wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PBD SAINS TAHUN 3AB - ASID,ALKALI,SISTEM SURIA

Total questions: 70

Worksheet time: 4hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah pusat sistem suria ?

a)

Bumi

b)

Matahari

c)

Bintang

d)

Orbit

2.

Antara berikut yang manakah yang paling besar di sistem suria?

Which is the largest object in our solar system?

a)

Matahari

Sun

b)

Satelit semula jadi

Natural satellite

c)

Bumi

Earth

d)

Asteroid

Asteroid

3.

Semakin jauh planet dari matahari, semakin _____________ satu pusingan peredaran

The further the planet from the sun the _____________ the revolution.

a)

singkat

shorter

b)

lama

longer

4.

Planet paling panas ialah

a)

Zuhrah

b)

Zuhal

c)

Utarid

d)

Marikh

5.

Semakin bertambah jarak planet daripada matahari, semakin ............ suhu planet tersebut.

a)

rendah

b)

tinggi

6.

Antara berikut, planet manakah mengambil masa yang paling lama untuk mengelilingi matahari?

a)

Uranus

b)

Marikh

c)

Musytari

d)

Zuhal

7.

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, komet dan meteoroid merupakan ahli dalam Sistem Suria.

a)

Benar

b)

Salah

8.

Berapakah bilangan planet dalam Sistem Suria?

a)

6

b)

7

c)

8

d)

9

9.

Yang manakah merupakan urutan planet dalam Sistem Suria yang betul bermula dari Matahari?

a)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun

b)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Zuhal, Uranus, Neptun, Marikh, Musytari

c)

Neptun, Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh, Bumi Zuhrah, Utarid

d)

Neptun, Uranus, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Musytari, Marikh, Bumi

10.

Satelit semula jadi juga dikenali sebagai...

a)

bulan

b)

asteroid

c)

komet

11.

Bulan merupakan objek semula jadi yang beredar mengellingi planet Bumi. Oleh itu, bulan merupakan sebuah ___________.

a)

asteroid

b)

meteoroid

c)

komet

d)

satelit semula jadi

12.

Terdapat 10 buah planet dalam sistem suria.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Planet utarid merupakan planet yang paling hampir dengan matahari.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Bumi berada dalam urutan ke berapa dari matahari?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

15.

APAKAH BENTUK BUMI?

a)

SPERA

b)

BULAT

c)

SEGI TIGA

d)

BOLA

16.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan senarai ahli Sistem Suria yang betul?

a)

Matahari, planet dan satelit semula jadi

b)

Matahari, planet, satelit semula jadi dan asteroid

c)

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid dan meteoroid

d)

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, meteoroid, komet

17.

Planet __________ merupakan planet yang paling sejuk dalam Sistem Suria.

a)

Bumi

b)

Utarid

c)

Neptun

d)

Uranus

18.

Namakan ahli Sistem Suria ini.

a)

Asteroid

b)

Meteoroid

c)

Komet

d)

Satelit semula jadi

19.

Pelanggaran antara asteroid menghasilkan serpihan batu yang lebih kecil di ruang angkasa dan dikenali sebagai ____________________.

a)

satelit semula jadi

b)

meteoroid

c)

planet

d)

komet

20.

Mengapakah planet-planet di dalam Sistem Suria tidak berlanggar antara satu sama lain?

a)

Planet pandai mengelakkan diri.

b)

Planet berputar dengan perlahan.

c)

Planet mempunyai orbitnya sendiri.

21.

Berapakah bilangan ahli dalam Sistem Suria?

a)

4

b)

5

c)

6

d)

7

22.

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, komet dan meteoroid merupakan ahli dalam Sistem Suria.

a)

Benar

b)

Salah

23.

_______________ ialah pusat bagi Sistem Suria.

a)

Asteroid

b)

Komet

c)

Matahari

d)

Planet

24.

Berapakah bilangan planet dalam Sistem Suria?

a)

6

b)

7

c)

8

d)

9

25.

Planet-planet bergerak mengelilingi Mahatari mengikut laluan bayangan berbentuk ___________ yang dipanggil ___________.

a)

lengkung, paksi

b)

elips, orbit

c)

leper, garis

d)

lurus, jalur

26.

Yang manakah merupakan urutan planet dalam Sistem Suria yang betul bermula dari yang paling hampir dengan Matahari?

a)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun

b)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Zuhal, Uranus, Neptun, Marikh, Musytari

c)

Neptun, Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh, Bumi Zuhrah, Utarid

d)

Neptun, Uranus, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Musytari, Marikh, Bumi

27.

