Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN PERNIAGAAN SPM

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

1. Maklumat berikut berkaitan sejenis bentuk pemilikan perniagaan. [T4 ms 18]

v  Kawalan secara langsung oleh pemilik

v  Menanggung liabiliti tidak terhad

 

Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

A. Koperasi Sejagat

b)

B. Klinik Tan & Boon

c)

C. Kejora Sdn Berhad

d)

D. Kedai Jahit Zul

2.

2. Manakah persamaan di antara syarikat sdn berhad dengan syarikat berhad? [T4 ms 27/28]

a)

A. Kewujudan kekal

b)

B. Liabiliti tidak terhad

c)

C. Modal lebih besar

d)

D. Kewangan dirahsiakan

3.

3. Apakah prinsip koperasi? [T4 ms 30]

 

a)

A. Kebolehan autonomi

b)

B. Kawalan autokratik

c)

C. Keahlian yang terhad

d)

D. Pulangan dalam bentuk faedah

4.

4. Antara berikut, manakah yang benar tentang francaisi? [T4 ms 33]

 

a)

A. Memberi hak untuk menggunakan jenama dan imej

b)

B. Membayar fi yang telah ditetapkan dalam perjanjian

c)

C. Menyediakan khidmat bimbingan dan kursus

d)

D. Menjalankan aktiviti promosi bersepadu

5.

5. Apakah kelebihan perniagaan bersaiz kecil? [T4 ms 39]

 

 

a)

A. Menikmati ekonomi bidangan

b)

B. Kos overhed yang lebih rendah

c)

C. Keuntungan tahunan meningkat

d)

D. Maklumat kewangan dirahsiakan

6.

6. Faktor luaran manakah yang dapat membawa perubahan terhadap persekitaran perniagaan?

                                                                                                                                  [T4 ms 106]

 

a)

A. Teknologi maklumat

b)

B. Sosio budaya

c)

C. Pemasaran

d)

D. Kewangan

7.

7. Apakah bentuk pelepasan cukai yang diberikan kepada syarikat pengeluaran berasaskan bahan mentah tempatan? [T4 ms 70]

a)

A. Potongan cukai

b)

B. Pengecualian cukai

c)

C. Elaun cukai pelaburan

d)

D. Elaun pelaburan semula

8.

8. Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin menurun.  Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan tersebut? [T4 ms 89]

 

a)

A. Pekerja kurang bermotivasi

b)

B. Ekonomi semakin lembab

c)

C. Strategi pemasaran kurang berkesan

d)

D. Kos pengeluaran semakin meningkat

9.

9. Bagaimanakah peranan kerajaan untuk mengatasi masalah inflasi? [T4 ms 84]

 

                   

 

a)

A.  Menambah pengeluaran mata wang negara  

b)

B.  Meningkatkan kadar faedah pinjaman kewangan

c)

C.  Mengurangkan kadar faedah simpanan di bank

d)

D.  Menggalakkan pengeluaran produk secara besar-besaran

10.

10. Maklumat berikut berkaaitan dengan Perniagaan Runcit Maliki.

 

 "Prestasi perniagaan semakin menurun disebabkan pembukaan sebuah pasar raya di kawasan tersebut"

 

 

Apakah faktor yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan tersebut? [T4 ms 97/98]

 

a)

A. Syer pasaran

b)

B. Persaingan

c)

C. Pemasaran

d)

D. Sosio budaya

11.

11.  Pernyataan manakah yang menunjukkan berlakunya pengangguran kitaran? [T4 ms 81]

a)

A. Majikan mengurangkan pekerja kerana penggunaan teknologi baharu

b)

B. Perubahan dalam industri yang tidak memerlukan kemahiran pekerja

c)

C. Majikan mengecilkan bilangan pekerja disebabkan kemelesetan ekonomi

d)

D. Pekerja terpaksa mencari kerja lain selepas kontrak kerja ditamatkan

12.

12. Apakah tujuan kawalan awalan dilaksanakan di bahagian fungsian pengeluaran?

                                                                                                                                  [T4 ms 187]

 

a)

A. Memastikan aktiviti pengeluaran lancar

b)

B. Memastikan pekerja membuat laporan

c)

C. Memastikan standard kualiti produk

d)

D. Memastikan input sentiasa baik

13.

13.Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif? [T4 ms 152]

a)

A. Politik

b)

B. Ekonomi

c)

C. Undang-undang

d)

D. Sumber manusia

14.

14.Rajah di bawah menunjukkan peranan satu bahagian fungsian dalam organisasi.

                                                                                                                                  [T4 ms 177]

 

Apakah bahagian M?

 

a)

A. Pentadbiran

b)

B. Sumber manusia

c)

C. Pengagihan

d)

D. Teknologi maklumat

15.

