wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 2 T5 SEJARAH

Total questions: 30

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Perlembagaan menjadi unsur penting dalam pentadbiran negara kita. Apakah maksud perlembagaan? (ms22)

a)

Kedaulatan

b)

Kemerdekaan

c)

Undang-undang tertinggi

2.

Apakah bentuk pemerintahan negara kita sebelum kedatangan British? (ms22)

a)

Sistem republik

b)

Demokrasi berparlimen

c)

Pemerintahan beraja

3.

Apakah ciri persamaan Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Kedah dan Undang-undang 99 Perak? (ms22, pilih 2)

a)

Raja sebagai pemerintah

b)

Rakyat memberikan kesetiaan

c)

Pembesar menentukan undang-undang

d)

Hamba tidak terikat dengan undang-undang

4.

Apabila merdeka, negara kita mempunyai perlembagaan. Apakah yang menjadi asas pembentukan perlembagaan negara kita? (ms22)

a)

Adat Perpatih

b)

Hukum Kanun

c)

Nilai tradisi Kesultanan Melayu

5.

British telah memperkenalkan undang-undang di Negeri-negeri Selat iaitu (ms23)

a)

Laws of Ordinance

b)

Charter of Justice

c)

The Common Law of Malaya

6.

Pada bulan Ogos 1956, Perlembagaan Sarawak memberikan kuasa kepada ______ untuk membuat undang-undang. (ms24)

a)

Council Negeri

b)

Majlis Tertinggi

c)

Majlis Undangan

7.

Di Sabah, _____ memberikan kuasa kepada Gabenor untuk menggubal undang-undang. (ms24)

a)

Majlis Kerja

b)

Council Negeri

c)

Majlis Undangan

8.

Perlembagaan PTM 1957 menjadi asas kepada perlembagaan negara kita iaitu ​ (a)   dan ​ (b)   . (ms22)

a)

Raja Berperlembagaan

b)

Demokrasi Berparlimen

c)

Demokrasi Berpresiden

d)

Raja Berkuasa Mutlak

e)

Ape ni tulungg

9.

Pada 1877, mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf. Peranan majlis itu adalah untuk

a)

melantik sultan

b)

menggubal undang-undang

c)

mengendalikan urusan pentadbiran

10.

Padankan penggubal undang-undang untuk negeri-negeri di bawah. (ms26)

a)

NNS

1.

Majlis Undangan Negeri

b)

NNMB

2.

Majlis Persekutuan

c)

NNMTB

3.

Majlis Negeri

11.

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah (ms26, pilih 3)

a)

Kedah

b)

Perlis

c)

Terengganu

d)

Melaka

12.

Apakah perjanjian yang menjadi titik penting kepada pembentukan sebuah persekutuan di Tanah Melayu yang terdiri daripada negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka? (ms26)

a)

Perjanjian Pangkor 1874

b)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

c)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

13.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957 digubal oleh (ms27)

a)

Parti Perikatan

b)

Suruhanjaya Reid

c)

Parlimen England

14.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 bermodelkan (ms27)

a)

Westminister

b)

Charter of Justice

c)

Hukum Kanun Melaka

15.

Perkara terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957 ialah ​ (a)   dan ​​ (b)   . (ms27)

a)

Kewarganegaraan yang sama

b)

Kerajaan Persekutuan yang kukuh

c)

Rukun Negara

d)

Satu dewan dalam parlimen

e)

Syarat imigrasi yang ketat

16.

Apakah ciri tradisional dalam perkembangan perlembagaan? (ms28)

a)

Agama Islam

b)

Kewarganegaraan

c)

Sistem Demokrasi Berparlimen

17.

Apakah peranan YDPA sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan? (ms28)

a)

Ketua kerajaan

b)

Pemerintah tertinggi

c)

Penentu dasar kerajaan

18.

YDPA dilantik secara bergilir-gilir dalam kalangan 9 orang sultan dan raja di negara kita. Bidang kuasa YDPA ialah ​ (a)   serta ​ (b)   . (ms28)

a)

Mengampun dan menangguhkan hukuman

b)

Membuat perlantikan jawatan utama negara

c)

Mengetuai kerajaan

d)

Menggubal dasar kerajaan

19.

Apakah yang terkandung dalam Sistem Demokrasi Berparlimen sebagai ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan? (ms29)

a)

Pilihan raya untuk memilih wakil pemimpin

b)

Konsep raja berkuasa mutlak

c)

Perdana Menteri sebagai ketua umum negara

20.

Bagaimanakah pilihan raya dilaksanakan dengan bebas dan adil setiap lima tahun di negara kita? (ms29)

a)

Penubuhan Suruhanjaya Pilihan raya

b)

Penetapan hari pengundian

c)

Penubuhan pelbagai parti politik

21.

Apakah kepentingan pilihan raya dalam sistem Demokrasi Berparlimen? (ms29)

a)

Mengukuhkan kedudukan parlimen

b)

Memelihara kedaulatan Raja-raja Melayu

c)

Kebebasan rakyat memilih wakil pemimpin

22.

YDPA bertanggungjawab untuk memelihara ________ setelah kemerdekaan. (pilih 3, ms29)

a)

Kedudukan istimewa orang Melayu

b)

Kedudukan istimewa bumiputera Sarawak dan Sabah

c)

Kepentingan sah kaum lain

d)

Kedudukan istimewa orang Nasrani dan Iban

23.

Penduduk yang mendapat kerakyatan British adalah mereka yang dilahirkan di ​ (a)   dan ​ (b)   . (ms28)

a)

Melaka

b)

Pulau Pinang

c)

Johor

d)

Kedah

e)

Terengganu

24.

Perlembagaan PTM 1957 dipinda pada 1963 kerana (ms30)

a)

Permintaan rakyat

b)

Mengikut perubahan ekonomi semasa

c)

Menyesuaikan peruntukan negeri baharu

25.

Apakah perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963? (ms30, pilih 2)

a)

Kedudukan bumiputera

b)

Struktur Mahkamah Atasan

c)

Jawatan Yang di-Pertua Negeri

d)

Pembentukan kerajaan Borneo

26.

Apabila Malaysia dibentuk pada 1963, Mahkamah Atasan diwujudkan dan dikenali sebagai (ms30)

a)

Mahkamah Syariah

b)

Mahkamah Persekutuan

c)

Mahkamah Majistret

27.

Mahkamah Tinggi Borneo diwujudkan pada 1963 untuk (ms30)

a)

Menggubal undang-undang Sabah dan Sarawak

b)

Menguruskan soal kehakiman Sabah dan Sarawak

c)

Mengendalikan soal hukum adat Sabah dan Sarawak

28.

Apabila Malaysia dibentuk, Sarawak yang diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh YDPA. Dalam menjalankan tugas, Yang di-Pertua Negeri Sarawak perlu mengikut nasihat

a)

Kabinet Negeri

b)

Majlis Tertinggi

c)

Perdana Menteri

29.

Tunku Abdul Rahman membawa usul ke Parlimen untuk meminda perlembagaan pada 7 Ogos 1965. Apakah kesannya?

a)

Pemansuhan semua perkara berkaitan dengan Singapura

b)

Permulaan jalinan hubungan diplomatik dengan Indonesia

c)

Pengekalan Singapura dalam Malaysia

30.

Apakah implikasi pindaan perlembagaan pada 7 Ogos 1965? (ms30)

a)

Pembentukan Malaysia

b)

Penubuhan Persekutuan

c)

Pemisahan Singapura daripada Malaysia