wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJ T4 BAB 5 - 10 ULANGKAJI

Total questions: 65

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Malayan Union 1946 diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948?

a)

Membangunkan ekonomi Tanah Melayu

b)

Malayan Union ditolak oleh Penduduk Tempatan

c)

Menyatupadukan penduduk Tanah Melayu

d)

Menyekat campur tangan kuasa luar

2.

Apakah yang ditegaskan oleh Ahmad Boestamam dalam buku Testament Politik API

a)

British mengambilkira pandangan nasionalis Melayu radikal

b)

British menganggap Melayu Radikal sebagai pejuang bangsa

c)

British bertindak menindas golongan nasionalis Melayu radikal

d)

British menganggap asas-asas perjuangan API tidak membahayakan

3.

Mengapakah British mengadakan pertemuan dengan Raja-raja Melayu di Kuala Kangsar? M/s 132

a)

A) Mengatasi konflik masyarakat Melayu dengan kerajaan British

b)

B) Melaporkan hasil tinjauan

c)

C) Memberi kuasa kepada sultan

d)

D) Membincangkan kestabilan negara

4.

1. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan satu kejayaan kepada orang Melayu yang menentang Malayan Union.

Mengapakah orang Melayu menerima penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

A Mengukuhkan ekonomi peribumi

b)

B Membuka ruang ke arah berkerajaan sendiri

c)

C Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu

d)

D Mengiktiraf kepentingan sah kaum bukan Melayu

5.

Mengapakah British menyokong konsep persekutuan?

a)

A) Utamakan kesejahteraan rakyat

b)

B) Pentadbiran sistematik

c)

C) Wujudkan keamanan

d)

D) Tingkatkan ekonomi

6.

Kerjasama Raja-raja Melayu dengan UMNO membolehkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 digubal menggantikan Malaya Union. Apakah nilai utama yang penting untuk mencapai matlamat penubuhan tersebut.

a)

A) Tolak ansur antara kaum

b)

B) Dasar negeri naungan

c)

C) Gabungan kuat antara rakyat dan raja

d)

D) Berani menentang penjajah

7.

Mengapakah gabungan PUTERA-AMCJA

menolak rangka Perjanjian Persekutuan Tanah

Melayu 1948?

a)

Enggan berkompromi dengan penjajah

b)

Jawatankuasa Kerja tidak diwakili semua kaum

c)

Menentang pengembalian kuasa Raja-raja Melayu

d)

Mahu kedudukan istimewa orang Melayu dipulihkan

8.

Apakah ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Gabungan sepuluh buah negeri-negeri Melayu Majlis

b)

Perundangan Persekutuan diketuai oleh Sultan

c)

Rang undang-undang perlu mendapat perkenan British

d)

Jus Soli hanya terbuka untuk rakyat Raja dan rakyat British

9.

Siapakah yang mengetuai pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Residen British

b)

Yang DiPertuan Agong

c)

Gabenor Jeneral British

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

10.

Pada akhir bulan Mac 1947, PUTERA dan AMCJA telah bekerjasama untuk membantah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Apakah hasil kerjasama PUTERA-AMCJA?

a)

Pengenalan Perlembagaan Rakyat

b)

Pengembalian kuasa Raja-Raja Melayu

c)

Pemeliharaan hak keistimewaan orang Melayu

d)

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

11.

Tokoh-tokoh berikut ialah pegawai tinggi british yang berkhimat di Tanah Melayu.

  1. 1. Sir Edward Gent
  2. 2. Malcom MacDonald


Apakah persamaan sumbangan mereka semasa berkhidmat di Tanah Melayu?

a)

menggubal perlembagaan merdeka

b)

memerkenalkan pembaharuan politik

c)

menyertai pentadbiran Malayan Union

d)

menyokong persekutuan Tanah Melayu

12.

Pilih buku yang ditulis oleh Karl Marx untuk ideologi komunis

a)
b)
c)
d)
13.

Peristiwa yang menyebabkan Perisytiharan Darurat di Tanah Melayu?

a)

Lori membawa muatan yang dibakar oleh Komunis

b)

Kekejaman pihak komunis terhadap orang kampung

c)

Tiga orang pengurus ladang Eropah dibunuh

d)

Keretapi yang disabotaj oleh pihak Komunis

14.

Pesuruhjaya Tinggi British yang ditembak oleh Komunis di Bukit Fraser?

a)

Sir Henry Gurney

b)

Sir Edward Gent

c)

John Allison

d)

Sir Harold Rowdon Briggs

15.

