wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH BAB 9 T4: PERLEMBAGAAN PTM 1957

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah yang mengetuai rundingan kemerdekaan Tanah Melayu?

(Buku teks m/s 217)

a)

H. S. Lee

b)

Dato Abdul Razak Hussein

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Dr. Ismail Abdul Rahman

2.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman merancang perjalanan rombongan ke Karachi dengan menaiki kapal laut? (Buku teks m/s 217)

a)

Menjimatkan kos perjalanan

b)

Peluang untuk melawat Pakistan

c)

Menggunakan masa perjalanan untuk berbincang

d)

Tiada kemudahan kapal terbang

3.

Gambar di atas menunjukkan peristiwa pengumuman tarikh kemerdekaan. Di manakah peristiwa tersebut berlangsung

(Buku teks m/s 219)

a)

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

b)

Padang Banda Hilir, Melaka

c)

Lapangan Terbang Batu Berendam

d)

Kepala Batas, Pulau Pinang

4.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu juga dikenali sebagai (Buku teks m/s 220)

a)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

b)

Suruhanjaya Reid

c)

Suruhanjaya Cobbold

d)

Suruhanjaya Pilihan Raya

5.

Antara berikut yang manakah benar mengenai Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 220)

I. Mewujudkan dua bentuk kewarganegaraan

II. Kerajaan negeri lebih berkuasa daripada kerajaan pusat

III. Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu

IV. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Siapakah yang menganggotai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 221)

I. Tunku Abdul Rahman

II. Lord Reid

III. Hakim B. Malik

IV. V. T. Sambanthan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Mengikut memorandum yang diterima daripada pihak Raja-raja Melayu, Ketua Negara dikenali sebagai

(Buku teks m/s 222)

a)

Sultan

b)

Perdana Menteri

c)

Gabenor

d)

Yang di-pertuan Agong

8.

Draf perlembagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merangkumi (Buku teks m/s 222)

I. Kewarganegaraan jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu

II. Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan

III. Kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh

IV. Menjaga kepentingan sah kaum lain

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Parlimen Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada dua Majlis Mesyuarat iaitu Dewan Negara dan _____________

(Buku teks m/s 222)

a)

Dewan Undangan Negeri

b)

Dewan Bahasa dan Pustaka

c)

Dewan Rakyat

d)

Dewan Siswa

10.

Reaksi UMNO dan PAS terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ialah bahawa bahasa ______________ perlu dijadikan bahasa rasmi.

(Buku teks m/s 223)

a)

Inggeris

b)

Melayu

c)

Inggeris dan Melayu

d)

Melayu dan Mandarin

11.

Antara berikut yang manakah benar mengena Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

(Buku teks m/s 225)

I. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan

II. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

III. Agama Islam sebagai agama persekutuan

IV. Kewarganegaraan diberi dengan dua cara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Apakah tujuan pilihan raya diadakan?

a)

Menunjukkan negara kita mengamalkan demokrasi

b)

membolehkan rakyat memilih wakil dalam membentuk kerajaan

c)

Memberi peluang kepada parti politik memerintah negara

d)

Sebagai simbol negara merdeka

13.

Yang manakah antara berikut yang menunjukkan susunan peringkat pilihan raya yang betul?

a)

Pilihan Raya Majlis Perundangan -> peringkat negeri -> peringkat majlis perbandaran

b)

peringkat negeri -> Pilihan Raya Majlis Perundangan -> peringkat majlis perbandaran

c)

peringkat majlis perbandaran -> Pilihan Raya Majlis Perundangan ->peringkat negeri

d)

peringkat majlis perbandaran -> peringkat negeri -> Pilihan Raya Majlis Perundangan

14.

Di manakah pilihan raya majlis perbandaran pertama diadakan?

a)

Georgetown

b)

Kuala Lumpur

c)

Kuala Kangsar

d)

Singapura

15.

Apakah nama parti gabungan UMNO-MCA?

a)

Perikatan

b)

Ikatan

c)

Berikat

d)

Mengikat

16.

Apakah yang dapat disimpulkan berdasarkan kemenangan besar kerjasama UMNO-MCA dalam pilihan raya negeri?

a)

Manifesto berkesan

b)

Kerjasama kaum dalam politik

c)

Kebijaksanaan pemimpin

d)

Kerja keras jentera parti

17.

Berikut merupakan kepentingan pilihan raya kepada rakyat KECUALI....

a)

Menyedarkan rakyat tentang amalan demokrasi

b)

Memberi pengalaman kepada rakyat mengendalikan pilihan raya

c)

Persediaan rakyat untuk membentuk kerajaan sendiri

d)

Memudahkan rakyat memperjuangkan hak

18.

Apakah kepentingan Pilihan Raya Umum Pertama?

a)

Pemilihan kerajaan sendiri

b)

Pembentukan Malaysia

c)

pemilihan anggota Majlis Perundangan Persekutuan

d)

perintis jalan kemerdekaan

19.

Apakah perbezaan susunan MPP Bentuk A dan Bentuk B?

a)

Jumlah ahli yang dilantik melalui pilihan raya

b)

Jumlah ahli wakil negeri

c)

Jumlah ahli yang mewakili kepentingan tertentu

d)

Jumlah ahli yang mewakili golongan minoriti

20.

Apakah hasrat yang dibawa oleh Tunku Abdul Rahman ke London berkaitan dengan jumlah MPP yang dilantik?

a)

Mahukan kesemua lantikan MPP melalui pilihan raya

b)

Mahukan 3/5 lantikan MPP melalui pilihan raya

c)

Mahukan Tunku Abdul Rahman sendiri melantik 3/5 ahli MPP

d)

Mahukan London melantik 3/5 ahli MPP

21.

Berapakah jumlah yang dipersetujui oleh Pihak British dan TUnku Abdul Rahman tentang jumlah ahli yang MPP yang dilantik melalui pilihan raya?

a)

52

b)

25

c)

35

d)

42

22.

Berikut syarat untuk menjadi pengundi bagi pilihan raya umum pertama KECUALI.....

a)

Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

b)

Berumur 21 tahun ke atas.

c)

Tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dari tarikh 17 Oktober 1954 atau 28 Oktober 1954 bagi negeri Kelantan

d)

Tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh enam bulan terdahulu

23.

Yang manakah syarat untuk menjadi calon bagi pilihan raya umum pertama?

a)

Berumur 18 tahun ke atas

b)

Warganegara British

c)

Berpengetahuan luas dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

d)

Tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh 6 bulan sebelum hari penamaan calon

24.

Parti manakah yang paling banyak memenangi kerusi pada pilihan raya umum pertama ini?

a)

Perikatan

b)

Parti Islam Se-Tanah Melayu

c)

Parti Buruh

d)

Parti Negara

25.

Mengapakah pilihan raya diadakan Sarawak?

a)

Untuk melantik Ketua Gabenor

b)

Untuk bergabung dengan Tanah Melayu

c)

Persediaan awal ke arah berkerajaan sendiri

d)

Untuk merdeka

26.

Apakah tujuan Suruhanjaya Reid dibentuk?

a)

Menyusun perlembagaan

b)

Mengadakan pungutan suara

c)

Merundingkan kemerdekaan

d)

Membentuk pendidikan kebangsaan

27.

Pernyatan berikut yang manakah Terma Rujukan yang diberikan kepada Suruhanjaya PErlembagaan PTM?

a)

Melindungi kuasa mutlak Raja Melayu

b)

Menjaga keistimewaan orang Melayu

c)

Pemusatan kuasa kepada kerajaan pusat

28.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

29.

Apakah perkara yang terkandung dalam Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain

b)

Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dengan kerajaan negeri juga mmepunyai autonomi tertentu

c)

Pelaksanaan Pilihan Raya Persekutuan

d)

Kewarganegaraan masyarakat Cina dan India.

30.

Apakah isu hangat dalam memorandum bertulis dalam penetapan perlembagaan PTM 1957?

a)

Agama Islam

b)

Kewarganegaraan

c)

Bahasa Kebangsaan

d)

Raja Berperlembagaan

31.

