WorksheetsKELANTAN 2022
Total questions: 45
Worksheet time: 46mins
Pernyataan yang manakah betul berkaitan konsep kekurangan?
Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan kutipan hasil cukai yang diperoleh untuk rakyat
Puan Noreha dapat membeli semua barang yang disukainya dengan pendapatan yang tinggi hasil daripada keuntungan perniagaannya.
Syarikat Saudagar Bhd mampu mengeluarkan semua barang yang diminta pengguna kerana mempunyai sumber ekonomi yang banyak
Encik Faiz hanya mampu membeli sepasang kasut sukan sahaja untuk anaknya setelah menerima wang Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300
Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Azuan.
Encik Azuan mengusahakan sebuah kilang keropok. Beliau mempunyai seramai 40 orang pekerja dan berjaya menjadi pembekal utama kepada pasar raya besar di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Apakah faktor pengeluaran yang terlibat dalam perniagaan Encik Azuan?
Pekerja
Keropok
Pasar raya besar
Bangunan kilang
Jadual 1 menunjukkan kemungkinan pengeluaran kilang Hadi.
Jika kombinasi pengeluaran berubah daripada B kepada C, berapakah kos lepas untuk mengeluarkan 600 helai kicap?
300 botol budu
400 botol budu
450 botol budu
Rajah 1 menunjukkan satu keluk kemungkinan pengeluaran untuk seluar dan kemeja.
Titik pengeluaran yang manakah dapat dicapai jika berlaku perubahan teknologi dan faktor pengeluaran?
R
S
T
U
Bagaimanakah Amerika Syarikat menyelesaikan masalah asas ekonomi?
Jenis barang ditentukan oleh kuasa pasaran
Agihan barang ditetapkan oleh badan perancangan pusat
Kaedah pengeluaran dipilih berdasarkan kos pengeluaran yang paling maksimum
Kuantiti barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh kuasa pengguna dan pengeluar
Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentu permintaan.
Rajah yang manakah menunjukkan kesan peristiwa di atas terhadap permintaan barangan?
Rajah 2 menunjukkan keluk penawaran.
Antara berikut, yang manakah merujuk kepada keluk penawaran di atas?
Dipengaruhi oleh faktor harga
Mempunyai hubungan songsang
Keluk mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
Kuantiti meningkat disebabkan oleh peningkatan harga
Rajah 3 menunjukkan keluk penawaran firma dan pasaran.
Berapakah jumlah penawaran pasaran berdasarkan rajah tersebut?
60
90
110
130
Rajah 4 menunjukkan keluk penawaran kelapa sawit.
Faktor manakah yang menyebabkan keluk penawaran beralih dari S0S0 ke S1S1?
Musim tengkujuh
Harga kelapa sawit menurun
Kerajaan menghapuskan subsidi baja
Harga kelapa sawit dijangka turun pada masa hadapan
Jadual 2 menunjukkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran suatu barang.
Apakah yang berlaku pada tingkat harga RM10?
Berlaku lebihan penawaran
Berlaku lebihan permintaan
Harga cenderung untuk turun
Firma akan menambahkan penawaran
Antara berikut yang manakah mungkin menyebabkan pergerakan di atas keluk permintaan kereta?
Penurunan harga kereta
Penurunan harga minyak petrol
Kenaikan tambang pengangkutan awam
Kenaikan premium insurans untuk motosikal
Keanjalan harga permintaan barang X ialah 1.5 , Jika harga meningkat 16%, kuantiti kuantiti diminta akan berkurang daripada 100 unit kepada
16 unit
32 unit
76 unit
84 unit
Antara berikut yang manakah mengurangkan permintaan ikan?
Perubahan dalam teknologi
Harga daging ayam menurun
Pendapatan individu meningkat
Kerajaan memberi subsidi kepada penternak ikan
Keanjalan penawaran bagi mentega ialah 3. Kenaikan harga barang tersebut bertambah daripada RM10 kepada RM12 mengubah jumlah penawaran mentega daripada 1000 unit kepada
1006 unit
1060 unit
1066 unit
1600 unit
Apakah fungsi bank pusat?
menguruskan pinjaman overdraf
menerima deposit daripada orang ramai
membuat dan menerima bayaran daripada firma
mengawal kestabilan nilai mata wang
Puan Asmah telah membeli kereta MyVi dengan bayaran ansuran sebanyak RM520 sebulan. Apakah perkhidmatan bank perdagangan yang boleh digunakan oleh Pn Asmah untuk membuat bayaran kereta tersebut?
Draf bank
Pindahan kredit
Perintah sedia ada
Kad kredit
Encik Ali seorang peniaga pasar malam dan beliau juga menerima kiriman wang dari anaknya RM500 setiap bulan. Apakah jenis pendapatan Encik Ali?
Upah dan sewa
Upah dan bayaran pindahan
Untung dan bayaran pindahan
Untung dan upah
Maklumat berkaitan pendapatan boleh guna.
Antara berikut yang manakah Z?
Melabur
Menabung
Membeli barang tahan lama
Membayar tiket penerbangan
Faktor yang manakah paling mempengaruhi peningkatan dalam perbelanjaan Puan Habibah?
Iklan yang menarik
Harga barang menurun
Banyak barang pengganti
Pendapatan individu meningkat
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi?