Planet manakah yang mengambil masa paling cepat untuk membuat satu peredaran lengkap mengelilingi Matahari?

a)

Bumi

b)

Utarid

c)

Musytari

d)

Neptun

28.

Satelit semula jadi juga dikenali sebagai ____________ .

a)

bulan

b)

asteroid

c)

komet

d)

meteoroid

29.

Jalur asteroid boleh dijumpai di antara planet ___________ dan planet ___________ .

a)

Bumi, Marikh

b)

Marikh, Musytari

c)

Musytari, Zuhal

d)

Zuhrah, Bumi

30.

Saya terdiri daripada gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengelilingi Matahari. Apabila saya menghampiri Matahari, sebahagian daripada badan saya bertukar menjadi gas dan membentuk ekor yang panjang dan bersinar. Siapakah saya?

a)

Asteoroid

b)

Meteor

c)

Meteoroid

d)

Komet

31.

Planet ____________ merupakan planet yang paling panas dalam Sistem Suria kerana atmosferanya yang tebal memerangkap haba dari Matahari.

a)

Bumi

b)

Utarid

c)

Neptun

d)

Zuhrah

32.

Sekiranya Bumi berada di kedudukan planet Neptun, adakah Bumi sesuai untuk kehidupan? Mengapa?

a)

Ya, kerana Bumi mempunyai atmosfera.

b)

Ya, kerana Bumi mengandungi air.

c)

Tidak, kerana terlalu panas.

d)

Tidak, kerana terlalu sejuk.

33.

Bagaimanakah meteoroid terhasil?

a)

Serpihan daripada geseran di antara Bulan dan Bumi

b)

Perlanggaran antara asteroid yang menghasilkan serpihan batu lebih kecil di ruang angkasa

c)

Kilatan cahaya yang terjadi ketika batuan angkasa memasuki atmosfera Bumi dan terbakar

d)

Gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengelilingi Matahari

34.

Matahari ialah bintang yang paling dekat dengan Bumi.

a)

Benar

b)

Salah

35.

Semakin _______________ jarak kedudukan sesebuah planet dari Matahari, semakin _________________ masa yang diambil oleh planet tersebut beredar mengelilingi Matahari.

a)

bertambah, berkurang

b)

berkurang, bertambah

c)

bertambah, bertambah

36.

Untuk membincangkan lebih lanjut tentang planet-planet di dalam Sistem Suria, murid-murid Tahun 3 Amanah telah diberi tugasan untuk menghasilkan oreri Sistem Suria.


Siapakah saintis yang mula-mula mencipta oreri tersebut?

a)

George Graham

b)

Thomas Tompion

c)

John Rowley

d)

Charles Boyle

37.

Apakah kegunaan oreri Sistem Suria?

a)

Untuk menunjukkan perbandingan suhu setiap planet dalam Sistem Suria.

b)

Untuk menunjukkan kedudukan bandingan dan pergerakan planet dalam Sistem Suria.

c)

Untuk menunjukkan bilangan planet yang ada di dalam Sistem Suria.

d)

Untuk menunjukkan jarak setiap planet dari Matahari.

38.

Tandakan "BENAR" atau "PALSU"

Bulan merupakan salah satu satelit semula jadi bumi.

a)

BENAR

b)

PALSU

39.

Bahan - bahan boleh dikelaskan sebagai asid, alkali atau neutral.

a)

Ya

b)

Salah

40.

Bahan X ini digunakan untuk mengenal pasti sama ada suatu bahan adalah berasid, beralkali atau neutral.

a)

kertas pasir

b)

kertas keras

c)

kertas A4

d)

kertas litmus

41.

Bahan berasid berasa masam dan menukarkan warna kertas litmus ..................kepada ..................... ?

a)

merah kepada merah

b)

biru kepada merah

c)

merah kepada biru

d)

biru kepada biru

42.

Contoh bahan berasid ialah .......................

a)

cuka

b)

gula

c)

nanas

d)

oren

43.

Bahan beralkali berasa pahit dan menukarkan warna kertas litmus ................................

a)

merah kepada merah

b)

merah kepada biru

c)

biru kepada merah

d)

tiada perubahan

44.

Contoh bahan neutral ialah ...............................

a)

oren

b)

gula

c)

air mineral

d)

asam jawa

45.

Perubahan kertas litmus biru kepada merah menunjukkan bahan di atas bersifat ................

a)

asid

b)

alkali

c)

neutral

d)

tiada perubahan

46.