Apakah nilai yang boleh dipelajari daripada kejayaan penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

a)

. Kebijaksaan

b)

Permuafakatan

c)

Toleransi

d)

Patriotisme

32.

Pertubuhan MCA menyerahkan memorandum berkaitan bahasa dan pendidikan. Apakah permintaan parti tersebut?

a)

Sekolah vernakular diteruskan

b)

Bahasa mandarin bahasa utama sekolah

c)

Bahasa Melayu dijadikan bahasa wajib dipelajari

d)

Sekolah aliran bahasa Inggeris dimansuhkan

33.

Bagaimanakah rakyat boleh memilih wakil atau parti bagi membentuk kerajaan ?

a)

Pilihan Raya

b)

Undi

c)

Demonstrasi

34.

Pilih syarat-syarat menjadi pengundi dalam pilihan raya

a)

Berumur 21 tahun

b)

Warganegara PTM

c)

Tidak muflis

35.

Berapakah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan di dalam Pilihan Raya MPP 1955?

a)

51 kerusi

b)

52 kerusi

c)

50 kerusi

d)

Tiada

36.

___________ ialah SURAT KUASA yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan pilihan raya.

a)

Writ

b)

Manifesto

c)

Memorandum

d)

Pekeliling

37.

Apakah jawatan yang disandang Tunku Abdul Rahman selepas menang dalam Pilihan Raya MPP 1955 ?

a)

Ketua Menteri

b)

Perdana Menteri

38.

Apakah TUGAS UTAMA ahli Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) ?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Merangka Perlembagaan Tanah Melayu

c)

Membantu YPD Agong

39.

Tokoh tersebut merupakan Menteri Pelajaran PERTAMA Persekutuan Tanah Melayu.


Siapakah tokoh tersebut ?

a)

Dato' Abdul Razak Hussein

b)

Dato' Sulaiman Dato' Abdul Rahman

c)

H.S. Lee

40.

▪ Penguatkuasaan Undang-Undang

▪ Memohondidaftarkan sebagai rakyat

▪ X


Pernyataan diatas merujuk kepada jenis kerakyatan dalam Perjanjian Persekutuan 1957. Apakah X?

a)

Jus Soli

b)

Perkenan Raja-Raja Melayu

c)

Naturalisasi

d)

Kelulusan Dewan Undangan Negeri

41.

1. Keadaan selepas Perang Dunia Kedua menunjukkan usaha beberapa negara membebaskan diri daripada penjajahan. Apakah negara tersebut?

I India III Thailand

II Jepun IV Filipina

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

42.

2. Apakah kepentingan rundingan kemerdekaan berikut?

a)

A. Membincangkan soal perlembagaan

b)

B. Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu

c)

C. Mewujudkan hubungan baik dengan British

d)

D. Mendapatkan bantuan kewangan dan pertahanan

43.

3. Senarai berikut menunjukkan ahli Rombongan Merdeka ke London.

H.S.Lee

Tunku Abdul Rahman

Dr. Ismail Abdul Rahman

Dato’ Abdul Razak Hussein

Apakah kedudukan mereka dalam rundingan kemerdekaan?

a)

A. Pemerhati bebas

b)

B. Wakil Menteri Besar

c)

C. Wakil Parti Perikatan

d)

D. Wakil Raja-raja Melayu

44.

4. Apakah perkara yang dituntut oleh perwakilan dari Tanah Melayu dalam rundingan kemerdekaan?

I.Menghapuskan jawatan Setiausaha Kewangan

II.Melantik Menteri Pelajaran daripada rakyat tempatan

III.Membayar ganti rugi kepada pegawai yang diberhentikan

IV.Meminta tarikh kemerdekaan tidak lewat dari tarikh 31 Ogos 1957

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

45.

5. Apakah nilai yang dipelajari daripada kejayaan Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?

a)

A.Kebijaksanaan

b)

B. Permuafakatan

c)

C. Toleransi

d)

D. Patriotisme

46.

6. Rajah berikut menunjukkan usaha ke arah kemerdekaan Tanah Melayu


Dibentuk pada 8 Mac 1956 untuk membincang dan menyusun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka


Apakah nama usaha tersebut?

a)

A. Suruhanjaya Reid

b)

B. Perlembagaan Rakyat

c)

C. Suruhanjaya Cobbold

d)

D. Perlembagaan Tanah Melayu

47.

