wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SJH TINGKATAN 2

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.
Eropah memerlukan Pulau Pinang kerana
a)
Menjadi pusat perlindungan, ketenteraan dan perdagangan
b)
menjadi pusat pengumpulan barang, perlindungan dan ketenteraan
c)
menjadi pusat perdagangan, ketenteraan dan pengumpulan barang
d)
menjadi pusat pengumpulan barang, ketenteraan dan persinggahan
2.
Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah
a)
betul
b)
salah
3.
apakah dasar yang diamalkan oleh kedah sehingga menjadikan pelabuhan Kuala Kedah muncul menjadi sebuah pelabuhan entrepot?
a)
dasar buka pintu
b)
dasar tutup pintu
c)
dasar kerjasama
d)
dasar bersekutu
4.
kerabat diraja telah mendapatkan bantuan daripada siapa untuk menentang pelantikan tunku abdullah?
a)
siam
b)
bugis
c)
SHTI
d)
Syarikat Jourudian De Sulivan
5.
bunga emas dihantar 2 tahun sekali tanda persahabatan antara Siam dan Kedah
a)
betul
b)
salah
6.
mengapakah sultan Muhammad Jiwa membatalkan perjanjian bersama Francis Light
a)
SHTI membantu Bugis
b)
SHTI menyerang Bugis
c)
SHTI tidak membantu Kedah
d)
SHTI mengambil Pulau pinang
7.
Kedah menghentikan penghantaran bunga emas ke siam kerana siam berperang dengan 
a)
Vietnam
b)
Bugis
c)
Burma
d)
Laos
8.
apakah maksud dasar monopoli
a)
berkuasa penuh terhadap ekonomi negara jiran
b)
berkusa penuh terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan oleh sesebuah firma
c)
penguasaan penuh terhadap politik negara yang dijajah
d)
berkuasa penuh terhadap dasar ekonomi negara dijajah
9.
penempatan Francis Light di Pulau Pinang dinamakan Georgetown
a)
betul
b)
salah
10.
mengapakah Francis Light enggan memberikan bantuan kepada sultan Kedah?
a)
SHTI takut dengan siam
b)
Siam mengancam SHTI
c)
SHTI menjaga hubungan dengan Siam
d)
Kedah sudah mendapat bantuan daripada Bugis
11.

Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Johor Riau?

a)

Sultan Ibrahim

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Sultan Alauddin Riayat Shah I

d)

Sultan Alauddin Riayat Shah II

12.

Di manakah terletaknya pusat pemerintahan pertama Kesultanan Johor Riau?

a)

Kota Kara

b)

Kota Batu

c)

Kota Selayut

d)

Kota Sayong

13.

Pada tahun 1540, pemerintah Kesultanan Johor Riau telah memindahkan pusat pemerintahan. Dimanakah pusat pemerintahan tersebut?

a)

Kota Batu

b)

Pekan Tua

c)

Kota Sayong

d)

Pekan Batu Sawar

14.

Apakah punca berlakunya Perang Seratus Tahun?

a)

Tindakan Acheh ingin menguasai Melaka

b)

Tindakan Portugis ingin menguasai Johor

c)

Tindakan ketiga-tiga kuasa ingin menguasai Selat Melaka

d)

Tindakan ketiga-tiga kuasa ingin menguasai Alam Melayu

15.

Kesultan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan kedaultannya. Antara cabaran tersebut termasuklah persaingan Johor-Acheh- Portugis. Mengapakah Acheh menyerang Johor?

a)

Ingin merampas semula Melaka daripada Johor Riau

b)

Johor terlebih dahulu menyerang Acheh

c)

Perdagangan Acheh tergugat

d)

Ingin menguasai Johor Riau

16.

Bagaimanakah Kesultanan Johor dapat menamatkan ancaman Jambi yang menggugat kedaulatannya?

a)

Meminta bantuan daripada askar upahan Bugis

b)

Menjalankan pemerintahan yang cekap

c)

Menyerang dan menewaskan Jambi

d)

Membuat pakatan dengan Belanda

17.

Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718. Mengapakah serangan tersebut berlaku?

a)

Mengalahkan Portugis

b)

Menguasai perdagangan

c)

Menuntut takhta kerajaan

d)

Merampas kuasa kerajaan

18.

Mengapakah pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau sering berpindah?

a)

Kurang sumber makanan

b)

Ancaman kuasa Belanda

c)

Kedudukan tidak strategik

d)

Muslihat mempertahankan diri

19.

Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran yang mengugat kedaulatannya dengan menggunakan beberapa strategi. Antaranya ialah..

I Membina kota pertahanan

II Menjalinkan hubungan dengan Belanda

III Memperkenalkan sistem perundangan yang

mantap

IV Memperkenalkan sistem pembesar empat

lipatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Di manakah terletaknya kota pertahanan tersebut?

a)

Kota Lama

b)

Kota Kara

c)

Kota Seluyut

d)

Kota Batu Sawar

21.

Apakah hasil dagangan pedagang Siam di Johor pada abad ke-16?

a)

Beras

b)

Rempah

c)

Kayu jati

d)

Lada hitam

22.

Antara kapal dagang yang berlabuh di pelabuhan tersebut ialah..

I Siam

II China

III Gujerat

IV Portugis

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Gambar menunjukkan mata wang yang digunakan dalam urusan jual beli pada zaman Kesultanan Johor Riau. Apakah nama mata wang tersebut?

a)

Wang emas

b)

Wang katun

c)

Wang kijang

d)

Wan kupang

24.

Pada akhir abad ke-18, mata wang asing turut digunakan di pelabuhan Kesultanan Johor Riau. Apakah nama mata wang asing tersebut?

a)

Dolar Portugis

b)

Dolar Bristish

c)

Dolar Amerika

d)

Dolar Sepanyol

25.

Siapakah pembesar X?

a)

Bendahari

b)

Bendahara

c)

Syahbandar

d)

Temenggung

26.

Orang Laut menyumbang kepada kegemilangan Kesultanan Johor Riau. Apakah tugas Orang laut?

I Pengawal Sultan

II Pengawal pelabuhan

III Penunda kapal dagang

IV Pengawal di istana Kesultanan Johor Riau

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Apakah sumbangan Tun Sri Lanang dalam bidang persuratan?

a)

Menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin

b)

Menulis Hikayat Anak Panah Sedasa

c)

Menulis Gurindam Dua Belas

d)

Menulis Tuhfas al-Nafis

28.

Gambar menunjukkan karya persuratan berikut amat dikenali sehingga kini. Apakah kandungan karya persuratan tersebut?

a)

Menceritakan adat istiadat kerajaan Johor

b)

Menceritakan asal usul keturunan raja Melaka

c)

Menceritakan sejarah Kesultanan Melayu Johor

d)

Menceritakan tentang asal usul kemerosotan Melaka

29.

Apakah karya persuratan yang telah dihasilkan oleh tokoh tersebut?

I Tajul Salatin

II Tuhfat al-Nafis

III Gurindam Dua Belas

IV Hikayat Anak Panah Sedasa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan karya-karya persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa?

a)

Menggalakkan anak-anak membaca

b)

Mempamerkan dalam galeri sekolah

c)

Mengadakan pertandingan di peringkat sekolah

d)

Menyiarkan dalam rancangan “History” peringkat global

31.

Apakah bukti yang menunjukkan Santubung muncul sebagai kerajaan yang mempunyai pelabuhan di lembah sungai Sarawak?

a)

Penemuan peralatan tembikar zaman Dinasti T’ang dan Sung

b)

Peralatan logam yang ditemui di Sungai Rajang

c)

Jumpaan gendang jenis Moko di Santubung

d)

Penemuan artifak di Gua Niah

32.

Siapakah yang memainkan peranan menyebarkan agama Islam di pantai timur Sabah?

a)

Kerajaan Majapahit

b)

Kerajaan Srivijaya

c)

Kerajaan Sambas

d)

Kesultanan Sulu

33.