15.  Syarikat Sri Wangi Sdn Bhd telah mengeluarkan minyak wangi dengan harga jualan RM80 sebotol.  Kos tetap bernilai RM100 000 dan kos berubah seunit RM45.

Berapakah titik pulang modal (TPM) bagi pengeluaran minyak wangi sekiranya kos berubah meningkat 10%? [T4 ms 137]

a)

A. 2 326 unit

b)

B. 2 857 unit

c)

C. 3 143 unit

d)

D. 3 279 unit

16.

16. Antara berikut, yang manakah merupakan aspek penting dalam carta sesebuah organisasi?

                                                                                                                                        [T4 ms 176]

 

a)

A. Tempoh bekerja

b)

B. Jadual operasi

c)

C. Senarai pekerja

d)

D. Jenis tugas

17.

17.  Gambar  menunjukkan kemudahan aplikasi teknologi dalam perniagaan.

 

 

Apakah kesan aplikasi tersebut kepada pelanggan? [T4 ms 204/205]

 

a)

A. Hasil perniagaan bertambah

b)

B. Pasaran menjadi lebih luas

c)

C. Harga menjadi lebih murah

d)

D. Masa dan kos dapat dijimatkan

18.

18. Rajah di bawah berkaitan fungsian pengagihan. [T4 ms 194]

                     

 

Apakah jenis barang yang sesuai untuk saluran tersebut?

 

a)

A. Tepung dan beras

b)

B. Pakaian tempahan khas

c)

C. Buku dan majalah

d)

D. Alatan elektrik dan tayar

19.

19. Situasi manakah berkaitan dengan Standard Prosedur Operasi (SOP) tugas bagi aspek pengelolaan sumber manusia? [T5 ms 13]

 

a)

A. Pekerja di loji penapisan minyak dibayar insurans kemalangan

b)

B. Doktor menggunakan sarung tangan semasa melakukan pembedahan

c)

C. Pengurus pemasaran dianugerahi sijil kecemerlangan perkhidmatan

d)

D. Kerani akaun menggunakan perisian perakaunan yang terbaharu

20.

20. Antara yang berikut, manakah merupakan jenis sumber teknologi? [T5 ms 48]

I. Lesen perisian

II. Peralatan kilang

III. Bangunan dan kemudahan

IV. Kemahiran dan pengalaman

 

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

21.

21.Pernyataan manakah yang merujuk kepada pengurusan sumber teknologi bagi sebuah syarikat yang mengeluarkan  telefon pintar? [T5 ms 50/51]

 

a)

A. Membuat penyelenggaraan mesin secara  berkala

b)

B. Mengeluar  reka bentuk baharu telefon

c)

C. Mengambil insurans bangunan dan kilang

d)

D. Mendaftar paten bagi reka bentuk baharu

22.

22. Bagaimanakah pengurus bahagian fungsian pengeluaran bertanggungjawab kepada kawalan semasa? [T4 ms 188]

a)

A.  Memastikan semua input berada dalam keadaan baik

b)

B. Memeriksa kualiti produk supaya menepati standard

c)

C. Memastikan penggunaan bahan mentah yang berkualiti

d)

D. Melaksanakan kawalan pengeluaran, utiliti mesin dan staf

23.

23. Apakah kelemahan sumber pembiayaan dalaman kepada peniaga? [T5 ms 77]

 

a)

A. Tertakluk kepada terma dan syarat

b)

B. Penjamin dan cagaran diperlukan

c)

C. Faedah atas pinjaman dikenakan tinggi

d)

D. Sukar menambah modal dalam masa singkat

24.

24. Apakah kesan pemberian geran penyelidikan dan pembangunan kepada usahawan?

                                                                                                                                    [T5 ms 72]

a)

A. Memudahkan usahawan mendapatkan khidmat pajakan

b)

B. Menjadikan cagaran bagi usahawan mendapatkan pinjaman

c)

C. Menggalakkan usahawan lebih berinovatif menghasilkan produk

d)

D. Mengurangkan beban kredit yang terpaksa ditanggung usahawan

25.

25. Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan. [T5 ms 71]

"W merupakan kemudahan pembelian invois yang disediakan oleh bank. Pihak bank membeli invois dengan harga diskaun"

  

Apakah sumber pembiayaan W?

a)

A. Overdraf

b)

B. Pemfaktoran

c)

C. Ar Rahnu

d)

D. Pinjaman

26.

26. Pihak berkepentingan manakah yang memerlukan penyata kewangan untuk membuat keputusan memberi kredit kepada pelanggan? [T5 ms

 

a)

A. Pemilik

b)

B. Pelabur

c)

C. Pembekal

d)

D. Pembiaya

27.

27. Antara yang berikut, manakah prosedur mengurus sumber fizikal. [T5 ms 46]

I. Mendaftar paten dengan MyIpo

II. Melindungi di bawah Hak Cipta Terpelihara

III. Membuat  penyelenggaraan secara berkala

IV. Mengambil insurans kebakaran dan adanya CCTV

 

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

28.