Perubahan warna kertas litmus merah kepada biru menunjukkan bahan bersifat ................

a)

neutral

b)

alkali

c)

asli

d)

asid

47.

Apabila bahan neutral di uji, kedua-dua kertas litmus ......................

a)

berubah warna kepada biru

b)

berubah warna kepada merah

c)

tidak berubah warna

48.

Nyatakan sifat bagi buah lemon di atas .....................

a)

masam

b)

manis

c)

tawar

d)

kelat

49.

Bahan di atas adalah contoh bahan .......................

a)

asid dan neutral

b)

alkali

c)

asid

d)

neutral

50.

Namakan bahan yang digunakan untuk menguji sifat bahan.

a)

Kertas A4

b)

Kertas litmus biru dan merah

c)

Kertas warna merah

d)

Kertas warna biru

51.

Buah lemon akan menukarkan kertas litmus

berwarna....

a)

biru ke merah

b)

biru ke biru

c)

merah ke biru

d)

merah ke merah

52.

Air garam akan menukarkan kertas litmus

berwarna....

a)

biru ke merah

b)

biru ke biru

c)

merah ke biru

53.

Air soda bikarbonat akan menukarkan kertas litmus

berwarna....

a)

biru ke merah

b)

biru ke biru

c)

merah ke biru

d)

merah ke merah

54.

Bahan X mempunyai rasa pahit. Apakah sifat bahan X?

a)

Bersifat asid

b)

Bersifat alkali

c)

Bersifat neutral

55.

Pilih bahan yang bersifat neutral

a)

Garam

b)

Serbuk penaik

c)

Nanas

d)

Ubat gigi

56.

Antara berikut yang manakah benar tentang bahan beralkali?

a)

Berasa masam

b)

Berasa manis

c)

Rasa licin apabila disentuh

d)

Tidak menukarkan kertas litmus merah

57.

Bahan berasid rasa......

a)

Manis

b)

Masin

c)

Masam

d)

Licin

58.

Bahan berikut boleh digunakan untuk menguji bahan berasid, beralkali dan neutral selain kertas litmus, KECUALI …………………….

a)

ekstrak kubis ungu

b)

ekstrak halia

c)

ekstrak bunga raya

59.

Puan Alia tidak mempunyai asam jawa untuk memasak lauk.


Manakah yang boleh digunakan oleh Puan Alia untuk menggantikan asam jawa?

a)

Limau nipis

b)

Kicap

c)

Serbuk penaik

60.

Nyatakan sifat bagi buah lemon di atas .....................

a)

masam

b)

manis

c)

tawar

d)

kelat

61.

Kertas litmus mempunyai dua warna iaitu _______ dan biru

a)

merah

b)

biru

c)

hijau

d)

unggu

62.

Bahan _____________ mempunyai pelbagai rasa seperti tawar, manis dan masin.

a)

berasid

b)

beralkali

c)

neutral

63.

Selain kertas litmus, kita juga boleh menguji sifat asid atau alkali sesuatu bahan menggunakan bahan lain sebagai penunjuk seperti:

a)

Ekstrak kubis putih

b)

Ekstrak kubis ungu

c)

Ekstrak kubis bunga

64.

Limau nipis ialah bahan ____________.

a)

berasid

b)

beralkali

c)

neutral

65.

Air gula ialah bahan ____________.

a)

berasid

b)

beralkali

c)

neutral

66.

Bahan beralkali ............ apabila disentuh.

a)

Kasar

b)

Lembut

c)

Licin

d)

halus

67.

Asid dan alkali menunjukkan sifat-sifatnya dengan kehadiran?

a)

larutan asid

b)

udara

c)

air

d)

larutan alkali

68.

Antara bahan berikut, yang manakah bersifat asid?

a)

Sabun

b)

Minyak masak

c)

Cuka

d)

Gula

69.

Antara berikut yang manakah mempunyai sifat yang sama dengan cuka?

a)
b)
c)
d)
70.

Air teh dan kopi berasa pahit. Adakah deria rasa boleh menentukan sifat kimia air kopi dan air teh?Berikan sebab.

a)

Tidak. Kerana tidak semua air yang pahit bersifat alkali.

b)

Tidak kerana deria rasa tidak tepat dan saintifik.

c)

Ya. Kerana deria rasa adalah tepat dan saintifik.

d)

Ya kerana semua yang berasa pahit adalah beralkali