Pelancaran Rancangan Briggs telah memberi kesan kepada pengaruh Komunis.Apakah kesan tersebut?

a)

Komunis mengepung balai polis

b)

Melemahkan pergerakan komunis

c)

Persetujuan Komunis untuk mengadakan rundingan

d)

Komunis membunuh Sir Harold Rowdon Briggs

16.

Penduduk Setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah ke petempatan baharu yang Digelar "Kampung Baru".Namakan Rancangan Tersebut?

a)

Perintah Berkurung

b)

Perang Saraf

c)

Rancangan Briggs

d)

Kawasan Hitam dan Kawasan Putih

17.

Parti Komunis Indonesia gagal meyebarkan ideologi komunis dalam kalangan orang Melayu di Tanah Melayu.


Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan kegagalan tersebut?

a)

Komunis menggunakan kekerasan.

b)

Komunis memperjuangkan persamaan taraf.

c)

Komunis menafikan hak orang Melayu.

d)

Orang Melayu menyerahkan hal pentadbiran kepada komunis.

18.

Tahun : 1948

Perkara : Wakil PKM telah menghadiri Persidangan Parti Komunis India di Calcutta , India.


Apakah perubahan yang berlaku selepas wakil PKM menghadiri persidangan tersebut?

a)

PKM menjadi sebuah parti politik yang sah di Tanah Melayu.

b)

PKM menjalankan dasar kerjasama dengan British.

c)

PKM melancarkan pemberontakan bersenjata.

d)

PKM berusaha mendapatkan sokongan orang India.

19.

Mengapakah kerajaan melonggarkan syarat kerakyatan kepada golongan bukan Melayu pada zaman darurat?

a)

Supaya penduduk bukan Melayu tidak menyokong komunis.

b)

Untuk menambahkan jumlah warganegara di Tanah Melayu.

c)

Untuk menggalakkan kemasukan imigran luar.

d)

Untuk menggalakkan komunis menyerah diri.

20.

Antara berikut merupakan kesan-kesan darurat dari aspek politik, kecuali...

a)

pertambahan wrganegara di Tanah Melayu.

b)

mempercepatkan proses berkerajaan sendiri.

c)

pembentukan Malayan Indian Congress.

d)

pembentukan Malayan Chinese Association.

21.

Apakah matlamat Parti Kebangsaan Melayu Malaya?

a)

Memperjuangkan idea negara merdeka menekankan pemerintahan Demokrasi

b)

Memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui konsep Melayu Raya

c)

Menanam semangat kebangsaan dan bekerjasama dengan kaum lain

d)

Menyatukan orang melayu dan mempertahankan kedudukan Raja-raja melayu

22.

Matlamat Parti Malayan Chinese Association ialah untuk

a)

Dasar tidak bekerjasama dengan penjajah

b)

Bekerjasama dengan kaum lain dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan

c)

Menjadikan Tanah Melayu yang berbilang kaum sebuah negara yang berdemokrasi penuh

d)

Tuntutan kemerdekaan tidak boleh dibuat tanpa kerjasam kaum yang lain

23.

Apakah syarat utama yang diberikan oleh British bagi Kemerdekaan di Tanah Melayu?

a)

Kerjasama antara tiga kaum utama,iaitu Melayu,Cina,dan India dapat diwujudkan

b)

Kerjasama antara kaum diantara kaum Melayu dan Pribumi dapat diwujudkan

c)

Kerjasama antara masyarakat Melayu dan Cina sahaja dapat diwujudkan

d)

Kerjasama antara pihak British dan kaum Melayu dapat diwujudkan

24.

Apakah peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum dari segi politik?

a)

Menanam semangat kebangsaan kepada semua kaum

b)

Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

c)

Bekerjasama dengan kaum lain dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan

d)

Melibatkan diri dalam pentadbiran secara bersama

25.

British telah menjalankan dasar Dekolonisasi selepas Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.Bagaimanakah dasar tersebut diteruskan di Tanah Melayu?

a)

Memperkenalkan Pentadbiran Tentera British

b)

Mewujudkan Pakatan Murni

c)

Pembentukan Sistem Ahli

d)

Pengenalan Malayan union

26.

Berdasarkan yang berikut,yang manakah ciri - ciri Sistem Ahli?

a)

Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi

b)

Menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan seluruh penduduk

c)

Memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir

d)

Syarat kewarganegaraan dilonggarkan

27.

Semasa di bawah pentadbiran British,sistem persekolahan berkembang mengikut kaum.Wujudnya sekolah Vernakular berdasarkan kaum.Berikan maksud "vernakular"

a)

Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b)

Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar

c)

Sekolah menengah menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar

d)

Semua murid daripada pelbagai bangsa disatukan dalam satu sistem

28.