Setiap kaum di Sarawak mempunyai ketua dan gelaran yang berbeza.

Apakah gelaran ketua bagi masyarakat Iban?

a)

Peran Lepo

b)

Laih Rayeh

c)

Hipun Uma

d)

Tuai Rumah

34.

Apakah bentuk kerajaan di kawasan tersebut?

I Ketua Kampung

II Wakil Raja

III Kerajaan

IV Pembesar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Apakah peranan Bobohizan bagi kaum Kadazandusun dan Bobolian bagi kaum Murut?

a)

Menjaga keamanan kampung

b)

Ketua angkatan perang

c)

Mengurus harta pusaka

d)

Mengurus soal adat

36.

Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan tugas tersebut?

a)

Ketua Bebas

b)

Wakil Raja

c)

Orang Tua

d)

Bobolian

37.

Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan harian bagi masyarakat di Sarawak dan Sabah?

a)

Dasar pemerintah

b)

Bentuk muka bumi

c)

Permintaan pasaran

d)

Kepercayaan masyarakat

38.

Gambar berikut merupakan aktiviti pembuatan sagu di Sarawak.

Apakah yang terlibat dalam aktiviti tersebut?

a)

Iban dan Bisaya

b)

Kelabit dan Kayan

c)

Kedayan dan Punan

d)

Melanau dan Melayu

39.

Apakah masyarakat tersebut?

a)

Iban

b)

Melayu

c)

Melanau

d)

Bidayuh

40.

Antara berikut, yang manakah berkaitan kaum Bajau/Sama yang tinggal di kawasan pantai barat Sabah?

I Berasal dari Sambaungan

II Budaya menunggang kuda

III Terkenal dengan tarian Magunatip

IV Kebanyakannya tinggal di Sungai Sugut

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

41.

Apakah kepentingan Pasar Tamu kepada masyarakat Sabah?

a)

Pertemuan para peniaga

b)

Pusat jualan barang basah sahaja

c)

Pertemuan kaum-kaum di Sabah

d)

Dimonopoli oleh satu kaum sahaja

42.

Apakah peranan patung tersebut kepada kaum Iban?

a)

Pelindung masyarakat

b)

Lambang kepahlawanan

c)

Lambang status masyarakat

d)

Sumber pendapatan masyarakat

43.

Apakah etnik yang menghasilkan tiang tersebut?

a)

Bajau

b)

Murut

c)

Rungus

d)

Orang Ulu

44.

Apakah fungsi Pida dalam kalangan masyarakat tempatan di Sabah?

a)

Upacara perkahwinan

b)

Memotong rumput

c)

Memburu binatang

d)

Menuai padi

45.

Apakah tujuan kaum Melanau mengadakan Pesta Kaul?

a)

Meraikan perkahwinan

b)

Meraikan semangat padi

c)

Mengelak malapetaka buruk

d)

Mengeratkan perpaduan kaum

46.

Apakah pesta yang berkaitan dengan pertandingan tersebut?

a)

Pesta Regata Lepa

b)

Pesta Kaamatan

c)

Pesta Babulang

d)

Pesta Kaul

47.

Apakah tarian tersebut?

a)

Magunatip

b)

Bermukun

c)

Sumazau

d)

Limbai

48.

Apakah tujuan Tarian Ngajat ditarikan oleh kaum Iban dan Orang Ulu?

a)

Upacara keagamaan

b)

Lambang kegembiraan

c)

Memuja semangat padi

d)

Memberi semangat kepada pejuang

49.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan rumah panjang kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak?

I Tujuan keselamatan

II Tempat menyimpan senjata

III Tempat menyimpan tengkorak

IV Bukti wujud kerjasama masyarakat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

50.

Apakah kegunaan lepa yang dihasilkan oleh kaum Bajau/Sama di pantai timur Sabah?

a)

Kubu pertahanan

b)

Tempat pemujaan

c)

Tempat kediaman

d)

Tempat menyimpan senjata