28.  Pustaka Ilmu Sdn Berhad memohon Hak Cipta Terpelihara bagi majalah masakan yang baru diterbitkan.   Mengapakah tindakan tersebut perlu diambil? [T5 ms 51]

a)

A. Mendapatkan kebenaran menjual majalah masakan ke luar negara

b)

B. Memperolehi kelulusan untuk mengadakan jualan secara promosi

c)

C. Melindungi hasil karya yang diterbitkan daripada di cetak rompak

d)

D. Mendapatkan persetujuan untuk mencetak majalah masakan itu

29.

29. Pihak berkepentingan manakah yang memerlukan penyata kewangan bagi mengenalpasti kemampuan perniagaan membayar hutang dan kredit? [T5 ms 108]

 

a)

A. Pihak bank

b)

B. Pelabur

c)

C. Pembekal

d)

D. Pihak pengurusan

30.

30.  Gambar menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan. [T5 ms 74]

Manakah peranan mengenai agensi tersebut?

a)

A. Memberi jaminan kredit

b)

B. Menyediakan kemudahan ruang niaga

c)

C. Menawarkan modal tambahan kepada usahawan

d)

D. Menawarkan geran insentif dalam bidang sains dan teknologi

31.

31. Antara berikut, yang manakah merupakan dokumen pembelian ? [T5 ms 173]

I     Memo

II    Invois

III   Bil tunai

IV   Penyata bank

 

           

          

a)

A. I dan II       

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III     

d)

D. III dan IV

32.

32.  Perniagaan D’Sohor Ikan Bakar yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan memberikan maklumat berkaitan modal RM40 000, aset semasa RM12 230 dan liabiliti semasa RM 8 230

Hitungkan nisbah semasa perniagaan tersebut? [T5 ms 113]

a)

A. 0.7: 1

b)

B. 1.5: 1

c)

C. 3.2: 1

d)

D. 4.9: 1

33.

33. Antara berikut, situasi manakah menunjukkan ciri-ciri usahawan yang bijak merebut peluang perniagaan? [T5 ms 137]

a)

A. Encik Razif  menambah stok bekalan bahan mentah di restorannya

b)

B. Encik Veloo menghasilkan baja organik daripada sisa buangan makanan

c)

C. Puan Mira melantik pengawai pemasaran dan pentadbiran yang baharu

d)

D. Puan Jamilah membuka taman asuhan kanak-kanak di kawasan perumahan baharu

34.

34.  Antara yang berikut, yang manakah sumbangan usahawan kepada masyarakat? [T5 ms 141]

 

I. Mewujudkan sikap berdikari

II. Menyediakan peluang pekerjaan

III. Mengurangkan masalah jenayah

IV. Menjalin kerjasama serantau

 

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

35.

35.  Maklumat berikut berkaitan satu pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan .                                                                                                                                                                           [T5 ms 108]

- Menilai prestasi perniagaan

- Membuat perbandingan prestasi kewangan

Siapakah pihak berkepentingan tersebut?

 

a)

A. Pemegang saham

b)

B. Pihak pengurusan

c)

C. Pembiaya kewangan

d)

D. Pelabur asing

36.

36. Antara perniagaan berikut  manakah tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?

                                                                                                                                        [T5 ms 161]

 

a)

A. Syarikat Rezqy Sdn Berhad

b)

B. Indah Cemerlang Enterprise

c)

C. Koperasi Seroja Berhad

d)

D. Percetakan Nusantara PLT

37.

37. Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Qaseh

Hitungkan peratus pulangan atas modal bagi perniagaan tersebut? [T5 ms 112]

a)

A. 58.80

b)

B. 57.73

c)

C. 38.18

d)

D. 38.89

38.

38.  Gambar di bawah merupakan satu dokumen yang digunakan dalam perniagaan.

Di manakah dokumen tersebut direkodkan? [T5 ms 173]

a)

A. Rekod jualan

b)

B. Rekod pembelian

c)

C. Rekod kos operasi

d)

D. Rekod ambilan

39.

39. Dokumen X dihantar oleh peniaga kepada pembeli jika berlaku pembelian secara kredit.

       Apakah dokumen X? [T5 ms 175/176]

 

a)

A. Resit

b)

B. Invois

c)

C. Nota kredit

d)

D. Penyata bank

40.

40.  Antara yang berikut, yang manakah kepentingan penyediaan rancangan perniagaan?

                                                                                                                                       [T5 ms 198]

I. Menjangka risiko yang akan dihadapi

II. Merancang keperluan modal permulaan

III. Mengagihkan sumber perniagaan

IV. Menyakinkan pihak pembiaya

 

 

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV