelihara maruah
Maklumat berikut berkaitan dengan asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan
Malaysia. m/s 23
· Undang-undang Negeri Melayu
· X
Apakah X?
Adat Temenggung
Hukum Kanun Melaka
Undang-undang Inggeris
Undang-undang Laut Melaka
Bagaimanakah status kewarganegaraan Tanah Melayu diperoleh sebelum merdeka? m/s 28
I. Rakyat raja
II. Kerakyatan British
III. Pemastatutin tetap
IV. Kewarganegaraan sama
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Undang-undang berikut diwujudkan berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948. m/s 40
· Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang
· Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
Apakah kesan pengenalan undang-undang tersebut?
Pengamalan sistem Raja Berperlembagaan
Pemantapan jawatan Ketua Negeri
Penubuhan Majlis Perundangan Negeri
Pemerintahan sistem Demokrasi Berparlimen
Mekanisme semak dan imbang telah memberi kuasa pengimbang pada raja.
Bagaimanakah kuasa tersebut memastikan kestabilan negara terjamin? m/s 56
Meredakan pertikaian parti politik
Mengatasi kemasukan pengaruh luar
Memudahkan dasar kerajaan diluluskan
Mengekalkam status quo orang Melayu
Siapakah yang dilantik sebagai ketua Persekutuan Tanah Melayu 1948? m/s 67
Residen
Gabenor
Pesuruhjaya Tinggi
Yang di-Pertuan Agong
Maklumat berikut berkaitan dengan kuasa kerajaan negeri bagi Sarawak dan Sabah. m/s 70
· Senarai Negeri
· Senarai Bersama
· Peruntukan Tambahan
Mengapakah peruntukan tambahan diberikan kepada negeri-negeri tersebut?
Mengelakkan penggubalan undang-undang baharu
Menyesuaikan kemasukan negeri berkenaan ke dalam Malaysia
Memudahkan pengurusan kawasan tempatan di Sabah dan Sarawak
Membentuk kerajaan tempatan peringkat ketiga di negeri berkenaan
Idea gagasan Malaysia ialah penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara dalam satu sistem pentadbiran dan ekonomi.
Mengapakah penyatuan tersebut penting bagi pihak British? m/s 90
Memudahkan pentadbiran
Memupuk perpaduan kaum
Melakukan neokolonialisme
Melaksanakan pembaharuan
Pada 30 September 1965, berlaku peralihan kepimpinan di Indonesia.
Apakah kesan daripada perubahan tersebut? m/s 109
Mengadakan pertemuan antara pemimpin
Menamatkan konfrontasi dengan Malaysia
Melancarkan serangan gerila di Sarawak dan Sabah
Mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia
Gambar menunjukkan rusuhan kaum yang berlaku di Singapura pada 21 Julai
1964. m/s 119
Mengapakah rusuhan tersebut berlaku?
Menuntut persamaan hak
Perebutan kuasa pentadbiran
Pembangunan wilayah tidak seimbang
Menentang pembukaan pasaran bersama
Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi melindungi rakyat daripada ancaman
pengganas komunis termasuk pelaksanaan Strategy Counterinsurgency (COIN). m/s 125
Apakah strategi pelaksanaan COIN?
Menawarkan pengampunan
Mengadakan catuan makanan
Menempatkan semula penduduk
Memenangi hati rakyat tempatan
Apakah matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan? m/s 144
Memupuk perpaduan kaum
Mendaulatkan bahasa ibunda
Membentuk masyarakat saintifik
Meningkatkan tenaga kerja mahir
Rukun Negara dibentuk untuk mencapai matlamat membentuk masyarakat yang sejahtera.
Apakah X? m/s 158
Adil
Liberal
Progresif
Demokratik
Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional pada tahun
1991? m/s 174
Mencapai taraf negara maju
Membentuk masyarakat adil
Memperkukuh sektor pertahanan
Menyeragamkan sistem kewangan
Bagaimanakah pengenalan Zon Perindustrian Bebas dapat memajukan sektor
perindustrian negara? m/s 186
Pembentukan bandar terancang
Pelepasan tarif sebagai insentif
Perkembangan ekonomi kawasan bandar
Penyediaan pusat penyelidikan dan inovasi
Maklumat berikut berkaitan perubahan yang berlaku dalam dasar luar Malaysia ketika pentadbiran Tun Abdul Razak Husien. m/s 195
Apakah tujuan perubahan dasar tersebut?
Memajukan ekonomi negara
Memelihara nama baik negara
Mengikut keperluan dan perubahan semasa
Meningkatkan urusan perdagangan luar negara
Isu Kemiskinan
Bagaimana pertubuhan Komanwel menangani isu tersebut dalam kalangan negara anggotanya? m/s 206
Melancarkan Program Buku Merah
Melaksanakan Rancangan Colombo
Menubuhkan Tabung Kemanusiaan
Mengadakan Sidang Kemuncak Dunia
Malaysia dan negara Komanwel bersungguh dalam mengekalkan kelestarian global. Apakah bukti komitmen tersebut m/s 238
Menyertai program di bawah UNHCR
Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
Menganjurkan Sidang Kemuncak Bumi
Melancarkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
Komuniti ASEAN ditubuhkan pada tahun 2015.
Apakah yang menjadi harapan komuniti tersebut? m/s 242
Menangani masalah jerebu
Memelihara hak asasi manusia
Menyelesaikan konflik secara aman
Melindungi kedudukan negara sedang membangun