7. Pernyataan di bawah merupakan antara isu yang menjadi panduan dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


X

Corak Pentadbiran

Kedudukan Raja-raja Melayu


Apakah X?

a)

A.Pertahanan

b)

B.Pilihan raya

c)

C.Kewarganegaraan

d)

D. Hubungan diplomatik

48.

8. Mengapakah terdapat ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan konsep jus soli?

a)

A. Mengukuhkan penguasaan British

b)

B. Melambatkan proses kemerdekaan

c)

C. Menjejaskan status Raja-raja Melayu

d)

D. Menggugat kedudukan istimewa orang Melayu

49.

9. Apakah intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?

I.Agama Islam sebagai Agama Persekutuan

II.Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

III. Perdana Menteri dilantik sebagai ketua negara

IV. Sistem pentadbiran negara bercorak demokrasi berparlimen

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

50.

10. Senarai berikut menunjukkan jenis kerakyatan mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.


X

Naturalisasi

Penguatkuasaan Undang-undang


Apakah X?

a)

A. Sukarela

b)

B. Sementara

c)

C. Permohonan

d)

D. Pengiktirafan

51.

11. Apakah yang menjadi asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?

a)

A Rundingan di London

b)

B Pilihan raya umum 1955

c)

C. Memorandum parti politik

d)

D Perundingan antara raja-raja Melayu dengan Perikatan

52.

12. Maklumat berikut berkaitan negara luar yang rakyatnya bangkit menentang penjajah.


Mesir

India

Burma


Apakah tujuan mereka menentang penjajah?

a)

A Membina prasarana

b)

B Memohon rundingan

c)

C Menuntut kerakyatan

d)

D Mencapai kemerdekaan

53.

13. Apakah kepentingan misi rundingan di London?

I.Membentuk suruhanjaya

II.Mempercepatkan kemerdekaan

III.Hubungan British-Tanah Melayu

IV. membincangkan hal keselamatan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

54.

14. Mengapakah Tunku Abdul Rahman merancang perjalanan rombongan ke Karachi dengan menaiki kapal laut?

a)

A Menjimatkan kos

b)

B Mendapatkan kata sepakat rundingan

c)

C Merangka strategi bagi menjayakan misi

d)

D Dapat menggunakan masa pelayaran untuk berbincang dengan wakil Raja-raja Melayu

55.

15. Apakah peranan Tunku Abdul Rahman dalam rombongan tersebut?

a)

A Menjadi juru bahasa

b)

B Pemerhati rundingan

c)

C Mengetuai rombongan

d)

D Setiausaha rombongan

56.

16. Apakah yang berkaitan dengan maklumat berikut?


Menghapuskan jawatan setiausaha kewangan dan digantikan dengan menteri kewangan

Menuntut tarikh kemerdekaan tidak lewat daripada 31 Ogos 1957

a)

A Memorandum parti politik

b)

B Intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

c)

C Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

d)

D Perkara yang dirundingkan dan disepakati di London.

57.

17. Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.


Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Pengenalan Sistem Birokrasi Barat

b)

Pelaksanaan pilihan raya Persekutuan

c)

Penentuan corak pemerintahan negara

d)

Melucutkan jawatan Setiausaha Kewangan

58.

18. Apakah nama suruhanjaya yang dibentuk untuk merangka perlembagaan negara kita?

a)

A. Suruhanjaya Perlembagaan

b)

B. Suruhanjaya British

c)

C. Suruhanjaya Merdeka

d)

D. Suruhanjaya Komunis

59.

19. Apakah antara peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

A. Menghapuskan jawatan Setiausaha Kewangan

b)

B. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

c)

C Menetapkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu

d)

D Menentukan misi rombongan kemerdekaan

60.

20. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai ……………….

a)

A. Suruhanjaya Reid

b)

B. Suruhanjaya Persekutuan

c)

C. Suruhanjaya Perikatan

d)

D. Suruhanjaya Kemerdekaan