Laporan Barnes diperkenalkan pada tahun 1951.Apakah matlamat utama laporan tersebut?

a)

Mewajibkan penggunaan bahasa inggeris di sekolah

b)

Menekankan penggunaan bahasa pengantar di sekolah

c)

Mewujudkan sekolah vernakular mengikut bahasa

d)

Mewartakan Akta Pendidikan 1951

29.

Mengapakah logo tersebut dipilih?

a)

Menerajui pentadbiran negara

b)

membentuk kerjasama kaum

c)

Kesanggupan menanggung risiko

d)

Kesediaan menempuh cabaran bersama

30.

Pilihan raya yang pertama diadakan di negara kita ialah

a)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town

b)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

31.

Kerajaan Persekutuan telah mewujudkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji dan membuat cadangan tentang pilihan raya.

Apakah jawatankuasa tersebut?

a)

Jawatankuasa Pilihan Raya

b)

Suruhanjaya Pilihan Raya

32.

Dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952, UMNO bahagian Kuala Lumpur dan MCA bahagian Selangor mengadakan kerjasama dan bergabung. Gabungan tersebut dikenali sebagai __________.

a)

Perikatan

b)

Barisan Nasional

33.

Apakah sebab Pilihan Raya Umum Pertama diadakan?

I Menggalakkan kerjasama politik pelbagai kaum

II Memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan

III Usaha awal ke arah kemerdekaan negara

a)

I dan II

b)

II dan III

34.

Apakah syarat untuk menjadi seorang pengundi?

I Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

II Berumur 21 tahun ke atas

III Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris

a)

I dan II

b)

II dan III

35.

Apakah peranan Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan?

a)

Menentukan kawasan pilihan raya

b)

Mengendalikan pilihan raya kawasan

36.

Mengapakah pilihan raya Kuching Municipal Council (KMC) 1956 dan Sibu Urban District Council (SUDC) 1957 mendapat sambutan baik daripada rakyat pelbagai kaum?

a)

Memberi peluang memilih wakil dalam kerajaan

b)

Mengeratkan perpaduan kaum

37.

Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Satu lagi kerusi dimenangi oleh

a)

Parti Islam Se-Tanah Melayu

b)

Parti Kemerdekaan Malaya

38.

Apakah tujuan pilihan raya diadakan?

a)

Memilih wakil untuk membentuk kerajaan

b)

Menyatupadukan rakyat

39.

Gambar di atas merupakan kabinet pertama yang ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Apakah keistimewaan kabinet tersebut?

a)

Terdapat menteri yang tidak berportfolio

b)

Menteri terdiri daripada pelbagai kaum

40.

Siapakah wanita pertama menganggotai MPP pada tahun 1955?

a)

Datuk Siti Rahmah Kassim

b)

Halimaton Abd Majid

41.

Apakah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Membincangkan isu keselamatan

b)

Mengubah sistem MPP yang berasaskan Model Westminster

42.

Apakah Model Westminster?

a)

Pemerintahan sistem republik

b)

Sistem pemerintahan demokrasi mengikut Britain

43.

Apakah matlamat utama rundingan Kemerdekaan London. (T4 : m.s 216)

a)

Mewujudkan kerjasama dengan British

b)

Menyusun strategi pertahanan ketenteraan

c)

Membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu

d)

Mengumumkan keputusan pilihan raya umum

44.

Di manakah Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu? (T4 : m.s 219)

a)

Padang Kelab Selangor

b)

Padang Banda Hilir, Melaka

c)

Bangunan Sultan Abdul Samad

d)

Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

45.

Soalan berikut berdasarkan pernyataan di atas.

Apakah perkara utama yang diambil kira dalam memberikan kedudukan istimewa orang Melayu?

(T4 : m.s 225)

a)

Penduduk majoriti

b)

Perjanjian dengan British

c)

Status sebagai rakyat asal

d)

Perkenan Yang di-Pertuan Agong

46.

Apakah tugas Suruhanjaya Reid? (T4 : m.s 220)

a)

Memantapkan pentadbiran Tanah Melayu

b)

Memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu

c)

Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

d)

Meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak berkaitan dengan gagasan Malaysia

47.

Apakah isu penting dalam memorandum yang dinamakan Testament Amanah Politik Perikatan sehingga menimbulkan perbezaan pendapat dalam Parti Perikatan. (T4 : m.s 222)

a)

Isu Pendidikan

b)

Isu Pentadbiran

c)

Isu Kewarganegaraan

d)

Isu Keistimewaan orang Melayu

48.