Memperolehi keuntungan
Untuk membuat pelaburan
Membeli berdasarkan pendapatan
Untuk mengutamakan barang keperluan
Jadual 3 berkaitan dengan fungsi pengeluaran oleh sebuah firma.
Berapakah keluaran marginal jika firma menambahkan buruh dari 10 orang ke 13 orang?
RM133.33
RM186.04
RM195.34
RM200.00
Jadual 4 menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma.
Jika kos tetap ialah RM300, berapakah kos purata pada keluaran ke-70 unit?
RM3.71
RM4.29
RM6.00
RM8.00
Maklumat berikut berkaitan rumus untung.
Apakah M dan N?
Kilang K-Wako yang baru telah beroperasi di Pengkalan Chepa dengan kos pembinaannya bernilai RM910 juta.
Apakah faedah sosial yang terlibat?
Berlaku kesesakan lalu lintas
Peluang pekerjaan meningkat
Perbelanjaan operasi syarikat meningkat
Kenaikan dalam perbelanjaan sara hidup
Bagaimanakah kerajaan mengawal selia aktiviti pengeluar dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan?
Pemberian subsidi dan pengenaan cukai
Perlaksanaan undang-undang dan peraturan
Menetapkan harga yang tinggi ke atas barang keperluan
Menggalakkan pengeluaran barang dalam kuantiti yang banyak
Maklumat di bawah menunjukkan keadaan sesebuah ekonomi.
Antara berikut, jenis inflasi manakah yang berkaitan?
Inflasi diimport
Inflasi bermusim
Inflasi tolakan kos
Inflasi tarikan permintaan
Pernyataan yang manakah betul tentang dasar fiskal mengembang?
Bertujuan menurunkan kuasa beli pengguna
Boleh dilakukan dengan menaikkan kadar cukai
Bertujuan untuk meningkatkan permintaan agregat
Boleh digunakan untuk mengatasi masalah inflasi dalam Negara
Pernyataan yang manakah merupakan perbelanjaan sektor perkhidmatan sosial kerajaan?
Membina jalan raya
Membina bangunan sekolah
Membina pusat pentadbiran kerajaan
Membina kuarters kediaman angkatan tentera
Gambar 1 berkaitan dengan satu situasi ekonomi.
Bagaimanakah bank pusat mengatasi situasi tersebut?
Melonggarkan syarat sewa beli
Membeli surat jaminan kerajaan
Menurunkan kadar rizab berkanun
Menaikkan kadar faedah pinjaman
Apakah faktor yang menggalakkan globalisasi?
Penambahan syarat permohonan visa
Infrastruktur pengangkutan yang kurang cekap
Peningkatan sekatan perdagangan antarabangsa
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
Pernyataan yang manakah betul berkaitan kepentingan perdagangan antarabangsa kepada sesebuah negara?
Menggalakkan mobiliti tenaga buruh negara
Melindungi industri muda tempatan negara
Memperbaiki imbangan pembayaran negara
Mewujudkan persaingan adil antara industri dalam negara
Dasar liberalisasi perdagangan antarabangsa hanya menguntungkan satu negara sahaja kerana
industri luar mendominasi pasaran tempatan
daya saing industri akan lebih dipertingkatkan
menggalakkan pemindahan teknologi antara negara
kos pengeluaran industri yang terlibat akan berkurangan
Imbangan akaun semasa cenderung menjadi defisit disebabkan oleh peningkatan
permintaan barang import
permintaan barang eksport
inovasi produk tempatan
produktiviti dalam negara
Maklumat berikut berkaitan kadar pertukaran asing antara Dollar Singapura dengan Ringgit Malaysia.
Berapakah jumlah Dollar Singapura yang diperlukan oleh Puan Nurul Faezah untuk membeli 10 pasang kasut yang berjumlah RM15 000 daripada syarikat di Singapura?
SGD4 687.50
SGD46 875.00
SGD48 000.00
SGD480 000.00
Maklumat berikut berkaitan dengan perubahan kadar pertukaran asing antara Dollar Amerika Syarikat dengan Ringgit Malaysia.
Apakah kesan perubahan tersebut ke atas eksport dan import Malaysia pada Januari tahun 2022?
Permintaan pasaran diperolehi dengan menjumlah secara mendatar kuantiti diminta oleh setiap individu dalam pasaran
Betul
Salah
Keluk permintaan pasaran lebih curam berbanding keluk permintaan individu
Betul
Salah
Wang sebagai alat penyimpan nilai membolehkan sesuatu proses pembelian barang secara ansurans dilakukan
Betul
Salah
Harga sebuah rumah yang bernilai RM1 juta merupakan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai.
Betul
Salah
Kos purata ialah kos seunit output dalam sesebuah pengeluaran.
Betul
Salah
Kos marginal ialah perubahan jumlah kos kesan daripada perubahan seunit output
Betul
Salah
Pengangguran geseran berlaku akibat perubahan struktur ekonomi sesebuah negara.
Betul
Salah
Pengangguran geseran merupakan pengangguran yang bersifat jangka panjang dengan kadar yang melebihi 4%
Betul
Salah
Pertukaran asing merujuk kepada harga mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam nilai mata wang asing.
Betul
Salah
Bank pusat sesebuah negara akan mengunakan rizab pertukaran asing negara untuk membeli mata wang negara apabila nilainya jatuh.
Betul
Salah