Siapakah pemimpin yang bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman pada 9 Mei 1957 pergi ke London untuk berbincang isu kewarganegaraan dan isu lain? (T4 : m.s 223)

a)

Dato' Hussien Onn

b)

Tun Tan Cheng Lok

c)

Dato' Nik Ahmed Kamil

d)

Dato' Abdul Razak Hussien

49.

Apakah iktibar yang diperolehi hasil kejayaan penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang akhirnya membawa kemerdekaan Tanah Melayu? (T4 : m.s 223)

a)

Rajin bekerja

b)

Menepati masa

c)

Permuafakatan

d)

Berjimat cermat

50.

Bagaimanakah kewarganegaraan dapat diberikan kepada setiap orang yang dilahirkan dalam Persektutuan pada atau selepas hari merdeka? (T4 : m.s 224)

a)

A.I dan II

b)

B.I dan IV

c)

C.II dan III

d)

D.III dan IV

51.

Apakah perkara utama yang diambil kira dalam kenyataan di atas? (T4 : m.s 225)

a)

Agama Islam agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan

b)

Keistimewaan bangsa lain dalam mengamalkan pelbagai bahasa ibunda

c)

Semua bangsa di Tanah Melayu bebas untuk mendapatkan kewarganegaraan

d)

Yang di-Pertuan Agong memastikan semua penduduk Tanah Melayu memeluk agama Islam

52.

Warganegara asing yang berjasa kepada Malaysia boleh menjadi warganegara jenis? (T4 : m.s 224)

a)

Kuatkuasa Undang-Undang

b)

Permohonan

c)

Naturalisasi

d)

Penggabungan Wilayah

53.

"Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas."

Siapakah tokoh yang memberikan takrif kemerdekaan tersebut?

a)

Soekarno

b)

Mahatma Gandhi

c)

Nelson Mandela

d)

Dr. Mahathir Mohamad

54.

"Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni"

Siapakah tokoh yang memberikan takrif kemerdekaan tersebut?

a)

Soekarno

b)

Mahatma Gandhi

c)

Nelson Mandela

d)

Dr. Mahathir Mohamad

55.

Apakah peranan utama Jawatankuasa Persediaan Fizikal?

a)

Menonjolkan identiti

b)

Mempromosikan majlis sambutan

c)

Melaksanakan protokol

d)

Menghias bandar dan jalan raya

56.

Apakah tujuan pembinaan Stadium Merdeka yang dibina pada tahun 1957?

a)

Mewujudkan kemudahan bersukan

b)

Meraikan kemerdekaan negara

c)

Menganjurkan pertandingan bola sepak

d)

membuktikan kebolehan kerajaan baru

57.

Lagu Negaraku berasal daripada lagu _____________.

a)

Pungguk Rindukan Bulan

b)

Terang Bulan

c)

Cempaka di Rembulan

d)

Wau Bulan

58.

Antara berikut yang manakah bunga kebangsaan Malaysia?

a)
b)
c)
d)
59.

Bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

a)

Mempertahankan identiti negara

b)

tanda negara bebas daripada penjajahan British

c)

Upacara pemasyhuran kemerdekaan negara

d)

Memperlihatkan bendera kebangsaan buat kali pertamanya

60.

Apakah kepentingan Pemasyhuran Kemerdekaan yang dibaca oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka pada pagi 31 Ogos 1957?

a)

Menandakan persetujuan untuk mencapai kemerdekaan

b)

Membacakan syarat-syarat kemerdekaan

c)

Menjelaskan hubungan Persekutuan Tanah Melayu dengan British

d)

Mengisytiharkan kemerdekaan negara

61.

Menteri dan pegawai tinggi kerajaan memakai sejenis pakaian dari negeri Kedah, diubahsuai lengkap dengan seluar satin hitam dan bersongket, bersamping dan tengkolok.

a)

Baju Muskat

b)

Baju Cekak Musang

c)

Baju Melayu

d)

Baju Teluk Belanga

62.

Tunku Abdul Rahman melaungkan "MERDEKA" sebanyak ___________ kali.

a)

5

b)

3

c)

10

d)

7

63.

Di manakah istiadat mengangkat sumpah Yang di-Pertuan Agong diadakan?

a)

Parlimen

b)

Padang Kelab Selangor

c)

Stadium Merdeka

d)

Balairong Seri, Istana Negara

64.

Dalam sistem pemerintahan negara kita pada hari ini, siapakah yang menjadi ketua negara?

a)

Sultan

b)

Perdana Menteri

c)

Ketua Menteri

d)

Yang di-Pertuan Agong

65.

Siapakah yang menulis lirik lagu Negaraku sebagai lagu kebangsaan negara?

a)

Saiful Bahari

b)

Yaacob Abdul Latif

c)

Mohamed Hamzah

d)

Tunku Abdul Rahman